BAB 15

Romance Completed 175736

Haidan mengiringi mahira berjalan keluar dari dewan utama.. Marwan mengikut dibelakang mereka.

"bonda.. Kita bermalam disini saja bonda.. Esok selepas sarapan baru kita pulang..." kata haidan kepada mahira.

"hal pakaian bonda jangan risau.. Semua dah marwan sediakan.. Mari kita naik dulu ya.. Bonda.." sambung haidan tanpa sempat mahiran bertanya lebih lanjut.

"yea lah.. Bonda ikut kamu sajalah.." kata mahira pasrah dengan haidan.

Selesai menghantar mahira ke bilik.. Haidan berjalan ke koridor.. Marwan yang dibelakang hanya mengikut.

"kamu dah mengantuk ke.." tanya haidan sekali membuka butang kotnya.

"saya masih ok tuan.." balas marwan dengan senyuman..

Haidan turun ke lobby melihat sekitar.. Sekali terpandang akan sesuatu.. Dia berjalan menuju kearah tersebut.. Memerhati.

Rania yang berada di lobby, sedang duduk di sofa menunggu seseorang.. Panggilan telefon dari seseorang membuatkan dia melangkah keluar dari hotel tersebut.

Mencari gerangan yang menelefonnya tadi.. Akhirnya terpandangkan akan sebuah kereta berwana merah dihujung jalan memainkan lampu , memberi isyarat.

Cepat-cepat rania melangkah.. Tanpa memandang kiri dan kanan lagi.. Berjalan terus menuju kearah kereta tersebut..

"kenapa lambat.." rungut rania sebaik melangkah masuk kedalam kereta tersebut..

"sorry dear... Jauh juga nak naik sini.." balas lelaki pemilik kereta merah itu. Sambil merangkul wajah rania lembut.. Lalu bibir mereka bertemu beberapa saat.. Sebelum rania menolak tubuh lelaki itu.

" dah... La..."rungutnya.

"so kita nak kemana.." tanya rania lanjut.

"ada satu tempat ni... I pun baru ja tahu.. So malam ni kita lepak sana.. Nak.." ajak gibran.

"up to you gib.. Yang penting.. You hantar I balik before morning.." kata rania.. Mengundang senyuman di bibir gibran.

"yes.. sure honey.." katanya seraya mencium pipi rania mesra..

Gibran memandu keretanya menyusuri jalan berbukit menuju ke destinasinya. Tanpa mereka sedari ada yang mengekori mereka.

Haidan memandang kereta dihadapannya.. Walaupun cermin kereta itu gelap.. Sedikit pun tidak kelihatan isi didalamnya.. Dia sudah tahu semuanya tentang kegiatan rania selama ini.. Dia cuma diamkan saja.. Dan malam ini.. Seperti ditakdirkan .. Dia melihat sendiri dengan matanya sendiri.. Tunangnya curang kepadanya.

Mereka mengekori kereta merah itu sampai kereta itu berhenti di depan pub.. Banyak anak muda bekeliaran disitu..

"tuan.." panggil marwan sebaik kereta siap dipakir.

"ikut saya masuk.." arah haidan. Lalu membuka pintu kereta.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam pub tersebut.. keadaan didalam pub yang bising oleh lagu-lagu disco dan terangi oleh kilauan lampu-lampu neon berbagai warna.. Sungguh meriah pesta anak muda malam itu.. Mereka mencari tempat untuk duduk.. Haidan memerhati rania yang asyik menari di tengah lantai tari, bersama lelaki yang datang dengannya.

"hai hensem.. Berdua saja.. Boleh kami duduk minum sama" kata seorang gadis muda berambut panjang yang datang dengan rakannya.

Marwan memandang haidan.. Meminta kebenaran sama ada untuk menghalau dua gadis itu.. Ataupun membenarkan mereka untuk duduk bersama.

"duduklah.. Kalau nak minum sama.." kata haidan.

Tanpa segan silu dua gadis itu mengesot masuk di tempat duduk dua lelaki itu.. Haidan membiarkan saja dua gadis itu membuat sesuka hati mereka.. Matanya masih tepat memandang lantai tari.. Menyaksikan rania yang berpeluk mesra disamping lelaki tadi..itulah motifnya. Bukannya melayan dua gadis tadi.

Rania bebas meminum minuman keras di dalam pub tersebut.. Dia sendiri sudah hanyut.. Terhuyung hayang saja langkahnya.. Gibran melihat keadaan rania..

"honey..you drink too much.." tegur gibran melihat rania yang berada di bar meneguk rakus minuman keras ditanggannya..

"one more martini..pleaseeee.. " pinta rania kepada penjaga bar.. Tersenyum lelaki itu melihat rania, seorang yang kuat minum. Gibran memberi isyarat kepada bar tender agar tidak menghidangkan air yang diminta oleh rania..

"hei.. Kita balik sekarang.. You dah mabuk teruk honey.." gibran memujuk rania sekali memaut pinggang ramping rania.. Rania menguman kecil membantah.. Namun masih mengikut langkah gibran yang sudah memautnya..

Mereka berdua melangkah keluar dari tempat itu.. Sebalik keluar.. Rania muntah di bahu jalan.. Gibran yang melihat hanya mengeluh... Rania dengan tabiat buruknya.. Kalau dah bersatu dengan arak.. Dia memang payah nak lepaskan..

"I want more.. Pleaseee.." rayu rania kepada gibran..mencengkam baju lelaki itu dengan kedua tangannya.. Kakinya terhujung hayang mahu masuk kedalam semula.

"ni yang I malas bawa you ke tempat macam ni... Kita datang nak enjoy.. Bukan nak mabuk-mabuk.." bebel gibran yang langsung tak terkesan buat rania..

"I hantar you balik right now.. " tegas gibran menarik rania kedalam pelukannya.. Lalu berjalan ke kereta..

"stay with me tonight.." pinta rania.. memainkan jarinya di dada bidang gibran.

"sure honey" kata gibran dengan senang hati..

"dah dapat semuanya.." tanya haidan..

"dah" jawap marwan.

"urusan kita disini sudah selesai.." kata haidan lalu bangun meninggalkan marwan bersama dua gadis yang sudah mabuk.. Marwan segera bangun.. Meninggalkan dua gadis tadi.. Mengejar langkah haidan yang sudah hilang dibalik tubuh anak-anak muda yang sedang asyik dengan hiburan dunia.

Langkah marwan terhenti bila memandang haidan yang berdiri tegak di bahu jalan.. Memerhati kearah sesuatu.. Marwan turut memandang ke arah yang sama..

Rania dan gibran yang tanpa segan silu sedang bercumbu mesra di hadapan kereta merah yang mereka naiki tadi.

"tuan" tegur marwan.

"hmm.. Dia memang tak layak untuk saya.." kata haidan.

Marwan hanya mendengar sahaja.. Tak berani dia nak menambah apa-apa.. Namun wajah haidan nampak bersahaja.. Tidak menunjukkan perasaannya marah ataupun cemburu.. Tapi dia yakin... Tuannya, haidan pasti sudah merancangkan sesuatu.

"kita balik.. Saya dah puas lihat pertunjukan.." sambung haidan lagi.

Marwan mengangguk lalu berjalan mengikut haidan.. Pintu bahagian penumpang dibukanya.. Memberikan haidan untuk masuk kedalam. Sebaik pintu ditutup marwan memandang sekilas kearah kereta merah tersebut.. Masih berada disitu.. Masih melakukan aksi menjolok mata tanpa segan silu.

'apalah nasib kau cik muda rania.. Kau masih tak sedar yang tuan haidan dah tahu semuanya.. Kau masih asyik dengan lelaki tu..' keluhnya mengeleng.. Sebelum berjalan kearah pintu pemandu.

Marwan duduk di kerusi pemandu.. Menghidupkan enjin.. Sekilas memandang tuannya dibelakang melalui cermin pandang belakang. Haidan sedang tersenyum.. Senyum yang menyeramkan dimata marwan.
Lalu dia memandu menuju ke hotel semula tanpa banyak tanya lagi.

Keesokannya.. Boleh dilihat ada ramai juga yang menginap di hotel tersebut selepas majlis semalam.. Mereka berjumpa semula di waktu sarapan.. Tak terkecuali haidan dan bondanya.. Turut berada disitu..

Rahimi turun bersama raffa dan menantunya luthfiya.. Lalu duduk bersama dengan mahira oleh kerana mahira sudah menegur mereka terlebih dahulu.. Masing-masing makan sambil bercerita dengan senang hati..

"mana rafie.. Papa tak nampak pun.. Kenapa tak ajak turun sekali.. Boleh kita makan sama-sama.." kata rahimi..

"oh.. Rafie.." raffa menghentikan suapannya..

"dia ikut fie.. Jogging.. Pagi-pagi lagi fie ketuk bilik kami ajak jogging.. Tapi kan, kami dah janji dengan papa nak breakfast sama.. Lepas tu apa lagi.. Dia pergi terjah bilik rafie.. Terpaksalah rafie ikut.." jelas raffa dengan gelakan.. Diikuti luthfiya.

"anak tu.." rahimi turut gelak bersama..

"mana datin... Datuk.." tanya mahira..

"ah.. Datin.. Kejap lagi dia turun puan sri.." kata rahimi sopan.

Haidan hanya menyaksikan saja perbualan antara mereka.. Tidak pula dia menyampuk.. Kalau ditanya oleh rahimi.. Barulah dia akan menjawap..

"ha.. Tu.. Fie.. Dengan rafie.." raffa menunjuk kearah luar..

Dapat dilihat melalui dinding kaca.. Terdapat tiga susuk tubuh sedang berjalan dengan mengenakan pakaian yang sesuai dengan aktiviti mereka..

Shofie memeluk erat lengan abangnya rafie.. Sambil tersenyum senang.. Diikuti taufiq dibelakang..

"raffa.. Panggil diaorang makan sekali.." arah rahimi.

Segera raffa bangun.. Melambai.. Malangnya, mereka bertiga tidak melihat..

"maaf.. Saya kesana panggil mereka sekejap.." pinta raffa.. Mahira tersenyum mengangguk.

Berlari raffa ke pintu keluar dari dewan makan.. Memanggil manggil dua adiknya..

"wah.. Suka sangat.. Sampai abang panggil pun tak dengar..." rungutnya sebaik sampai di depan mereka.

"abangg.. Cari fie.." tanya shofie ceria.. Tersenyum riang.

Raffa menarik lembut hidung mancung shofie..

"tu papa tunggu.. Mari kita makan sekali" arah raffa sekali menunjuk kearah rahimi yang sedang duduk bersama mahira dan haidan.

Raffa menarik tangan shofie.. Kini shofie bergandingan dengan raffa..

"eh abang.. Mana boleh main rebut saja.." bantah rafie tak puas hati bila shofie direbut abangnya.

Rafie yang tak mahu kalah turut bergandingan bersama.. Sama seperti mereka waktu kecil.. Shofie diapit ditengah-tengah.. Shofie pula mengambil kesempatan memaut dua Lengan abangnya.. Tanpa dia perlu berjalan.. Tergantung-gantung kedua, kakinya diangkat dua abangnya yang lebih tinggi darinya..

"hah.. Budak-budak ni.. Dah besar masih main-main" rahimi mengeleng melihat aksi tiga beranak tersebut. Shofie yang sudah merah mukanya tergelak dari tadi.

"dah sampai pun.. tuan puteri" kata rafie.. Sebaik sampai didepan rahimi.. Mereka berdua meletakkan shofie berdiri dilantai semula.

"sudah bermain tu.. Tak nampak ada orang lain disini.." kata rahimi menunjuk kearah mahira dan haidan. Luthfiya disebelah sudah tersenyum memandang suaminya.

"assalamualaikum.. Morning pa.. Puan sri" tegur shofie.. Memandang rahimi kemudian mahira.. Haidan tak pula dia endahkan..membuatkan lelaki itu senyum sendiri melihat tingkah shofie.

"waalaikummusalam..." jawap mahira, rahimi dan juga haidan.. Walaupun namanya tadi tak disebutkan oleh shofie tadi.

"marilah duduk.. Kita breakfast sama.." seraya berkata.. Mahira menepuk kerusi di sebelahnya, agar shofie duduk disitu.

'duduk disitu.. No.. Taknak!!! Nanti akan mengadap lelaki tu' jerit shofie sendiri.

"hai.. Morning puan sri" sapa ainun yang baru tiba.. Lalu duduk dikerusi yang baru ditarik oleh mahira tadi.. Jelas mahira menunjukkan wajah hampa.. Namun dia cuba kembali memaniskan wajahnya.

'untung mama datang..' keluhnya lega.. Tersenyum kembali.

Rahimi yang berada disitu memerhati setiap yang berlaku didepannya.. Mahira nampak berminat untuk mengenali shofie.. Dan shofie yang tidak selesa bila berdepan dengan haidan. Shofie lebih memilih untuk makan bersama dengan taufiq berbanding haidan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience