BAB 79

Romance Completed 175736

Dua beradik itu sampai dirumah.. Rafie berjalan beriringan dengan shofie masuk kedalam rumah..

"kamu berdua dari mana.." tanya rahimi.. Yang duduk disofa..

Rafie dan shofie saling berpandangan.. Mereka sama-sama saling tergejut melihat rahimi sedang duduk di sofa,ruang tamu.

"papa.. Kami baru balik dari taman di depan sana.. Saja keluar untuk ambil angin.." kata rafie..

"dengan tarik-tarik adik kamu pergi macam tu.." rahimi bangun dari duduknya dan berjalan mendekat kearah dua anaknya itu.

"pa.. Abang ni.. Sengaja usik fie" kata shofie sebaik rafie menyiku lengannya.

Rahimi sangat mengenali anaknya itu lebih arif dari sesiapa pun yang ada didalam rumah tersebut.. Kalau rafie dan shofie saling berpakat sebegitu pastinya ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh mereka..

'kamu berdua.. Memang tak pandai berbohong..nampak jelas kamu berdua sedang berbohong.. Anak anak..' kata hati rahimi.

"pergilah naik keatas.." arah rahimi..

Keesokannya shofie akan bertolak ke MegahRaya dari rumahnya bersama ruhaina.....

"malam ni.. Shofie..Balik kesini..??" tanya rahimi sekadar memulakan bicara.bila melihat shofie diam sahaja.

"malam ni tak papa.. Hujung minggu nanti fie balik kesini.."jawap shofie.

" hemm.. "rahimi mengangguk angguk. Sementara ainun sekadar memandang dan tidak menyampuk..perbualan dua beranak itu.

Shofie bertolak pergi ke MegahRaya bersama ruhaina.. Rahimi melihat kereta yang dipandu ruhaina menyusuri keluar dari perkarangan rumahnya..

Rahimi membuat panggilan telefon kepada seseorang...

"lakukan mengikut arahan saya" hanya itu yang dikatakan oleh rahimi.. Kemudian, dia mematikan panggilannya.

"datuk" tegur sabri.. Melihat rahimi yang sedang berdiri tegak memandang kearah luar..

"kenapa? " tanya rahimi.. Tangannya menyentuh kain tirai yang dibentuk cantik di jendelanya.

"masanya untuk makan ubat..." sabri meletakkan dulang yang berisi ubat dan juga segelas air dimeja.. Dia menunggu rahimi datang, untuk duduk dikerusi dekat dengan meja itu.

"anak-anak sedang bermain dengan saya, sabri.." kata rahimi.. Tangannya mengambil ubatnya.. Membawa masuk ke dalam rongga mulut.. Kemudian dia mengambil gelas yang mengandungi air jernih itu lalu meminumnya.

"tak mungkin datuk.. Anak-anak datuk semuanya anak-anak yang baik.." kata sabri sopan. Menerima kembali, gelas ditangan rahimi lalu meletakkan di dalam dulang.

"hehehe... Saya akan ikut permainan mereka.." kata rahimi tenang.. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.. Melihat gambar gambar yang dihantar kepadanya..

"datuk janganlah berfikir terlampau banyak.. Tak baik untuk kesihatan datuk.." kata sabri..

"betul kata kamu.. Saya sokong" kata rahimi sambil tersenyum.

"mungkin lebih baik saya keluar.. Menghirup udara segar diluar.." sambung rahimi.. Senyumannya masih tak lekang diwajahnya..

Selepas selesai waktu kerja shofie dan ruhaina berjalan ke kedai roti yang selalu shofie singgah untuk memberi roti dan kek..

"fie.. Nak yang mana.. Kalini biar akak yang belanja.. Sebab fie izinkan akak cuti kemarin..." kata ruhaina..

"kakak nak belanja.. Betul ni.. Fie nak ambil banyak ni.. Nak buat stok untuk makan tengah malam nanti.." shofie menutup mulutnya yang sedang gelak nakal.

"comel ya fie gelak macam tu.. Senyum selalu fie.. Kebelakangan ni fie kurang tersenyum.." kata ruhaina.

"baik.. Siap menerima arahan.." kata shofie.. Bergaya seperti seorang askar menerima arahan dari atasannya.

"adik akak sorang ni.." ruhaina geram lalu mencubit pipi shofie..

Mereka memilih beberapa potongan kek.. Untuk dibungkus.

"akak.. Fie lapar.. Apa kata kita makan dulu.. Masih awal lagi ni.." kata shofie.

"boleh.."

Shofie duduk di meja makan..dan memesan minuman dan roti untuk mengalas perutnya yang lapar.

"hai.. Cik shofie kan... Masih ingat saya" kata wanita yang datang menyapa shofie dan ruhaina.

"tentulah saya masih ingat.. Wanita secantik cik hayfa.." kata shofie sopan.

"Would you mind if I join you?" tanya hayfa.

"yes sure.. Silakan.. Cik hayfa seorang saja.."

"taklah.. With my bodyguard..dia ada disana sedang pesankan makanan untuk saya" kata hayfa sambil melentikkan tangannya ke arah kaunter dimana disitu ada seorang lelaki sedang berdiri membelakangi mereka.

"maaf.. sebelum ni saya tak tahu siapa cik ooopps..should I call you.. Puan.." tanya hayfa berbisik..

Shofie memandang hayfa tajam.. Begitu juga ruhaina..

"hey.. Jangan tengok I macam tu.. Kalau I tahu.. Status tuan muda.. I akan reject offer dia dari awal lagi.. I pun perempuan.. Walaupun perangai I macam ni.. I profesional.." kata hayfa.

"ya.. Dulu memang I pernah, sukakan dia.. But.. Dia tu beku.. Susah nak tarik perhatian dia.. So, I move on.. I mahu cari lelaki yang boleh sayangkan I.." hayfa memegang tangan shofie.

"sorry.. Pada perkara-perkara yang lepas..harap you tak bencikan I..." kata hayfa bersungguh.

'apa yang perlu aku cakapkan.. Dulu wanita ini pernah menyakitkan hatinya.. Dan sekarang dia datang meminta maaf dengan cara begini' shofie bingung.

"benda yang lepas.. Kita lupakan saja cik hayfa" kata shofie.

"ini pesanan cik" suara lelaki menegur mereka..dan duduk disebelah hayfa.

"taufiq..?!!"kata shofie spontan.

" eh.. you kenal dengan my bodyguard?" tanya hayfa..

'apa semua ni.. Kenapa taufiq boleh jadi bodyguard hayfa..'fikir shofie.

" ya.. " kata taufiq, matanya terus menikam mata bundar milik shofie.

"cik hayfa.. Rasanya saya dah kena pergi.." kata shofie.. Memandang ruhaina.. Ruhaina turut mengangguk kepalanya tanda setuju.

"oh sayangnya... Belum sempat kita berbual panjang.." balas hayfa.

Shofie sudah bangun dari duduknya.. Begitu juga ruhaina.. Sempat mereka bersalaman sebelum berlalu pergi.

Hayfa dan taufiq.. Saling memandang ke arah dua wanita yang berjalan pergi meninggalkan kedai roti tersebut..

" kau dah kenapa.. Bila depan dia kau nampak gugup.. Bukan senang nak junpa dengan dia tau.. Ni dah ada peluang.. Kau pula gagap.." tegur hayfa sambil minum kopinya.

"sabarlah.. Kau tengok sendiri tadi.. Aku baru duduk saja dia dah nak pergi.. Jangan risau.. Dia tak akan lari kemana.. Aku akan ambil balik hak aku..dan kau akan dapat apa yang kau nak.." kata taufiq tersenyum sinis.

"kau memang terbaik kawan..kau seorang saja yang paham apa yang aku mahu selama ni" hayfa memeluk lengan taufiq..

"jaga perangai kau hayfa.. Kita di tempat umum.. Apa kata peminat kau nanti, kalau tengok perangai kau.. Macam ni.." tegur taufiq.

"heii.. Simpan saja gaya alim dan sopan kau tu, untuk pikat cik muda kau.. Aku dah kenal kau luar dalam.. Apa beza kau dan aku... Dua-dua sama saja, hamba duit.. Jangan berlakon polos depan aku.." sindir hayfa, lalu melepaskan pelukannya dari lengan taufiq.

"ya lah cik hayfa.." taufiq mencubit pipi hayfa.. Dan mereka ketawa bersama.

Shofie berjalan ke arah kondominiumnya.. Bersama dengan ruhaina.

"fie.. Tu.. Tuan dah tunggu disana.." ruhaina melihat lampu kereta yang berkelip di bahu jalan.

"hm.. Awal pula haidan harini.." shofie memandang kearah kereta.. Dimana haidan sedang menurunkan tingkap kaca di bahagian pemandu. Kemudian melambai kearahnya.

Ruhaina menghantar shofie.. Membuka pintu kereta untuk shofie. Ruhaina melihat kereta yang dipandu haidan pergi.. Sampai hilang dari pandangan matanya.. Barulah dia berjalan masuk ke dalam kondominium tersebut.

"apa tu.." tanya haidan menunjuk kearah kotak yang ada diatas riba shofie.

"oh ini kek.. Fiya beli.. Untuk fiya makan tengah malam nanti.." kata shofie.

"makan kek.. Tengah malam tak bagus sayang.." nasihat haidan.

"tapi fiya nak makan.." protes shofie. Dengan wajah garangnya.

"hmm.. Hubby akan tambah peti sejuk lepas ni dalam bilik.. Tak perlulah sampai sayang kena turun bawah nanti.." kata haidan.

"bilik tu tak lama lagi akan jadi macam hotel.. Tak susah pun kalau fiya turun.." balas shofie.

Mereka bersembang bersama sampai lah tiba dirumah.

Keesokkan paginya nani mengetuk pintu bilik pasangan suami isteri tersebut..

"mak nani..?? " tanya shofie hairan.. Melihat dulang yang dibawa oleh wanita separuh baya tersebut.

"air apa ni mak nani" tanya shofie lagi.

"air ni untuk shofie.." jawap nani sambil tersenyum.

"mak nani mungkin..."

"siapa sayang.." tanya haidan dari dalam..

"mak nani.." shofie menjawap.. Sekali mempelawa wanita itu masuk..

"ya mak nani.. Kenapa?" tanya haidan.

"ini untuk puan muda.. Untuk kandungannya.." jawap nani.

"dari bonda?" tanya haidan lagi. Nani mengangguk..

"minumlah sayang ini untuk kuatkan rahim" kata haidan meyakinkan shofie.

Shofie mengambil air tersebut..minum dengan perlahan-lahan.

'kenapa rasa airnya tak ada bezanya.. Dengan yang sebelum ni' pikir shofie. Tapi dia hanya sekadar tersenyum sahaja.

Selesai bersiap.. Mereka turun kebawah bersama.. Haidan memegang tangan shofie dibawa tangan itu di bibirnya.. Mencium jari jemari shofie sambil menuruni anak tangga.

"you look beautiful today sayang.." haidan mencium dahi shofie..

"thanks hubby.."

"tuan muda.. Puan muda.. Ada tetamu dihadapan.. Sedang menunggu bersama dengan puan sri disana.." kata nani.. Yang baru datang dari ruang tamu.

"siapa yang datang sebagai, tetamu pagi-pagi ni.." tanya haidan.. Nani mengeleng.

"saya tak pasti tuan.. Ini pertama kalinya saya melihat tetamu itu" kata nani.

"tak apalah mak nani.. Kami kesana dulu.." kata haidan.

"mari sayang.." haidan memeluk pinggang shofie.

Mereka berjalan bersama ke ruang tamu..

"papa!!!" kata shofie cemas. Wajahnya yang manis tadi bertukar pucat.

Rahimi duduk tegak di sofa.. Sambil memegang cawan kopi ditangannya.. Ketua pelayan rumah mereka juga turut ada di belakang rahimi.. Iaitu sabri.

Mahira berpaling, memandang haidan dan shofie dengan wajah suram..

'kenapa semuanya terlalu cepat' haidan mula merasa berdebar didadanya.. Memandang rahimi yang duduk tenang di sofa ruang tamu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience