BAB 78

Romance Completed 175736

Rafie menarik tangan shofie sebaik keretanya berhenti.. Menarik tangan shofie agar bangun dan keluar dari kereta mengikutnya..

"abang.. Jangan macam ni.." shofie memegang abangnya yang sedang memegang tangannya.

"lepaskan dia rafie.. Kamu sakitkan shofie.." suara lelaki itu keras..

"diam kau.. Apa hak kau nak masuk campur. Apa hubungan kau dengan adik aku" tanya rafie.. Dengan suara lantangnya..

Lelaki itu tak menjawap.. Dia menarik tangan shofie dan membawa shofie kedalam pelukannya.

"terima kasih bawa isteri aku pulang.." kata haidan.. Sinis.

Membulat mata rafie.. Dia memang sudah mengetahui tentang itu.. Tapi kebenaran itu.. Amat membuatkan dirinya terasa sakit.

"aku tahu kau yang paksa adik aku nikah dengan kau kan.. Lebih baik kau lepaskan dia.. Adik aku layak untuk dapat lelaki yang lebih baik berbanding kau.." bangkang rafie. Dia kembali menarik shofie dan memeluk bahu shofie..
"siapa.. Adakah kau maksudkan saif" tanya haidan..sampaikan keningnya terangkat sebelah Tak mahu kalah, dia turut menarik semula shofie kedalam pelukannya..

Shofie merasa pening bila dia ditarik oleh dua lelaki yang sedang berperang mulut..Didepannya.

"aku tahu kau guna cara kotor untuk dapatkan shofie.. Kau ingat keluarga aku akan biar saja macam tu.. Dia adik dan puteri kesayangan kami.. Kami akan bawa dia kembali kepada keluarga kami." kata rafie.. Menarik tangan shofie.

"apa kau tak tahu hukum.. Dia isteri aku.. Seorang isteri tempatnya di samping suaminya.." kata haidan.. Lantang.. Menarik kembali shofie.. Rafie masih bekeras tak mahu melepaskan tangan shofie.

"tu..tungguuuu...."shofie merasa sakit di kepalanya.. Dia merasa pusing.. Wajah haidan seperti ada dua tiga..

" sayang... "panggil haidan.. Shofie sudah terkulai didalam pangkuan haidan..

" kalau jadi apa-apa dekat shofie dan bakal anak aku.. Aku salah kan kau.. "ugut haidan.

" apa maksud kau bakal.. Apa.. ANAK!!!" tanya rafie cemas.

Haidan tak menjawap dia mengendong shofie pergi...

" naik kereta aku.. " rafie berjalan melintasi mereka..

Haidan mengikut cadangan dari rafie.. Kerana dia juga tergesa-gesa.. Takut terjadi apa-apa kepada shofie..

" bonda ikut.. "mahira yang baru keluar dari dalam rumah.. Terus masuk kedalam kereta rafie tanpa menunggu jawapan dari mereka.

Masing-masing cemas bila menunggu diluar bilik rawatan dimana shofie sedang dirawat. Haidan memandang rafie dengan pandangan tak puas hati..

Bila, Doktor keluar dari bilik rawatan.. Ketiga-tiga insan yang sedang menunggu diluar itu segera menghalang jalan doktor itu. Untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan kesihatan shofie.

"macam mana dengan isteri saya" kata haidan

"macam mana dengan adik saya.." kata rafie

"macam mana dengan menantu saya.." kata mahira.

Tanya mereka serentak.. Membuatkan doktor itu tersenyum manis.. Tahu keluarga pesakit yang risaukan keadaan pesakit yang berada didalam bilik rawatan..

"jangan risau.. Isteri, adik, menantu..dan juga bayi di dalam kandungannya baik-baik sahaja.." kata doktor itu menjawap persoalan mereka bertiga serentak.

"tapi kenapa dia boleh pengsan doktor" tanya haidan.. Masih tak puas hati.

"usia kandungan isteri tuan.. Masih terlalu muda..dan isteri tuan masih dalam proses penyesuaian dirinya.. Saya sarankan jangan sampai dia berfikiran banyak sampai boleh mendatangkan tekanan kepadanya.. Itu amat tidak baik, bagi ibu dan juga janin yang dikandungnya.." terang doktor tersebut..

" baik doktor terima kasih.. "kata haidan.

" Saya minta diri dulu" kata doktor itu mengundurkan diri.

Mereka bertiga membuka laluan memberi doktor itu berlalu pergi..

"ini semua salah kau.. Kau yang buat dia stress.." marah haidan.

"apa pula salah aku.. Kau yang salah sebab rahsiakan pernikahan ni.." kata rafie.

"ah.. Sudah dua orang kamu.. Dah macam budak-budak.. Hormat sikit bonda masih ada disini.. Bertingkah baik lah selayak orang dewasa yang matang.. Kamu nak shofie tengok kamu berdua macam ni..dia akan bertambah stress lihat perangai kamu berdua..." marah mahira. Dia menolak dua anak muda didepannya.. Berjalan melepasi mereka dan masuk kedalam bilik rawatan shofie.

" kau perlu jelaskan kepada aku.. Haidan.. "rafie menunding jari telunjuknya dihadapan haidan.

" mari kita duduk dan berbincang dengan baik.. " kata haidan.

" aku tak mahu..aku nak kau kembalikan shofie.. Kepada keluarga kami.. Aku tak nak papa aku sakit sebab perkara yang macam ni.. " kata rafie tegas.. Meramas dada baju haidan dengan kasar.

" aku akan berterus terang... Aku akan jelaskan semuanya.. "kata haidan.

" you better do it.. Sebelum orang lain cop shofie sebagai murahan.. Hamil tanpa suami.. " rafie melepaskan gengamannya sekali menolak tubuh haidan kebelakang.

" apa maksud kau.. Perempuan murahan.. Dan apa tadi.. Hamil tanpa suami.. Aku tak faham.." tanya haidan. Menahan bahu rafie.

" kau tanya diri kau sendiri.. Aku taknak shofie yang berfikir untuk selesaikan masalah ni. Semuanya berpunca dari kau.. Kau ingat aku bodoh.. " rafie berjalan pergi.. Berjalan masuk kedalam bilik rawatan shofie.

Haidan berjalan masuk kedalam bilik rawatan.. Melihat shofie masih belum sedarkan diri.. Dia mendekat ke katil lalu mencium dahi shofie.

" sayang bangun.. "kata haidan.

" biarkan shofie rehat idan.. Kejap lagi dia sedar lah tu.. Kita tunggu saja.. "kata mahira. Menarik haidan jauh dari katil.

" haidan akan minta untuk shofie berehat disini.. Haidan nak pergi jumpa doktor dahulu.. "kata haidan.

"tadi nurse cakap.. Shofie dibenarkan pulang.. Sebaik sedar.. Tak perlu bermalam di sini.." balas mahira.

"kalau dia balik bonda.. Dia tak akan rest nanti.. Ada saja yang dia nak buat.." keluh haidan.

"dia akan balik ke rumah kami" celah rafie.

"kenapa pula dia perlu balik kesana.."

"kau nak papa aku syak bukana bukan.. Hah..dah la semalam dia balik rumah kau.. Malam ni pun kau nak suruh balik rumah kau.." kata rafie.. Tak pasal pasal dia terjerumus sekali dalam masalah pasangan itu.

"balik rumah aku.. Semalam dia tak balik rumah aku.." kata haidan..

"please stop.. Both of you" kata mahira.. Sambil memicit pelipisnya.. Pening dengan dua anak itu.

"shofie.." panggil mahira sebaik melihat shofie mengangkat tangannya keudara dan membawa ke kepala..

Kedua lelaki itu turut mendekat kearah katil..

"sayang"

"shofie.."

Kata mereka serentak dan kemudiannya saling berpandangan sesama sendiri..

"kenapa fie disini.." tanya shofie. Bila kembali melihat ruang yang serba putih didepannya.

"kamu pengsan tadi sayang.. Jadi kami semua bawakan shofie ke hospital.." kata bonda.

"ah.. Pengsan.. Shofie meraba perutnya.." wajahnya pucat.. Ada jelas garis kerisauan diwajahnya.

"jangan risau sayang.. Our baby so strong.. Semuanya baik-baik saja.." sampuk haidan. Dia tahu apa yang shofie risaukan.. Tentulah keadaan bayi mereka.

"shofie nak balik.." kata shofie.

"better sayang rest disini.. One night.." cadang haidan. Shofie mengeleng.

"abang.. Fie nak balik.." shofie memandang rafie yang diam memandangnya di hujung katil.

"ya fie.. Kita balik" kata rafie.

Haidan pasrah.. Dia tak mahu berebut lagi.. Yang pastinya esok shofie harus kembali kepadanya seperti biasa.

"tolong jagakan isteri aku rafie.." kata haidan sayu..

Dia melihat saja rafie dan shofie berjalan pergi. Dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu bertapa sakitnya melihat belakang tubuh shofie sedang berjalan pergi meninggalkannya.

"perbetulkan semua yang kamu salah sebelum ni idan.. Ambil dia dengan cara yang betul.." mahira mengosok-gosok belakang haidan.. Menasihati anak lelakinya itu.

"tapi bonda.." kata haidan lemah.

"kalau idan betul cintakan dia.. Perjuangkanlah.. Bonda akan sokong idan.." mahira memberi semangat.

"salahkan haidan jatuh cinta dengan dia bonda.."

"tak salah sayang.. Love is not a crime.. Pujuklah hati shofie.. Wujudkan cinta didalam hatinya.." kata mahira.

"apa yang perlu idan lakukan lagi bonda.. Semuanya haidan dah lakukan.. Tapi shofie.. Masih tak terima idan.."

"haish.. Kamu.. Takkan bonda nak ajar kamu pula.. Kamu tentu lagi pandai dari bonda.." kali ini mahira mengeluh..

Takkan dia pula nak mengajar haidan cara memikat shofie. Cara dia bercinta dengan ayah haidan mungkin sudah lapok untuk digunakan untuk haidan memikat shofie..

Sementara di dalam kereta.. Rafie hanya diam.. Dia sendiri buntu.. Dalam kepalanya terlalu banyak persoalan.. Sampaikan dia sendiri tak tahu nak tanyakan yang mana dahulu..

"shofie.. Minta maaf abang.." kata shofie sayu...

"kenapa minta maaf.."

"salah shofie.. Membelakangkan semua orang.. Tapi.. Shofie terpaksa.." kata shofie perlahan.. Sambil menunduk.

"shofie... Sekurang kurangnya.. Benarkan abang jadi wali shofie.. Kita selama ni dekat, shofie.."

"Kenapa.."

"abang sangat kecewa dengan shofie.." kata rafie sayu.

'maafkan shofie.. Abang tentu akan bertambah kecewa kalau abang tahu pernikahan shofie hanya untuk mengukuhkan MegahRaya.' shofie mengengam erat kain seluarnya.

"satu lagi.. Kalau mama tahu.. Suami shofie tu haidan.. Apa akan jadi nanti.. Shofie tahukan.. Haidan tu sepatutnya jadi menantu mama..adik ipar shofie.. "

"ah.. Tak perlu fikir.. Maafkan abang... Tak patut ungkit nama mama.." rafie merasa menyesal.. Dia menoleh memandang kearah shofie.. Yang sudah mula menunduk. Dia tak sengaja menganggu emosi shofie..

'mama.. Shofie tak pernah fikirkan itu..' terdetik perasaan takut didalam shofie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience