Bab 16

Romance Completed 175736

Ainun tidak puas hati bila dirinya seolah-olah tak wujud di depan bakal besannya.. Tambah pula, dia tak bertemu dengan rania pagi ni.. Umpama pergi berperang tanpa senjata.

Shofie yang duduk sebaris dengan haidan.. Namun di kelompok yang lain bersama rafie dan taufiq..

"abang.. Balik dengan siapa nanti.." tanya shofie.. Rafie yang baru hendak memasukkan makanan ke mulutnya terhenti.

"sorang la.. Abang kan lone ranger.. Pergi mana pun sorang.." balas rafie.. Sambil memandang shofie dan taufiq.

"jom ikut fie jalan-jalan sini dulu..kita cuci mata.." kata shofie sekali mengangkat alis matanya berulang kali.. Mengoda si abang agar setuju dengan ajakannya.

"cuci mata ke.. Ada udang di sebalik batu ni.." duga rafie..

"abang atas bukit ni.. Tak ada udang.." kata shofie selamba sambil tayangkan wajah comel dan gelakan kecil didepan abangnya.

Sementara di meja sebelah.. Mereka yang lain makan dengan lebih tertib.. Tak seperti meja yang diduki oleh tiga anak muda tersebut.

Selesai sarapan.. Masing-masing balik ke bilik.. Berkemas untuk bertolak balik.. Ada sudah menunggu di ruang lobby.. Cuma bayangan si rania saja tak kelihatan.

Haidan yang baru turun bersama bondanya keluar dari lif.. Sebalik pintu terbuka.. Dia melihat shofie sedang berlari melintasi lif. Mengejar seseorang.

"abang.. Oh... Mesin atm ku" panggilnya lalu memaut lengan rafie.

Rahimi mengeleng melihat tingkah shofie. Raffa dan luthfiya tergelak kecil. Ainun memandang tidak senang akan tingkah semberono anak itu...lalu dia menfokuskan kepada telefon bimbitnya.. Mencari kelibat rania..

"oh.. Ni akalnya.. Mesin atm ya.." rafie bercekak pinggang memandang shofie. Sebaik shofie sampai di depannya, hidung shofie ditariknya sampai kemerahan.

"aahhhh..." adu shofie.. Lalu memegang hidungnya yang bertukar merah.. Dengan wajah mencuka.. Menahan sakit.

Haidan dan bondanya hanya memerhati.. Tidak mahu terus menempel dengan keluarga itu.. Takut mereka sekeluarga tidak selesa..

Haidan melihat pakaian yang dikenakan oleh shofie.. Sangat simple.. Dengan baju blouse warna putih dan jeans panjang.. Rambut pula diikat tinggi gaya pony tail.. Dengan mengenakan satu beg yang disilang dibadannya.

Setelah selesai semua.. Mereka berpisah.. Raffa luthfiya pulang bersama mama dan papanya.. Manakala rania.. Memberitahu dirinya sudah pulang semalam lagi..

Seperti yang dijanjikan kepada shofie. Mereka bersiar-siar dalam perjalanan pulang ke destinasi mereka.. Shofie banyak membeli makanan.. Sampai naik pening kepala rafie dan taufiq.. Kalau tak dibeli.. Muncung lah si shofie sepanjang perjalanan nanti..

Shofie yang duduk sendirian di kerusi belakang.. Suka bila dirinya diapit penuh dengan makanan.. Sekali sekala.. Dia menyuapkan kearah taufiq.. Yang memandu.. Dan tak lupa menyuapkan rafie..

"hah.. Diam dah.. Tido kah puteri tu...." tanya rafie.. Sebaik suasana dalam kereta menjadi sunyi sepi. Lalu rafie berpaling memandang shofie.

Shofie sudah terlena.. Bersandar di kerusi.. Rafie memanggil shofie berkali-kali.. Tak ada respond.. Tahulah bahawa adiknya itu sudah terlena. Rafie mengalihkan pandangannya kearah taufiq yang sedang fokus memandu.. Mereka berdua saling tersenyum ..

Lima bulan berlalu..

Rahimi telah menyediakan satu jawatan untuk shofie di cawangan barunya.. Jawatan yang biasa-biasa anak muda lain juga mampu mencapai jawatan tersebut.. Arkitek amatur.. Walaupun Shofie lebih layak dari itu.. Itu adalah permintaan shofie sejak balik dari dari luar negara tempoh hari..

Shofie memilih untuk bermula dari bawah.. Kerana dia sendiri memang tidak mempunyai pengalaman berkerja sebelum ini.. Taufiq pula ditugaskan menjadi salah satu perkerja didalam syarikat rahimi di cawangan baru tersebut. Rahimi telah mengaturkan semuanya lengkap untuk puterinya..

Di pejabat cawangan baru tersebut.. Tak siapa pun yang tahu shofie adalah puterinya.. Dan taufiq adalah pengawal peribadinya.. Taufiq diberi bilik khas, sebagai wakil dari rahimi memantau syarikat disana.. Namun tugas utamanya adalah menjaga shofie.

Shofie kelihatan selesa tinggal di dalam suasana baru.. Disamping kenalan baru.. Tambah pula.. Iman turut berkerja di syarikat yang sama..

Shofie yang sedang fokus dengan lakarannya dikejutkan oleh iman yang muncul dimuka pintu ruang pejabat yang dikongsi bersama lagi dua arkitek wanita muda seusianya.

Iman masuk ke ruang tersebut dengan tersenyum manis.. Tangannya memegang kertas yang sudah siap digulungnya.. Menuju ke meja shofie. Lalu duduk di kerusi kosong disebelah waheeda..

"fie.. Lunch jom.." ajaknya..

"hai ajak fie saja ke.. Kami ni.. Taknak ajak.." sampuk waheeda disebelah.. Sekali menunjuk kearah dalisha dan dirinya.

"boleh ja.. Kalau sudi.. Lagi ramai lagi seronok.." kata iman yang ramah dengan senyuman. Sekali dia memandang semula kearah shofie yang asyik melakar di mejanya..

"fie.. Jom la.." kalini waheeda pula yang mengajak.. Bila shofie masih diam, tak memberi jawapan kepada iman.. Shofie mengangkat wajahnya dari terus menunduk tadi..

"hmm.. Fie.. Makan dengan taufiq.." balasnya..

"ala... Jom la.. Ajak sekali tunang kau tu.." tambah dalisha.

Ya.. Shofie sudah bertunang sebulan yang lalu.. Sejak taufiq menyampaikan hasrat hatinya.. Rahimi senang dengan pilihan shofie yang memilih pasangan hidup dari kalangan orang biasa..

"tapi kak saya tak selesai lagi ni.." shofie masih tak melepaskan liner pen di tangannya. Memang perangainya kalau sudah asyik dengan sesuatu pekara dia akan terus terleka.. Selagi tak selesai.

"ha ni.. Saya hantarkan ni.. Lakaran ni.."kata iman yang baru teringatkan kertas ditangannya.. Lalu menyerahkan kepada si manis waheeda.

" oh.. Ni.. Yang encik khabir suruh kami buat lain tu ya.. "muncung waheeda mula kelihatan.. Bila hasil kerja mereka ditolak oleh ketua mereka.

Taufiq datang mengetuk pintu kaca tembus pandang ke ruang bilik tersebut.. Mereka yang didalam semua berpandangan kearah cermin, kecuali shofie yang masih menunduk.. Taufiq mengarahkan jari telunjuknya kearah shofie.

"fie.. Fie.. Tunang kau... Tuuuuu" kata dalisha.. iman dan waheeda masing-masing ketawa kecil melihat shofie mengangkat kepala mencari taufiq.. Lalu mereka semua menunjukkan kearah yang sama iaitu diluar, dimana taufiq berada..

Taufiq tersenyum memandang ke arahnya.. Sambil menunjukkan jam tangannya.. 'lunchtime' bibirnya begerak menyatakan perkataan itu tanpa suara. Shofie membalikkan matanya.. Pasrah..

"jom.. Kita lunch sekali.. Jom.. Jom.. Lambat tinggal.." katanya seraya tangannya mencapai beg tangan.

"amboi laju kalau buah hati dia datang.. Tadi kita.. Jenuh ajak.. Tak layan pun.." rungut iman memandang waheeda dan dalisha dengan wajah yang acah merajuk.

"alah.. Jom lah.. Ni fie ajak sekali kan.." kata fie.. Lalu tangannya membuka pintu kaca tersebut.. Dan pintu itu dibiar terbuka menanti yang lain keluar.

Waheeda laju menyambar tangan dalisha.. Tak mahu menjadi orang yang terakhir keluar dari ruang tersebut.. Lalu mereka menunggu diluar yang memisahkan dengan dinding kaca. Iman pasrah lalu menutup suis punca kuasa yang tidak digunakan lalu berjalan keluar..

"pandai ya korang.." kata iman.. Para gadis hanya menayangkan senyum.. Taufiq mengeleng melihat tingkah mereka.

'nasib-nasib..' rungutnya.. Untung semuanya cantik comel semua. Nak marah pun tak sanggup.

Mereka turun ke bawah dan memilih untuk makan tengah hari di kedai makan yang berhampiran sahaja.. Lebih mudah begitu.

Selesai makan taufiq menarik lengan shofie.. Agar shofie memberi laluan kepada tiga teman itu berjalan di bahagian hadapan.

"kenapa fiq.." tanya shofie..

"papa call.."

"kenapa papa call.." tanya shofie cemas.

"sabar.. Fiq tak habis cakap lagi.. Fie ni.. Papa call suruh kita balik.. Hujung minggu ni.. Papa nak buat kenduri sikit.." terang taufiq. Berkerut dahi shofie mendengar perkataan 'kenduri'.

"kenduri.. Kenduri apa.." tanya shofie..

"hmm.. Tak pasti.. Tapi dengar nada papa tu happy saja.. Rasanya benda baik lah tu.. So kita balik kan.." tanya taufiq lagi.

"kenapa papa tak call fie.. Kenapa call fiq.." tanya shofie tak puas hati.

"mana phone fie.." tanya taufiq. Lalu shofie mencari telefon bimbitnya didalam beg tangannya.. Dan memerhati telefon bimbitnya yang tak memberi riaksi apabila dia berkali kali menekan.

"opss.. Sorry.. Mati pulak.." kata shofie menayangkan telefon bimbitnya yang sudah kehabisan kuasa.

" Jomlah naik office.. Fie ada meeting nanti.." ajak shofie.. Berjalan laju mengejar iman, waheeda dan dalisha yang sudah jauh ke hadapan..

"wait.. Jangan lari.. Nanti jatuh" tegur taufiq.. Melihat shofie yang sudah berlari megejar rakannya. Taufiq pun turut berlari bersama mengejar shofie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience