BAB 53

Romance Completed 175817

Shofie merasa sangat tidak selesa.. Peluh mula membanjiri seluruh tubuhnya.. Selimut ditubuhnya dilemparkan jauh..

"fie.."

Shofie membuka matanya.. Melihat rafie sedang duduk di kerusi memandang ke arahnya..

"abang.."

"buat apa disini.." tanyanya cemas.

Shofie mula bangun..dari pebaringannya..rafie segera bangun dari duduk.. Membantu shofie untuk bangun..

"abang jaga fie la.. Tau tau fie pengsan dekat office.. Ni kalau papa tahu.. Mesti papa risau.."

"fie ok lah.. Lepas makan ubat fie dah ok.." katanya dengan senyuman.. Walaupun wajahnya masih pucat.

"kenapa fie tak makan..." tanya rafie.

"fie sakit tekak.. Tekak fie rasa pahit.. Bila makan rasa perih.." terang shofie.

"fie makan apa sampai sakit tekak..." shofie menggeleng..

"dah la.. Makan bubur ni.. Lepas ni makan ubat.." rafie menyuapkan bubur kepada shofie..

"boleh abang tanya sesuatu.." tanya rafie.. Sambil menyuapkan shofie. Shofie mengunyap buburnya.. Dan menelan.

"abang ni.. Tanyalah.." kata shofie sebaik menelan bubur didalam mulutnya.

Rafie menyuap lagi bubur tersebut.. Kali ini dia menyuap dengan satu sudu yang penuh.. Sehingga penuh mulut shofie.

"kenapa haidan asyik call fie dari tadi.."

"mana phone fie.."

"jawap dulu soalan abang.." rafie meletakkan mangkuk bubur ke tepi.

"abang..."

"fie.. janji dengan abang.. Jangan terlibat dengan dia.. Janji dengan abang.." rafie memegang kedua tangan shofie..

"FIE.. SHOFIE FITRIYANI"

Rafie menyeru nama shofie kuat.. Kuat sampaikan ruhaina terus datang dari bawah, menerjah ke dalam bilik tersebut. Namun langkahnya terhenti.. Dia hanya mampu berdiri di muka pintu..

Mata shofie sudah berkaca-kaca.. Memandang rafie. Lalu dia menggeleng.

"kenapa fie.. Bagi abang sebab kenapa fie libatkan diri dengan haidan.. Kenapa fie.." kalini bahu shofie pula digoyang.. Sehingga jatuh air mata shofie tumpah di pipinya.. Shofie masih berdiam diri.

'abang.. Fahamlah keadaan fie.. Fie tak boleh beritahu.. Kalaulah semudah tu abang..' shofie merasa sakit di dadanya.
Rafie melepaskan pegangannya dibahu shofie.. Beralih kepada ruhaina..

" kamu..apa yang kamu tahu.."tanyanya pada ruhaina..

Ruhaina memandang kearah shofie yang sedang menangis tanpa suara.. Air mata sudah membasahi wajah cantik shofie.

" hei.. Aku tanya kau.. Jawaplah.. "kali ini sudah tiada kelembutan di dalam nada rafie..

" saaa..ya..saya..."ruhaina kembali memandang shofie.. Shofie sedang menggeleng memandang kearahnya.

" baik.. Kalau korang bedua tak nak bagitahu.. Biar aku cari sendiri.."

"Kalau susah sangat.. Abang akan.. Tanya sendiri kepada haidan.." rafie kembali duduk dikerusi dan mengambil semula mangkuk bubur.. Lalu menyuapkan shofie lagi..

"lap air mata fie.. Abang tak suka tengok air mata fie.." dalam marah.. Rafie masih menyuakan sekotak tisu kepada shofie..

Sambil shofie mengunyap bubur.. Sambil megelap airmata.. Rafie mengeluh.. Melihat shofie masih berkeras, tak mahu memberitahunya apa-apa.

" esok tak perlu ke office.. Rehat saja disini.." shofie mengangguk..

Keesokannya shofie kerumah papanya.. Dia merasa lebih baik hariini.. Seharian berehat dikondo..

"assalamualaikum.." katanya.. Seperti biasa ada pelayan menyambut kedatangannya.

"ada tetamu.." tanya shofie kepada pelayan muda itu.

"ya fie.. Di bilik bacaan datuk"

"ok.. Fie naik dulu" kata shofie.. Dia memanjat anak tangga.. Mahu kebiliknya.

"senang-senang datang lah lagi jenguk uncle.. Uncle pun bosan duduk rumah sorang-sorang.." kata rahimi.

Shofie menjenguk bila mendengar suara papanya.

"boleh saja uncle. Apa kata kita main golf.. Atau apa-apa ja.. Sekurang-kurangnya isi masa luang uncle" dan mereja ketawa bersama..

"ha.. Shofie.." tegur rahimi sebaik melihat shofie berada di hadapan mereka..

"syed saif"

"la.. Shofie kenal rupanya .." rahimi ketawa.

"klien fie pa.." balas shofie.. Saif tersenyum.

"ni.. Anak uncle saiful.. Ingat papa pernah cerita.. Kawan papa yang tinggal di jordan.." terang rahimi.

"hmm.. Fie tak ingat yang mana satu.. Banyak sangat kawan papa.." balas shofie..

Dua lelaki itu kemudiannya ketawa..

"fie.. Tolong hantarkan saif boleh.." kata rahimi.. Shofie senyum dan kemudiannya mengangguk.

"marilah.."

"balik dulu ya uncle.. Nanti saif singgah lagi.." saif menyalam.. Sekali mencium belakang tangan rahimi..

"assalamualaikum" kata saif lagi.

"waalaikummusalam.." balas rahimi.

Shofie dan saif sama-sama menuruni anak tangga menuju kebawah.

"shofie.. Bukan duduk kondo.." tanya saif.

"macam mana saif tau.."

"tahulah.. Dah uncle yang bagitahu.." jawap saif.

"fie tak tahu pulak.. Saif selalu datang jenguk papa.."

"saif baru balik malaysia.. And.. Saif tak ada banyak kawan..di malaysia.. Hanya ada uncle saja.. yang saif kenal.. Dan percaya.." kata saif..

"oh.. Macam tu.. Terima kasih jenguk papa.."

"fie.. Temankan saif pusing-pusing bandar boleh.." tanya saif.

"tapi.. fie baru sampai..."

"it ok.. Saja je saif tanya.. Mana tahu.. Fie boleh temankan.. Saif tak tahu nak buat apa lepas ni.. Saja je.."

"mungkin lain kali.." kata shofie..

"yes.. Why not.. Mybe next time.." kata saif kembali ceria..

Shofie melihat kereta saif bergerak pergi.. Dia masuk kedalam rumah semula.. Naik ke bilik..

- answer my call fiya.. -

Shofie melihat mesej haidan.. Terdapat lima belas panggilan tak dijawap.. Semuanya dari haidan.. Shofie menukar telefon bimbitnya dalam mode senyap.. Selepas kejadian rafie memarahinya semalam. Dia terlupa untuk menukarnya kembali kepada asal.

Shofie mendail nombor haidan.. Namun tak dijawap.. Panggilan dimatikan.. Telefon diletakkan semula di meja.. Lalu shofie bangun berjalan ke bilik papanya.. Ketika itu telefon shofie kembali begegar.. Haidan sedang menghubunginya .. Sehingga gegeran itu tamat begitu sahaja.

Haidan menghentak meja kerjanya.. Bila panggilannya tak dijawap oleh shofie.. Dia mencuba lagi dan lagi.. Shofie masih tak menjawap panggilannya..

"Arrghhh" jerit haidan.. dia mehentak lagi meja kerjanya..

Marwan di sofa sedang menyemak kerja memerhatikan saja..

"marwan.. Call pegawal dia.. Tanya mereka dimana.."

Marwan segera menghubungi ruhaina.. Bercakap beberapa patah perkataan yang penting sahaja.. Kerana dia sedang ditenung tajam oleh haidan waktu ini. Panggilan dimatikan..

"mereka di rumah datuk rahimi.. Tuan.." kata marwan..

Haidan memicit kepalanya.. Dia yang baru tiba dari luar daerah.. Tergesa-gesa pulang ke pejabat bila mendapat berita bahawa hotel dicawangan utaranya mempunyai masalah.. Dan kini dia menghubungi shofie.. Sekadar ingin mendengar suara wanita itu.. Malah wanita itu sedang mengelakkan darinya..

Terdengar bunyi suara gina di luar seperti menjerit jerit melarang seseorang dari terus melangkah masuk ke ruang pejabatnya..

"wan..kau pergi tengok.. Siapa yang kecoh-kecoh tu.. Aku tak nak jumpa siapa-siapa.." arah haidan.. Dia kembali mendail nombor shofie.

Marwan bergegas bangun.. Membuka pintu untuk melihat kekecohan tersebut. Malangnya, baru pintu bilik itu dibuka.. Tubuh marwan telah ditolak.. Oleh dua wanita yang berada di muka pintu..

" tuan.. Maaf tuan.. Saya dah cuba halang.." kata gina membetulkan dirinya supaya tak terus terjatuh.

Haidan melihat wanita yang bertubuh genit.. Memakai dress merah hati.. Didepannya.

"hayfa. Kau buat apa disini.." tanya haidan.. Fikirannya bertambah tertekan.. Telefon bimbitnya dilemparkan kemeja.. Dia yang duduk tadi terus bangun.

"I dengar you nak jumpa.. So I datang.. Tapi setiausaha you cakap.. You tak nak jumpa sesiapapun.. So I terjah lah.." jawap hayfa santai. Dia kemudiaannya berjalan masuk ke ruang pejabat haidan lalu duduk di kerusi di hadapan haidan tanpa tunggu dipelawa.

" leave us" kata haidan.

Marwan dan gina mengundurkan diri.. Pintu kembali ditutup rapat.. Hanya tinggal hayfa dan haidan kini didalam bilik itu.

"so I'm here.." kata hayfa.

"I not in good mood.. Hayfa.. I will discuss with you next time.." kata haidan.. Sekilas memandang telefon bimbitnya yang masih gelap.. Tak ada tanda-tanda shofie akan menghubunginya kembali.

"marwan already tell me.. Ni semua pasti gosip yang baru keluar tu kan.. Untuk bagi mood you ok.." hayfa berkata dengan gayanya.. Gaya yang mengoda..

" I agree.. To be your fake girlfriend.. Again and again.." katanya.. Lembut dan menggoda.. Dengan senyuman yang manis..

" yes.. Until the rumours end.. "kata haidan.

" by the way.. Who's that girl "tanya hayfa.. Jarinya sudah bermain-main menyentuh tangan haidan.

" tak perlu ambil tahu.. Siapa dia.. So did we have a deal.. "tanya haidan.. Menarik kembali tangannya.

" ya.. But.. Kali ni.. I nak tambah satu syarat baru.. I tak nak jadi macam sebelum sebelum ni.. I almost kena culik.. "hayfa memeluk tubuhnya..

" ya.. Syarat apa.."

"my safety.. Is your first priority.. No matter what happen.." jawapnya pantas..

"ya.. Ok.. Puas hati.." kata haidan.. Hayfa senyum puas..

"gina.. Panggilakan marwan masuk" haidan memberi arahan melalui telefon..

Seketika marwan sudah muncul disebalik pintu.

"tuan.."

"siapkan agreement untuk cik hayfa macam biasa.." arah haidan.

"baik tuan.."

"Sila cik hayfa" marwan mempelawa hayfa supaya mengekorinya.

"Nice to deal with you.. Tuan muda Zayn haidan.." kata hayfa.. Sempat wanita itu melemparkan senyumannya kepada haidan.. Namun haidan masih sama seperti itu.. Menayangkan wajah dinginnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience