BAB 70

Romance Completed 175817

Pagi itu shofie bangun dengan sangat malas.. Seluruh tubuh terasa sangat berat.. Ditambah pula haidan yang tidur suka memeluknya.. Dengan tangan haidan yang berat diperutnya dan kaki haidan yang menindih kedua belah kakinya..

"haidan.. Bangun lah.." dia menolak tubuh haidan.. Sehingga haidan terlentang. Dia yang tergejut..terus terjaga..

"kenapa ni sayang.." tanya haidan cemas..

"bangun lah.. Dah nak subuh" shofie bangun terus ke bilik air..

Haidan yang sudah terjaga lalu duduk bersandar di kepala katil.. Menunggu gilirannya untuk mandi.. Shofie selesai mandi terus ke bilik pakaian..haidan pula masuk kedalam bilik air.. Sesudah selesai dia ke bilik pakaian.. Dia melihat shofie masih disitu.. Masih memilih pakaian.. Ada timbunan pakaian yang dilonggokkan oleh shofie..

"kenapa semua baju ni. Dibawah.." tanya haidan menunjuk kearah longgokkan pakaian diatas lantai.

"kenapa pakaian fiya semua kecil.. Ni semua salah haidan.. Tengah malam ajak fiya bangun makan.. Dah la makan entah apa-apa.." rungut shofie.

"eh.. Haidan pula.. Nak buat macam mana.. Dah lapar.. Jadi makan lah.." balas haidan.

"tapi fiya yang gemuk.. Bukan haidan.." shofie mengambil dress labuh..dia menyarungkan ditubuhnya..

"fiya gemuk baru cantik.. Tak la banyak mata yang nak memandang sangat..isteri haidan yang cantik ni.." haidan jalan mendekat..

"stop.. Stop.. Fiya ada wuduk ni..jom kita solat dulu..ni baju haidan.." shofie menyangkut kan pakaian haidan, dan dia beredar keluar dari bilik tersebut.

"mungkin dah lama tak jogging agaknya.. Sampai badan naik macam ni.." shofie merungut sendiri. Sambil melihat tubuhnya.. Yang paling ketara bahagian pehanya, punggung, pingang, dada..shofie mengeluh.

"suamiku.. Nak jemaah atau solo" tanya shofie yang duduk di sofa..

"jemaah sayang.. Tunggu kejap.. Nak siap dah ni.." jawap haidan yang masih berada didalam bilik pakaian.

Shofie menghamparkan sejadah untuk mereka berjemaah.. Haidan keluar sebaik siap memakai pakaiannya. Mereka berjemaah bersama.. Selesai solat mereka bersalaman. Haidan menyentuh tangan shofie yang terasa suam..

"sayang ok tak ni.. Kenapa tangan panas.." tanya haidan. Dia meraba dahi shofie. Dengan pantas dia menepis tangan haidan.

"fiya ok la.."

"kalau tak sihat kita ke klinik.."

"tak.. Ok saja ni.." shofie bangun melipat sejadah dan membuka telekungnya.

"betul ni.. Haidan ada kerja luar nanti ni.. Tak ada di office.."

"haidan cancelkan sajalah".. Haidan mengambil telefon bimbitnya.. Ingin menghubungi marwan.

"tak perlu.. Lagipun fiya ada kerja yang nak kena buat hari ni.." shofie menghalang haidan mengambil telefon bimbitnya..

"apa-apa cepat bagitahu haidan.. Janji.." kata haidan.. Dia risau melihat shofie.. Tapi shofie masih berkeras juga, mengatakan dia baik-baik saja..

"ya janji.." kata shofie. Haidan mencium kepala shofie dari belakang.

"Lagipun ada kak aina.. Jangan lah, risau sangat.." shofie meyakinkan haidan

"ok.. Nanti waktu makan.. Jangan lupa makan.." pesannya lagi.

"fiya dah gemuk.. Lagi suruh makan.." rungutnya perlahan.

"fiya cakap apa..tak dengar.." tanya haidan. Sebelum sempat shofie menjawap.. Tangan haidan pantas mengeletek shofie.. Tapi tak lama.. Sekadar puas mendengar gelak tawa shofie.. Dia melepaskan shofie.

"jahat la.." marah shofie.. Lalu menampar bahu haidan, jari haidan menyeka air mata di tubir mata shofie..

"berani kata suami sendiri jahat.. nak lagi.????"

"jangan lah.. Penat fiya gelak.." rungut shofie..

"give me, my morning kiss.. Baru haidan stop" ugutnya.. Pantas shofie mencium pipi haidan sekilas..

"ok sekarang lepas.." haidan semakin megeratkan pelukan di pingang shofie.

"tu tak kira cium.. Cium disini.." haidan mengangkat dagunya menyuakan bibirnya dekat dengan shofie.

Shofie akur..mendekatkan bibirnya menyentuh bibir haidan.. Asalnya shofie, hanya ingin memberikan satu ciuman yang ringan di bibir haidan..

Haidan melepaskan pelukan di pingang shofie.. Dia memegang belakang leher shofie..mendorong shofie lebih rapat. Membuatkan ciuman mereka semakin dalam dan panas... Sehingga dia puas.

"macam ni baru... Ciuman sayang.." haidan mengelap bibirnya yang basah dengan belakang tangan.. Sambil tersenyum puas kepada shofie. Shofie menunduk menyembunyikan wajahnya yang merah..

"dah dapat kan.. Sekarang jangan ganggu fiya nak siap.." shofie memberi amaran..

Seperti biasa.. Selepas sarapan. Marwan memandu menghantar shofie ke MegahRaya terlebih dahulu..

"bye.. Assalamualaikum.." shofie mencium belakang tangan dan pipi haidan.. Sebelum dia turun dari kereta.

"take care sayang.. Apa-apa call.." haidan memperingati shofie.. Shofie mengangguk saja.. Dia melihat shofie berjalan kearah ruhaina..

"apa-apa call saya.." haidan memberitahu ruhaina yang berada di luar kereta..

"baik tuan.." jawap ruhaina.. Menunduk hormat.

Haidan kembali menaikkan cermin kereta..dan mengarahkan marwan supaya memandu pergi.

"kita akan terus kesana tuan.." tanya marwan.. Ingin memastikan arah tujuan tempat yang bakal mereka pergi.

"cancelkan, marwan.. Esok sahaja.. Kita balik ke pejabat.. Waktu tengah hari nanti kita kembali jemput shofie.. Saya nak makan tengah hari dengan dia.." putus haidan..

Marwan memandu ke Zayn Holding.. Seperti yang diarahkan oleh haidan.

Shofie melakukan kerjanya seperti biasa.. Dia sedang tekun di meja kerjanya.. Menyiapkan kerjanya yang bertambah.. Tambah pula kak mira sudah mula cuti bersalin.. Dia dan irene berkongsi kerja..

"fie.."

"ya.."

"kau ok tak ni.. Muka kau pucat la.." tanya waheeda cemas.

"ahh..fie ok.." shofie menyentuh pipinya..

"tak turun lunch ke.." tanya waheeda.

"dah lunch ke.." shofie melihat jam tangannya.. Kemudian dia menggaru kepala...

"lah.. Cepatnya masa berjalan.. Tak sedarlah.." shofie mengambil beg tangannya.

"eda tak lunch?" tanya shofie.

"dah.. Tuty tolong tapau kan.. Makan sini saja.. Kerja banyak.." jawap waheeda.

"oh ya.. Ok.. Fie turun kejap." shofie berjalan pergi.. Turun ke bawah..

Dia tak melihat kak ruhaina.. Shofie melihat jam tangannya.. Tanpa menunggu ruhaina.. Shofie berjalan pergi masuk bersama-sama orang ramai yang sedang berjalan mencari tempat makan.. Tanpa dia sedari kereta haidan sudah berada di pinggir jalan.

"wan.. Pergi jemput shofie sekarang.." arah haidan.

"baik tuan.. Saya pergi jemput puan sekarang" jawap marwan.. Dia keluar dari perut kereta.. Berjalan di mana terdapat orang ramai.

Shofie masuk ke satu bakery.. Dia memilih beberapa jenis roti.. Bila tiba masa untuk membayar.. Dia terpandang seorang lelaki..

Lelaki itu seperti cuba mengelak darinya, bila shofie cuba untuk memandang wajah lelaki itu.. Shofie dengan segera membayar rotinya dan mengejar langkah lelaki itu. Menyusuri orang yang sedang lalu lalang..

"taufiq.. Tunggu..." panggil shofie.. Shofie mempercepatkan langkahnya..

"taufiq"

"taufiq"

Shofie berjaya mencapai belakang baju lelaki itu..dan menariknya.. Supaya dia berpaling..

"fie" suara itu membuatkan hati shofie bergetar..

Taufiq berpaling.. Memandang shofie.. Wajah yang dia rindukan selama ini.. Kemudian taufiq terpandang akan marwan yang berada di belakang shofie.

Wajah marwan yang sedang merenung kearahnya tajam.. Sampai membuatkan shofie turut berpaling memandang kearah marwan.. Ketika itu taufiq melangkah pergi.. Sebelum sempat shofie mengetahuinya..

"taufiq.." panggil shofie lagi. Masih mencari lelaki itu.. Namun lelaki itu telah tiada disitu..

"puan.." tegur marwan.. Shofie diam tak menjawap..

"tuan sedang menunggu puan.. Sila ikut saya sekarang, puan" kata marwan. Marwan berharap haidan tak melihat aksi, shofie yang sedang mengejar taufiq tadi.

"kenapa dia disini.. Bukannya dia ada kerja luar" tanya shofie.

"tuan, nak makan tengah hari bersama puan..silakan puan.." ajaknya sekali lagi.

"baik" shofie memandang lagi sekali mencari taufiq.. Tapi tak lagi kelihatan.. Dia pun menukar haluannya.. Pergi ke kereta haidan.

Disudut sana, taufiq sedang mengintai shofie yang sedang diiring pergi oleh marwan..

Takdir sedang mempermainkannya.. Melihat sesuatu yang asalnya bakal menjadi miliknya.. Kini sedang pergi jauh darinya.. Hatinya sakit..

'aku akan mencuri dirimu... Tunggu saja waktunya'

Marwan membuka pintu kereta.. Shofie masuk kedalam.. Haidan pada ketika itu diam saja.. Wajah lelaki itu memandang kearah tingkap. Tidak memandang kearah shofie. Marwan kembali menutup pintu kereta dan dia menunggu diluar.

"haidan.." panggil shofie.

Namun tak diendahkan oleh haidan..

"cakap nak lunch kan.."

"......" haidan.

Shofie membuka plastik yang berisi roti yang dibelinya tadi.. Menyuakan seketul roti kepada haidan..

'adakah dia nampak hal yang tadi tu..dan sekarang dia marah..'

Shofie menyentuh tangan haidan yang berada diatas peha haidan.. Mengengam erat tangan itu. Namun masih tiada riaksi apa-apa dari haidan..

"fiya keluar dulu lah.." shofie memegang pintu.. Belum sempat dia menolak pintu untuk membuka.. Haidan sudah merangkul tubuhnya..

"haidan.." walaupun terasa sesak.. Shofie membalas pelukan dari haidan.. Terasa hembusan nafas haidan ditelinga shofie..

"jangan.. Jangan sesekali jumpa dia lagi fiya..." haidan berbisik di telinga shofie.

'tapi.... Fiya.......nak jumpa dia..!!!' hati shofie memberontak.

"fiya.. Promise me sayang.." dengan lemah shofie mengangguk..

'kenapa haidan.. Kenapa fiya tak boleh jumpa dengan taufiq .. Fiya perlukan penjelasan dari dia.. Kemana dia menghilangkan diri.. Dan kini bila dia kembali.. Fiya tak boleh berjumpa dengan dia...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience