BAB 64

Romance Completed 175736

Haidan mengeluh.. Lagi dan lagi.. Dia tak dapat menumpukan perhatian kepada mesyuarat yang sedang berjalan.. Slide demi slide ditayangkan.. Namun fikirannya melayang entah kemana-mana..

"yumna nak dakwa dia.. Sebab cederakan yumna abang.." kata-kata yumna terngiang-ngiang ditelinganya.. Entah untuk keberapa kali.. Dia mengeluh lagi.

Para pekerjanya juga saling berpandangan.. Mula menyampaikan perincian mesyuarat dengan lebih hati-hati.. Kesemua mereka nampak serius sahaja..

" tuan.. "tegur marwan..

Sudah lima minit menyuarat tamat.. Namun tak mendapat sebarang tindak balas satu pun dari haidan.

" hantarkan detail ke meja saya" haidan bangun lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat begitu saja.

"dengarkan apa yang dikatakan tuan tadi.. Lakukan segera.. Tahukan mood tuan tak berapa elok sekarang" kata marwan tegas.

"baik.." kata mereka serentak. Marwan kemudiannya melangkah keluar.

Haidan duduk di kerusi, meja kerjanya.. Duduk bersandar ke kerusi besar itu.. Sambil mendongak ke atas.

"tuan.." panggil marwan.

"wan.. Mari sini.." marwan mendekat.

"cuba kamu tengok ni.." haidan menyuakan telefon bimbitnya..

Marwan menyambut.. Lalu melihat paparan telefonnya.. Ada satu video.. Marwan memutarkan video tersebut.. Dimana.. Shofie yang berada diatas tangga sedang menarik tangannya dan tanpa sengaja menolak yumna jatuh..telefon haidan memang sudah lengkap aplikasi bersambung dengan cctv rumahnya.. Namun tak semuanya.

" tuan.. Apa kata kita tengok cctv dari sudut yang lain.. Gambar ni terlalu jauh.. Dan sudutnya dari belakang puan.. Nampak tidak jelas apa yang terjadi.." kata marwan..

"hem..itulah.. ada apa yang penting hari ini.." tanya haidan.

"petang nanti kita ada mesyuarat...."

"kalau tak penting tundakan dahulu.. Saya nak ke kelab renang.." kata haidan.. Marwan memandang tak percaya.. Jarang-jarang haidan menunda mesyuarat.. Memandangkan haidan tak bersemangat hariini.. Marwan mengiakan sahaja..

"baik tuan.. Saya akan minta gina tundakan.. Kita berangkat sekarang.. Tuan.."

"hemm.."

"lagi satu tuan.. Puan dari tadi call.."

"beritahu dia saya ke kelab.. Apa-apa suruh dia kesana.."

"baik tuan.."

Mereka sampai di kelab renang peribadi.. Haidan menghabiskan masa berenang dari tadi..

"tuan.." marwan duduk bertinggung mengadap haidan yang ada didalam kolam.. Yang sedang bersandai didada kolam.

"puan sudah datang.." kata marwan.

"mana.. Kenapa tak benarkan dia masuk.." haidan tidak melihat shofie.

Marwan kemudiannya pergi memanggil shofie yang berdiri diluar. Setelah beberapa kali memujuk shofie.. Barulah dia mahu masuk kedalam ruangan itu.

Shofie menelan air liur melihat kolam yang besar didepannya... Biasan cahaya yang terbias diantara kilauan kolam itu membuatnya gugup.. Kakinya lemah tak mampu melangkah lagi.. Dia diam berdiri disitu.

"sayang.." haidan melambai tangannya memanggil shofie.. Shofie mengeleng..

"mari sini.." panggilnya lagi.. Shofie masih diam disitu.

"tinggalkan kami.. Marwan" arah haidan.

Haidan keluar dari kolam.. Berjalan menghampiri shofie.. Tangan sejuk haidan menyentuh tangan shofie. Menarik tangan wanitanya.. Namun shofie menarik kembali tangannya..

"kenapa.."

"saya tak suka kolam.."

"tapi saya suka kolam.. Come salin baju.." kata haidan.. Kembali menarik tangan shofie ke bilik persalinan..

Haidan sudah siapkan baju renang buat shofie.. Selesai, shofie menyalin pakaian renangnya.. Haidan kembali menarik tangan shofie ke arah kolam..

"no haidan.. Please.. Fiya taknak.." rayu shofie.

"kenapa.. Bukankah anak datuk rahimi semuanya mahir dalam renang.." kata haidan..

"ya.. Tapi bukan fiya.. Fiya tak boleh.." shofie bekeras tak mahu menghampiri kolam renang.

"haidan ada lihat fie buat bunjee jumping tu.. Bawah tu kan ada air.. Anggap saja kolam tu macam yang ada di bawah tu.." pujuk haidan..

"tak boleh.. Fiya tak boleh.." shofie berlari pergi.. Berlari tanpa melihat kemana arahnya.. Dan dia berlari kearah kolam.. Terus terjatuh kedalam kolam..

Terkapai kapai shofie.. Kerana terlalu cemas.. Haidan segera terjun kedalam,menangkap tubuh shofie yang sedang begerak tak tentu arah..

"hey.. Hey.. Jangan panic macam ni.. Relax sayang.." shofie memeluk tubuh haidan erat.. Jelas wajah wanita itu pucat.. Bibirnya sudah bertukar menjadi biru..

"look at me.. Sayang.. Semuanya akan ok.. I'm here.." pujuk haidan lagi.. Shofie memang tak dapat bertenang dia asyik mengelupur kalau haidan melepaskan pegangannya..

"ok.. Kita keluar ya.." kata haidan pasrah.. Nampaknya dia tak dapat berkongsi minatnya dengan shofie buat masa ini..

Haidan mendudukkan shofie dikerusi.. Jelas tubuh shofie mengeletar hebat..haidan membalut tubuh shofie dengan jubah mandi..kemudiannya mengelap kepala shofie dengan tuala..

"hey.. Mine to share with me..dear.."kata haidan.. Menyentuh dagu shofie. Masih berusaha memujuk shofie.. Yang masih diam sejak tadi..

" sayang.. "panggilnya.

Kalini memang shofie benar-benar nekad tak mahu bercakap mengenainya.. Membuatkan haidan memikirkan ada yang tak kena tentang shofie.. Haidan membuat keputusan untuk balik.. Shofie sudah tidur dipangkuan haidan sepanjang perjalanan pulang..

'kenapa sayang.. Apa yang membuatkan kamu sangat takut dengan kolam..sedangkan dulu kau selalu berenang bersama-sama dengan raffa dan rafie..dan yang peliknya.. Yang lain tak pula takut.. Laut.. Semua.. ' jari haidan bermain-main dengan rambut shofie..

Sampai dirumah..haidan mengendong shofie masuk kedalam rumah..

"kenapa dengan shofie ni.. Idan." tanya mahira cemas, bila melihat menantunya didukung oleh haidan dalam keadaan tak sedar.

"sshhh.. Bonda... Shofie cuma tidur.." kata haidan perlahan.. Mahira menarik nafas lega.

"idan naik dulu.. Idan makan malam di bilik saja nanti ya bonda.."

"yealah-yelah.. Naik hantarkan shofie.. Nanti bonda, suruh pelayan hantarkan makanan ke atas.." kata mahira.

Haidan berjalan naik keatas.. Semasa di anak tangga. Di berhenti seketika.. Memandang beberapa cctv yang ada di ruang tersebut.. Kemudian dia terus berjalan masuk kedalam biliknya.. Meletakkan shofie keatas katil.. Kemudian dia keluar semula dari bilik tidurnya.. Menuju ke bilik bacaan.

Haidan memeriksa satu persatu cctv yang berada disudut rumahnya.. Sama ada cctv yang dipasang secara jelas..dan cctv yang disembunyikan oleh papanya..setelah lama membolak balik semua rakaman.. Ada satu yang menarik minatnya.. Satu cctv yang betul-betul ada diatas kepala mereka.. Setiap bait kata antara dua wanita itu jelas kedengaran.. Dia membuat salinan video itu..dan turut dimuat naik kedalam telefon bimbitnya. Selesai semua dia kembali ke biliknya..

Seorang pelayan sedang tunggu disitu. Menatang dulang makanan.. Haidan masuk kedalam biliknya melihat shofie masih terlena.. Dia mengarahkan pelayan itu meletakkan makanan di meja kopi..

"sayang.. Bangun kita makan dulu.." haidan mengejutkan shofie.

Shofie malah berinjak menolak tangan haidan.. Riaksinya seperti shofie masih didalam kolam tadi.. Haidan melihat wajah shofie.. Ternyata mata wanita itu masih tertutup rapat.. Air mata mula mengalir.. Shofie mengeleng geleng kepalanya.. Tangannya terkapai kapai.

" hey sayang.. "haidan terus memeluk tubuh shofie..

" ssshhhh.. Shhhh..buka mata sayang.. Fiya mengigau ni.. Buka mata sayang"kata haidan lembut sambil mengusap kepala shofie.

"haidan.." kata shofie.

"ya sayang.." haidan menyeka air mata shofie..

"fiya tak suka kolam.."kata shofie.. Haidan tersenyum..

" kenapa.. " shofie menunduk...

" share with me sayang.. "

" fiya pernah lemas dalam kolam.. "kata shofie lemah.. Haidan kembali memeluk shofie.. Memberi semangat.

"ok jangan ingat lagi hal yang itu.. Lupakan ok.. Idan tak akan paksa lagi fiya turun ke kolam lagi.. Ok.." haidan memberi jaminan. Shofie mengangguk

"mari kita makan.. Perut Idan dah lapar.." kata haidan.. Haidan bangun berdiri.. Tapi shofie kembali menarik tangan haidan..

"pagi tadi.. Bukan fiya yang tolak yumna.." kata shofie..

"I know sayang.. Don't worry.."

Mereka kemudiannya makan bersama didalam bilik..

"kenapa dalam bilik ni tak ada tv.." tanya shofie.

"kenapa perlu ada.." tanya haidan..

"fiya yang tanya dulu.."

"oh.. Ada orang tu dah pandai menjawap ya....." usik haidan membuatkan shofie kembali menunduk.

"sebab haidan tak sempat untuk tengok tv.. Balik untuk rehat.. Esok kembali ke office.. Begitulah hari-hari berlalu.." kata haidan dengan senyuman.. Jarinya megusap pipi shofie.

"tak bosan..ulang yang sama hari-hari" haidan mengeleng...

"anggap saja itu pengorbanan untuk haidan berada di kedudukan seperti sekarang ini.. Ianya berbaloi.." kata haidan.

"boleh kita letak tv disini.." kata shofie.. Kemudiannya menunjukkan kearah dinding kosong di depannya..

"yes sure sayang.. Anything for you.. How about Home teater.. Dah alang-alang kan.." cadang haidan.

Mereka berdua menghabiskan masa berborak seperti pasangan yang lainnya..

Pagi itu mereka turun untuk bersarapan dimana yumna turut ada sama disitu.. Seperti biasa wanita itu bergayut manja ditangan haidan.

" yumna.. Lebih baik yumna balik ke kediaman family yumna semula.." kata haidan.. Sekali melepaskan tangannya dari pengangan yumna.

"tapi kenapa abang.. Kepala yumna masih sakit" kata yumna lemah.. Sambil memegang kepalanya yang berbalut dengan pembalut.

"abang ada bukti.. Yumna sengaja fitnah kak shofie.." bisik haidan ditelinga yumna.

"abang tak kasihan yumna.." kalini dia pura-pura lemah.. Menayangkan wajah kasihan.. Seperti dia yang sedang ditindas sekarang..

Haidan tak menjawap.. Dia malah menarik tangan shofie mendekat kepada mahira,untuk bersalaman.

"kita sarapan diluar saja sayang.." kata haidan. Shofie mengangguk.

Yumna menghentakkan kakinya tak puas hati dengan haidan yang tak mengendahkan dirinya.. Dia berlari naik keatas dengan penuh rasa amarah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience