BAB 26

Romance Completed 175736

Sudah seminggu Zayn haidan berada di negeri sebelah utara.. Selama itulah dia berasa puas, dapat berada dekat dengan buah hatinya.. Siapa lagi kalau bukan Shofie Fitriyani.. Si gadis bermata bundar.

Kini dia sudah pulang ke kediaman milik keluarganya. Di ibu kota. Sebaik saja marwan menghantarnya pulang. Dia terus naik ke biliknya. Membersihkan diri dan juga berehat.

Tok.. Tok.. Tok.. Pintu biliknya diketuk dari luar..

"idan.. Bonda ni.. Boleh bonda masuk.."pinta mahira yang berada diluar bilik haidan.

" masuk bonda.. " kata haidan. Bangun dari tempat tidurnya..

" ni bonda bawakan buah.. "mahira mengambil dulang yang ditatang oleh pelayannya. Dia mengisyaratkan agar pelayan itu agar tunggu saja diluar bilik haidan. Pelayan itu mengangguk paham.

Haidan bangun.. Kemudian duduk di sofa bersama bondanya.

" bonda.. Idan boleh saja turun kebawah untuk makan.. Tak perlu bonda susah-susah bawakan ke bilik idan.." kata haidan.

"hmm.. Kalau tunggu idan.. Rasanya, esok baru idan turun kan.. Bonda tahu sangat, anak bonda ni" balas mahira..

"yang lain mana bonda.. Sunyi saja.."

"ada tuh.. Haikal masih di pejabat dia.." terang mahira.

"bonda.. Senang tak esok.. Idan nak minta bonda temankan haidan.. Kerumah datuk rahimi.." pinta haidan tanpa berkias-kias lagi. Mahira yang sedang menuangkan kopi panas kedalam cawan. Menghentikan kerjanya. Memfokuskan sepenuh perhatiannya kepada haidan.

"untuk apa.. Sekurang-kurangnya bonda perlu buat persediaan untuk kesana.." ucap mahira. Takkan hanya perlu pergi begitu saja ke rumah keluarga tersebut.

Haidan mengambil buah potong yang dia bawa pulang dari negeri kawasan utara itu.. Mengunyap dengan perlahan..

"kalau idan katakan nak batalkan pertunangan dengan rania.."

"bonda marah.." haidan melihat bondanya. Menanti riak dari bondanya.

"bukan bonda dah katakan, sebelum ni.. Bonda akan sokong apa saja. Keputusan anak bonda.." jawap mahira meletakan secawan kopi dihadapan haidan.

"idan.. Mahukan puteri sulung mereka menjadi isteri idan.."

"apa pendapat bonda.." mahira mula tersenyum..

"memang dari dulu.. Kita pinang puteri sulung kan.. Lagipun bonda suka dengan shofie.. Bonda selesa dengannya.." kata mahira.

"bonda ingat namanya.."

"tentulah.. Shofie fitriyani.. Sesuai untuk menjadi menantu sulung bonda.. Tapi ini bukan.. Penaklukan kan.. Bonda harap kamu memilih dia sebagai pasangan hidup.. Bukannya untuk meluaskan pengaruh perniagaan kita.." nasihat mahira lagi.

Haidan hanya tersenyum.. Lalu tangannya mencapai cawan kopi yang dihidangkan oleh bondanya..

Keesokan harinya, mereka bertolak menuju ke rumah utama keluarga rahimi... Sabri seperti biasa menyambut tetamu tuannya untuk masuk ke dalam.

" silalah masuk..puan sri, Tuan muda.."

" tunggu sebentar.. Saya panggilkan datuk ya.." kata sabri.. Kemudiannya meninggalkan mereka dan pergi naik keatas..

Dua pelayan wanita datang menghidangkan air dan manisan di meja kopi di hadapan haidan dan mahira.

" jemput puan sri.. Tuan.. "pelawa mereka.

Rahimi turun dari tangga diiringi sabri dibelakangnya.. Rahimi memerhati tetamunya yang berada di ruang tamu.. Dia menghilangkan rasa kurang selesanya dengan senyuman manis diwajahnya.

"puan sri.. tuan muda.." kata rahimi.. Seraya menyalam tangan anak muda itu.

"hajat apa kemarini.. Maaflah datin tak ada di rumah sekarang ni.. Dia ada di luar negara.. Ada urusan.." terang rahimi.. Haidan hanya tersenyum sahaja.

"hayat kami datang nak menjelaskan hubungan keluarga kita yang selama ini tertangguh.. Atas beberapa sebab sebelum ni.." kata mahira mula membuka bicara.

"maaf.. Puan sri.. Mohon maaf dari pihak kami.. Tapi sekarang rania.. Sudah pergi.." rahimi diam.. Tak menghabiskan ayatnya. Dia sendiri buntu.. Bagaimana hendak menjelaskan pemergian rania kepada mereka.

"apa pergi.. Macam mana boleh begitu.." tanya mahira cemas.. Rahimi membalas dengan hanya mengeleng..

"saya mahu Shofie fitriyani.. Sebagai gantinya.."

Tersentak rahimi dan mahira mendengar kata yang keluar dari haidan. Mahira memandang anaknya.. Menepuk pelahan peha anak lelakinya. Haidan menggenggam jari jemari bondanya yang berada di atas pehanya.

Rahimi menggeleng perlahan kepalanya.. Kemudian melemparkan pandangan tidak setuju.

"maaf saya tak setuju.. Kalau keluarga saya akan menanggung malu.. Maka biarlah.. Saya tak akan korbankan puteri saya untuk pernikahan ini" kata rahimi.

"tak boleh begitu datuk.. Semua sudah tahu tentang hubungan keluarga kita.. Jangan terlampau ego datuk.. Yang menanggung malu bukannya keluarga datuk sahaja.. Keluarga saya juga turut menanggung malunya.." giliran mahira pula berkata.. Kali ini dia memilih untuk mengikut alurnya sahaja. Dia juga menyokong shofie menjadi menantunya. Haidan memandang bondanya.

'walaupun dia tak memberitahu rancangannya kepada bondanya.. Bondanya bijak.. Malah cepat menangkap semuanya.. Mengikut alur rancangannya..' fikir haidan sendiri.

" kami akan bayar ganti rugi.. Atas masalah yang ditimbulkan oleh puteri bongsu saya.. Rania".. Ucap rahimi, cuba meyakinkan keluarga itu. Walaupun berat.. Itulah risiko yang perlu ditanggungnya.

"kalau begitu.. Biar shofie menjadi gantinya.. Sebagai bayaran ganti ruginya.." sampuk haidan.

"puteri saya.. Shofie.. Bukannya barangan yang boleh ditukar-tukar.. Dan saya tak akan mempergunakan puteri saya untuk mengantikan tempat rania.." kata rahimi.

"jangan lupa datuk.. Dahulu lamaran saya dan arwah suami.. Untuk puteri sulung keluarga ini.. Dan keluarga datuk telah menerimanya.. Puteri sulung datuk adalah shofie fitriyani.. Bukannya rania.. Kami..."

"biarlah apa yang terjadi.. Saya tak akan benarkan dia berkorban untuk menjadi pengantin penganti dengan keluarga puan sri.." potong rahimi tegas.

"sekali lagi saya mohon maaf..perkahwinan ini tak akan berlaku.. Kerana Puteri sulung saya sudah pun bertunang.. Maafkan saya.." kata rahimi, sebaik teringatkan status shofie.. Mungkin ini satu satunya jalan untuk mematahkan lamaran nekad dari keluarga itu.

"datuk jangan segaja memberi alasan kepada kami.." balas mahira..

"sungguh.. Itu adalah benar.." kata rahimi.. Mengeluarkan telefon bimbitnya.. Lalu menunjukkkan satu imej kepada mereka berdua.

Mahira melihat imej yang ditunjukkan kepadanya.. Matanya membulat tidak percaya.. Satu imej yang menunjukkan gadis bernama shofie tersenyum manis di samping seorang wanita sebayanya sedang menyarung kan cincin di jari manis milik shofie. Haidan masih santai duduk ditempatnya..

"tapi.."

"maaf.. Sekali lagi.. Saya kalau boleh mahu shofie.. Tak bersangkut paut dengan perkahwinan yang berlandaskan urusan perniagaan.." terang rahimi. Memandang kearah haidan.. Yang masih diam ditempatnya.

'aku tak mahu.. Puteri kesayanga aku melalui hidup seperti aku.. Berkahwin dengan seseorang tanpa rasa cinta atau suka sama suka.. Semuanya atas dasar meluaskan perniagaan.. Dan terikat dengan janji.. Dan aku juga tahu.. Haidan salah satunya lelaki yang memiliki sifat penaklukan.. Sama seperti ayahdanya.. Haiman. 'keluh rahimi.

Mahira memandang anaknya yang diam di sebelahnya.. Kemudian memandang rahimi..

"sungguh rugi kalau hubungan ini dibiarkan sia-sia begitu sahaja" kata mahira.

Keadaan menjadi sunyi seketika.. Masing-masing diam.. Seperti sedang memikirkan sesuatu..

"kami minta diri dulu.." akhirnya mahira bersuara lemah..kerana dari tadi semuanya hanya diam. Dia bingkas bangun dari duduknya..

Haidan bangun sebaik melihat bondanya bangun.. Sempat dia bersalaman dengan rahimi..

"harap kamu faham.. Haidan.." kata rahimi.. Berjalan menghantar tetamunya ke pintu utama. Namun haidan diam sahaja.. Wajahnya masih tenang.. Membuatkan rahimi sedikit senang.

Mahira dan haidan masuk kedalam kereta.. Pemandunya, memandu kenderaan mereka keluar dari perkarangan rumah milik keluarga rahimi.

Rahimi memandang tetamunya yang sudah pergi.. Tangannya memegang dadanya.. Sesekali dia bernafas dalam dan berat..

"datuk.." panggil sabri.

"harap semuanya.. Baik-baik saja sabri" kata rahimi.. Merebahkan dirinya di sofa.

"InshaAllah.. Semuanya akan baik-baik sahaja datuk" kata sabri..

"kamu tahukan anak itu.. Memang sudah sukankan shofie.. Sejak dari dulu.. Saya rasa dia tak akan diamkan saja begitu.. Saya kenal sifat dia. Dia akan kejar apa yang dia mahukan sampai dia dapat gengam benda tersebut.. Baru dia akan berhenti mengejar.." ucap rahimi.

" tapi tadi datuk sendiri lihat.. Tuan muda kelihatannya diam..tak melenting ataupun bertindak agresif.. "kata sabri.

" ya.. Tapi saya lebih risau melihat dia diam seperti tadi.. "kata rahimi.

"mungkin hanya fikiran datuk sahaja.. Datuk banyak berfikir.. Lebih baik datuk banyakkan rehat." cadang sabri. Rahimi mengangguk.. Dan sabri kemudiannya beransur pergi.. Memanggil pelayan wanita untuk mengemaskan meja kopi yang tadinya menghidang makanan dan minuman untuk mahira dan haidan.

Rahimi memandang suasana rumahnya.. Rumah yang luas.. Besar dan mewah.. Namun rumah itu kelihatan sunyi.. Dia mula merindui celoteh anaknya shofie.. Serta anak-anaknya yang lain.

'apa kata kalau.. Arahkan shofie balik bekerja di pejabat utama MegahRaya.. Aku akan sering dengannya disini.. "pikir rahimi..

Sementara didalam kereta milik mahira yang dipandu oleh pemandu keluarga mereka..

"idan.." panggil mahira lembut. Sambil tangannya mengosok-gosok bahu anak lelakinya itu.

"tak perlu risau bonda.. Idan.. Baik-baik sahaja.." balas haidan.. Memandang bondanya dengan senyuman.

"bonda.. Perlu siapakan saja semuanya.. Shofie akan menjadi menantu bonda juga.. Bezanya.. cepat ataupun lambat.." tambah haidan.. Membuatkan mahira membulatkan matanya.. Tak percaya.

"idan.. Jangan macam-macam.. Bonda tak nak kamu apa-apakan gadis sebaik shofie" kata mahira, risau mendengar kata haidan tadi.

"percayakan idan.. Idan tak akan apa-apa kan dia.. Bonda siapkan cincin untuk bakal menantu bonda ya.." pinta haidan lagi. Mahiran memandang anaknya.. Mencari kebenaran melalui pandangan mata anak itu.

"ya.. Cuma jangan sakiti dia.." pesan mahira lagi. Haidan mengangguk sahaja. Sambil menepuk nepuk belakang tangan bondanya.

'betullah kata marwan.. Lelaki bernama taufiq itu.. Adalah tunangnya..'

Akhirnya dia mendengar sendiri pekara itu dari mulut rahimi.. Dan maklumat itu sahih..

Share this novel

WaneyZack
2020-05-22 06:22:54 

Terima kasih.. Ming ho

Ming Ho
2020-05-22 06:21:55 

makin menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience