BAB 58

Romance Completed 175736

Kemudian dengar suara seorang wanita datang, memaklumkan ingin berjumpa dengan haidan. Malah wanita itu terus masuk begitu sahaja.. Shofie mendongak melihat pintu yang sudah tertutup... Dia kemudiannya mengeluh.

'balik sajalah fie...' shofie bangun dari duduknya..

"maaflah.. Saya balik dahulu.." kata shofie kepada setiausaha haidan.

"baik lah cik.." kata gina.

Shofie berpaling lalu berjalan ke lif.. Menekan lif dan menunggu. Seketika.. Kedengaran lagi suara wanita yang sama.. Kali ini dia mula ketawa..

Shofie berpaling kearah suara.. Bila mendengar suara itu semakin mendekat. Satu pasangan sedang berjalan kearahnya..

'haidan dengan kekasih dia..' wajah shofie berubah pucat.. Dia mahu menghilangkan diri dari ruang itu segera.. Tapi kakinya tak dapat digerakkan ketika itu..

'kenapa kau takut shofie.. Kau tak buat salah pun kan.. Tenang..' shofie memujuk dirinya.

Haidan dan hayfa melangkah dekat dengan lif.. Hayfa yang jalan bergandingan tangan dengan haidan.. Manakala haidan menunduk memandang telefon di tangannya.

"ehh.. Kamu.. Cik shofie kan.." tegur hayfa.

Haidan yang mendengar nama shofie terus mengangkat wajahnya yang sejak tadi menunduk.. Memandang shofie yang sedang tersenyum manis didepannya..

"ya saya.. Cik hayfa.." kata shofie sopan. Dia memandang haidan sekilas sebelum memandang ke arah haifa semula. Bibirnya masih kekal tersenyum.

'kenapa fiya ada disini.. Dan melihat hayfa dengan aku begini.. Adakah dia akan marah.. Tapi dia malah tersenyum..' haidan kembali menayangkan wajah bekunya.

Lif peribadi untuk vvip tiba..

"marilah.. Turun bersama kami.." kata hayfa..

"tak mengapa.. Lif saya sekejap lagi sampai.." tolak shofie..

Marwan melangkah masuk kedalam lif. Diikuti oleh Haidan melangkah masuk kedalam lif peribadinya. Hanya hayfa masih belum melangkah.

"sure ni.." tanya hayfa. shofie mengangguk.

"ok.. Kami pergi dulu.." hayfa melangkah masuk..Shofie hanya mampu tersenyum kepada hayfa..

Shofie melihat pintu lif itu mula tertutup.. Dapat dia lihat wajah haidan yang dingin sampai pintu lif benar-benar tertutup.

'sakit.. Kenapa hati kau rasa sakit.. Shofie..'

Pintu lif terbuka.. Namun shofie malah pergi meninggalkan ruangan tersebut.. Dia ke bilik air.. Membasuh mukanya.. Kali ini .. Air matanya jatuh.. Dia tak dapat lagi menahan air matanya..

'bodoh shofie.. Sungguh kau bodoh..' dia mengumpat dirinya sendiri. Hatinya terasa sakit..

'kuatlah shofie.. Tolonglah kuat.. Demi papa..' dia kembali mengingati dirinya.. Apa tujuannya berada disamping haidan..

Shofie kembali membetulkan wajahnya...rambutnya..dan penampilannya.. Menarik nafas dalam dalam sebelum melangkah keluar dari bilik air..

Shofie sudah turun di bawah.. Dia melihat haidan dan hayfa masih berada disitu.. Entah apa yang mereka tunggukan.. Shofie melangkah seperti tiada apa-apa yang berlaku.. Masih melebarkan senyumanya..

"kak aina.." panggil shofie. Bila melihat ruhaina sedang duduk menunggunya di sofa..

"fie.. Kemana fie pergi.."tanya ruhaina cemas..

" cik shofie.. "panggil seseorang..

" encik adam.. "

" masih disini.. Saya ingat cik shofie sudah balik tadi.. "kata adam ramah..

" dah nak balik encik Adam.. "balas shofie..

Haidan pada mulanya mahu menunggu shofie.. Mahu melihat adakah shofie baik-baik saja.. Kerana tidak melihat shofie dibawah.. Malah melihat ruhaina masih menunggu di sofa.. Lif yang turun silih berganti juga masih tak menampakkan shofie keluar dari situ.
Kemudian pintu lif terbuka.. Shofie turun terus berjalan ke ruang menunggu dimana, adanya ruhaina.. Kemudian dia melihat salah satu pekerjanya datang menegur shofie dengan ramah.. Malah shofie masih boleh tersenyum manis dengan lelaki itu. Haidan menyembunyikan gengaman tangan didalam kocek..

"hayfa mari.. Kita dah lambat.." akhirnya haidan bersuara. Hayfa tersentak..

"tadi bukan kita..." hayfa melihat haidan sudah melangkah pergi.. Dia kemudiannya mengeluh... Lalu berjalan memaut lengan haidan.

"akak.. Mari hantarkan fie balik.." shofie tahu apa yang sedang dipandang ruhaina..

Siapa lagi kalau bukan pasangan yang sedang berjalan mesra di depan mereka. Haidan dan hayfa.. Shofie turut melihat kearah yang sama.. Pasangan yang sama padan.. Hayfa memang sesuai kalau bersama haidan.

"kak.."

"ya fie.."

"fie nak balik"

"baik.. Kita balik kemana ya.."

"kalau boleh.. Fie nak saja balik kerumah papa.. Tapi.." shofie menayangkan senyum..

"kerumah keluarga Zayn.. Mari kakak hantarkan.." kata ruhaina.. Dia sendiri tak nak kusutkan lagi keadaan.. Menambah garam kepada luka.. Walaupun shofie masih tersenyum.. Dia tahu bagaimana perasaan shofie.. Kerana dia juga seorang wanita..

Shofie sampai dirumah keluarga zayn.. Masuk melangkah kedalam rumah selepas melihat ruhaina berlalu pergi..

"assalamualaikum" katanya..

"waalaikummusalam.." kata pelayan yang datang membuka pintu buat shofie..

"puan nak makan sekali.. Yang lain masih di ruang makan.." kata pelayan muda tersebut.

"saya naik mandi dahulu... Lagipun saya belum solat.." balas shofie..

"baiklah puan"

Shofie kemudiannya naik.. Semasa melintas kedengaran bunyi suara orang berborak rancak di ruang makan.. Shofie merebahkan tubuhnya di atas katil.. Rasanya mahu saja dia terus terlena disitu.. Tapi bila mengingatkan dia yang belum solat.. Dia segera bangun, berjalan ke bilik air..

Selesai urusannya... Di kembali turun ke bawah.. Ruang makan nampak ramai.. Shofie memerhatikan satu persatu wajah yang berada disitu.. Kemudian dia terpandang akan seorang wanita asing baginya..

Wanita berambut lurus, hitam pekat paras bahu.. Wajah putih seputih susu.. Menyerlahkan lagi bibirnya yang merah..

"shofie.. Mari.. Kenapa berdiri disitu nak.."panggil mahira.. Bila melihat shofie sedang diam berdiri di situ..

" ya bonda.. " kata shofie.. Dia pun melangkah mendekat dengan mahira.

" kenalkan ni shofie..menantu bonda.. " kata mahira..menyentuh bahu shofie.

" menantu.. Wah.. Haikal nikah senyap-senyap ya.." wanita itu menyiku haikal.

"saya shofie.." shofie menyuakan tangan untuk bersalaman.

"saya yumna.." lalu dia menyambut tangan shofie.

'yumna.. Macam pernah dengar nama tu..' pikir shofie.

"eh.. Apa pula.. Haikal.. Ni menantu sulung bonda.. Isteri idan.." mahira membetulkan perkata tersebut.

Wajah wanita itu berubah... Dari tersenyum menjadi melopong.

"bonda.. Jangan la bonda buat lawak.. Tak kelakar lah bonda.." kata yumna.. Dia masih tak percaya.

"betullah.. Kalau tak percaya.. Boleh tanya idan sendiri.." kata mahira.

"tanya apa bonda.."

Semua berpaling kearah punca suara tersebut. Haidan tegak berdiri disitu.
Yumna melihat haidan, segera berlari lalu bergayut manja dilengan haidan..

"yumna..bila kamu sampai.." tegur haidan.. Ramah.. Tak lagi menayangkan wajah bekunya.

"baru saja abang.." annisa kemudiannya menyiku kembarnya.. Sambil tersenyum sinis kearah shofie .

Shofie hanya memerhatikan saja.. Melihat haidan yang membiarkan wanita itu melentok manja di bahunya.

'dugaan apakah ini.. Lepas satu-satu..' shofie hanya mampu mengeluh dalam diam.

"abang.. Betul ke ni isteri abang.." tanya yumna.. Dia tak mampu bersabar lagi,untuk mendengar kebenarannya.

"ya.. Ni isteri abang.. Shofie.." kata haidan. Yumna masih tak percaya.

'tak mungkin.. Apa lebihnya wanita ini.. Berbanding aku.. Kenapa abang pilih dia.. Sedangkan selama ini aku yang paling dekat dengannya..mana mungkin tiba-tiba abang boleh nikah..'

"abang.. Bukan dah janji nak nikah dengan yumna.." kata yumna..

"kita kan kawan rapat.. Kenapa yumna kata macam tu.." haidan kemudiannya memandang shofie.. Yang berdiri kaku sebelah mahira..

"sudahlah.. Idan naik pergi mandi.. Lepas tu turun.. Kita makan sama.." mahira meleraikan pegangan tangan yumna di tangan haidan.. Menolak haidan ke arah tangga.. Sempat haidan melirik ke arah shofie..mengisyaratkan agar shofie naik mengikutnya.

"shofie naik kejap ya bonda.." kata shofie berjalan ke tangga. Dimana haidan sedang menunggunya.

"yelah.. Kejap nanti turun ya.. Kita makan malam.." kata mahira.. Mengosok lembut belakang menantunya..

Shofie berjalan mengikut belakang haidan.. Masuk kedalam bilik..haidan memandang shofie yang asyik menunduk saja sebaik masuk kedalam bilik..

"fiya ambilkan tuala ya.." kata shofie lalu melangkah ke dalam bilik pakaian.. Haidan duduk di sofa..

Shofie keluar semula dengan tuala ditangannya.. Lalu mendekati haidan yang berasa di sofa.

"haidan.. Ni tuala.." shofie menyuakan tuala..

"bukakan baju" arah haidan. Shofie lalu duduk disebelah haidan.. Lalu membuka butang tangan haidan.. Butang tengah..dapat dia hidu bau wangian yang kuat menyucuk hidungnya.. Bau minyak wangi yang digunakan hayfa. Perlahan-lahan mengeluarkan baju tersebut dari tangan haidan...

Lalu shofie duduk dilantai.. Membuka stoking haidan.. Membuatkan lelaki itu tersentak.. Namun shofie sempat menyelesaikannya.

"ok sudah selesai.." kata shofie.. Tak lupa menayangkan senyumannya.

Shofie bangun nak membawa pakaian kotor itu ke bakul.. Haidan terus manarik tangan shofie sehingga dia jatuh keatas badan haidan yang tak beralas..

"fiya.. Tak ada.. Apa nak tanya haidan" tanyanya.. Shofie mengeleng.

Haidan mengelus pipi shofie..

"buat apa di pejabat haidan tadi.."

"jumpa encik adam.." shofie menolak haidan.. Dia cuba bangun.. Namun haidan menghalangnya.. Haidan merangkul erat pingang shofie.

"haidan.. Mandi.. Fiya lapar.." shofie sekadar memberi alasan.. Haidan melepaskan pegangannya.. Shofie bangun membawa pakaian kotor haidan dan letakkan kedalam bakul.. Manakala haidan masuk kedalam bilik air..

Haidan dan shofie turun ke bawah.. Dimana yang lain sudah menunggu mereka untuk makan bersama.. Haidan duduk ditempatnya.. Yumna segera menarik kerusi duduk disebelah haidan.. Shofie pun beralah duduk di kerusi sebelah yumna..

"yumna.. Sepatutnya bagi kak shofie duduk si sebelah idan.." tegur mahira..

"bonda.. Bagilah yumna.. Yumna tinggal sini seminggu saja.. Boleh kan kak" yumna memegang lengan shofie..

"boleh.." kata shofie..

Bukan hanya itu.. Malah yumna yang melayan haidan makan.. Menyenduk lauk ke pingan.. Menuang air.. Semuanya.. Shofie duduk bertentangan dengan haikal.. Haikal memerhatikan saja kakak iparnya seperti disisihkan.. Memang tak dinafikan yumna pandai mengambil hati orang sekelilingnya..

Haidan merasa lemas duduk disamping yumna.. Namun dia tak mampu untuk menolak.. Dia tak mahu yumna terasa hati.. Kerana yumna sememangnya sudah terbiasa begitu. Sesekali dia melihat kearah shofie.

'tadi dia kata lapar.. Tapi kenapa dia makan sedikit sahaja.. Salah kah cara aku.. Adakah dia terasa.. Cara aku melayan yumna.. Atau hal tadi di pejabat.. Tapi dia masih tersenyum seperti biasa..'

"abang lepas ni teman yumna.. Yumna ada banyak benda nak kongsi dengan abang..." kata yumna.

"shofie..dah sudah.." tegur mahira.. Bila melihat shofie sudah mengambil buah, sebagai makanan penutup..

"ya bonda.." dia menjawap dengan tersenyum.

Selesai makan.. Shofie naik keatas.. Manakala haidan masih berada bersama yumna diruang tengah.. Berborak dengan yumna.. Shofie.. Sudah terlelap diatas katil.. Dengan perasaan yang bercampur baur..dia kembali tersedar bila ada ynag bermain main di wajahnya.. Siapa lagi kalau bukan haidan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience