BAB 45

Romance Completed 175736

Tanpa shofie sedar. Dia tidur berbantalkan lengan haidan.. Memeluk erat tubuh lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.. Itulah tidurnya yang paling nyaman.. Lena si sebalik pelukan hangat haidan.. Hembusan nafas haidan terasa nyaman di dahinya. Shofie mendongak.. Memandang wajah haidan yang sedang tidur itu.. Jarinya bermain-main di hidung mancung lelaki itu.. Mengoles ngoles batang hidung.. Turun ke pipi.. Bibir.. Dan berhenti didagu.. Menyentuh rahang yang mula ditumbuhi jambang halus.. Shofie mengangkat tangan haidan yang berada di pingangnya.. Lalu dia bangun duduk dikatil.. Memandang haidan lagi.. Sebelum dia turun dari katil.. Melangkah masuk ke bilik air.. Meninggalkan haidan yang masih terlena disitu..

Siap berpakaian.. Dia mengejutkan haidan.. Mengajak lelaki itu.. Untuk solat bersama..

Haidan masih kekal diperbaringannya.. Shofie akhirnya solat sendirian... Dia kan kejutkan lagi nanti.. Memandangkan subuh baru masuk waktunya..

Selesai solat shofie membuka pintu bilik.. Diluar masih sunyi.. Kemudian terdengar bunyi dari bawah.. Kakinya turun perlahan-lahan.. Menuruni anak tangga.. Mencari bunyi suara.. dia sampai didapur.. Melihat beberapa pelayan sedang sibuk mengeluarkan bahan mentah untuk memasak sarapan pagi..

"assalamualaikum.. Boleh fie tolong" tanya shofie.

"waalaikummusalam.." para pelayan saling berpandangan antara satu sama lain.

"eh puan muda.. Tak perlulah.. Kami boleh buat.. Puan duduk saja di hadapan.." kata pelayan itu.

Shofie kemudiaannya keluar semula dari dapur.. Mengintai di sebalik dinding.. Bila dia nampak ada kesempatan.. Dia terus masuk kedapur.. Menolong tanpa meminta lagi.. Pelayan berkali-kali melarangnya.. Namun mereka akhirnya membiarkan saja.. Bila shofie sudah memegang pisau dan mengupas kulit bawang..

"SIAPA YANG BENARKAN PUAN BUAT KERJA!!!"

Tempik satu suara lantang.. Membuatkan para pelayan mengundurkan diri, berdiri di satu sudut dapur.. Shofie yang sedang mengacau nasi goreng.. Turut tersentak.. Berpaling.. Melihat haidan sedang bercekak pingang di tengah-tengah dapur.

Wajah lelaki itu sama seperti yang shofie pernah lihat semasa lelaki itu serang marah masa angkat nikah mereka dulu.

"fiya masak kan untuk haidan.. Breakfast.." kata shofie lembut.. Harap haidan tak marah kannya..

Haidan kemudiannya pergi dari dapur..keluar begitu saja.. Tanpa menyambung katanya lagi.. Para pelayan kembali memandang antara satu sama lain..

Shofie menyambung kerjanya yang terendala.. Begitu juga para pelayan yang lain.. Selesai menghidangkan semuanya.. Shofie naik keatas.. Masuk ke biliknya..

"jom breakfast.. Fiya tak tahu haidan selalunya makan apa.. Jadi..."

Haidan memeluk shofie.. Erat.. Shofie tak berani untuk menyambung ayatnya.. Dapat dia rasakan jantung haidan tika ini.. Sedang berdegup pantas.. Tangannya menyentuh dada haidan.. Dia terbuai dengan kehangatan dari pelukan itu.

'RIYA... Aku sangka kau dah lari dari sini... Berani kau turun tanpa kejutkan aku.. Kau tahu tak bertapa cemasnya aku.. Bila buka mata kau tiada disisi..' haidan mengeratkan pelukannya..

Haidan bertambah marah.. Bila melihat shofie sedang sibuk memasak didapur.. Memasak.. Bersama dengan para pelayan..

"riya isteri idan.. Bukannya tukang masak.. Pelayan ada untuk buat semua tu.." bisik haidan perlahan ditelinga shofie..

'stay with me.. By my side.. Setiap detik, masa kita bersama.. itu amat bermakna sayang' ciuman hangat hinggap di dahi shofie lama..

" jom.. Kita turun makan.. "shofie mengosok dada haidan.. Perlahan.. Haidan menangkap tangan shofie.. Mencium belakang tangan itu.. Sebelum dia tersenyum manis kearah shofie..

Mereka berdua turun dari tangga.. Mahira sudah berada di ruang makan..

" assalamualaikum.. Bonda.. "tegur haidan.. Menyalam tangan bondanya.. Melihat tingkah haidan.. Shofie turut melakukan hal yang sama.

" waalaikummusalam "jawap bonda.

" shofie masak ya.. Patut la bonda nampak lain saja menu kita hari ini .. "kata mahira.

" sebenarnya bonda.. Fie tak tahu apa yang bonda dan haidan selalunya breakfast.. "kata shofie.

" ahh.. Tak payah risau.. Bonda makan saja semuanya.. "kata mahira. Kemudian dia memandang ke arah haidan.. Anaknya itu diam sahaja..

Shofie menyenduk nasi goreng yang dimasaknya tadi ke pinggan mahira dan haidan.. Mahira menerima dengan senang hati.. Haidan diam menghirup kopinya..

Lalu shofie duduk ditempatnya.. Bersebelahan dengan haidan.. Menanti reaksi haidan mengenai nasi nasi goreng yang dimasaknya tadi..

Rasanya sangat teruja.. Kalah pertandingan masakan yang sering kita lihat di televisyen.. Bukan hanya shofie saja yang teruja.. Mahira turut sama teruja..

Merek berdua melihat haidan menyenduk nasi goreng tersebut.. Dibawa masuk kemulut.. Haidan mula mengunyah perlahan..lagi..dan mengunyah lagi.. Kemudian dia mengangguk kecil.. Dua wanita itu melepaskan nafas lega..

"sedap.." tanya mahira.

"hmm" hanya itu jawapan haidan.. Mahira kemudiannya memandang shofie.. Tersenyum kearah shofie.

'satu keajaiban.. Shofie.. Haidan sangat menitik beratkan pola permakanannya.. Selalunya dia hanya akan bersarapan roti sandwich dan susu sahaja.. Dan pagi ini.. Wah.. Nasi goreng..'

Shofie mula makan.. Begitu juga mahira..

"shofie selalu masak dirumah.." tanya mahira.. Bila merasakan masakan shofie sedap.. Sesuai dengan seleranya..

"kalau ada masa.. Fie masak juga.." balas shofie...

"betul ni.. Nanti boleh ajarkan bonda.." kata mahira.. Dia juga teringin nak melakukan aktiviti di dapur bersama shofie.. Kalau nak diharapkan anak daranya.. Memang tak lah..

"Insya Allah.. Boleh bonda, kita belajar bersama.." balas shofie.

Selesai makan.. Mahira mengajak shofie berborak di ruang keluarga .. Haidan menggeleng melihat dua wanita itu pergi meninggalkannya sendirian .. Nak menghalang.. Takut bondanya terasa.. Dia memandang jam tangannya..

"bonda..kami kena pergi ni... Nak siap lagi.." sampuk haidan..

"kacau sajalah.. Bonda baru nak beborak dengan menantu bonda.." marah mahira.. Dia masih tak puas berborak dengan shofie.

"bonda.. Selesai majlis fie akan balik sini.. Nanti kita sambung ya bonda..." pujuk shofie.. Mahira kembali senyum mendengar kata shofie.. Bukan hanya mahira seorang.. Haidan bertambah lebar senyumannya.

"kami naik dulu.." haidan menarik tangan shofie.. Mengajaknya segera mengikutnya naik keatas..

"betul ni..." tanyanya sebaik pintu ditutup..

"apa yang betul.." tanya shofie.

"lepas majlis.. Akan balik kesini.. Jangan janji dengan bonda kalau tak pasti.. Jangan kecewakan bonda.." haidan memegang kedua-dua lengan shofie.. Agar shofie menatapnya.

"ya.. Malam nanti.. Fiya akan balik ke kondo.." kata shofie.. Tak sedar yang dirinya sudah terlajak kata..

"KONDO!!" suara haidan memenuhi ruang bilik mereka..

Shofie menggigit bibir bawahnya spontan.. Tatapan mata haidan menikamnya tajam.. Tak tunggu lama.. Haidan melumatkan bibir shofie pada ketika itu juga..

Shofie kaku menerima ciuman dari bibir haidan.. Segera haidan menghentikan ciumannya..

"balas.. Fiya.."

Sekali lagi.. Dia mencium bibir merah milik shofie.. Shofie yang cuba untuk membalas.. Tapi menjadi sangat kekok.. Haidan merangkul leher shofie.. Mendalamkan ciuman mereka... Shofie cuba mengikut rentak haidan. Sehingga haidan melepaskan tautan bibir mereka.. Memeluk tubuh shofie..meletakkan bibirnya yang masih basah di leher shofie yang terdedah..

"haidan.. Kita perlu siap sekarang.. Nanti.. Lewat.." kata shofie.. Dengan suaranya yang agak serak.. Seketika dia berdehem..

"hemm" jawap haidan masih memeluk shofie..

"haidan.." panggil shofie lagi.. Bila pelukkan masih belum terlerai.

"just... five minutes fiya .." balas haidan..

Shofie hanya membiarkan haidan memeluknya.. Dia diam sahaja.. Sampai haidan melepaskan pelukannya..

"siap.. Nanti kita lewat.." kata haidan yang terus berpaling masuk kedalam bilik pakaian..

Haidan menyandarkan dirinya dibalik pintu.. Mengatur nafasnya agar kembali stabil semula..

'haidan.. Kawal diri kau.. Kawal baran kau..kau akan menyesal haidan.. Menyesal...'haidan meraup wajahnya kasar.. Mengacak acak rambutnya sehingga kusut.

Haidan yang sudah segak mengenakan baju melayu warna coklat cair.. Duduk diatas sofa.. Sedang menunggu shofie yang masih berada di dalam bilik pakaian..

"Riya..kita akan lambat nanti.." panggil haidan.. Dia sudah berdiri.. Berjalan kearah bilik pakaian.. Menolak pintu yang ditutup renggang itu.

Shofie melihat imejnya di balik pantulan cermin besar itu.. Mujur saja baju yang diberikan oleh hanis tak terlalu ketat.. Kalau tak pasti saja, baju itu akan dibiarkan tergantung di almari..

"Riya.." panggil haidan.. Lalu dia menolak pintu bilik tersebut sehingga terbuka sepenuhnya..

Shofie berpaling memandang haidan.. Shofie yang cantik mengenakan baju kebaya nyonya berwarna senada dengan haidan.. Sekali lagi berkain sarung.. Haidan meraup wajahnya..

"kenapa.." tanya shofie..

"kawan fiya tu ada buka kilang kain batik ke apa.. Dari semalam kain batik saja.. Temanya.." rungut haidan.. Dia sudah memeluk tubuhnya.. Shofie ketawa. Lalu megedikkan bahunya.

"mungkin.." balas shofie..

"dah siap.."

"dah.."

Mereka keluar beriringan dari bilik tersebut.. Mereka bersalaman dengan mahira yang berada di ruang tamu rumah tersebut..

"hati-hati ya.."

"bonda tak pergi sama.." tanya shofie.

"nak saja bonda ikut pergi sama.. Tapi bonda pergi tengah hari sikit.. Ke majlis resepsinya terus.." jawap mahira..

Sempat mahira menarik haidan dan membisikkan sesuatu ditelingan anak lelakinya itu.. Haidan tersenyum mendengar kata yang dibisikkan oleh bondanya.

Kereta yang dipandu haidan menyusuri perkarangan rumah.. Pada ketika ini.. Barulah shofie dapat melihat pemandangan.. Yang dikatakan agak menggerunkan malam tadi.. Rupanya.. Untuk sampai ke rumah besar keluarga itu.. Terdapat padang luas didepannya.. Dan ada satu jalan yang menghala masuk ke rumah tersebut.. Disebelahnya adalah pantai..

Shofie memandang rumah besar tersebut bila rumah itu berada agak jauh dari mereka.. Dia mengintai melalui cermin sisinya.. Rumah itu betul-betul berada di atas tanjung..

Haidan membiarkan shofie dengan gaya penyiasat nya.. Kejap memandang ke arah laut.. Sekejap ke arah belakang.. Sampai mereka keluar ke pagar kedua.. Lalu masuk kejalan utama..

Share this novel

WaneyZack
2020-06-05 21:39:29 

Tq.. Sarah.. Tunggu update waney esok ya.. 6am & 6pm

Sara Amylia Kamarozaman
2020-06-05 21:33:08 

update lg please...makin byk bab makin best plak...hehehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience