BAB 19

Romance Completed 175817

Semalaman tidur ainun tidak lena mengingatkan anak muda yang berdarah campuran itu..

Keesokan pagi awal-awal lagi dia sudah pergi mengetuk pintu bilik rania.. Rania yang masih berbungkus, tidur didalam selimutnya bangun membuka pintu.

"ma.. Seriously.. Matahari pun tak..." ainun terus menyerbu masuk kedalam bilik anaknya.. Rania masih berpaut dipintu biliknya.

"nia.. Close the door.." arahnya keras. Rania yang tergejut mendengar jeritan mamanya segera menutup pintu dan menguncinya.

"why ma.. What happen" tanya nya..cemas.

"gugurkan anak tu nia.." membulat mata rania.. Bila mendengar kata yang keluar dari mamanya.

"ma.. Macam mana mama.. " suara esak tangis sudah kedengaran dihujung ayatnya.

"kenapa bodoh sangat kamu ni nia.." sungguh ainun geram sangat dengan anak perempuan tunggalnya itu.

"kau rosakkan masa depan kita nia.." sambungnya.

'tiket kita untuk keluar dari rumah ni dengan cara terhormat... Hampir hancur.. ' hatinya mula menangis. Ingin saja dia menampar wajah cantik anak itu.

"nia takut ma.." kata rania dengan isak tangisnya.

"mama akan cari untuk selesaikan masalah ni.. Kamu mesti hapuskan anak tu.. Kalau kau nak pikat haidan.. Melainkan...."

Kata Ainun terhenti .. Dia seperti memikirkan sesuatu..

"melainkan.. Kau goda dia.. Dan kata tu anak dia...." sambung ainun lagi.. Dengan yakinnya.

'ya.. Ya.. Begitulah caranya.. Dia akan perangkap tuan muda haidan...' pikir ainun.

"ma.. Dia tu.. Tengok nia pun tak nak nak ma.. Macam mana nak goda dia.." rungut rania.

"nanti mama akan pikirkan.." balas ainun memeluk anaknya... Wajahnya mula tersenyum.. Dan berharap perancangannya berjaya..

'Rania perlu mendapatkan zayn haidan.. Dan hidup mereka akan sempurna.. Mereka akan keluar dari rumah ini dengan medabik dada..' senyum ainun sendiri.

Shofie dan taufiq bertolak balik sebaik saja selesai sarapan.. Sarapan kali ini meriah.. Kerana penuh dengan ahli keluarga rahimi..

Ainun turun semula selepas bersiap untuk keluar.. Berjalan menuju kebawah.. Dan duduk di sofa menunggu kelibat rania yang belum muncul.

"siap-siap ni nak kemana..."tanya rahimi. Melihat isterinya sudah elok bersiap dengan beg tangan sudah berada ditangan.

" saya.. Nak keluar dengan nia.. "jawap ainun acuh tak acuh.. Sambil menatap screen telefon bimbitnya.

Hubungannya dengan rahimi semakin lama.. Semakin merenggang.. Tambah-tambah selepas rahimi mengumumkan shofie di majlis ulangtahun syarikat. Ainun merasakan dirinya sangat tergugat. Mereka bergaduh besar malam itu di bilik hotel mereka.

"hemmm" kata rahimi lalu naik keatas..

Mendengar kata yang keluar dari mulut rahimi seperti tak memperdulikannya.. Membuatkan ainun bertambah tak puas hati..

"papa.." tegur rania yang bertembung dengan rahimi yang sedang menaiki tangga.

"nia.. Nak keluar dengan mama ya.. Hati-hati bawa kereta sayang.." kata rahimi.. Sekali mengosok lembut kepala anak gadis bongsunya yang manja.

"baik pa.. Bye pa.." katanya.. Selepas mencium pipi papanya. Lalu turun kebawah mencari kelibat mamanya.

Ainun dan rania keluar dari rumah.. Dengan kereta yang dipandu oleh rania.

"kita nak kemana ma.." tanya rania yang masih tak tahu arah tujuan mereka..

"pergi jumpa pakcik kamu.. Di restoran yang selalu kita jumpa dia.." jelas ainun..

"oh uncle zainal.. Ok" kata rania setuju. Lalu memandu menuju ke restoran yang selalu dijadikan tempat untuk mamanya bertemu dengan adik kandungnya itu.

Sebaik sampai.. Mereka dua beranak masuk dan memesan minuman terlebih dahulu..

"Hello my lovely sister and sweet little princess.." kata seorang lelaki berkaca mata hitam. Berpakaian segak dengan rambut besisir rapi dan kemas.

Zainal duduk dikerusi antara kedua wanita tersebut.. Lalu mencubit manja pipi rania..

"yea sis.. Kenapa nak jumpa, ada hal apa kak" tanya nya.. Lalu mengadap kakaknya, ainun.

"kamu tahu tak jadual tuan muda haidan.. Kak nak detailnya.." terang ainun terus kepada terasnya.. Tanpa berbasa basi.

"wow kak.. Tiba-tiba saja nak tahu ni.." segeh zainal.. Memandang tepat kakaknya sambil tangannya bermain di rahangnya sendiri.

'apa rancangan kakak kali ini... Kenapa kakak nak tahu tentang zayn haidan..' pikir zainal sendiri.

"hmm.. Dia akan keluar negeri lagi dua hari.. Tak silap saya.. Dia nak melawat projek yang syarikat abang ipar uruskan di cawangan baru tu..." terang zainal sambil membuka cermin mata hitamnya.. Lalu memainkan cermin mata di bibirnya..

"cawangan baru.. Sampaikan detail hotel tempat dia menginap.. Semuanya.." kata ainun.

"kenapa kak.." tanya zainal.. Hairan melihat kakaknya sangat bersungguh sungguh , mahukan maklumat tersebut.

"ini antara hidup atau mati nal.. Kamu kena buat untuk kakak kau yang sorang ni.." kata ainun tegas sambil memegang lengan zainal.

"ok kak.. I will give you all the information, you need about zayn haidan" putus zainal.. Akan menolong kakaknya.. Mencari information yang diperlukan.

"sayang uncle.." balas rania tersenyum manis kepada zainal.. Lalu memaut lengan zainal manja.. Ainun memandang dengan wajah tersenyum..

Selesai menyampaikan hasratnya.. zainal meminta diri untuk pulang.. Sebaik saja zainal pergi..

"ma.. Mama rancangkan apa ni.." tanya rania..

"kalini.. Kamu kena ikut rancangan mama.. Tiada bantahan.. Kalau tak.. Mama tak akan ambil tahu lagi hal kamu lepas ni.. Faham" tegas suara ainun memberi amaran kepada rania.

"yea ma.." dengan menunduk rania menjawap.. Tak berani menatap pandangan mata mamanya.

"sudah.. Ikut mama ke mall.. Mama taknak balik lagi ke rumah.. Selagi anak kesayangan papa kamu ada disana.." kata ainun.. Lalu bangun dan menyambar beg tangannya.

"baik.. Baik.. Ma.." kata rania gagap. Lalu bangun dari duduknya dan mengejar langkah mamanya.

Sebaik saja sampai di mall.. Mereka mula berjalan.. Memusing kawasan kedai - kedai berjenama..

"tengok ni nia.." kata ainun seraya tangannya mendepa menunjukkan sekitar mall.. Rania memandang sekeliling.. Dia hairan.. Tak menangkap apa yang mamanya cuba sampaikan.

" semua ni akan jadi milik kita.. Mall ni.. Hak milik keluarga haidan.. Kau nak ke sia-siakan.. Nak ke.. Orang lain yang ambil tempat kau sekarang.." tanya ainun memancing minat anaknya.

"tak nak ma... Kalau boleh.. Nia pun nak kan semua ni" katanya.. Sambil membayangkan apa yang dikatakan oleh mamanya sebentar tadi..

'aku akan jadi kaya raya.. Aku akan hidup senang.. Selama hidup aku.. Selama hayat aku.. Bebas melakukan apa saja' jerit batinnya..

Ainun melihat wajah rania mula bersinar-sinar.. Dengan senyuman menghiasi wajahnya.. Anak itu sudah termakan dengan hasutannya.

'begitulah anak.. Semua ni milik kita anakku..jadi kau perlu berkorban untuk dapatkan semua ni.. Buang sahaja maruah diri kau.. Asal kau dapat mencapai apa yang kau mahu.. Seperti mana aku.. Mencapai kedudukan aku.. Membesarkan kamu bertiga dalam kemewahan..' ainun tersenyum senang bila melihat rania mula bersemangat.

Dalam mereka sedang berjalan-jalan.. Dari jauh ainun melihat kelibat bakal besannya.. Bersama beberapa orang.. Temannya yang lain..

Ainun merapikan penampilannya.. Serta mengemaskan rania.. Agar tampak lebih kemas. Selesai merapikan diri rania.. Ainun menarik tangan rania.. Mereka berjalan menuju kearah sekelompok wanita kumpulan elit tersebut...

"hai puan sri.. Tak sangka kita berjumpa disini..harini.." tengur ainun ramah. Dengan wajah yang manis.

"datin..kebetulan kita bertemu...rania pun ada sama.. Jarang-jarang ni nak jumpa rania sekali.." balas mahira..

Rania memaniskan wajahnya.. Lalu bersalaman dengan bakal ibu mertuanya..

"kenalkan.. Ni datin ainun.. Dan anakknya rania.." kata mahira kepada beberapa sahabatnya..

Mereka bersalaman dan berkenalan antara datu sama lain..

"datin.. Sudah selesai ke shopping.. Nak ikut kami ke rumah datin malissa.. Kami berkumpul disana..ada perbincangan kelab dirumahnya.. Sekali..boleh lah datin, lihat-lihat perhiasan.. dirumah datin malissa.. Katanya ada keluaran terbaru.. Nak tak ikut sekali.. " tanya mahira.. Mempelawa ainun.

" ish puan sri.. Segan lah saya.. Saya bukannya ahli kelab pun.. Nanti apa pula kata ahli yang lain.. "jawab ainun berbasa basi.

" it ok datin.. Tak kisah pun ahli atau bukan.. Come la.. Join us.. "pelawa sahabat mahira.

" baik lah kalau macam tu saya ikut serta.. "putus ainun.

" hmm.. Kalau macam tu nia balik dulu lah mama.. Puan Sri.. " rania meminta diri..

Mahira mengangguk.. Memberikan anak muda itu untuk pergi.. Rania bersalaman dengan semua yang ada disitu sebelum melangkah pergi meninggalkan mereka.

Mereka kerumah datin malissa. Sebaik sampai.. Ada beberapa orang wanita sudah berada dan menunggu mereka di ruang terbuka rumah tersebut.. Terdapat manisan dan teh panas siap terhidang..

'tea party.. Wah mewahnya.. Begini rupanya kehidupan wanita-wanita kelas atasan.. Aku selama ini teperap saja dirumah.. Kenapa tak dari dulu lagi aku ikut sertai kumpulan mereka' pikir ainun.

"kenalkan sahabat semua.. Ini datin Ainun.. Isteri kepada pengasas MegahRaya.." mahira mengenalkan ainun kepada yang ada.

'kenapa tak kenalkan aku sebagai bakal besannya.. Kenapa sebagai isteri rahimi.. Kenapa.. Adakah dia tak mahu aku dikenali sebagai besannya..' rungut ainun.. Namun wajahnya masih tersenyum manis.. Dihadapan wanita-wanita tersebut.

Selesai sesi berkenalan mereka membincangkan isu hal kelab .. Sehingga malissa turun membawa satu kotak baldu kehadapan mereka.. Masing - masing menjadi teruja..

Malissa membuka kotak baldu tersebut lalu mempamerkan isi yang menghuni kotak baldu..

Masing-masing menayangkan riak kagum dan terharu memandang kalung berlian indah tersebut.. Mata mereka bersinar-sinar memandang rantai berluan itu..

"kalung berlian.. Dari Pereka barang kemas di New York.. Keluaran khas dari Shofyna fakhirya jewellery..." bangga malissa memperkenalkan perhiasan tersebut sekali menyebut nama perekanya.

"wah.. Minat sungguh datin dengan pereka yang namanya shofyna tu yea.. Rasanya ni koleksi datin yang kelima dari pereka yang sama kan.." kata salah satu wanita disitu..

"ya betul.. Saya bangga dengan pencapaian dia.. Dan saya pernah berjumpa dengan dia secara langsung... Dia memang peramah.. Humble.. Lagipun perhiasan yang dia reka up to date.. kita boleh request kalau kita mahukan kelainan dari ni.. Saya memang puas hatilah dengan rekaan dia.. "puji malissa..

Ainun mendengar saja apa yang dibincangkan mereka.. Tak pula dia tahu atau kenal nama pereka barang kemas dari New York tersebut.

" apa kata kita jemput dia datang malaysia.. Dan gabungkan dengan fashion designers dari malaysia.. Pasti mendapat sambutan hangat oleh penduduk malaysia.." cadang salah satu dari mereka..

"yes why not.. Saya pun teringin nak bertemu dengan pereka idola datin malissa.." sokong salah seorang lagi.. Kemudian ada beberapa lagi menyokong usul tersebut.

Ainun hanya menikmati teh dan manisan yang dihidangkan.. Sekali sekala melihat perhiasan yang ditayangkan.. Sungguh cantik kalung berlian itu.. Kalau ikutkan hati.. Ainun turut mahu memiliki perhiasan itu.. Tapi terpaksa membatalkan niatnya.. Kerana dia baru sahaja membeli satu set perhiasan tanpa pengetahuan rahimi..

'ahhh.... Menyesal' jerit batinnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience