BAB 37

Romance Completed 175736

Rahimi sudah dibenarkan pulang ke rumah. Tapi masih dinasihatkan untuk banyak berehat. Dia sama sekali tak dibenarkan untuk ke MegahRaya buat masa terdekat ini. Dia hanya memantau dari jauh buat masa ini.. Raffa mengambil alih sepenuhnya MegahRaya..

"papa." tegur shofie.

" Dah cantik bersiap ni.. Shofie nak kemana.." tanya rahimi melihat shofie berpakaian cantik, siap bersanggul kemas rambutnya.. duduk disebelahnya..

"pa.. Bukannya anak papa ni.. Sentiasa cantik ke.."rungut manja shofie.

" cepat bagitahu papa.. Nak kemana" rahimi menyucuk nyucuk pipi kembung shofie dengan jarinya..

"nak pergi tengok.. Baby Raffiq.. Boleh tak pa.." beritahu shofie.

"ya tak ya juga.. Papa pun tak tegok lagi cucu papa.." keluh rahimi.

"papa video call saja dengan kak fiya.. Boleh la tengok baby raffiq.." shofie kemudiannya bersalaman dengan rahimi.. Sempat rahimi menepuk kepala shofie.. Menarik lembut sanggul shofie.

"Paaaa" jerit shofie.. Menarik wajahnya cemberut.

"nak pergi sana dengan siapa.." tanya rahimi lagi..

"of couse la dengan papa raffiq sendiri.." shofie ketawa.. Lalu berlari keluar dari bilik papanya.

Shofie berjalan menuju kebawah.. Dia melihat seseorang sudah berada di ruang tengah rumahnya.. Seorang wanita bertudung ayu, tersenyum kearahnya.

"assalamualaikum puan.."tebeliak mata shofie dibuatnya ..

'kenapa dia panggilan aku puan.. Gila.. Mau nanti nya, kalau ada yang mendengar ni matilah.. Tapi kenapa aku perlu takut.. Mungkin dia salah orang'

" awak siapa"

"saya pengawal keselamatan puan..nama saya aina.. Ruhaina.. Saya dihantar oleh tuan muuud... aa hhmmm" shofie sudah menutup mulut wanita itu.. Lalu mengheret lengannya masuk ke bilik tamu. Shofie mengunci pintu bilik tersebut dari dalam.

'adakah lelaki itu gila.. Atau aku yang akan gila tak lama lagi.. Kenapa dua hari dia senyap saja.. Dan tiba-tiba, hari ini dia hantar wanita ni.. Sebagai pengawal keselamatan bagai..' shofie merasa geram.. Lalu mencari telefon bimbitnya didalam beg tangannya.. Namun tingkahnya terhenti.. Dia hanya mampu pandang sahaja telefonnya.. Tanpa mampu berbuat apa-apa.. Hanya keluhan kedengaran selepas itu.

"puan.."

"tolong jangan panggil saya puan.. Panggil saya shofie.. Just shofie.. Or fie..ikut selesa kamu..aina.."kata shofie,yang sedang menunduk..

" macam mana aina.. Hmm, kak aina boleh masuk dalam rumah ni" shofie memanggil aina sebagai kakak.. Kerana wanita itu kelihatan lebih berusia darinya..

"melalui ini.." aina menghulurkan sekeping surat.. Shofie menyambut surat tersebut.. Lalu membacanya. Kemudian kedengaran gelakan kecil darinya.

'licik.. Dia buat surat.. Atas nama aku.. Seolah-olah aku yang mencari pengawal keselamatan.. Tapi padahal.. Dia yang minta.. Sungguh tak sangka.. Rupanya dia serigala liar..' kutuk shofie.

"kalau family saya tanya.. Apa kak aina nak cakap.." tanya shofie.

"semuanya sudah diaturkan puan.. Saya dari agensi yang sama.. Pengawal peribadi yang dipilih oleh datuk sebelum ini.. Jadi datuk tak akan syak apa-apa.. Lagipun datuk sendiri.. Sudah mengetahuinya.. Puan.." terang ruhaina.

"panggil saya fie.. Jangan puan.. Puan.. Sangat dilarang sama sekali dirumah ini" bentak shofie.. Mula berasa geram bila ruhaina asyik memanggilnya puan.

"maaf shofie.. Maaf.. Maaf" ruhaina membongkok bongkokan badannya meminta maaf.

Shofie merasa lemas seketika.. Mau saja dia call haidan pada waktu itu juga.. Namun apa hak dia nak membantah.. Itu perjanjian mereka yang pertama.. Dia harus ingat akan itu.

"saya nak ke rumah mertua abang saya.. Nak melihat anak buah saya dan kakak ipar saya.." kata shofie.. Ruhaina mengangguk saja.. Padahal dia sudah tahu.. Marwan, sudah memberi tahunya tadi..

"tapi..sebelum tu. Saya nak ke mall" kata shofie.. Lalu dia membuka pintu bilik tetamu. Mereka keluar dari bilik itu.

"baik shofie.. Saya akan pandu" kata ruhaina.

Ruhaina berjalan melintasi shofie.. Lalu membuka pintu utama rumah tersebut. Manakala rahimi berada di atas sedang memerhati.. Dua wanita sedang melangkah keluar dari rumahnya. Dia sendiri memilih seorang wanita kali ini mendampingi shofie.. Kerana dia baru mengetahui tentang taufiq yang hilang tanpa berita, dirinya bagai telah ditelan bumi ketika ini.

Rahimi tak mahu anaknya sedih atas kehilangan lelaki yang pernah bertakhta dihati puterinya.. Walaupun shofie sering tersenyum manis didepannya.. Dia tahu bagaimana rasanya patah hati.

Mereka ke mall.. Mana lagi kalau tak ke Zayn mall.. Shofie tak memaklumkan kedatangannya ke mall tersebut kepada haidan.. Kerana dia ingin singgah sebentar sahaja.. Membeli buah tangan untuk si kecil.. Dan buah-buahan untuk kakak iparnya.

Shofie asyik membelek baju-baju comel didepannya.. Diambil rawak beberapa baju.. Dia tersenyum sendiri..

"alah.. Comel lah.."katanya..

Ruhaina yang perasan seseorang sedang menghampiri mereka.. Dia segera mengundur diri.. Berjalan keluar dari butik pakaian bayi tersebut.. Malah bukan dia seorang saja yang keluar.. Para pekerja yang berada di dalamnya juga turut keluar.. Merek meletakkan tanda 'close' di hadapan pintu masuk. Para pekerja butik bayi itu berbaris di hadapan pintu masuk menghalang dari sesiapa dari cuba menceroboh masuk kedalam.

Shofie masih dalam dunianya..disebalik timbunan baju-baju yang comel-comel belaka.. Mengangkat baju yang ditangannya tinggi paras bahu sambil tersenyum..

Tiba-tiba terasa seseorang datang menarik sanggul tinggi nya.. Sampai teburai semuanya ikatan rambutnya.. Jatuh kebawah.. Shofie segera berpaling..

"riya.."

Shofie yang baru nak menghampurkan amarahnya terbantut.. Hanya jari telunjuknya saja berbabas menunjuk tepat dimuka kacak haidan.

"haidan.." shofie mengigit bibirnya.. Seraya menurunkan jarinya perlahan-lahan..

"please don't bite your lips.. Like that's .." kata haidan.. Menunjuk kearah mulut shofie.. Lalu shofie segera menekup mulutnya dengan tangan. Mengangguk angguk kepalanya.

Haidan lalu mengambil tangan yang berada di mulut shofie.. Lalu mengengamnya kemas.

" lepas selesai.. Pilih baju untuk raffiq.. Teman saya makan." kata haidan..

"ok.".. Shofie kembali menayang senyumnya..

Haidan mendekatkan dirinya kepada shofie. Membongkokkan badannya sedikit..

"jangan sanggul rambut tinggi macam tadi..saya tak suka.. Nampak sangat hodoh.. Macam nenek kebayan" bisiknya ditelinga shofie. Lalu haidan membetulkan rambut shofie,dengan jarinya.. Agar tak nampak serabut. Tangan haidan mengeluarkan sesuatu dari koceknya.. Lalu dibawa ke atas kepala shofie. Meninggalkannya disitu.

Haidan kemudiannya berjalan pergi.. Shofie meraba-raba kepalanya.. Matanya sedang memerhati belakang tubuh haidan.. Yang semakin menjauh.. Seketika, para pekerja mula masuk semula.. Shofie segera beriak seperti tiada apa-apa terjadi..

Telefon bimbitnya berbunyi.. Memberitahu ada pesanan yang baru dihantar masuk kedalam telefon bimbitnya. Ada satu lokasi.. Yang dihantar oleh haidan..

Shofie segera memilih pakaian lalu membawa pakaian tersebut ke kaunter dan segera membayarnya..

"kak aina.. Saya nak ke toilet.." kata shofie. Dia sendiri tak tahu bagaimana rupanya sekarang..

Ruhaina tersenyum sahaja.. Dia sendiri tahu.. Tadi asalnya shofie bersanggul tinggi.. Kemas dan rapi.. Dan sekarang rambut ikal keperangan itu telah jatuh kebawah.. Tapi wajah majikannya masih tetap cantik.

Shofie melihat wajahnya di pantulan cermin.. Manakala ainun berada beberapa langkah saja darinya.. Berdiri dekat dengan dinding.

Shofie menyentuh kepit kecil keemasan yang berada di kepalanya.. Menariknya turun.. Bukannya satu.. Tapi dua.. Dikepit ditempat yang sama..

Shofie membetulkan rambutnya.. Memintal rambut sebelah kiri dan meyepit dengan kepit keemasan yang dihiasi batu bersinar warna biru.. Dia mengulangi juga disebelah kanannya..

'hairan betul lah.. Kenapa dia tak suka aku sanggulkan rambut.. Apa beza ikat rambut.. Dengan sanggul rambut.. Serigala liar pelik..'

"mari kak aina.." ajak shofie.

Merek menuju ke lokasi yang telah dihantarkan oleh haidan tadi.. Langsung tak menampakkan haidan disitu.. Seketika kelihatan marwan berjalan kearah mereka..

"sila ikut saya puan muda.." Shofie membalikkan matanya.. Mengikut langkah marwan.

Mereka kemudiaannya memasuki ruang khas.. Shofie sudah tahu sangat dengan perangai haidan.. Lelaki itu tak menyukai tempat yang terlampau ramai orang. Entahlah kenapa.

Haidan sudah menunggu di situ.. Shofie kemudiannya masuk.. Lalu duduk bertentangan dengan haidan.

Mereka kemudiannya memesan makanan... Menghabiskan makanan tanpa berbicara apa-apa.. Haidan seperti biasa akan mencuri pandang wajah shofie yang sangat comel baginya ketika waktu makan.. Selesai makan shofie menghirup air yang dipesannya.

"bila riya nak kembali ke cawangan utara" tanya haidan.

"tak pasti.. Mungkin dalam, waktu yang terdekat ni.. papa pun sudah semakin pulih.." kata shofie. Haidan mengangguk.

"mengenai hotel.. Yang Zayn hol.."

"saya sedang makan tegah hari dengan isteri saya.. Bukan dengan arkitek dari MegahRaya.." potong haidan..

"oppps..sorry.."

"bonda nak menantunya pulang kerumah Zayn.." kata haidan berterus terang..

"tapikan saya tinggal dirumah papa.. Saya takut papa tahu nanti.." kata shofie.

' Bukan mudah, nak menutup satu pembohongan haidan.. Dari benda itu sekecil kecil zarah.. Ia akan merebak menjadi besar.. Dan kini.. Kau harap aku akan terus berbohong lagi kepada keluarga aku kan..' shofie menunduk memandang kebawah.. Ada sedikit terasa kecewa dihatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience