BAB 54

Romance Completed 175817

Shofie sudah masuk ke pejabat hari ini.. Semalam sebelum tidur dia sempat bervideo call dengan haidan. Haidan akan ke utara untuk beberapa hari..shofie sudah sedia maklum dengan masalah itu.. Kerana raffa sudah memberitahu mereka.. Segala kerja pembangunan hotel tergendala sementara.. Disebabkan para penduduk tempatan menunjukkan protes.. Tak mahu hotel tersebut didirikan di situ.. Atas alasan.. Bakal mengganggu hasil tangkapan mereka.. Yang majoritinya adalah nelayan..

"shofie.."

"ya.."

"tu.. Ada orang nak jumpa.." ucap mira..

Shofie keluar dari ruangannya.. Mencari siapa gerangannya yang mencarinya.. Namun tiada siapa di luar tersebut.. Hanya ada penyambut tetamu..

"cik shofie ya.." shofie melihat lelaki yang memanggilnya..

"ya saya shofie"

"ini ada barang untuk cik..." shofie menyambut huluran lelaki itu.. Ianya sekotak coklat.. Dibalut cantik pembalut lutsinar.. Dengan riben merah.. Shofie membaca kad yang tertera di situ..

'for my sweet friend.. - saif'

"cik.. Tanda tangan disini.." kata lelaki itu..

"maaf buat.. Encik tertunggu.." shofie menunduk.. Lalu mencapai pen dan segera menandatangani helaian kertas tersebut.

"ah tak mengapa.. Terima kasih.." kata lelaki itu..

"sama-sama" shofie melihat lelaki itu pergi..

Shofie melangkah masuk ke ruang kerjanya.. Waheeda tersenyum senyum melihatnya dari jauh..

"wah.. Ape tu" tanya waheeda..

"hmm.. Coklat rasanya.."

"siapa yang bagi.. Oh dalam diam-diam.. Ada secret admire ni.. Jangan-jangan.. Tuan muda rafie.." kata waheeda.

"tak la.. Kawan.." shofie menunjukkan kad yang ada disitu..

"for my sweet friend...saif.. " sengaja waheeda baca kuat-kuat sehingga asmira di depan turut berpaling dan tersenyum senyum.

"uuuu.. Saif mana ni.." usik waheeda.

"mula-mula sweet friend.. Lepas tu girlfriend.." usik waheeda.

"edaa.. Fie call iman.. Cakap yang eda sekarang ni makin nakal sejak pindah HQ.." ugut shofie

"kenapa iman.. Tak ada kena mengena lah.." bantah waheeda..

"mula-mula kata tak ada kaitan.. Benci-benci.. Tengok muka, pun tak nak.. Nanti lama-lama jatuh hati.. Jadi cinta" usik shofie pula.. Dia mula membuka bungkusan coklat tersebut.. Lalu menyuakan kepada waheeda.. Sambil mengeyitkan matanya.. Waheeda mengambil seketul coklat dengan wajah yang muncung..

"pass kan kepada orang lain.. Bagi semua rasa.." kata shofie kepada waheeda..

"sebab sedap.. Aku ambik dua" kata waheeda.. Sebelum menyerahkan bekas coklat kepada pekerja lain..

"untung.. Dapat coklat.. Lepas tu.. Bunga.. Ahh.. Aku nak jugak.." rungut waheeda..

" ok.. Kejap lagi fie belanja eda.. Beli coklat yea.. Ambik saja nak yang mana.. Fie belanja..Balik nanti kita singgah mart dekat depan tu.." usik shofie.

" sampai hati.. " waheda acah merajuk.. Shofie mengeleng melihat tingkah kawannya..

Hari hari berlalu.. Masing masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing.. Hanya teknologi yang menghubungkan mereka..

Shofie berada di bangunan yang akan dijadikan pejabat saif.. Shofie datang untuk meninjau keadaan disana.. Sekali memantau proses yang sedang berjalan dan beliau perlu melaporkan kepada atasannya..

"assalamualaikum cantik.."

"waalaikummusalam.. Saif.. Buat apa disini.."

"eh.. Tanya saya.." saif ketawa.

"maaf.." shofie juga ketawa.. Macam mana dia boleh lupa.. Dia kan tuan tanah.

"shofie..boleh saya nak minta tolong.."

"tolong.. Tolong apa ya.."

"can you be my partner.. Untuk satu event ni.. Saif tak banyak sahabat selain ikhram.. Tapi dia keluar negeri.. Boleh tak shofie.. Satu malam saja.. Boleh tak teman sahabat kamu yang malang ni.." rayu saif..

Shofie memandang wajah saif.. Ternyata lelaki itu sedang bersungguh-sungguh mengajaknya..

" bila.. "

" malam nanti.. Sebenarnya saif tak tahu nak cari shofie macam mana.. I ask my PA.. tapi.. Ini agak peribadi.. So saif dah tanya uncle.. Dan uncle suruh tanya shofie.. Sebab tu saif disini.." terang saif. Sambil tanyang senyumnya..

'apa.. Tanya papa.. Alahai.. Masalah apa yang sedang datang ni..'

" hmm.. "shofie menguman.. Otaknya ligat mencari alasan.

" uncle cakap.. Ok.. "sambungnya lagi..

'ahhh... Papa sengaja..'

" tapi shofie taknak lama-lama disana.. Boleh" kata shofie..

"yes sure... Terima kasih shofie.. Kamu sahabat terbaik.."ucap saif.. Shofie hanya tayangkan senyum.

" I will pick you up at eight.. Ok.. At your home " balas saif.. Bibirnya tersenyum saja..

" ok.. "

" assalamualaikum.. "

" waalaikummusalam.. " shofie melihat saif yang sudah berjalan pergi.

'ahh.. Fie.. Kau dah gila agaknya.. Kenapa kau setuju.. Bodohnya kau.. Kalau haidan tahu macam mana..' shofie mengetuk ngetuk kepalanya sendiri beberapa kali...

Malam tu shofie pulang ke rumah keluarganya.. Rahimi sudah menjangkakannya. Malah turun menyambut shofie..

"balik dah sayang.." tegur rahimi.

"pa.. Papa sengaja kan.." tanya shofie. Rahimi malah ketawa.

"why not sayang.. Saif tu budak baik.. Papa kenal family dia.." kata rahimi.

"tapi kan.. Fie dah cakap pa.. Fie tak ready.. Bukan masanya lagi.." balas shofie.

"bukan papa suruh fie bagi jawapan sekarang.. Just be friend with saif.. Dia tak ada siapa-siapa di sini.. Stay malaysia sorang-sorang buat business disini.."

"ya pa.. Fie naik atas siap dahulu ya.." rahimi mengangguk..

Tepat pukul lapan saif tiba di rumah shofie sepertimana yang telah dijanjikannya.. Dia disambut mesra oleh rahimi, mereka berbual-bual sementara menunggu shofie turun.

Shofie turun dari tangga dengan memegang tas tangannya dan kasut ditangan..

Saif melihat shofie yang cantik mengenakan baju kurung pahang songket berwarna unggu Cadbury..

'memang wujud, bidadari di bumi ya..' kemudian saif melarikan pandangan matanya..

"harap sesuai dengan majlis nanti.. Sebab fie tak tahu kita nak ke majlis apa." kata shofie.

"jangan risau.. Baju shofie sangat sesuai.." kata saif. Senyuman tak pernah lekang dibibirnya.

"pergilah.. Jangan balik lewat sangat ya.." kata rahimi.

Shofie bersalaman dengan rahimi.. Begitu juga dengan saif. Semasa mereka berdua ingin melintasi keluar.. Mereka bertembung dengan rafie yang baru pulang..

"assalamualaikum abang rafie.."

"waalaikummusalam.. Saif.. Nak kemana ni, bawa adik aku" tanya rafie.

"oh.. Ada majlis.." jawab saif.

"fie dah sihat betul ke ni.."rafie menyentuh dahi shofie..

" abang.. Fie dah ok.. "shofie pantas menempis tangan rafie.

" jaga adik aku ya.. Kemarin dia demam.. " terang rafie..

" betul ke..shofie demam... Kita cancel sahaja kalau begitu.. " katanya cemas.

" it ok.. Kita pergi saja.. Bye abang.. " shofie sudah berjalan ke kereta saif.

" jangan risau.. Aku jaga dia.. Aku pergi dulu ya.. " janji saif kepada rafie.

Rafie melihat kereta saif pergi.. Dia kemudiannya masuk kedalam rumah..

Mereka tiba di hotel.. Nampak perkarangan hotel sudah penuh dengan pelbagai jenis kereta..

Saif dan shofie jalan beriringan masuk ke hotel menuju ke dewan utama.. Ternyata sudah ramai yang menghadiri majlis tersebut.. Saif menemani shofie menjamu selera.. Dalam asyik mereka makan.. Shofie terpandang kearah lintu masuk.. Bila bunyi riuh-riuh dipintu..

Mulanya shofie tak ambil kisah.. Biarlah siapa pun yang datang.. Tapi bila melihat pasangan yang melangkah masuk itu.. Hampir terlepas gelas yang dipegangnya.. Dadanya sakit.. Bila jantungnya mengepam dengan sangat pantas..

"shofie..saif nak kesana.."saif menunjuk kearah pasangan yang baru masuk tadi.. Mereka sedang beramah mesra bersama beberapa orang yang menegur mereka.

" boleh temankan saif.. " pertanyaan itu membuatkan shofie kaku.. Namun dia tetap bangun.. Berjalan menghampiri pasangan tersebut.

"assalamualaikum.. Sahabat.." saif menepuk bahu lelaki itu.

"waalaikummusalam.. Saif.. Bila balik malaysia.."

"baru saja.." balas saif..

"wah kau dahsyat ya.. Dengan selebriti ya sekarang.." kata saif membuatkan pasangan lelaki itu mengeratkan pegangan tangannya di lengan.. Sambil tersenyum lebar..

"kau apa kurangnya.." balasnya.. Seraya lelaki itu menunjuk kearah shofie yang ada di sebelah saif.

"oh kenalkan.. Pasangan aku malam ni.. Shofie fitriyani.." saif memperkenalkan shofie kepada pasangan tersebut.

"Zayn haidan.." haidan menghulurkan tangannya..

"shofie.." shofie menyambut huluran tangan haidan.. Terasa haidan mencekam tangan shofie.. Kuat. Sebelum melepaskannya.

"I hayfa.. Teman wanita Zayn Haidan.." kini giliran hayfa memperkenalkan dirinya.. Dia turut menyuakan tangannya kepada shofie..

' Men always be men.. Rupanya dia dah ada teman wanita.. Hah.. Kau yang bodoh shofie.. Jangan lupa status kau fie.. Hanya isteri simpanan.. Ingat perjanjian kau fie.. Tabah kan diri kau fie.. Pekara seperti ni akan muncul juga akhirnya.. Jangan nampak lemah sekarang fie.. ' shofie memaniskan wajahnya..

"shofie.." memyambut tangan hayfa dengan senyuman..

"couple.." tanya hayfa..

"no.. We just friend.." balas saif..

"oh really.. I ingat kamu berdua couple.. Nampak sangat secocok.." kata hayfa. Haidan merasa panas mendengar ayat yang keluar dari hayfa tadi.. Dia memandang tajam kearah shofie..

Saif kemudian ketawa.. Manakala shofie tersenyum saja..

Kemudian mereka berpecah bila majlis bermula.. Saif nampak sibuk beramah mesra dengan beberapa orang.. Disebabkan dirinya berseorangan di malaysia.. Jadi dia mencari alternatif begini untuk mendekatkan diri dengan orang-orang berpengaruh dan sekaligus berkenalan.. Adakala saif memandang kearah shofie.. Shofie membalas dengan senyuman.. Mengisyaratkan bahawa dia disini baik-baik sahaja..

Shofie berjalan ke buffet makanan.. Kini seleranya sudah kembali... Dia mengambil piring dan mula mengambil beberapa manisan ke piring nya..

"shofie.. Ok.. Sorry sangat.. Tinggal shofie sendiri.. Sekarang dah ok..saif teman shofie ya.." kata saif mengoyang dua tangan seperti meminta ampun kearah shofie.

"tak pa.. Fie ok je.. Bukan lama pun.. Saif pergi.."

"lepas ni.. Mesti saif kena reject kan.. Kalau ajak fie nanti.. Awal-awal dah buat fie macam ni.."

"fie ok.. Jangan risau..fie dapat makan..kalau duduk sini"

"kejap lagi.. Shofie mesti suka.. Ada persembahan dari kumpulan pemusik yang mengunakan alatan musik tradisional..ada gabus.. Seruling.. Nanti shofie tengok.." kata saif.

"mana tau fie suka musik.."

"uncle cakap.." mereka berdua kemudiannya ketawa..

Haidan yang sedang berbual dengan rakan perniagaannya merasa semakin panas bila melihat shofie sedang senang bergelak ketawa dengan saif.. Sampaikan apa yang mereka bualkan langsung tak ditangkap oleh haidan.. Hayfa yang perasa perubahan sikap haidan mula menarik tangannya dari terus memegang lengan haidan..

'kenapa.. Hah. Tak ada angin ribut.. Tiba-tiba moody..' hayfa sungguh tahu dengan pasangan semata lakonannya itu.. Kalau marah.. Habis tunggang terbalik semuanya..

Sebaik lampu mula bertukar gelap.. Para tetamu mula memenuhkan ruangan hadapan.. Melihat persembahan musik mengunakan alatan tradisional malaysia..

Tak terkecuali shofie dan saif.. Mula berjalan.. Berdiri di ruangan yang masih kosong.. Persembahan bermula.. Bila musik berbunyi... Shofie terasa tangannya ditarik .. Tubuhnya ditarik kasar keluar dari celah celah orang yang sesama berdirii.. Keluar dari dewan..

Haidan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience