BAB 90

Romance Completed 175736

"sayang..!!!!"

Terdengar suara orang itu ketawa kecil.. Lalu membuka hoodie dan cermin matanya....

"assalamualaikum hubby.."

"Ya Allah.." haidan mengurut dadanya sendiri..

"macam mana boleh ada disini..! Sayang sure boleh naik flight?!!" tanya haidan dengan suara yang agak kuat dan cemas.. Shofie menutup mulut haidan dengan tangannya.. Haidan memegang tangan shofie..

"Assalamualaikum.." ulang shofie lagi.. Tapi kali ini dengan lebih lembut dan sopan santun.. Lalu jatuhkan tangannya dari terus menutup mulut haidan.

"waalaikummusalam sayang.. " jawap haidan sambil meraup wajahnya..dengan kedua tangannya.. Dia mengosok matanya berkali kali.

'terima kasih ya Allah.. Terima kasih kerana membuka pintu hatinya..'

"terima kasih sayang.." haidan mengengam erat tangan shofie..

"yakin boleh naik flight ni?!" tanya haidan lagi. Shofie mengangguk.. Shofie melihat pramugari yang melintas tersenyum kearah mereka.

"tapi..."

"tapi??!!" tanya haidan dengan wajah cemas.

"tapi fiya.. lapar lagi.. Tadi tak sempat sarapan.." rungut shofie.

'Allahuakbar.. Ingat apalah tadi.. Rupanya lapar..dan dia boleh gelak-gelak pula tahu tak.. Jantung ni bagai dah tecabut dari tubuh.. Rasanya'

"kalau lapar.. Kenapa makan, makanan macam tu..memang tak akan kenyang sayang.. " haidan membuka buku menu..

"dah teliur pula bila tengok menunya tadi .. Jadi order lah.."kata shofie dengan gelakan kecil.

" nak yang ni.. Tadi hubby makan sedap" cadang haidan.. Shofie mengeleng.. Dengan mulut muncungnya.

"ok sayang pilih.." haidan menyuakan buku menu kepada shofie, shofie memilih dan haidan membuat pesanan..

Makanan itu hanya dimakan separuh sahaja oleh shofie.. Yang lebihnya.. Haidan yang habiskan..

Mereka tiba di malaysia.. Mendarat dengan selamatnya.. Semasa menunggu bagasi..shofie nampak sedang termenung sediri..

"sayang.. Fikir apa tu..?" tanya haidan.

"mana ada.. Tak pikir apa pun.." kata shofie.. Kembali melihat bagasi yang telah haidan letakkan di atas troli.

"ada lagi dua beg.." kata shofie.. Bila melihat di troli haidan masih tak menampakkan begnya..

"eh.. Ni bukan ke?"

"tu betul.. Tapi ada lagi dua.." kata shofie..

"ha tuh dia.." haidan melihat kearah beg yang ditunjukkan oleh shofie.. Ada dua lagi beg yang sama warnanya dan jenisnya..

"biar betul sayang...baru nak masuk tiga minggu sayang disana.. Belum sebulan, sudah banyak macam ni.." haidan mengambil dua beg tersebut.

"ya.. Hari-hari teman mummy.. Balik saja shopping.. Tambah haritu lagi.. Shopping dengan abang.. Tak tahu pulak jadi banyak macam ni." terang shofie dengan wajah polos..

"lepas ni.. Kita nak balik kemana..?" tanya shofie..

"kenapa.. Apa yang sayang takutkan..?"

"kita balik rumah hubby..atau kita bermalam di hotel saja malam ni..so.. Sayang pilih.." kata haidan, sambil tersenyum nakal.. Mengusik.

"kenapa pula nak ke hotel..dengan beg banyak macam ni..?" shofie memaut lengan haidan.. Haidan senyum lebar.. Dia melihat tangan shofie yang memaut di lengannya.

"bukan kita yang angkat pun sayang.."

"tapi waktu macam ni tak sesuai.. Kesian dekat orang tu" balas shofie.

"ok kita balik rumah.. Hubby call marwan sekejap.." kata haidan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

"kita naik teksi saja.. Tu ada banyak..." shofie menunjuk kearah deretan teksi yang sedia menunggu penumpang..

"ok sayang.."Mereka pulang ke rumah menaiki teksi..

Haidan turun dari biliknya. Bila matahari menampakkan sinarnya.. Menuju ke ruang makan.. Dimana ada bondanya dan adik adiknya berada..

" ramai harini.. " tegur haidan. Mereka yang berada diruang makan.. Sama-sama tergejut.

"idan!!..bila balik?" tanya mahira..

"pagi tadi bonda.." kata haidan..

"abang.. Macam mana..??" tanya haikal.

"macam mana apa?"

"mana kakak ipar?" tanya annaila.

"mana menantu bonda?" tanya mahira.

Haidan tak menjawap.. Di berjalan kedapur mencari nani..

"mak nani.. Kejap lagi siapkan breakfast untuk shofie .. Dengan segelas susu ya..." pesan haidan.. Kemudian di ke ruang makan semula.

"anak bertuah ni.. Jadi bonda tak perlu ke pejabat lah ni.." kata mahira.

"idan masih mengantuk.. Boleh idan minta cuti lagi satu hari.. Esok baru idan masuk.."

"tapi idan ada benda yang nak bincangkan dengan bonda.." tambah haidan lagi..

"hal apa tu..?" tanya mahira.

"haidan ingat nak buat majlis resepsi.."

Mahira bertepuk suka mendegar apa yang dikatakan haidan baru tadi.. Dia bangun meninggalkan meja makan.. Lalu mendapatkan haidan.

"bila tu.."

"bonda pilih saja, dalam masa terdekat.." kata haidan.

"kamu serius ni haidan.." tanya mahira.. Tak percaya.. Dulu haidan yang menolak, bila nak mengadakan majlis resepsi untuknya.

"ya bonda.. Ini yang terbaik.." kata haidan.

Annisa dan annaila saling berpandangan.. Haikal tersenyum sendiri.. Haidan kembali.. Dengan aura yang berbeza.. Dia sudah tak menayangkan wajah beku nya kepada adik adiknya..

"bonda nak naik jumpa shofie.." kata mahira.

"bonda.. Shofie masih tidur... Dia perlukan rehat bonda.. Apa kata bonda tak payah ke office.. Harini, biar haikal saja yang pergi.." cadang haidan..

"apa.. Haikal.." mahira ketawa..

"bonda...!" marah haikal..

Mereka bergelak bersama... Sementara nani sudah siap menatang dulang, sarapan untuk shofie.. Tapi haidan menghalang nani untuk naik keatas.. Haidan mahu, membawa naik sarapan untuk shofie sendiri. Sebaik haidan selesai makan sarapannya.

Sementara di sebuah hotel..

Kepalanya terasa berat rasa bagai hendak pecah dan badannya terasa sengal-sengal.. Hayfa membuka matanya.. Dia cemas bila melihat keadaan dirinya.. Yang tertidur bogel disamping taufiq.. Begitu juga taufiq yang tidur tanpa mengenakan seutas benang ditubuhnya..

"fiq bangun.. Bangun .. Bangun!!!!" jerit hayfa sambil menampar dada yang terdedah itu..

"kenapa.. Aku mengantuk la.." rungut taufiq.

"sial lah kau taufiq.. Kenapa kau boleh buat aku macam ni..!!" hayfa kesal dengan apa yang terjadi.

Semalam seingatnya mereka berdua ke kelab.. Sampai tak sedar mereka, bermabuk mabukkan.. Tapi dia tak menyangka akan terlanjur tidur dengan taufiq.

"aku kata bangun lah..!!" marah hayfa lalu memukul dada taufiq.

Taufiq membuka matanya yang kemerahan.. Memandang tajam kepada hayfa.

"Kenapa kau yang ada disini.. Bukan semalam.. Aku dengan...."

"siapa.. Shofie..!?" potong hayfa.

"kenapa kau sentuh aku.. Kau memang lelaki tak guna lah..!" marah hayfa.. Dia mengamuk dan membalingkan semua yang ada kearah taufiq.

"boleh kau sabar tak.. Aku pun tak sedar lah.. Semalam.. Bukannya salah aku sorang.. Kita sama-sama mabuk.." kata taufiq sambil meraup wajahnya..

"aku tak kira.. Kau kena tanggung jawab. sial.. Kalau aku mengandung macam mana..?"

Taufiq terdiam seketika.. Dia memikirkan apa yang dikatakan oleh hayfa tadi..

Hayfa turun dari katil.. Mengutip bajunya yang bertaburan dilantai.. Lalu masuk kedalam bilik air..

Lama taufiq menunggu.. Namum hayfa tak kunjung keluar juga.. Masih kedengaran bunyi air didalam bilik air. Dia merasa bimbang. Taufiq bangun mengetuk pintu bilik air.

"kau buat apa dalam tu hayfa.. Kau jangan gila nak pikir untuk bunuh diri pula.. Buka pintu ni.." taufiq mengetuk pintu bilik air dengan kuat..

"hayfa.. Buka pintu ni.." taufiq menekan suaranya.

Hayfa menutup air.. Memakai pakaian dan membuka pintu..

"aku ingat kau dah bunuh diri tadi" kata taufiq sinis sambil bersandar di dinding.

"kalau aku bunuh diri.. Aku jadi hantu.. Aku akan hantui kau sepanjang hayat kau..!!" balas hayfa.

"tak habis-habis marah.. Cuba tenag sikit.. Benda kecik saja.." kata taufiq.

"bodoh.. Benda kecik kau kata.." hayfa menyelak selimut tempat tidur mereka semalam.

"mi kau kata benda kecik.." hayfa menunjukkan bekas darah yang tercalit di cadar dan selimut putih tersebut.

Taufiq melopong.. Dia tak menyangka yang hayfa masih dara.. Kerana hayfa hidupnya bebas.. Mata duitan sepertinya juga..

"aku tak tahu yang kau.."

"diamlah.. Kau menyakitkan hati aku!.. Kau ingat aku gedik sana sini.. Sebab tu kau ingat aku ni senang senang diajak tidur.. Macam tu.." marah hayfa.

"sorry.. Sungguh aku tak tahu.."

"Sekarang macam mana.. Huh.. Ni semua salah kau.."

"kau nak kahwin dengan aku?"

"memang tak lah.. Aku nak kahwin dengan kau.." bantah hayfa.

"jadi kau perlu ikut cakap aku.."

"dari mulanya aku ikut cakap kau.. Dan tengok apa kau buat dekat aku.. Kau ambil kesempatan keatas aku.."

"aduh.. Dengar dulu apa yang nak aku cakapkan..dari tadi asyik sembur aku.. Apa hal.. Macam lah.. Hal semalam tu salah aku sorang.. Kita sama-sama salah.."balas taufiq.

Hayfa masih memaki hamun taufiq.. Kerana bibir merah wanita itu masih begerak gerak.. Walaupun tak mengeluarkan sebarang suara.

" tentang hal semalam.. Tak akan ada siapa yang tahu.. Kalau kau tak buka mulut cerita kepada orang lain.."kata taufiq.

" senang lah kau cakap..!! " kata hayfa dengan nada yanh tinggi.

" cuba kau sabar.. Duduk dan dengar apa yang aku nak katakan dulu.. "pujuk taufiq.

Hayfa kemudiannya duduk di sofa.. Dengan muka yang mencuka sambil memeluk tubuhnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience