BAB 61

Romance Completed 175736

Seorang wanita tua sedang berehat dibiliknya.. Memejamkan matanya, menghembuskan nafas dengan lebih tenang dan teratur.

"assalamualaikum bonda.."

Dia segera berpaling kearah pintu biliknya yang buka oleh seorang wanita..

"waalaikummusalam sayang.. Masuklah.. Mari temankan bonda disini.." panggilnya.

Sofyna masuk kedalam bilik tersebut.. Lalu duduk disebelah wanita tua itu..

"bonda sihat.. Maaf fyna agak sibuk kebelakangan ini.. Maaf tak melawat bonda.." kata shofyna.

"jangan risaukan bonda.. Bonda baik-baik sahaja.. Fyna macam mana.. Sihat..? Makin cantik bonda lihat.." wanita tua itu menyentuh pipi shofyna.

"ada-ada saja bonda ni.." shofyna tersenyum..

"bonda.. Fyna ada nak minta cadangan dari bonda.." kata shofyna.

"apa tu sayang.."

"fyna rasa nak balik Malaysia.. Nak jumpa anak fyna.." kata shofyna..

"alhamdulillah.. Kamu dah sedia ya.. Bonda restu, keputusan fyna.. Pergilah jumpa anak kamu.." wanita tua itu memeluk erat shofyna..

"kalau boleh bonda nak lihat cucu bonda tu.." sambungya lagi..

"fyna akan usahakan bonda.. Doakan fyna.." shofyna mencium tangan tua itu.

"bila kamu nak balik malaysia..."

"tiga hari lagi bonda ..fyna sedang selesaikan urusan fyna.. Selebihnya fyna tinggalkan kepada melly.."

"sudah-sudah kumpul harta tu.. Kamu mampu untuk ambil kembali anak kamu.. Kamu bukan fyna yang dulu lagi sayang.. Kamu shofyna fakhirya.. Anak angkat perempuan bonda.. Jangan segan-segan dengan bonda.. Kalau fyna perlukan apa-apa.. Minta saja sama bonda..." mereka saling berpelukan...

" terima kasih bonda.. Terima kasih ambil fyna.. Rawat fyna.. Sampai fyna berjaya.. Sampai fyna dapat kecapi apa yang fyna ada sekarang.. "shofyna sudah mula menangis..

"kenapa kata begitu fyna.. Sepatutnya bonda yang berterima kasih kepada kamu.. Kalau tak ada kamu.. Macam mana nasib cucu bonda.." wanita tua itu turut menangis bersama.

Mereka saling berpelukan.. Sambil menangis mengenangkan kisah-kisah silam mereka.. Saling berterima kasih.. Saling menghargai..

Sementara di malaysia.... Keadaan kembali seperti biasa.. Walaupun shofie masih bekeras menolak untuk menerima saif. Keluarganya masih berusaha menyatukan mereka. Pikirannya kembali berserabut.. Namun kepada siapa yang perlu dia utarakan masalah dia..

Waheeda berdiri di depan shofie.. Meletakkan beberapa lakaran dimeja shofie.. Kemudian menerangkan tentang maklumat lakaran tersebut..

"fie.."

"fie.."

"shofie....."

"ya Allah kawan aku sorang ni.."

"cik shofie fitriyani..." waheeda mengoyangkan bahu shofie.. Sehingga shofie tergejut.. Lalu melemparkan liner pen yang dipegangnya ke meja..

"kau kenapa ni fie.. Berangan.. Eda cakap panjang lebar.. Dari tadi.. Fie tak respond pun.. Kenapa..?”

“eda cakap apa ya... Maaf fie tak dengar" kat shofie sambil mengaru kepalanya..

"huh..tu la berangan lagi..."waheeda kembali membebel..

Shofie masih tak menumpukan perhatiannya.. Tambah pula telefon bimbitnya berbunyi memberitahu ada pesanan yang masuk.

- boleh belikan lunch.. Idan nak makan nasi tomato yang ada depan office fiya.. - haidan.

'mimpi apa pula dia nak makan nasi tomato ni..' pikir shofie.. Lalu dia membelek jam tangan yang terikat kemas di pegelangan tangannya..

'ada masa lagi ni..' fikir shofie.

- ok baik.. - shofie membalas mesej haidan.

- kak.. Tolong belikan nasi tomato dekat bawah tu ya kak.. Kak beli lebih ya.. Kita akan makan di office haidan.. - shofie.
- baik.. Kak belikan sekarang - kak aina.

"fie..."

"oooii" tergejut shofie bila waheeda menampar bahunya.

"jangan cakap kau tak dengar apa yang aku kata tadi.. Aku merajuk nanti.." ugut waheeda.

"fie balas mesej tadiii.. Cik waheeda yang cantikk... Maafkan shofie.." pujuk shofie.

"pandailah.." waheeda sudah muncungkan bibirnya..

Waktu makan tengah hari.. Shofie segera turun ke lobi.. Bila melihat kereta yang dipandu ruhaina ada di depan pintu masuk utama.. Cepat-cepat shofie berjalan kearahnya.. Ruhaina memandu ke pejabat haidan.. Ke Zayn Holding..

Sebaik sampai di lobi.. Dia bertemu dengan penyambut tetamu..

"ya cik boleh saya bantu.." kata penyambut tetamu tersebut.

"saya nak jumpa dengan tuan muda haidan.." kata shofie.. Kemudian memandang jam tangannya..

"atas urusan apa ya cik.... Cik sudah buat temujanji sebelum ni.." tanyanya sopan..

"tak.. Tapi saya disuruh..." shofie mengaru kepalanya..

"saya hantarkan makanan yang dia pesan.. Boleh saya naik jumpa dia.. Saudari... Maira.." shofie melihat tag nama yang terselit didada wanita itu.

"sekejap ya saya maklumkan dahulu.." katanya..

"miss gina.. Ada seorang wanita.. Menghantar makanan untuk tuan muda.."

"oh.. Baik miss" maira meletakkan gangang telefon.

"maaf cik.. Setiausaha tuan beritahu dia tak pesankan makanan.." kata maira jujur..

"tak apa lah.." shofie malas berdebat dengan wanita bernama maira itu..

"fie.. Call saja tuan muda.. Atau nak kakak yang call kan.. Untuk fie.."

"tak apa.. Fie call"

Shofie mendail nombor haidan.. Manakala penyambut tetamu itu hanya memandang kearah shofie..

"hai sayang... Dah sampai.." suara haidan menjawap panggilan.

"hmm.. Ya.. Dah" jawap shofie gugup setiap kali haidan memangilnya sayang..

"tunggu didepan lif vip.." arahnya..

Shofie dan ruhaina menurut sahaja.. Kemudian lif terbuka.. Keluarlah marwan dari lif tersebut.. Manakala haidan tetap berdiri didalam lif..

"silakan puan.." kata marwan. Mempelawa shofie masuk.

"terima kasih.." lalu shofie melangkah masuk kedalam lif.

"kamu berdua naik lif biasa.." arah haidan. Marwan mengangguk faham.

"ah.. Kejap.. Kejap.." shofie keluar semula dari lif.. Menghampiri ruhaina. Mengambil beg yang berisi nasi tomato ditangan ruhaina.

"ini saja.. Selebihnya untuk kak dan marwan.." kata shofie..

"terima kasih puan.." kata marwan.

"terima kasih fie.." kata ruhaina pula.. Membuatkan marwan memandang ke arahnya..

Shofie kemudiannya masuk kedalam lif semula.. Meninggalkan marwan dan ruhaina. Haidan terus memeluk pingang shofie, sebaik pintu lif ditutup.

"haidan..dalam lif ada cctv.." Shofie menunjukkan ke arah bucu lif menghala ke atas..

"huh.." keluh haidan.. Lalu melepaskan, pingang shofie..

"tengok ni.." haidan menunjukkan ke arah papan elektronik yang terdapat dekat dengan butang lif.. Jari telunjuk, shofie dibawa kesitu.. Ditekap ke kotak kecil tersebut.. Haidan menekan beberapa butang yang terdapat disitu..

" Lepas ni.. Fiya naik saja lif ni.. Tak payah nak tunggu dibawah ataupun ke receptionist.. Faham.." kata haidan.

"thumb print .." tanya shofie, haidan mengangguk..

Ting...

Pintu lif terbuka.. Mereka keluar bersama.. Gina yang berada disitu sekadar tunduk hormat.. Kepada haidan..

"fiya hidangkan dulu ya.." shofie berjalan ke sudut dimana terdapat set sofa disana..

Haidan dengan pantas.. Menangkap pingang shofie dari arah belakang.. Mengesel geselkan pipinya di pipi shofie..

"haidan kita nak makan kan.. Nanti habis waktu lunch.." kata shofie.

"itu hanya alasan sayang.." haidan mula mencium leher shofie.

"haidan.."

"hemmm.."

"tak boleh.."

"why.. I deserve it sayang..."

"ya.. Tapi kalini tak boleh.."

Haidan terus memusingkan tubuh shofie.. Menghadapnya.

"fiya menolak haidan.." tanyanya keras.

"tak..tapi hukum yang menolak haidan.."

"WHAT!!!" shofie memiringkan kepalanya.. Menjauh.. Takut gegendang telinganya pecah akibat jeritan haidan.

"tak ada hukum yang menolak seorang suami menyentuh isterinya.." kata haidan lantang.

"kecuali..." kata shofie..

"kecuali apa.." tanya haidan dengan wajah garangnya..

"uzur"...

"siapa yang uzur..." tanya haidan.. Shofie malah menunjuk kearah dirinya sendiri..

"fiya sakit.." shofie malah mengeleng..

"dah tu.."

"bendera merah.." kata shofie.. Haidan malah mengerutkan dahinya..

"tak pedulilah.. Merah ke hijau.. I want it" kata haidan.. Menarik shofie kedalam pelukannya. Membuatkan shofie mengeluh..

"bukan macam tu.. Fiya period.. Haid... Hemm.." shofie mengaru kepalanya.. Mukanya sudah bertukar merah.. Dia buntu.. Harus apa lagi dia katakan..untuk membuatkan haidan faham apa yang cuba disampaikannya. Haidan malah kembali mengerutkan dahinya..

"biar jelas sayang.."

"orang perempuan ni.. Dia kan ada waktu cutinya.. Direhatkan tuhan dari solat....."

Keadaan sunyi seketika.. Shofie melihat haidan seperti sedang memikirkan sesuatu...

"oh.. Yang itu.." haidan melepaskan pelukannya..

"berapa hari..."

"seminggu.. Macam tu.."

"oh.." haidan mengangguk kepalanya.

Ini pertama kalinya dia mempunyai wanita yang dekat dengannya.. Malah wanita itu adalah isterinya.. Ini adalah perkara baru bagi dirinya..

Shofie malah ketawa.. Kemudian menutup mulutnya dengan tangan..

"kenapa ketawa.." tanya haidan.. Dia kembali memeluk shofie kembali..

"eh tak boleh kan.. Fiya cuti.."

"tapi sini tak cuti.." tangan haidan sudah masuk kedalam baju shofie..

"tapi ni office.. Tak boleh macam tu.."

"boleh saja.. Ni office haidan.. Siapa yang berani nak marah.." jawap haidan.

"tapi.. fiya lapar.."

"ok jom, kita makan.." ajak haidan pasrah..

Ketika mereka berdua sedang menjamu selera.. Dengan nasi tomato yang dibeli oleh shofie.. Pintu dikuak dari luar.. Tanpa diketuk terlebih dahulu..

"Sayang...." panggil wanita itu.

Shofie yang melihat wanita kecil molek didepannya terus menjadi pucat.. Seolah-olah dia yang bersalah dalam situasi sekarang.. Seolah-olah dia dicekup kerana membuatkan haidan curang..

"eh.. Cik shofie..pun ada sama.. " kata hayfa lembut.. Lalu berjalan ke arah mereka..

"cik hayfa.." jawap shofie kekok.. Dia membetulkan duduknya.. Seleranya juga mati.. Lalu meletakkan sudunya kebawah.

"makan fiya.." tegur haidan.. Haidan, lalu bangun duduk di kerusi, meja kerjanya.. Melihat haidan kembali ke meja kerjanya.. Hayfa turut duduk di kerusi berhadapan dengan haidan.

"kenapa hayfa.." haidan mula bertanya..

"are you sure.. Nak I cakapkan sekarang.. Sedangkan masih ada orang luar disini..." kata hayfa menunjuk kearah shofie yang sedang makan di sudut sana..

"yes, I'm.. Just continue.." kata haidan. Jelas terpancar aura karismanya sebagai seorang ceo disitu..

"whatever.." kata hayfa sambil mengibas rambutnya kebelakang.. Kemudian kembali memandang ke arah haidan..

"semalam.. Ada orang ikut I balik kondo.. You kena bertanggungjawab.. I taknak perkara yang dulu tu jadi lagi.. You tahu kan, macam mana I almost kena kidnap, muka I hampir cacat dibuatnya..." marah hayfa..

"jangan risau.. Nanti marwan akan uruskan.." kata haidan.

"no.. I datang ni.. Nak selesaikan semua.. I malas.. Nyawa I jadi taruhan.. I want to stop all of this nonsense.." hayfa melipat tangannya kedada. Kemudian berpaling ke arah shofie..

"wait"

"what.. I know.. It You..." hayfa menunjuk ke arah shofie.. Dia kemudiannya bangun.

"behave yourself, hayfa..!" haidan memberi amaran.. hayfa malah gelak.. Sedangkan shofie mematung di sudut sana.. Masih tak mengerti, apa sebenarnya terjadi. Dia memandang haidan..dan hayfa..

"now, I know.. She the one.. huh.." hayfa kembali menatap haidan.. Mengucap ayatnya perlahan..cukup sekadar haidan saja yang mendegar.

"none of your business..." kata haidan.

"don't worried.. I'm professional.." hayfa memberi jaminan.. Kemudian dia kembali memandang kearah shofie.. Kalini dia menunduk hormat kepada shofie.. Membuatkan shofie kembali menunduk kepadanya membalas...

Satu sikap yang haidan suka tentang hayfa ialah dia sangat mementingkan kerjayanya.. Malah setiap urusan perjanjian mereka dilakukan dengan baik sekali. Walaupun dia tahu wanita itu pernah menyimpan perasaan terhadapnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience