BAB 66

Romance Completed 175817

Haidan mengambil telefon bimbitnya di dalam kocek lalu mendail nombor shofie.. Kedengaran bunyi musik nyaring memenuhi ruang keretanya. Haidan mencari dimana letakkan bunyi tersebut. Ternyata dari dalam beg tangan shofie..

"damn it.. Apa kau dah buat haidan." marahnya, steering kereta menjadi tempat dimana di melepaskan amarahnya.

Dia kembali memutarkan keretanya, memandu menuju kembali di tempat dimana dia tinggalkan shofie tadi. Dia sudah berulang ulang, di tempat yang sama beberapa kali. Namun kelibat shofie tak juga dia ketemu.

"mana dia pergi.." hatinya dilanda gelisah.

Haidan meninggalkan shofie.. Kerana amarahnya menguasai diri.. Sebelum dia melenting lebih teruk. Dia tinggalkan shofie..dan ketika dia mencari shofie semula.. Shofie sudah tiada disitu.. Haidan segera mendail nombor marwan.. Meminta pembantu peribadinya datang kesini.. Dengan kadar segera.

Lebih kurang tiga puluh minit menunggu.. Kereta bmw berhenti dihadapannya.. Keluarlah marwan dari tempat pemandu dan ruhaina di bahagian penumpang.

"tuan kami dah sampai.." kata marwan.

"kenapa lambat.. Tau tak shofie dah hilang.." kata haidan.

"hilang tuan.." tanya marwan tak pecaya.

"tapi tuan.. Bagaimana" tanya ruhaina pula.

"wan.. Kau bawa kereta.. Pusing kawasan ni.. Tengok ada tak shofie.." marwan akur.. Lalu membuat seperti yang diarahkan oleh haidan.

Mereka berpusing-pusing ditempat yang sama hampir dua jam.. Dan masih tak mendapatkan apa-apa hasil..

Sementara shofie selesa tinggal bersama shofyna..dia malah tidur sebilik dengan ibu kandungnya..

Haidan kembali kerumah apabila hampir waktu subuh.. Mahira yang diberitahu oleh nani tentang kepulangan haidan bergegas keluar, mencari anaknya.

"idan kemana semalam.." tanya mahira. Melihat keadaan haidan yang tak terurus. Bajunya yang kusut sana sini, terkeluar dari seluarnya semua .. dengan rambut yang serabut. Mata yang sudah merah..

Haidan tak menjawap.. Dia malah duduk melepaskan punggungnya di sofa.. Tersandar lemah disitu..

"bonda tanya ni.. Dari mana kamu idan..waktu macam ni baru balik.. Dengan keadaan yang berserabut macam ni.." mahira duduk disebelah haidan.. Menghidu hidu.. Kalau anaknya itu mabuk.. Tapi ternyata tidak.. Tiada sebarang bau yang mencurigakan.

"bonda.." kata haidan lemah.

Mahira memandang haidan yang bersandar di sofa..

"shofie.. Hilang.." kata haidan.. Seolah-olah semangatnya juga turut terbang pergi.

"apa.. HILANG!!!"

"kenapa boleh jadi macam tu.. Apa yang sebenarnya terjadi.."

"HAIDAN!!!" panggil mahira keras.

Mahira tak dapat mengawal emosinya.. Dia memukul tubuh haidan.. Haidan hanya membiarkan bondanya melepaskan amarahnya..

Mahira berhenti setelah penat memukul haidan.. Hatinya merasa sakit, dan ditambah pula tangannya turut merasa sakit.. dia sayangkan menantu yang sebaik shofie,dan anaknya haidan.. Tak habis-habis dengan perangainya..

"bonda tak peduli.. Idan kena cari dia.. Lagi tak jumpa dia.. Idan jangan balik rumah .." mahira menolak tubuh haidan. Agar haidan cepat pergi dari situ.

Haidan seorang lelaki yang pantang menunduk.. Tapi.. Kalau dengan ibunya.. Dia tak dapat melawan.. Haidan bangun dengan lemah..

"idan naik solat sekejap bonda.." kata haidan. Kemudian pergi melangkah memanjat anak tangga keatas.

Manakala.. Marwan dan ruhaina masih mencari.. Pagi itu.. Ruhaina mencari di pejabat MegahRaya .. Tapi shofie tidak masuk.. Manakala marwan pergi mengintai di rumah besar ruhaimi.. Ternyata shofie juga tiada disitu..

Haidan memanggil marwan dan ruhaina kembali ke pejabatnya.. Dia telah membatalkan semua temu janji dan mesyuaratnya pada hari tersebut.. Dalam fikirannya penuh dengan bayangan shofie.. Dia hampir gila dibuatnya..

"macam mana. Wan.. Ada.." tanya haidan sebaik melihat marwan melangkah masuk ke bilik pejabatnya. Marwan mengeleng.. Dia kembali memandang ruhaina.. Wanita itu juga mengeleng.

"kamu dah tanya kawan dia.. Mana tahu dia bermalam di rumah mereka.." tanya haidan kepada ruhaina...

"dah tuan.." jawap ruhaina.

Haidan terduduk di kerusinya. Ini pertama kali marwan memandang haidan dengan imej yang kusut seperti ini..

Haidan takut shofie diapa apakan.. Takutnya sesuatu yang buruk berlaku kepada shofie..

"shofie.. Mahu tak, ikut mummy pulang.." tanya shofyna.

"maksud mummy.. Pulang..??? "

"pulang kemana..???"

"pulang ke rumah mummy.." shofie memandang wajah ibunya.. Wajah cantik itu kelihatan redup dan sayu.

"InshaAllah mummy.. Tapi fie masih ada yang belum selesai disini mummy.." kata shofie lembut... Agar mummy tak terasa dengannya.

"urusan apa sayang.. Ceritalah pada mummy.. InshaAllah.. Mana tahu, mummy boleh tolong.." pujuk shofyna.. Dia nak sangat shofie bersetuju mengikutnya kembali kesana.. Rumah yang mereka diami sekarang hanyalah sebagai wayang.. Tempat persinggahan.. Malah rumah itu telah dinamakan atas nama shofie.

" urusan yang rumit mummy" ucap shofie sambil ketawa kecil.

"serumit apa masalah itu.. Mummy akan usahakan agar anak mummy bebas dari kerumitan tu sayang.." shofyna memberi jaminan, dia mengengam erat tangan shofie yang berada diatas ribanya.

"sampai masa.. Kalau waktu iti tepat.. Shofie akan beritahu sendiri pada mummy.. I promise.." janji shofie.

"baik.. Mummy tak paksa sayang, tapi mummy mohon jangan hilang tanpa berita macam sebelum ni..tahu tak mummy risau.. Mummy takut shofie tak sudi lagi jumpa dengan mummy" kata shofyna. Mujur saja farid mahu mengikut senyap-senyap shofie..

"maafkan shofie... Buat mummy risau.. Shofie janji.. Benda tu tak akan berlaku lagi.." shofie memeluk erat mummynya.

"terima kasih.. Mummy sudi kembali untuk mencari shofie.." ucapnya perlahan.

"jangan.. Mummy yang sepatutnya berterima kasih.. Sebab shofie boleh terima mummy.." kata shofyna.

"shofie sayang mummy.."

"mummy pun sayangkan shofie.. Sepenuh hati mummy.."

Mereka berdua kemudiannya gelak bersama..

"jadi mummy.. Tengku farhan tu.. suami mummy.." shofyna mengangguk, mengiakan..

"kami baru bernikah dua tahun yang lepas.. Dia sanggup tunggu mummy, untuk mummy buka hati mummy untuk terima dia.. dia tak mahu memaksa mummy.. Dan akhirnya mummy setuju.. Shofie tak kisah kan."

"shofie ok saja mummy.. Asalkan mummy bahagia.."

"alhamdulillah.. Terima kasih sayang.."

"mummy.. Shofie rasa shofie nak balik dulu.. Dah seharian shofie disini.."

"temanlah mummy sehari lagi.." berat hati shofyna mahu melepaskan anaknya pergi.

"shofie janji.. Nanti shofie akan kemari lagi.." kata shofie.

"janji.. Betul ni"shofyna meminta kepastian.

" iya.. Fie janji.. " shofie mengangkat jari kelingking. Shofyna turut memautkan jari kelingkingnya.. Dua-dua persis anak kecil yang sedang berjanji.

" sekejap mummy call kan farid.. Boleh dia hantarkan shofie... "

" tak perlulah mummy.. Shofie akan telefon kak aina.... "

" ok sayang.. "shofyna mengusap pipi putih shofie..

Shofie menghubungi ruhaina memaklumkan dia berada di rumah tengku farhan.. Ibu dan anak itu sambung bersembang ditaman.. Sambil menunggu kedatangan ruhaina.

" tuan..!!"

" Saya dah tahu puan dimana.. Dia minta saya menjemputnya sekarang.." kata ruhaina memecah kesunyian.. Dia baru lepas menerima panggilan daripada shofie.

"saya akan jemput dia.." putus haidan..

"hantarkan lokasi di handphone tuan sekarang.." marwan memberi arahan kepada ruhaina.

Ruhaina segera memberi lokasi rumah tengku farhan kepada haidan..

"kamu berdua boleh balik..dan rehat.." putus haidan..

Dia melangkah ke lif dan turun kebawah dengan langkah kaki yang besar.. Berjalan ke kereta..memandu pergi ke lokasi yang diberikan ruhaina.

Haidan sampai di lokasi yang diberikan kepadanya.. Melihat sekitar kawasan rumah tersebut.. Dia turun dari kereta.. Menekan loceng rumah tersebut.

"mummy.. Tu, kak aina dah sampai.. Fie pergi dulu ya.." shofie bangun.. Lalu bersalaman dengan shofyna.. Shofyna mencium kedua pipi shofie..

"nanti datang lagi ya sayang.. Mummy tunggu.." kata shofyna.

"baik mummy.." shofie berjalan keluar.. Melintasi pintu kecil dari pagar besar itu.. Sempat dia melambai kearah mummynya sebelum kembali menutup semula pagar tersebut.

"fiya.." panggil haidan..

Shofie melihat haidan.. Penampilan haidan ketika itu sangat huru hara.. Sehingga mulut shofie melopong kehairanan..

'kemana pergi haidan yang sentiasa kacak bergaya.. Jangan kata ni haidan.. Dengan rambut yang serabut.. Baju habis yang terlepas keluar.. Dengan bekedut semuanya.. Mata merah lagi..' shofie malah jalan menjauh selangkah.

"fiya.."

Shofie tak mengendahkan panggilan haidan.. Dia mencari kelibat ruhaina..

"fiya.." haidan menarik lengan shofie.. Membawa ke kereta.. Haidan membuka pintu kereta.

"fiya tak nak balik dengan haidan.." lalu shofie menutup semula pintu yang dibuka oleh haidan..

"please jangan macam ni.. Haidan minta maaf.. Memang salah haidan semalam.. Tinggal fiya macam tu.." shofie mengeleng perlahan.. Dengan sebelah tangannya memicit pelipisnya.. Sebelum mengeluh.

'minta maaf.. Ahhh....'

Shofie membuka pintu bahagian belakang.. Lalu masuk dan duduk di diam kerusi tersebut.. Setelah itu dia, menutup pintu itu semula.

Haidan yang berdiri diluar tercengang.. Namun dia terpaksa akur.. Kerana memang itu salahnya. Dia kembali ke bahagian pemandu.. Dia berpaling ke belakang melihat shofie yang duduk bersandar di kerusi belakang sambil memejamkan mata..

"kita balik ya." haidan berkata.. Namun katanya tak disambut oleh shofie. Seolah-olah dia bersendirian didalam kereta itu..

Sampai dirumah.. Tanpa menunggu haidan turun.. Shofie sudah membuka pintu, lalu turun dari kereta dan berjalan masuk tanpa menunggu haidan. Masuk saja di dalam rumah mahira datang memeluk shofie.

"shofie.. Kamu kemana sayang.. Kamu buat bonda risau.." kata mahira..

"maaf bonda.. Bukan niat shofie nak bagi bonda risau....." shofie terdiam bila melihat haidan melangkah masuk kedalam rumah.. Mahira melihat shofie diam..tak menghabiskan ayatnya.. Dia turut memandang haidan.

"shofie cakap kepada bonda.. Apa yang haidan dah buat dekat shofie.. Sampai shofie tak balik semalam.." tanya mahira.. Shofie memandang mahira.. Kemudian memandang haidan. Melihat haidan hanya diam.. Berdiri disitu.

"shofie naik dulu bonda.." hanya itu yang dikatakan shofie..

"ya.. Naiklah rehat dulu.." mahira membenarkan shofie naik ke atas.. Dia tak puas hati, dengan jawapan yang diberikan shofie..

"haidan tunggu.." mahira memanggil haidan bila anaknya mula berjalan mengikut belakang shofie.

"bonda.. Idan belum tidur dari semalam.." keluh haidan.

"bonda tahu.. Bonda cuma nak pesankan satu.. Ingat apa yang idan buat.. Jangan sampai shofie pergi tinggalkan idan di kemudian hari.. Beberapa kali bonda pesan.. Jangan sakitkan shofie..kawal panas baran idan.. Jangan menyesal di kemudian hari.. Haidan.." mahira menasihati haidan..di melihat sinar dari mata shofie.. Yang kelihatan suram.. Tak seperti selalu yang dilihatnya.. Cara shofie memandang haidan.. Ternyata wanita itu seperti kecewa.

Haidan naik ke atas masuk ke biliknya. Shofie berada di dalam bilik air.. Haidan duduk di sofa.. Menanti shofie keluar dari bilik air.

Shofie keluar dari bilik air.. Terus ke bilik pakaian.. Selesai urusannya dia keluar menunaikan solat.. Selesai solat dia merebahkan diri di atas katil.. Tetapi dia bagun semula untuk menutup lampu yang menerangi keseluruhan bilik tersebut.. Tapi matanya terpandang satu susuk tubuh yang berbaring di sofa..

Haidan yang awalnya sedang menunggu shofie selesai mandi.. Tapi dia sudah terlena.. Matanya sudah tak dapat menampung lagi rasa mengantuk yang teramat sangat.

"fiya.." panggil haidan.. Tapi dia masih berbaring di atas sofa.

"fiya...." shofie jalan menghampiri haidan.. Rupanya haidan mengingau.. Jelas mata haidan masih tertutup rapat.

"maafkan... Fiya..." ulang haidan. Shofie duduk di hujung kepala haidan.. Mengurut lembut rambut haidan yang kucar kacir..

"haidan.. Fie.." shofie mengeluh..

"ada satu saat.. Fie rasa nak tamatkan semua ni.. Haidan.. Adalaka semua ni terasa letih haidan.. Haidan sendiri tak nak degar penjelasan dari fie.. Fie tahu siapa fie.. Fie tak layak untuk bercakap tentang semua ni.. Tapi... Fie bukannya malaikat.. Fie manusia biasa yang tak sempurna haidan.... " shofie bangun.. Lalu keluar dari bilik tersebut.

Dia berjalan ke bilik yang mempunyai piano.. Dimana bilik yang mempunyai kenangan indah bersama haidan..dimana pertama kali haidan melafazkan cintanya..

Shofie menghabiskan masa dengan bermain dengan piano dibilik tersebut.. Jarinya menari nari di atas papan kekunci piano tersebut. Sampai dia tak sedar air matanya mengalir dari tubir matanya.. Akhirnya dia menangis teresak-esak disitu..

Piano pemberian haidanlah saksi dia mencurahkan isi hatinya..mencurahkan isi hati melalui bunyi yang terhasil dari petikan jari jemarinya.. Agar irama itu terbang pergi.. Bebas dari belenggunya.. Begitulah shofie rasa.. Agar rasa yang terdetik di hatinya turut terbang pergi.. Hilangkanlah rasa sakit ini.. Agar esok dia boleh bagkit semua membina semangat yang baru..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience