BAB 47

Romance Completed 175736

Selesai solat maghrib.. Mereka turun bersama.. Sebaik sampai di meja makan.. Shofie perasan ada penambahan ahli keluarga haidan disitu..

"siapa ni abang.." tanya haikal. Melihat haidan turun bersama dengan seorang wanita cantik di sampingnya.. Tambah pula melihat tangan wanita itu merah berinai.. Seolah-olah pengantin baru.

Annisa dan annaila juga turun berpandangan antara mereka sesama sendiri.. Sebelum memandang wanita yang berdiri disebelah abang sulung mereka dengan pandangan mata yang kurang menyenangkan.

"ni isteri abang.. Shofie fitriyani.." haidan memperkenalkan shofie kepada adik-adiknya.. Shofie memandang mereka semua dan mempamerkan senyuman manis..

"apa.. Abang.. Bila abang nikah.." bentak annisa..

Haidan memandang annisa.. Annaila menyiku kakak kembarnya.. Seraya dengan itu annisa menunduk memandang ke lantai.. Shofie melihat situasi itu. Seketika suasana menjadi tegang.

"welcome kakak ipar.. Welcome to the Zayn family.." kata haikal memecah suasana sunyi ketika itu.

Haikal mendekat lalu menyuakan tangannya.. Sambil tayang senyumannya. Namun huluran tangan haikal segera disambut oleh haidan.. Haidan berjabat tangan dengan haikal.. Menggoyang - goyangkan tangan haikal beberapa kali.. Terus berubah air muka haikal.

"dah kenal ya.. dengan kakak ipar.. Sekarang waktu makan.." kata haidan.. Haikal segera menarik tangannya.

"huh.. Kedekut.." sindir haikal.. Sempat dia mengejitkan mata kearah shofie.. Shofie tersenyum saja melihat dua beradik itu..

Di meja makan.. Masing-masing diam.. Mahira yang selalu banyak bercakap pun turut diam.. Shofie merasakan ada sesuatu yang aneh dengan keadaan mereka.. Ditambah pula dengan tatapan yang diterima dari dua adik kembar perempuan haidan.. Jelas tak menyukai kehadirannya..

Haidan memasang wajah dinginnya sepanjang mereka makan malam.. Tak siapa berani membuka suara..

Annisa dan annaila.. Berlalu pergi meninggalkan ruang makan sebaik mereka selesai makan..

"tunggu abang di ruang tengah.. Nisa.. Naila.." arah haidan.

Dua adik perempuannya yang baru mahu memanjat anak tangga kembali turun kebawah... Lalu berjalan ke ruang tengah keluarga.

"kamu pun sama" haidan menujukan katanya kepada haikal yang asyik menyuapkan makanan ke mulutnya.. Haikal membalas dengan anggukan.

Selesai makan.. Mereka semua begerak ke ruang tengah. Dimana selalunya keluarga itu menghabiskan masa untuk bersantai.

"dengar sini.. Apa yang abang akan katakan.." haidan mula bersuara.

"abang taknak siapa pun pandai-pandai bercakap tentang isteri abang.. Di luar daripada rumah ni.. Jangan sesiapa pun masuk campur.." haidan memandang ketiga-tiga adiknya.

"tapi kenapa.." bantah annisa kasar.

"ya.. Kenapa tiba-tiba nikah.." sampuk annaila.

"nisa..naila..kenapa cakap dengan abang macam tu." tegur mahira.

"bonda.. Entah-entah.. Perempuan tu.. Bun.."

"TUTUP MULUT KAU NISA!!!" potong haidan. Membuatkan mereka semua tersentak.

"abang.. Maafkan kak nisa.. Dia tak sengaja.. Bukan niat dia.." rayu naila bagi pihak kakaknya.

"ya abang.. Maafkan nisa.." kata nisa pula.

Haidan bangun lalu pergi meninggalkan mereka.. Dia naik ke biliknya..

"kakak.. Mulut tu jangan celupar.." tegur naila..

"manalah tahu.. Perempuan tu.. Goda abang kita.." kata nisa menunjuk ke arah shofie yang masih duduk di sofa bertentangan dengan mereka.

"nisa,naila..sudah naik atas.."arah mahira,sedikit keras.. Pening dengan dua anak perempuannya..

"tapi bonda..cuba bonda.."

"sudah nisa.. Naik sekarang.." mahira tak mahu annisa terus burukkan keadaan.. Memandangkan shofie masih berada dengan mereka. Dia tak mahu shofie terasa dengan dua anak kembarnya itu.

Annisa sempat menyeling shofie.. Sebelum annaila menariknya untuk naik keatas.. Shofie memandang saja dua adik perempuan kembar itu melangkah naik ke atas..

"shofie.. Jangan ambik hati ya.. Biasalah.. Mereka tergejut agaknya .. Tiba-tiba ada kakak ipar.. Padahal.. Sudah hampir sebulan kan kamu jadi menantu bonda.." kata mahira.. Melopong haikal mendengar kata-kata ibunya.

"bonda.. Kenapa bonda tak bagitahu haikal.. Sampai hati bonda.." kata haikal.

"tak perlu merajuk bagai.. Malu dekat kakak ipar kamu... Dia lagi muda dari kamu.. Tapi dia lagi matang dari kamu.." tegur mahira.. Haikal memandang shofie yang duduk tertunduk disofa..

"ah bonda.. Sengaja malukan haikal.. Tapi haikal suka.. Sekarang haikal dah ada kakak ipar.. Haikal tak pernah rasa macam mana adanya kakak sebelum ni.." haikal menjongket keningnya beberapa kali..

"hmm.. Ikut kamu lah.. Kalau kamu berani berdepan dengan abang kamu.. Sila lah.." kata mahira.

"akak.. Akak shofie ya.." tanya haikal.

"panggil fie saja.." balas shofie.

"oh. Fie.. Terbaik lah kak.." kata haikal. Lalu menayangkan dua ibu jarinya kepada shofie.. Membuatkan shofie tersenyum.

"pergilah naik atas.. Bonda nak borak dengan menantu bonda ni.."kata mahira. Terasa haikal sedang mengganggu dirinya.

" oh.. Bonda dah pandai ya.. Dulu haikal tak balik.. Bonda bising... Boring lah.. bosan lah.. Sekarang.. Dah ada kawan baru.. Bonda tinggalkan haikal ya.. Sanggup bonda buat haikal macam ni.. "rungut haikal.

"ya Allah anak...ni.. Pergi lah naik.. Sakit kepala bonda dibuatnya.." mahira sudah memicit micit dahinya..

"selamat malam kak fie.." katanya.

kemudian haidan mencium kepala bondanya..

"selamat malam bonda.." Haikal kemudiannya berlari memanjat anak tangga sambil ketawa..meninggalkan mahira dan shofie.

"mari shofie duduk dekat dengan bonda.." pinta mahira.. Shofie pun bangun duduk dekat dengan mahira..

"datuk rahimi.. Macam mana keadaan dia.. Sihat.."

"alhamdulillah.. Semakin pulih.. Cuma nya papa belum berani keluar buat masa ni.."

Mahira dan shofie mula bersembang-sembang.. Tanpa mereka berdua sedari.. Masa berlalu dengan pantas.. Meninggalkan mereka.. Sehingga mahira asyik menguap-nguap.. Matanya mula mengantuk.. Bila dilihat di dinding.. Jam sudah menunjukkan ke angka sebelas..

"ya Allah shofie.. Dah pukul sebelas.. Rupanya.. Patutlah bonda rasa mengantuk saja... Cepatnya masa berjalan.. Tak sedar bonda.." kata mahira.. Seraya itu shofie turut melihat jam di dinding.

"naik lah keatas shofie.. Tidur..bonda pun nak solat.. Kemudian tidur.. Esok kita sembang panjang-panjang ya.. Esok hari minggu.." kata mahira..

"baik bonda.. Bonda masuklah tidur dulu.." shofie menghantar mahira ke biliknya.. Kemudian shofie memanjat anak tangga naik keatas menuju ke biliknya..

Shofie masuk ke biliknya.. Mencari haidan.. Namun tak ketemu.. Tanpa membuang masa.. Shofie masuk ke bilik air.. Mengambil wuduk, untuk menunaikan solat isyak.. Selesai solat.. Shofie membaringkan dirinya di atas katil.. Merenggangkan badannya..

'perlukah aku tunggu dia.. Atau perlu aku cari dia.. Tapi nak cari dia dimana..' shofie bangun semula..

Berjalan ke arah dinding kaca.. Yang dihalangi oleh tirai.. Menyelak tirai tersebut hingga tersingkap separuh.. Barulah dia tahu.. Rupanya itu merupakan sliding door.. Bukannya dinding atau tingkap kaca..

Shofie membuka pintu kaca tersebut.. Berderu angin menerpa meniup wajahnya.. Sehingga tersingkap sepenuhnya tirai tadi yang diselaknya..

Nyaman dan sejuk angin malam disini..dapat dia dengar bunyi ombak dibawah sana.. Kakinya melangkah keluar.. Dan dia sudah keluar sepenuhnya dari bilik tidur dan berdiri dan memandang permandangan yang kelam dihadapannya.. Kemudian memandang ke lanagit.. Melihat bintang-bintang di atas sana..

"kenapa keluar ke sini.. Nanti masuk angin macam mana.." haidan berbisik ditelinga shofie.. Lalu memeluk pingang shofie dari arah belakang..dan meletakkan dagunya di bahu shofie. Shofie menyentuh pipi haidan.. Terasa pipi itu hangat sekali.

"mari masuk..nanti boleh demam ni" kata haidan.. Bila terasa tangan shofie sudah sejuk.. Tanpa membantah.. Shofie mengikut langkah kaki haidan..

Haidan menutup semula sliding door dan menarik tirai ke kedudukan asal semula.. Dia melihat shofie sedang duduk di sofa.. Bermain dengan telefon bimbitnya. Haidan segera merampas telefon bimbit shofie..

"haidan.." panggil shofie.

"kalau dengan idan.. Jangan main phone.. Dilarang sama sekali. Kecuali ada yang call.. Selainnya.." haidan menggelengkan kepalanya..

"ok.." jawap shofie pasrah..

Haidan lalu duduk disebelah shofie.. Mengambil tangan shofie.. Mengengam erat jari jemari itu..

Sebelah tangannya lagi.. Meyentuh pipi shofie.. Mengosok-gosok dengan belakang tangannya.. Turun ke bibir.. Leher.. Haidan mendekatkan dirinya.. Mencium bibir merah shofie. Shofie membalas ciuman haidan. Bibir mereka bertaut..

" I want you tonight" bisik haidan ditelinga shofie.. Membuatkan shofie merasa meremang di seluruh tubuhnya..

'hah sudah.. Mati kau shofie..' shofie menjadi kaku.. Langsung tidak begerak.. Haidan masih dengan aktivitinya.. Bibirnya sudah beralih ke leher shofie..

'kalau aku tolak.. Apa akan jadi.. Apa lagi alasan yang aku ada...' pikiran shofie masih ligat berfikir.

'tapi dia suami kau kan..'

'tapi... Tapi.. Hati kau.. Belum terisi..'

'persetankan hati kau fie..'

'hanya dipenuhi nafsu.. Tanpa rasa cinta..'

'adakah ini yang perlu aku lakukan..'

'aku akan tunaikan janji ku yang gila.. Menjadi pengantin penganti.. Menjadi isteri tanpa cinta dihati...seorang isteri simpanan' hati shofie menangis hebat ketika ini..

Dalam shofie masih dalam keadaan berbelah bagi.... Melawan antara fikiran, dan nafsunya.. Haidan sudah mengangkat shofie lalu meletakkan tubuh shofie di atas katil..

Sudah sangat terlewat untuk menolak sekarang.. Bila haidan sudah mula membuka pakaian shofie satu persatu. Shofie terpaksa merelakan.. Dia memejamkan matanya rapat.. Cuba mengikhlaskan.. Sememangnya.. Itu adalah hak suaminya.. Dan malam ini.. Shofie melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri.. Yang ditunda nya sebelum ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience