BAB 51

Romance Completed 175736

Marwan memandu kereta menuju ke pejabat utama Zayn Holding.. Sesekali di memandang ke arah cermin belakang.. Melihat haidan tersenyum senyum sendiri.. Kadang-kadang lelaki itu mengeleng. Marwan memandang bekas makanan yang disediakan oleh shofie.. Terletak elok diatas kerusi sebelah pemandu..

'untung dapat bekal dari puan shofie.. Berbaloi aku menunggu dibawah tadi' marwan tersenyum.

Sampai di pejabat.. Haidan berjalan dengan wajahnya yang tersenyum.. Menjawap teguran dari pada para pekerja dengan senyuman.

'shofie..apa yang dia dah buat kepada haidan.. Sampai haidan senyum-senyum sendiri dari tadi.. Ini amat menakutkan..'rungut marwan.

"wan.."

"ya tuan.."

"macam mana.. Dengan paparazzi tu.. Dah setel.."

"dah tuan.. Saya dah serahkan kepada pihak polis.. Dan polis dah tangkap dia"..

"tapi.." haidan mengeluh..dia tahu gambar dirinya yang sedang berpelukan dipantai sudah tersebar luas.. Dia tak mahu nendanya tahu tentang shofie..

"ada call hayfa.." tanya haidan.

"dia ada di selatan sekarang tuan.."

"suruh dia jumpa saya.. Kalau dia dah balik ke sini..." arah haidan.

"baik.. Saya akan maklumkan" kata marwan.. Dia sudah menangkap apa yang dimaksudkan haidan..marwan melangkah keluar dari bilik haidan.

"hello.. Cik hayfa.."

"Tuan muda nak jumpa dengan cik.."

"boleh saya tahu.. Bila cik akan balik ke sini"

"oh begitu.. Baiklah.. Kita jumpa nanti ya.."

Panggilan dimatikan.. Marwan mengetuk telefon bimbit itu ditapak tangannya berkali kali..

'ini bakal menimbulkan masalah.. Kalau shofie salah faham macam mana.. Cik hyfa tu.. Memang ada hati kepada haidan..' keluh marwan.

Marwan tahu..haidan mahu menggunakan hayfa.. Seorang artis tanah air yang sedang meningkat naik namanya.. Malah hayfa, mendapat sokongan daripada haidan.. Hayfa dapat melonjak naik dirinya daripada tiada apa-apa dan sekarang dikenali di layar perak.. Nama yang sentiasa meniti di setiap bibir rakyat malaysia.. Hayfa pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan haidan sebelum ini. Namun gosip itu senyap sendiri bila masing-masing saling menafikannya.

'harap semuanya baik-baik sahaja..' marwan kemudiannya masuk semula kedalam bilik pejabat haidan.. Memaklumkan kepada haidan tentang hayfa.

"malam ni.. Kamu hantar saya balik ya.. Shofie balik rumah datuk.." pesan haidan..

"ya baik tuan.." jawap marwan.

Shofie keluar dari pejabat bila waktu kerjanya sudah tamat.. Ruhaina seperti biasa sudah menunggu disana..

"bawa kereta kan kak.. Kita nak balik rumah papa" tanya shofie.

"ya.." jawap ruhaina.

"kita balik terus.. Ya.." ajak shofie.. Ruhaina mengangguk. Setuju.

Mereka terus bergerak menuju ke rumah keluarga shofie..

Sepulangnya shofie kerumah keluarganya.. Dia banyak menghabiskan masa bersama rahimi..

"macam mana kondo tu.. Ok.." tanya rahimi.

"ok pa.. Cantik.. Besar.. Selesa sangat.."

"tu kondo asalnya papa beri kepada mama shofie.." terang rahimi..

"mama.. Ya.. Mama mana.. Lamanya holiday.."

" mama kandung shofie.. " balas rahimi sayu..

" mama yang melahirkan shofie.. Jadi mama pernah tinggal disana.. Kondo tu.. Mama........ "

" ya sayang... "

" pa.. Boleh tak... Fie nak tanya.. Tapi papa jangan marah fie.. Fie sayang papa"

Shofie tak berani nak bertanya tentang ibu kandungnya.. Dulu sewaktu dia kecil.. Rahimi sering memarahinya.. Bila bangkitkan isu ibu kandungnya.

"papa tahu apa yang shofie nak tanya.. Ni mesti pasal mama kan.." shofie mengangguk.. dengan perlahan..

Rahimi memejamkan matanya.. Sisa kesakitan masih terasa.. Namun dia sedar, hakikatnya shofie perlu tahu..

"dia tinggalkan kita.. Sewaktu dia lahirkan shofie.. Papa sebenarnya tak pasti apa yang terjadi.... Tapi bila papa sudah sampai hospital.. Papa hanya nampak puteri papa.. Ditinggalkan sendirian disana.. Bila papa tanyakan tentang mama kamu.. Mereka kata sudah serahkan jenazah kembali kepada ahli keluarga.. " sayu nada suara rahimi.

" papa nikah dengan mama.. Tapi hubungan kami tak Direstui oleh nenek kamu.. Kerana mama kamu hanyalah wanita biasa.. Seorang pekerja papa.. Dan masa tu papa baru memegang jawatan di MegahRaya.. Nenek kamu.... "rahimi menggantung kan ayatnya. Shofie mengengam tangan rahimi..

" papa sayang mama kamu.. Papa sayang kamu... Papa tak nak kamu diasuh oleh nenek kamu.. Jadi papa hantarkan kamu ke abi kamu.. Di kampung.. "sambung rahimi.. Kini kedua-dua mereka sama-sama menangis.

" papa sudah cuba cari keluarga mama kamu.. Tapi.. Papa sendiri tak tahu harus mula dari mana.. Sebab papa sebelum ni tak pernah ambil tahu....itu kesilapan papa yang paling besar.. Yang papa buat.. Papa sambil lewa tentang mama.. Papa dibutakan dengan cinta.. Papa terlupa.. Tuhan hanya pinjamkan mama buat seketika.. "

Shofie tak tahu apa yang perlu dikatakan kepada papanyanya pada waktu itu.. Dia sendiri sedang menahan sebak.

" shofie.. Marahkan papa.. " tanya rahimi.

"fie sayangkan papa.. Mana mungkin fie marahkan papa.. Fie tahu.. Setiap sesuatu benda pasti ada sebabnya kan.. Apa yang sudah buat untuk shofie.."balas shofie

" nampaknya anak papa sudah besar ya.. Boleh la papa carikan calon suami untuk anak papa ni.. " rahimi menepuk pipi gebu shofie.. Manakala shofie menelan air liurnya... Mengesat air mata yang bersisa di hujung tubir mata.. Kemudiannnya ketawa..

" belum masanya pa.. "dia kembali sambung ketawa..

'kalau papa tahu.. Yang fie ni.. Isteri orang.. Isteri kepada haidan.. Zayn haidan.. Ahhhh.... Fie....' perasaan bersalah mula menebal dihatinya..

" pergi lah tidur sayang.. Esok nak kerja kan.. " kata rahimi.. Shofie mengangguk..

" papa pun tidur ya.. "balas shofie..

Shofie bagun selepas menyelimutkan papanya.. Menutup pintu bilik papanya dengan cermat.. Sebelum berlalu pergi ke biliknya.

Shofie menyalin pakaian kepada pakaian tidurnya.. Lalu, merebahkan tubuhnya di katil.. Baru sahaja di mahu melelapkan mata.. Telefon bimbitnya berbunyi.. Jarinya segera mengores..

"hellooo..." diletakkan telefon bimbitnya ditelinga..

"fiya.." shofie kembali memandang telefonnya.. Terdapat wajah haidan disitu sedang tersenyum, memandang kearahnya..

"aaah.. Video call.." jerit shofie.. Segera dia bangun, lalu menarik selimut.. menutup badannya..

"seksi..kenapa bila disini tak pakai baju tidur macam tu.." tanya haidan.. Bila melihat shofie mengenakan gaun tidur satin, bertali halus yang berenda di bahagian dada...

"fie nak tidur.." alasannya. Mengubah topik. Dia memang sudah mengantuk sekarang ini.. Shofie menayangkan wajah kantuknya.. Sambil mengusap kelopak mata..

"kenapa baru angkat call.. Dari tadi idan call fiya.."

"fiya.. Tadi di bilik papa.. "jawapnya sambil menggaru dahinya.. Kemudian meletakkan semula kepalanya diatas bantal.

"Dua harini kedepan idan tak ada.. Buat masa dua hari nanti .. Fie boleh stay kondo.. "kata haidan.. Shofie mengangguk lemah.. Matanya sudah memberat..

" ohh.. Yaaaa.. Baik" balas shofie..

"tidurlah.. Mengantuk sangat dah nampaknya tu" kata haidan.. Shofie sudah tak memberi balasan.. Dia sudah terlena.. Matanya sudah tertutup rapat..

"selamat malam sayang.." haidan menyentuh paparan skrin telefon bimbitnya... Sehingga imej shofie yang sedang tidur itu diganti dengan imej syiling bilik shofie.. Ia bermakna.. shofie sudah melepaskan telefon bimbitnya daripada genggaman tangannya.

Keesokannya shofie ke pejabat.. Dia hampir melupakan tentang tugasan luar yang diberikan oleh atasannya.. Iaitu mendapatkan design konsep untuk salah satu pelanggan mereka dengan perangai yang agak cerewet..

"eda.. Pukul brapa nak pergi jumpa tuan saif tu.." tanya shofie..

"sekarang..kita pergi awal sikit.. Biar kita tunggu dia.. " jawap waheeda.

"ok.." balas shofie.

"kita nak pergi dengan apa..kereta company ke" tanya waheeda.

"kita tumpang kak aina sajalah.. Dia ada area sini.. Kejap fie call dia.." kata shofie.. waheeda membalas dengan senyuman.

Shofie mendail nombor ruhaina.. Menunggu sehingga panggilan disambungkan .. Seraya tangannya mengemas beberapa barang yang ingin dibawanya..

" assalamualaikum kak aina.. "

" kak aina ada dimana sekarang"

"fie turun sekarang dengan waheeda ya.."

"ok kak.. Jumpa dibawah.."

Panggilan dimatikan.

"eda jom..."

Merek berdua berjalan keluar.. Sebelum pergi mereka memberitahu dahulu kepada irene yang baru keluar dari pantry.

Ruhaina sudah menunggu didalam kereta.. Dihadapan lobby.. Semasa sofie hendak keluar daripada lif.. Dia bertembung dengan Rafie..

" nak kemana ni.." tanya rafie..

"ahhh... Tuan muda.. Kami ada urusan luar.. Jumpa klien.." jelas shofie.. Dia segera memberi isyarat mata yang dia ada bersama waheeda.

"hemm.. Jumpa klien.. Jangan kelain.." rafie berkata.. Sempat dia mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi masuk kedalam lif peribadi..

"wehh.. Nampak tak tadi.. Dia.. Kenyit matakan.." waheeda menarik tangan shofie.. Shofie menutup mukanya dengan sebelah tangan..

"nampak.. Nampak.. Jomlah kita dah lambat" shofie menarik tangan waheeda yang sedang tersengih sendirian..

"kita nak kemana.." tanya ruhaina bila dua wanita itu sudah masuk kedalam kereta.. Dia tak membuka pintu buat sesiapa.. Dan menunggu saja dalam kereta.. Atas arahan shofie.

"bunga raya golf club.." jawap waheeda. Ruhaina mengangguk.

"akak.. Eda nak tanya.. Tapi akak jangan marah ya.."

"tanya.. Tanyalah apa yang eda nak tanya tu.." kata ruhaina.. Sambil memandu.

"akak kerja apa.. Selalu ada mana untuk shofie.. Ni siap tumpangkan kami lagi." tanya waheeda..

"aaa... Akaaakk.." ruhaina sedang mencari perkataan yang sesuai..

"kak aina.. Bawa grab.." laju shofie memintas..

"HAH..GRAB!!!.." jerit waheeda membuatkan dua wanita yang duduk dihadapan itu sama-sama tersentak tergejut.

Shofie sudah ketawa.. Memegang perutnya.. Melihat wajah ruhaina dan waheeda... Yang memaparkan wajah pelik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience