BAB 72

Romance Completed 175736

Bunyi pengera mengejutkan haidan yang sedang terlena di atas katilnya.. Dia melepaskan pelukannya dari memeluk tubuh shofie.. Bangun mencapai telefon shofie yang sedang bunyi membingitkan telinganya..

"sayang bangun.." haidan mengejutkan shofie. Dia hairan selalunya shofie yang bangun mengejutkannya.. Shofie malah tidak terus membuka matanya.. Shofie merengek bila tidurnya diganggu. Malah shofie mengambil bantal menutup wajahnya..

"bangun mandi.. Solat sayang.." haidan menarik bantal yang menutup wajah isterinya.

"sayang cuti ke.. Bukan semalam ok saja.." haidan menyelak selimut.. Shofie kembali menarik selimutnya.

"tak.. Kejap lagi.. Haidan pergi mandi dulu.. Lepas tu baru fiya.. Fiya tak sedap badan ni.." shofie berkata dengan mata terpejam..menarik selimut dapat ke dadanya.

"kalau tak sihat, tak perlu pergi kerja.. Rehat saja dirumah.." kata haidan, dia mula bangun berjalan ke bilik air..

Shofie membolak balik badannya.. Badannya sangat tidak selesa.. Lalu dia bangun mendadak.. Sampai peningnya datang kembali.. Tekaknya merasa seperti ada sesuatu yang terlekat disitu.. Dia menelan air liur.. Rasa itu masih tak hilang.. Malah mendatangkan rasa mual..Shofie berjalan kearah pintu bilik air.. Mengetuk pintu itu dengan kasar..

"buka..." dia mengetuk lagi.

"haidan.. Buka pintu ni.." panggilnya sambil menahan sesuatu yang bakal kunjung tiba di kerongkongnya.. Shofie mengetuk pintu kaca itu semakin kuat.

Plakkkk....

Shofie menolak haidan, dia meluru masuk kedalam bilik air.. Mencari singki...dan mengeluarkan rasa tak selesanya disitu..tiada apa yang keluar.. Hanya air liurnya dan sedikit air yang berwarna hijau yang membuatkan mulutnya terasa pahit...

" sayang.. Kenapa ni..? " tanya haidan cemas.. Sambil tangannya, mengurut belakang tubuh shofie.. Mengurut agar shofie merasa lebih selesa..

"entahla.. Tak sedap badan.." mata shofie berkaca kaca.. Menahan perit.. Memuntahkan isi yang tak seberapa.

"kita ke klinik.."

"fiya nak rehat saja.." shofie bekeras.

"kenapa degil sangat.. Kalau tak nak ke klinik.. Haidan panggilkan doktor datang kesini.." haidan keluar dari bilik air.. Terus mencapai telefon bimbitnya.. Membuat panggilan.

"hello......." shofie merampas telefon tersebut dan mematikan panggilan..

"tak perlu" shofie melemparkan telefon bimbit haidan ke katil..

Haidan memandang pelakuan shofie sebentar tadi dengan pandangan tak percaya.. Kenapa shofie boleh berubah menjadi sebegitu rupa..

"kemarin fiya pengsan.. Bagun ni muntah.. Tak sedap badan.. Haidan risau.. Nak ke klinik tak nak.. Ni nak panggil doktor datang sini pun shofie taknak.. Apa yang fiya nak sebenarnya.." tanya haidan.. Masih mengawal nada suaranya.. Dia menyimpan amarahnya dalam-dalam.. Melihat shofie sedang protes didepannya.

Shofie merasa rimas.. Rimas dengan semuanya.. Entah mengapa.. Emosinya cepat terusik.. Dia senang marah dengan semua benda disekelilingnya.. Mungkin kerana dia tidak sihat kebelakangan ini.

"Kalau haidan asyik paksa-paksa fiya lagi..fiya nak balik rehat rumah papa.. " shofie berjalan masuk ke bilik pakaian.

"tu nak kemana.." tanya haidan.

"nak siap ke rumah papa.." jawab shofie tegas. Haidan mengeluh.. Lalu menarik lengan shofie keluar dari bilik pakaian.

"tak perlu balik sana.. Rest saja di sini..ada bonda boleh tolong tengokkan fiya.. Sekarang fiya mandi.. Kita solat jemaah.." arah haidan lembut.. Tak mahu shofie berfikir untuk pulang ke rumah keluarganya..

Shofie berjalan-jalan diluar selepas menghantar haidan pergi kerja.. Dia duduk di kerusi yang sedang menghadap ke laut.. Memandang jauh kelaut yang luas.

"hai.. kak" tegur haikal.

"haikal.."

"kenapa kak duduk sini.. Abang cakap kakak tak sihat.. Lebih baik kakak masuk, rehat didalam.." kata haikal.

"saja ambil angin.. Tadi rasa tak sedap badan.. Sekarang dah baik sikit.." kata shofie.

"nak haikal temankan kak ke klinik?" tanya haikal lagi.

'kenapa semua orang nak suruh aku ke klinik ni.. Ahhhh... Rimas' rungut shofie. Sambil memandang ke arah haikal yang berdiri disamping kerusi.

"tak perlu.." shofie bangun dari duduknya. Dia mahu berlalu pergi.

"kak.."

"terima kasih..." kata haikal. Langkah shofie terhenti.

"untuk apa"

"kerana kembalikan senyuman diwajah abang.." kata haikal sambil menayangkan senyumannya.

"abang banyak berkorban untuk keluarga kami.. Dia korbankan masa mudanya untuk kami.. Membangunkan Zayn Holding.. Diusia muda.. Selepas kematian ayahda..disamping menjaga kami sekeluarga... "

"Dan sekarang.. Dia ada semuanya.. Cuma...." haikal mengantung ayatnya.. Dia memandang kearah shofie.

"cuma?"

"dia sedang mengejar cinta dia.. Mengejar cinta dari kakak.." sambung haikal.

"hujani dia dengan kasih sayang kakak.. Dia berhak bahagia kak.. Harap kak faham apa yang cuba saya katakan.. Dia seorang lelaki yang kesepian.. Tanpa cinta.." shofie hanya diam tak membalas.. Dia mula menghayunkan langkahnya.

"kakak.. Berilah dia peluang kak.." rayu haikal.

Shofie berjalan pergi, melangkah masuk kedalam perkarangan rumah.. Meninggalkan haikal disitu..

'kenapa perlu haikal merayu bagi pihak haidan.. Kenapa..kenapa tak haidan saja..'

"shofie.. Haidan bagitahu bonda.. Shofie tak sihat ya..." tanya mahira yang datang berjalan kearahnya..

"iya bonda.. Pagi tadi rasa tak sedap badan. Mual-mual sikit.. Sekarang dah ok.." kata shofie..

"oh.. Entah-entah ada isi.. Shofie tak check.." kata mahira dengan nada cerianya..

'apa.. Check.. Isi.. Apa maksudnya..' shofie buntu.

"tak mungkin lah bonda.." kata shofie sambil tersenyum.

"tak salah kalau kita periksa shofie.." pujuk mahira.

"shofie cuma nak rehat bonda.." shofie beralih topik.

"baiklah sayang.. Tengah hari nanti.. Kita nak makan apa sayang.. Bonda suruh mak nani masakkan.." kata mahira.. Bibirnya tersenyum lebar..

"tak tahu bonda.. Shofie nak makan.. Masak lemak..... Ketam.." seraya itu shofie menutup mulutnya.

'apa aku sebut tadi..kenapa aku sebut ketam.. '

"ah.. Baik.. Bonda keluar dengan mak nani dulu.. Pergi cari ketamnya.." kata mahira gelak suka.

"shofie ikut.." kata shofie..

"tak perlu.. Biar bonda saja.. Nanti kalau haidan tahu shofie keluar.. Dia mesti marahkan bonda.. Shofie rehat saja ya, di rumah.." kata mahira.

"mak nani.." panggil mahira.

"ya puan sri.." jawap nani.

"siap.. Kita keluar beli barang dapur.. Bawa seorang pelayan lagi.." arah mahira tegas.

"shofie nak apa-apa lagi.. Boleh bonda belikan sekali..buah ke..? " tanya mahira.

"hemmm" shofie tunduk memainkan jarinya..

"tak perlu segan dengan bonda..." balas mahira.

"boleh tak shofie.. Nak.." shofie berpaling melihat kearah pintu yang dibuka dari luar... Haikal sedang melangkah masuk..

"bonda.." haikal memeluk mahira.

"bertuah punya anak.. Bonda suruh kamu panggilkan kakak kamu masuk.. Kamu kemana.." mahira membebel.. Haikal memandang kearah shofie..

"bonda.. Tadi memang ada haikal panggilkan shofie.. Tapi shofie yang nak duduk diluar.."

"dah.. Kamu tak pergi kerja.. Abang kamu dah lama pergi.." kata mahira

"ahh.. Kejap lagi lah bonda.. Haikal kan baru balik.. Belum rest lagi ni.." katanya.

"ah.. Tadinya.. Shofie nak bonda belikan buah apa.." mahira kembali bertanya soalan yang belum dijawap shofie..

"boleh bonda carikan strawberi untuk shofie.." kata shofie dengan wajah yang merah.. Lalu menunduk.

"strawberi... Ingat buah apa lah tadi..baik.. Nanti bonda belikan.." kata mahira.. Sambil meraup pipi shofie..

"shofie naik dulu ya bonda.." shofie meminta diri untuk berundur pergi..

Mahira melihat belakang tubuh shofie yang sedang berjalan menaiki tangga keatas. Bibirnya tersuing segaris senyuman.. Tersenyum penuh makna..

Selesai makan tegah hari.. Shofie kembali naik keatas.. Membawa semangkuk strawberi yang dibeli oleh mahira kepadanya.. Dia duduk di sofa menonton televisyen sambil makan..

Di bagunan tersergam tinggi dan megah milik Zayn Holding.. Haidan tak dapat fokuskan kerjanya..

"tuan.. Tarikhnya salah.." tegur marwan..

Haidan mengambil semula, dokumen yang dihulurkan oleh marwan.. Merenung tarikh yang baru ditulisnya tadi.

"betul ke ni.." tanya haidan. Marwan mengangguk.

Haidan tak puas hati.. Dia lihat jam tangannya.. Kemudian telefon bimbitnya.. Dan akhir sekali kalendar yang ada di meja kerjanya.. Dia meneliti kalendar tersebut.. Kedepan.. Kebelakang.. Dan terdetik sesuatu di hatinya..

"tuan..saya printkan semula dokumen tu ya.." kata marwan bila melihat haidan sibuk meneliti kalender.. Bukannya meneliti dokumen yang ada diatas meja kerjanya.

"Ya..nanti bagi saya semula.. " balas haidan.. Masih sibuk membelek kalender di tangannya..

'pengsan..tekanan darah rendah.. Pening..dan pagi ni mual dan tak sedap badan..' fikirannya ligat berfikir.

"TAK MUNGKIN!!!!" kata haidan seraya bangun berdiri..

Tangannya melonggarkan ikatan tali leher.. Haidan tak dapat berfikir dengan tenang..

"tuan.. Ini dokumen yang baru.." marwan masuk selepas mengetuk pintu bilik haidan.

Marwan memandang haidan yang sedang membelakangkannya, berdiri memandang keluar tingkap kaca bilik tersebut.

"tuan.." panggil marwan lagi. Haidan berpaling..

"letak disitu.. Dan boleh keluar" arah haidan.

Marwan akur.. Mengikut arahan yang diberikan. Lalu berjalan keluar.

'tak mungkin kan.... Mustahil.. Aku sendiri tengok dia minum air tu.. Depan mata aku..' haidan mengepal tangannya..

"marwan.. Kita sudah selesai bukan.. Bersiap.. Saya nak balik.." haidan memberi arahan. Melalui interkom.

Semasa perjalanan pulang.. Haidan mengarahkan marwan untuk singgah di farmasi.. Dan meminta marwan untuk membelikan sesuatu..

"ini barangnya tuan" marwan menghulurkan, satu bungkusan plastik yang berisi kotak didalamnya. Haidan melihat isi didalam plastik tersebut..

"kita balik sekarang marwan" arah haidan.. Marwan memandu kereta menuju ke rumah besar keluarga Zayn. Sesekali dia mengintai melihat wajah haidan di cermin pandang belakang.. Marwan tak dapat membaca air muka, yang ditunjukkan oleh haidan ketika itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience