BAB 57

Romance Completed 175736

Shofie merasa bosan.. Dia tak tahu hendak buat apa.. Sementara menunggu haidan pulang.. Dia nak naik keatas.. Tapi agak keberatan.. Takut bertembung dengan Annisa.. Dia tak mahu berlaku kejadian seperti sebelum ini..

Akhirnya shofie membuka pintu utama.. Mengintai ngintai.. Sebelum melangkah keluar..

Walaupun cahaya di luar rumah tak terlalu terang.. Dalam samar-samar shofie masih dapat melihat semuanya. Kebetulan pula.. Bulan penuh pada malam itu.. Kakinya melangkah ke titi yang berbentuk melengkung, shofie berhenti ditengah-tegah memandang ke dalam kolam di bawah.. Kemudian dia berjalan lagi sehingga sampai ke gazebo yang berada di tengah - tengah taman.. Shofie memilih untuk duduk di situ kerana ada lampu taman disitu..

Dalam shofie duduk dengan kaki terjuntai kebawah.. Terasa hujung kakinya seperti dijilat oleh sesuatu.. Membuatkan shofie meremang.. Lalu dia menunduk kebawah.. Melihat binatang berbulu itu sedang menjilat kakinya..

"Tommy.."

Tommy malah mengiau manja.. Kepada shofie.. Malah membaringkan badannya dikaki shofie..

"kamu pun bosan macam saya.. Ya.. Tommy.." kata shofie.. Dia menyuakan tangan cuba mencapai kepala Tommy.. Perlahan lahan.. Kemudian mengelus nya..

"kamu dah boleh terima saya.. Hemm" shofie mengelus lagi.. Lagi dan lagi.. Sampai dia sudah berani mendukung tubuh tommy..

"baik sekali kamu ya.." puji shofie.. Shofie mengukuhkan pengangannya.. Boleh tahan berat tommy ni..

Seronok shofie bermain dengan tommy sehingga ada satu lampu melintas.. Menyilaukan matanya seketika.. Kereta yang dipandu marwan masuk kedalam perkarangan rumah..

" come tommy.. Tuan kamu dah balik.." shofie mendukung tommy.. Dia kemudiannya berjalan ke arah pintu utama dimana marwan memberhentikan kereta.. marwan turun dari kereta.. Membuka pintu untuk haidan..

"selamat malam marwan.." tegur shofie..

"malam puan.." sapa marwan sopan menunduk kearah shofie.. Marwan masih menunggu haidan untuk keluar.

"cakap dengan siapa wan." tegur haidan yang baru mahu keluar dari kereta..

Marwan kemudiannya meyulurkan tangannya kearah shofie.. Haidan memandang kearah tangan yang ditunjukkan marwan..haidan memandang shofie yang sedang berdiri, sambil mendukung tommy yang hampir menutup seluruh tubuh wanita itu.

"cukup untuk malam ni marwan.." kata haidan.

"baik tuan" marwan kemudiannya masuk kedalam kereta.. Dan memandunya pergi.

"buat apa disini.. Dah lewat malam.." tanya haidan.. Mengosok kepala shofie sehingga rambut atas kepala shofie beserabut.

"menyambut haidan balik" balas shofie.

"hmm.." haidan mahu mengelus kepala tommy.. Malah tommy kembali berbunyi garang krpada haidan.

"lucky.."

"siapa lucky.." tanya shofie.

Haidan menunjuk kearah binatang yang didukung shofie..

"eh.. Bukan nama dia tommy.." shofie jadi keliru..

Haidan kemudiannya memanggil nama tommy berulang kali.. Sehingga seekor lagi yang datang.. Lalu duduk tak jauh dari mereka..

"itu tommy.." kata haidan.

"ada dua... Haidan tahu tak kucing jenis ni...." haidan mencium bibir shofie..seraya itu shofie melepaskan lucky..

"jom masuk.. Jangan ganggu pasangan tu.." haidan menunjuk kearah tommy dan lucky..

"haidan tahu.. Binatang tu.. Kalau kita simpan.. Salah tau.."

"ya sayang.." haidan mengelus pipi shofie.. Suka dia melihat shofie yang sedang serius bercakap itu.

"nanti kena saman tak tahu.. Ingat ada satu.. Tapi dua pula.." bebel shofie lagi..sambil menunjuk kearah sepasang haiwan yang saling bercakaran manja.. Lagi shofie membebel.. Lagi geram haidan melihat bibir merah shofie. Haidan mendorong bahu shofie megadap ke arah rumah.. Namun shofie masih belum hentikan bebelannya.

" bebel lagi.. Idan tak jamin apa akan jadi disini nanti.." haidan sudah tersenyum nakal. Automatik shofie mengemam bibirnya..

"fiya.. Berapa kali idan cakap jangan buat macam tu..." shofie sudah melarikan dirinya, sebelum haidan menghabiskan ayatnya.. Terus belari masuk kedalam rumah.. Haidan kemudiannya mengeleng..

Keesokannya.. Seperti biasa.. Nani mengetuk pintu bilik pasangan suami isteri tersebut..

" selamat pagi mak nani.. "tegur shofie yang membuka pintu.. Kerana haidan sedang bersiap..

" siapa fiya.. "

" mak nani.. "jawap fiya.

" hmm.. Minum air tu fiya.. "kata haidan dia yang sedang mengancingkan bajunya mendekat kepada shofie.. Dia mahu melihat shofie menghabiskan air tersebut dengan matanya sendiri.. Seperti sebelum sebelumnya.

Shofie mengambil cawan tersebut lalu minum sedeguk.. Kemudian memandang kepada nani.. Nani memandangnya dengan senyuman..

'kenapa air ni.. Lain.. Lebih manis..' shofie minum sehingga habis secawan.

"terima kasih mak nani.." kata shofie tersenyum manis.. Seperti air yang baru diminumnya.. Mak nani meminta diri..

Dia keluar lalu menutup pintu bilik.. Nani berjalan menuju ke tangga.. Melangkah berhati-hati turun anak tangga tersebut. Mahira sudah menunggu di hujung anak tangga..

"nani.."

"ya puan sri.."

"sudah puan muda minum air tu"

"sudah puan sri.."

"ada dia syak apa-apa.."

"tak puan sri.. Puan minum tanpa bertanya..seperti biasa"

"bagus.. Mulai hari ini.. Siapkan air herba tu.. Kalau tuan muda minta.."

"Diamkan saja tentang ramuannya.. Cakap saja ramuannya masih sama seperti yang dia berikan ke kamu.. Jangan risau.... Buat saja, ikut aturan saya" arah mahira.

"baik puan sri.. Saya faham.." kata nani kemudian dia berlalu pergi.

Sementara didalam bilik pasangan itu..

Shofie memasangkan tali leher haidan.. Kemudian memasang butang di tangan haidan yang masih belum terpasang..

"air tu untuk apa.. Kenapa fiya kena minum air tu.. Haidan.." tanyanya lembut. Tak mahu haidan melenting.. Dia ingat lagi dia pernah bertanya.. Haidan malah menjawab dengan tak jelas kepadanya.

"bukan idan dah bagitahu.. Sebelum ni" kata haidan.. Mencium dahi shofie.. Sekaligus dia bermain dengan hujung rambut shofie.. Mengulung-gulung hujung rambut shofie dengan jarinya...

"hmm... Fiya.. Tak.. Faham apa yang haidan cakap hari tu.." kata shofie gagap.. Lalu menyentuh dada haidan.. Berharap haidan masih dapat bertenang.

"idan cuma nak antara kita berdua. Tiada yang ketiga.. Iaitu anak.." terang haidan.. Lalu mengangkat wajah shofie.. Menatap terus ke mata wanita itu.

'bukan masanya lagi sayang.. Perjalanan kita masih panjang.. Idan belum puas selagi tak mendapat cinta dari fiya..'

" maksudnya.. Tu.. Air.." haidan mengangguk..

'hahahaha..' jiwa shofie memerontak..

'kau tak sepadan dengan dia shofie.. Dia umpama seorang raja..dan kau umpama ..umpama apa shofie.. Pemanas ranjang dia.. Sakit hati ya.. shofie.. Ingat perjanjian kau dengan dia shofie.. biar jasad kau yang menanggung semua permainan darinya..'

Shofie kemudiannya melebarkan senyumannya.. Menyentuh tangan haidan yang memegang dagunya..

Haidan mencium bibir shofie.. Dan seperti biasa shofie membalas.. Namun didalam hatinya.. Hanya tuhan saja yang tahu.. Shofie memujuk hatinya sendiri.. Agar menjadi lebih kuat.. Supaya tak nampak lemah dimata haidan..

Mereka ke pejabat selepas bersarapan.. Seperti biasa.. Marwan datang menjemput mereka.. Menghantar shofie ke kondo.. Kemudiannya ruhaina menghantarnya kepejabat..

"shooooofiiieee...." waheeda merungut panjang...

"kenapa.. Monyok saja.." tanya shofie, melihat waheeda sedang memuncungkan mulutnya..

"tuan muda aku... Kau tengok ni.." kata waheeda..

Shofie melihat majalah yang ditunjukkan oleh waheeda.. Ada gambar haidan sedang makan malam bersama hayfa.. Shofie melirik lagi. Ada lagi gambar haidan.. Sedang di memeluk belakang tubuh seseorang yang mengenakan topi besar hitam..

'wait.. What!!!.. Itu aku kan..' Shofie merapatkan majalah itu ke wajahnya.. Memang itu adalah dia.. Waktu makan tengah hari dengan haidan..

"tuan muda aku.. Couple dengan artis yang sedang meletup letup tu.. Apa nama dia.. Tu.. Hayfa..." rungut waheeda..

Shofie menyerahkan kembali majalah itu kepada waheeda..

"kan ada lagi dua tuan muda.." usik shofie.. Sekali cuba menghilangkan rasa dalam hatinya..

Waheeda kembali duduk ditempatnya.. Masih melayan perasaan.. Shofie mengeleng..

"shofie.. Kamu teman I jumpa klien hari ni ya..lepas lunch ya.. " kata irene.

"boleh miss.." kata shofie..

Seperti yang dijanjikan.. Selesai makan tengah hari. Shofie kemudiannya pergi mengikut irene.. Kalini dia pergi bersama pemandu syarikat.. Ruhaina mengikut dari belakang..

Shofie diam saja didalam kereta bersama irene.. Sampailah mereka sampai di destinasinya..

'ahh.. Kenapa kita ke sini..' nguman shofie..

Mereka berdiri betul betul di hadapan syarikat Zyan Holding.. Shofie kemudiannya mengikut saja langkah irene.. Ke lobi utama.. Dimana disitu ada kaunter penyambut tetamu..

Shofie melihat ada dua wanita disitu.. Wanita yang lain.. Bukannya penyambut tetamu yang sama, sebelum ini..

Irene ke kaunter penyambut tetamu.. Memberitahu kedatangannya untuk temu janji nya.. Selesai urusan disitu.. Mereka naik ke atas.. Perbincangan itu berlanjutan sehingga ke petang..

"miss..boleh tak saya balik sendiri.." tanya shofie..

"betul ka ni.. Are you sure.." tanya irene..

"ya miss.."

"boleh.. I balik dulu ya.. You take care.. Bye.." kata irene.. Dia kemudiannya berlalu pergi.. Sementara shofie, masuk kedalam lif..

Shofie sampai di lantai atas.. Tempat dimana terdapatnya pejabat haidan..

'ahh.. Shofie.. Kau dah gila agaknya.. Kenapa boleh terpikir nak naik kesini..'

Namun akal sihat shofie tak seiringan dengan tubuhnya. Kakinya malah terus ke tempat setiausaha haidan.

"sorry cik.. Tuan muda ada.." tanya shofie. Wanita itu mendongak.

"cik.. Hmm.. Siapa.." tanya wanita itu.

"saya shofie..."

"maaflah.. Tuan muda ada tetamu sekarang.. Boleh cik tunggu dlu, nanti saya maklumkan kepada tuan.." kata gina.

Shofie mambalas dengan senyuman.. Lalu duduk di set sofa yang ada di depan gina.

'again shofie.. Menunggu.. Kalini agaknya kena tunggu lama macam sebelum ni ke.. Apa kata kau balik saja shofie..' keluh shofie.

Kemudian dengar suara seorang wanita datang, memaklumkan ingin berjumpa dengan haidan. Malah wanita itu terus masuk begitu sahaja..dan shofie... Masih dibiar menunggu begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience