BAB 12

Romance Completed 175736

Hari yang ditunggu telah tiba.. Masing-masing telah berada di hotel dan menginap disana supaya senang untuk memantau segala persiapan sepanjang majlis itu.

Shofie membuka pintu biliknya.. Tergejut bila memandang taufiq sudah menunggu dia disitu.

"assalamualaikum fie..." tegurnya.

"waalaikummusalam.. Morning.."jawap shofie.. Taufiq mengangguk kecil.

" fie nak cari papa kejap... "shofie berjalan kebilik papanya.

" fie. Mereka dah pergi ke hotel.. "taufiq yang mengikut langkah shofie memberitahu.

" hmm... Awalnya.. "kata shofie sambil membelek jam di screen telefon bimbitnya .. Baru pukul lapan pagi..

" fie kita pun patut begerak kesana sekarang.. Pejalanan untuk sampai kesana makan masa tiga jam.. "balas taufiq..

" kenapalah papa suka buat jauh-jauh.. "rungut shofie.

" datuk sengaja, buat ulang tahun.. Disana kerana.. cawangan baru syarikat MegahRaya.. " jelas taufiq.

'wah dia tau banyak.. Sedangkan aku.. Langsung tak ambik tahu tentang syarikat.. Dan business papa' shofie senyum sendiri memandang taufiq didepannya.

" kenapa fie... Ada yang tak kena dengan kata saya tadi.. "tanya taufiq..

" no.. Betul apa yang kamu katakan fiq.. Sedangkan saya.. Langsung tak tahu apa-apa.. " kata shofie.. Lalu dia melangkah turun.. Taufiq mengikut saja dibelakang shofie..

'hmm.. Apa aku salah cakap tadi..' taufiq mengaru kepalanya.. Mencari silap dimana tutur katanya tadi.

" shofie.. Marah.. Saya.. Hmm" tanya taufiq.

"saya tak marah.. Saya lapar sekarang ni.. Fiq pandai masa tak.." tanya shofie.

"hmm... Saya..saya masak biasa-biasa tu tahulah.."

"ada yang masak luar biasa ke.." kata shofie ketawa kecil.

' ahh.. Dia ketawa pulak. Tadi masam. Sekarang ketawa. Hormon perempuan memang macam ni kah. Selalu tak stabil.. Dan boleh berubah bila-bila masa saja.. Tanpa amaran..' taufiq memandang wajah sempurna cik mudanya.

Shofie kedapur.. Mengeluarkan sayur dari peti sejuk.. Ayam.. Lalu diletakkan kedalam singki..

"mari sini, tolong saya cuci ni... Nanti kita dua jugak yang nak makan.." panggil shofie sambil menunjukkan kearah singki.. Taufiq akur.. Walaupun terasa amat kekok.. Habis reputasinya sebagai pengawal keselamatan kelas atasan..

Shofie melihat kerja tangan taufiq.. Dalam hati dia memuji.. Gaya macam orang yang sudah sedia melakukan kerja rumah.. Tangan shofie yang tadinya sedang mengupas bawang.. Terus mencapai telefon bimbitnya yang berada didalam poket.. Lalu merakam aktiviti taufiq yang sedang khusyuk melakukan tugas yang diberikannya tadi.

"dah siap... Ada apa lagi.." taufiq berpaling dengan tangan memegang bahan masakan yang sudah siap dicuci..tergejut bila aksinya sedang dirakam oleh shofie.

"cik.. Kamu rakam..kenapa.." tanya taufiq.. Lalu shofie menamatkan rakamannya.

" manalah tau berguna untuk fie nanti. Mana tahu.. Kalau fiq tak nak ikut apa fie minta nanti ...fie boleh ugut dengan video ni.. " terang shofie..lalu menyimpan telefon bimbitnya semula kedalam poket.

'banyak betul permain dia.. Patut la pangawai lama semua lari... Akal budak ni panjang sungguh.. Bertabahlah taufiq.' taufiq mengeluh.

Shofie menyelesaikan tugasnya yang tergendala tadi.. Sampai siap nasi goreng untuk dua orang makan.

"saya dah arrange makeup dan pendandan rambut utuk fie malam ni.. Semuanya sudah selesai... Cuma tunggu fie saja.."kata taufiq..

Shofie tetangguk-angguk.. Sambil menyuap makanan ke mulutnya...

" lepas makan.. Kita boleh bertolak kesana kan.. " tanya taufiq.. Dan berharap shofie setuju dengannya. Shofie mengangguk lagi.. Dan taufiq tersenyum..

" makan.. " suruh shofie.

Taufiq mengangguk kecil lalu menadah tangan berdoa.. Selesai berdoa.. Tangannya mengambil sudu.. Satu sudu penuh masuk ke mulutnya.. Perlahan-lahan mulutnya mengunyap. Sambil matanya menatap shofie yang sedang khusyuk menyuap makanan ke mulutnya sendiri.

"sedap.. Pandai fie masak.." spontan taufiq berkata.. Shofie berhenti menyuapkan makanan ke mulutnya.. Dan tersenyum manis kearah taufiq yang berada didepannya..

"fie belajar masak dengan mak intan..dan ibu shofie" balas shofie..

'anak datuk.. Belajar masak dengan tukang masak rumahnya...wah..jarang-jarang jumpa ni.. Selalu.. Cik...Cik muda tunggu duduk dimeja dan minta dilayan saja..apa tadi dia kata ibu.. Ibu kan.. Aku tak salah dengar kan.. '

"hmmm.. Apa.. Ibu.." tanya taufiq. Shofie tidak membalas.. Dia hanya tersenyum. Dan terus makan..

' hanya satu yang aku tak jelas tentang shofie.. Iaitu ibu kandungnya.. Tadi dia cakap ibu tu.. Ibu kandung dia.. Masih hidup.. Dan dimana.. Perlukah aku bertanya ... Ahhh.. Taufiq.. Kau jangan melampau batas..'

Selesai makan shofie naik keatas selepas siap membersihkan pinggan dan peralatan dapur yang digunakan tadi untuk memasak.

Taufiq sudah menunggu di hadapan.. Menyiapkan kereta yang akan mereka gunakan untuk kesana..

" fiq.. Mana semua pelayan.. Fie tak nampak pun dari tadi..."tanya shofie.. Dia hanya lihat penjaga rumah saja yang berkeliaran menjaga kawasan rumah tersebut.

" semua pelayan dah kesana.. Subuh-subuh tadi... "jawap taufiq yang melihat shofie tercari-cari.

" oh... Jadi kita yang terakhir lah ni.. " shofie baru sedar. Taufiq mengangguk sambil tersenyum.

"fie nak duduk sini boleh.. Kalau duduk belakang.. Fie kebosanan.. Sorang-sorang nanti" kata shofie siap dengan alasannya..

"boleh.. Ikut keselesaan fie.." balas taufiq.

Tersenyum shofie mendengar jawapan positif taufiq.. Lalu dia segera membuka pintu bahagian hadapan.. Lalu masuk, dan duduk dengan selesa disitu.

"ok kita bertolak yea.. Cik muda shofie" kata taufiq. Yang baru masuk melalu pintu bahagian pemandu..

"tak suka la.. Kan fie dah pesan.." rungut shofie menarik muncungnya.. Taufiq sudah mula memandu keluar dari rumah tersebut.. Melepasi pagar rumah.

"fiq melawak saja..tapi kenapa fie tak suka.. Tau tak dekat luar tu.. Berapa ramai yang nak hidup senang macam fie.. Nak dipanggil cik muda.. Nak dilayan macam tuan puteri..." tanya taufiq.

"hanya papa saya yang boleh layan fie macam tuan puteri.." shofie menjeling sekilas kearah taufiq yang sedang memandu.

"Fie tak suka hidup fie diatur-atur.. Fie lebih suka bebas.. Bebas kesana sini.. Macam orang biasa.. Tanpa takut-takut. Boleh buat apa saja yang mereka suka.."

Taufiq tersenyum memandang shofie.

"malam nanti.. Cuma dinner saja kan.. Lepas tu selesai kan.." tanya shofie.

"hmm.. Rasanya begitu.. Datuk tak pesan apa-apa untuk ingatkan fie.." balas taufiq.

Sepanjang perjalanan mereka berborak untuk mengelakkan rasa ngantuk menyinggah kepada mereka.. Selepas satu cerita.. Bertukar cerita yang baru.. Tanpa mereka sedari.. Mereka mencipta satu tali yang menghubungkan antara mereka.. Tali yang diikat kejap.. Dan semakin lama.. Semakin erat.

Sampai saja di kawasan hotel yang terletak indah diatas kawasan bukit tinggi.. Taufiq memakirkan kereta yang dipandunya dikawasan letak kereta yang sudah disediakan khas untuk mereka.. Shofie melangkah keluar dari kereta.

"wah.. Cantiknya permandangan.." shofie melompat kecil sambil memandang kearah bukit-bukit didepannya.. Dia menghirup dalam udara yang dingin dan nyaman itu.

"fie..hati-hati.. Kita diatas bukit.. Jalannya tak rata.." tegur taufiq.. Sambil membawa beg tangan shofie.. Serta beg galasnya..

"ni kalau ada bungee jumping.. Seronok ni.." shofie berjalan sampai kehujung jalan dan melihat kebawah gaung..

Taufiq sudah tak senang melihat tingkah shofie yang langsung tak berhati-hati.. Kakinya segera melangkah kearah shofie..

"boleh kita masuk sekarang.. Kita perlu bersiap untuk majlis malam ni.." kata taufiq.. Kalau diikutkan hati, mau dia angkat saja cik mudanya dibahu lalu bawa pergi dari tebing bukit itu.

"ok.. Ok.. Kita masuk.." kata shofie.. Sebaik melihat wajah taufiq bertukar menjadi tegang.

Taufiq melangkah masuk mengikut langkah shofie.. Sebaik mereka melintas terdapat dua wanita menegur mereka. Taufiq lah yang pertama kali menghadang shofie, agar dua wanita tadi tak terus dekat dengan cik mudanya.

Rupanya.. Dua wanita itu adalah pendandan dan juru solek yang telah taufiq tempahkan untuk shofie.

Selasai mengambil kad kunci bilik... Mereka melangkah naik menuju ke bilik yang telah ditempah.

"fiq tinggalkan fie dengan dua wanita tu.. Mereka akan siapkan fie.. Baju nanti fiq ambilkan untuk fie.. Ok.. Nanti fiq datang semula.. Kita akan turun kebawah bersama.. Boleh kan.." selesai taufiq menerang segalanya.. Dia meminta persetujuan dari shofie.. Tak mahu shofie marasakan dirinya mengatur..

" boleh.. "jawap shofie dengan senyuman..

" tapi kalau fie nak rest dulu boleh... " Taufiq memandang kearah dua wanita itu..

" it ok.. Marilah kak.. Kita masuk.. "ajak shofie.. Mempelawa dua wanita yang dipanggil kakak tadi.

" kalau semuanya ok.. Kejap fiq pergi ambilkan baju.. " kata taufiq.. Dan berlalu pergi.

Seketika taufiq datang semula dengan baju shofie yang masih elok berbungkus dan berpenyangkut.. Diambil oleh pelayan rumah mereka yang turut menginap di hotel yang sama. Masing-masing ada tugas yang tersendiri.

Taufiq menekan loceng bilik shofie.. Pintu dibuka, dan dia melangkah masuk kedalam bilik hotel.. Nampaknya mereka masih bersantai-santai.. Masih belum memulakan kerja berhias.. Taufiq sekilas memandang jam tangannya..

"saya datang nanti pukul lapan.. Make sure.. Semuanya sudah selesai.. Seperti yang kita janjikan.." tegas taufiq memandang dua wanita didepannya. Manakala shofie dibelakang mereka sedang menahan gelak.. Sambil menutup mulutnya.

"apa-apa call saya.." pesannya lagi kepada dua wanita itu. Dua wanita itu memberi jaminan.. Dan yakin akan menyiapkan urusan mereka tepat pada waktunya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience