BAB 28

Romance Completed 175736

Haidan melangkah dengan penuh emosi.. Seorang gadis mampu membolak balik kan kehidupan seorang tuan muda Zayn Haidan.. Marwan yang menunggu di koridor.. Diam saja sebaik melihat wajah tuannya yang memancarkan cahaya suram.. Sampaikan teguran dari Raffa langsung tak hiraukan oleh haidan.

'sah..ada yang tak kena.. Apa pula cik muda Shofie buat kali ini..' marwan akui.. Sejak nama shofie muncul.. Kerjanya bertambah.. Seolah olah dia turut menjadi pembantu peribadi kepada dua orang.. Dalam menjaga tuanya.. Dia sendiri perlu tahu dimana, kenapa,apa yang cik shofie sedang lakukan.. Dalam masa yang sama.

Marwan membuka pintu kereta kepada haidan.. Haidan lalu masuk dan duduk di kerusi.. Dengan mempamerkan wajah ketatnya. Marwan pula duduk di bahagian hadapan seperti biasa.. Dia akan memandu.

"call badrul.. Saya nak dia tamatkan semuanya.." suara arahan dari haidan memecah suasana sunyi.

"baik tuan.." segera marwan mendail nombor telefon badrul..

"hello.. Bad.. Akhiri kerja kamu" arah marwan.

"kalau begitu.. Lakukan.."

"lakukan saja.."

Panggilan dimatikan.. Marwan memandang sisi pandang belakang.. Mengintai haidan.

"sudah dimaklumkan.." ucap marwan.

"saya nantikan keputusannya.." putus haidan.. Masih dengan wajah ketatnya.

"kita ke pejabat.." tanya marwan.

"tak.."

"pergi ke.. Club.. Saya nak berenang.." kata haidan.. Lalu membuka butang dilengan bajunya..

Haidan akan berenang sekiranya dia dalam keadaan tertekan.. Dia akan berenang sehingga dirinya kembali tenang dan boleh berfikir semula tanpa mengikut tekanan emosinya.

" tangguhkan.. semua temujanji saya hari ini.." sambung haidan lagi.. Kalini dia sudah membuka dua butang bahagian atas baju kemejanya.

" baik.. " marwan menerima arahan..

'kan.. Aku dah kata.. Mau tungang langgang jadinya tuan ku ni. Tak pernah-pernah dia tangguhkan kerja semata-mata nak pergi berenang.. Serabut sangat kah, sekarang ni.. Hanya disebabkan oleh seorang gadis bernama, shofie fitriyani' pikir marwan.. Dia mencuri intai tuannya lagi.

"papa.." panggil shofie.. Sebaik saja melihat papanya membuka mata..

"alhamdulillah.. Pa.. Papa dah sedar.." kata raffa..

"raffa panggilkan doktor.." raffa berlari keluar dari bilik tersebut.

"sho.. Fie.." panggil rahimi perlahan.. Wajah pucatnya tersenyum memandang anak kesayangannya berada didepan mata.. Tangannya mengapai ke arahnya.

"ya.. Pa.. Ni fie.." shofie menjawap.. Lalu mengambil tangan rahimi dibawa ke pipinya. Air mata mula turun tanpa disedarinya.

"jangan nagis sayang.. Nanti tak cantik.." lemah sahaja kata rahimi.. Membuatkan shofie gelak sedikit.. Papanya masih mengunakan kata-kata tersebut.. Seperti memujuk anak kecil.. Kemudian dia mengangguk perlahan.

"papa ok.. Jangan nagis.." ulang rahimi lagi.

"ya.. ya.. Janji shofie tak nangis.." shofie menyeka air matanya..

Bunyi tolakan pintu, dan bunyi derapan tapak kaki membuatkan shofie bangun dan beredar dari terus berada di samping papanya..

Doktor dan jururawat mula mengambil alih rahimi.. Melakukan pemeriksaan.. Shofie berdiri disebelah abangnya raffa..

Selepas selesai doktor melakukan pemeriksaan.. Doktor meminta raffa agar mengekorinya.. Raffa pergi keluar dari ruangan itu mengekori doktor lelaki tersebut.. Sempat doktor berpesan agar membiarkan pesakit berehat..

"pa.. Just rest.. Fie ada untuk teman papa.." kata shofie.. Rahimi mengangguk perlahan..

Dalam shofie sedang mengelap badan papanya agar papanya lebih selesa.. Telefonnya begetar.. Nama abangnya tertera di paparan telefonnya..

"pa.. Rest ya.. Fie nak angkat call.. Fie ada diluar saja.." pesan fie. Mencium belakang tangan papanya.. Sebelum berjalan keluar.

Sebaik keluar dia melihat dua abangnya sudah berada disitu..

"fie come.." panggil rafie.. Menarik tangannya.. Berjalan kesudut dimana tempat yang sama, dia berbincang dengan haidan tadi.

"macam ni.. Start from now.. No one will discuss about MegahRaya.. Depan papa.. Kita semua tahu keadaan MegahRaya sekarang kan.." kata raffa. Dua adiknya mengangguk.

"doktor kata.. Kita tak boleh kejutkan papa.. Jantung papa tak stabil sekarang.. Sampai papa selesai operation.. Dan dalam tempoh pemulihan papa.. Abang akan handle MegahRaya.. Ikut termampu abang.. Dan kau rafie.. Kena bantu abang.."

"tapi abang.. Sampai bila kita nak sembunyikan dari papa.. Papa mesti tanya.. Tentang MegahRaya.." tanya rafie..

"kita kena cuba rafie.. Shofie.. Please.. Demi papa.. Kalau tak.. Keadaan papa akan menjadi lebih parah.." terang raffa. Dia melihat kedua adiknya mengangguk.. Lalu dia memeluk mereka berdua sekalian..

"sekarang kena pujuk papa untuk lakukan operation tu.. Ok.. Adik-adik.." kata raffa masih memeluk kedua-dua adiknya..

"fie.. Nak tanya.. Mana mama dengan nia.." shofi yang tadinya diam bersuara. Kedua abangnya mengangkat bahu.

"entah..."

"biarlah.. Mereka tu.. Yang penting sekarang adalah kesihatan papa.." terang raffa.

"dan kak luthfiya" sampuk shofie.

"yes you're right.. My dear.." sokong rafie..

"sementara ni.. Abang akan disini.. Dengan kamu berdua.. Tapi bila sampai masa.. Abang perlu kesana.. Abang nak rafie.. Wakilkan abang.. Jagakan papa..dan shofie.." Raffa memegang erat bahu rafie.

"abang jangan risau.. Kami faham.. Papa pun akan faham nanti. " jawap rafie.

"tapi.. Fie dah besar, fie boleh jaga diri sendiri" kata shofie. Dicelah celah dua abangnya yang tinggi lampai. Raffa dan rafie serentak menoleh.. Lalu meluku kepala shofie serentak.

"Aauuwwwh" jerit shofie.. Sebelum jeritan itu menjadi bingit. Rafie sudah menutup mulut shofie dengan tangannya.

Tanpa mereka sedari ada mata yang memandang dari tadi.. Tersenyum sahaja.. Melihat keakraban adik beradik itu.

"pakcik.. Marilah." tegur taufiq. Melihat sabri menghentikan langkahnya dan bersembunyi di sebalik dinding.

"pakcik tak nak ganggu masa, adik beradik tu sedang mesra macam tu.. Kalau pakcik pergi kesana.. Pasti keadaan menjadi kekok.." jelas sabri.

Dia kesini untuk meringankan beban anak-anak rahimi mengurus dan menjaganya dihospital. Sedangkan dirumah sudah tiada siapa-siapa lagi untuk dia layan ketika ini.

" betul juga kata pakcik" taufiq lalu duduk di kerusi menunggu.. Melihat dari jauh perbincangan anak-anak tuan rahimi.. Sampai dia melihat shofie dikenakan oleh dua abangnya itu.

Mereka kemudiaannya melangkah masuk kedalam wad yang menempatkan rahimi..

Sabri yang berdiri tadi mula berjalan lalu duduk dikerusi disamping taufiq.. Menepuk nepuk belakang badan anak muda tersebut. Sambil tersenyum.

"jangan ambil hati.. Mereka memang rapat sejak dari kecil" katanya. Bila melihat taufiq dari tadi asyik memerhati buah hatinya tanpa berkelip sedikit pun.. Dia tak memahami apa yang anak muda tersebut fikirkan.

"ehh tak pakcik. Bukan itu yang pakcik fikirkan.. Saya tak apa-apa.. Saya suka melihat adik beradik itu rapat seperti itu.. Masing-masing sayangkan ayah mereka.. Untung mereka, pakcik" terang taufiq.. Mengharapkan agar sabri tidak memikirkan yang bukan-bukan.

"banyak yang keluarga ini lalui.. Terutamanya shofie" kata sabri, mula bangun dari duduknya.

Ya.. Hanya dia saja yang menjadi pemerhati apa yang berlaku didalam rumah besar keluarga itu.. Apa yang terjadi didepan matanya.. Sama ada ahli keluarga itu tahu..dan ada juga rahsia yang dia simpankan didalam hatinya . Agar keluarga itu tak berpecah belah, menjadi keluarga yang gagal di kemudian hari. Semuanya tersimpan kemas didalam ingatannya.

Baru taufiq ingin bertanya lanjut. Apabila melihat sabri mula berjalan menghampiri wad rahimi dia mematikan niatnya..

'mungkin di kesempatan yang lain..' katanya sendiri.

Taufiq mengikut langkah kaki lelaki yang separuh baya dihadapannya.. Walaupun sudah berumur. Lelaki itu masih kelihatan kuat dari usianya.. Masih boleh bekerja menguruskan rumah besar milik keluarga itu.. Sungguh itu mengagumkan taufiq. Sedangkan dia. Masih muda..kadang tersasar kelelahan dengan kerenah shofie.

Ketiga anak-anak rahimi tersentak bila pintu bilik papa mereka ditolak dari luar.. Mereka berpaling melihat gerangan yang datang.

Sabri melangkah masuk kedalam dan diikuti oleh taufiq dibelakangnya..

"biar saya disini menjaga datuk.. Bolehlah tuan muda dan cik muda berehat.." kata sabri.. Kembali dengan peranannya sebagai pelayan.

"tapi disini hospital pakcik.. Fie yang akan jaga papa malam ni.." terang shofie.

"lagipun.. Dirumah.. Tiada siapa.. Lebih baik pakcik tolong-tolong disini" tambah sabri lagi.

"elok lah tu pakcik.. Pakcik temankan shofie.. Sementara saya dan rafie kena ke MegahRaya.." bisik raffa perlahan ditelinga sabri..

"baik" kata sabri.

"taufiq.. Minta tolong.. Belikan makanan untuk shofie dan pakcik ya.. Kami pergi dahulu" kata raffa.. Taufiq mengangguk setuju.

Raffa dan rafie mencium belakang tangan papa mereka sebelum pergi. Mereka perlu ke MegahRaya dan selesaikan apa yang patut buat masa sekarang.. Dari tadi firas sudah menghantar beberapa maklumat lagi tentang MegahRaya.. Sekarang sudah beberapa pelabur sudah benar-benar mahu menarik diri.

"abang yakin kita boleh lakukan.." tanya rafie.. Melihat kearah abangnya.

"kita kena cuba.. Kamu jangan nak manja sangat macam shofie.." raffa menepuk belakang tubuh rafie.

"bukan.. Tapi.." rafie menelan liurnya.

"abang tahu, apa yang kamu fikirkan.. Abang pun takut juga.. Kalau betul kita kena berkorban untuk stabilkan MegahRaya.. Kita kena bersedia.." tambah Raffa lagi.

"mama dan rania pun hilang waktu genting sekarang ni.." kata rafie kesal.

"mama dengan rania.. Mungkin holiday dimana-mana.. Seperti biasa.." katanya..

Mereka berborak sampai mereka sudah sampai dikawasan parking kenderaan.. Lalu memandu pergi ke syarikat keluarga mereka.

Sementara didalam wad.. Shofie sudah terlena di sofa panjang akibat menunggu papanya yang masih tidur sebaik saja makan ubat tadi.

Taufiq meletakkan plastik yang berisi beberapa makanan di dalamnya .. Di meja kecil dihadapan shofie.

"pakcik.. Ni makanan.. Tapi tak pasti lah.. Sama ada kena dengan selera pakcik ataupun tak.." kata taufiq.

"jangan risau.. Pakcik tak kisah.. Cukuplah sekadar perut pakcik kenyang... Terima kasih ya.." balas sabri.

Sedang asyik dua lelaki itu sibuk membuka plastik makanan untuk dihidangkan.. Telefon taufiq berbunyi nyaring. Sampaikan shofie terjaga tadi tidurnya. Cepat-cepat taufiq menjawap panggilannya..dan bejalan keluar dari bilik rawatan tersebut.
Kemudian dia masuk semula.. Duduk dekat dengan shofie.

"Fie..fiq ada hal.."

"boleh fiq tinggalkan fie dengan pakcik sementara.." tanyanya.

"boleh.." shofie sudah mula makan.. Perlahan mengunyap makanannya.

Lalu shofie berdiri mengikur taufiq keluar dari bilik tersebut.

"jaga diri ya.. Bawa kereta hati-hati tau.." pesan shofie.

"ya.. Baik tuan puteri.." usik taufiq. Shofie menjeling lelaki didepannya. Tangannya sudah memeluk tubuh.

"jagan marah.. Fiq melawak.." dia mencuit hidung mancung shofie.

"dah..bye..nak fie temankan sampai bawah.. "kata shofie dengan ketawa kecil.

" tak perlulah, sayang.. Bahaya.. Fie.. Duduk dengan pakcik.. Ok.. Jangan merayau.. Jangan susah kan pakcik.. Take care.. I love you.. Tunggu fiq balik" pesannya dengan panjang lebar.. Sambil berjalan pergi.

"ya..ya..ya.." balas shofie..mengangguk angguk sahaja. Dia sendiri tak dapat menghadam apa yang dikatakan oleh taufiq. Bila dia teringatkan balik.. Pipinya merah bak tomato..

Taufiq yang sudah berada beberapa langkah jauh dihadapan shofie berpaling.. Melihat lama wajah merah shofie.. Kemudian dia ketawa kecil.. Sebelum berpaling dan berjalan semula..

"shofie.. Shofie.." gelengnya sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience