BAB 71

Romance Completed 175736

"sayang.."

"sayang.."

Shofie mengeluh.. Entah kali keberapa dia mendengar suara haidan memanggilnya..

"disini.. Fiya disini" sahut shofie.

Mahira disebelah shofie mula gelak kecil.. Melihat haidan yang tak mahu berenggang langsung dengan isterinya.

"bonda buat apa disini dengan fiya.." tanya haidan.

"la.. Kat dapur.. Selalu orang masak kan.. Takkan berenang pula.." sindir mahira..

"idan tahu.. Tapi kita kan, ada pelayan yang buatkan semua.. Kenapa bonda dan fiya sibuk-sibuk nak masak.." haidan bertanya dengan nada tak puas hati melihat mahira dan shofie sedang sibuk memasak di dapur untuk makan malam.

"alah bukannya selalu.." kata mahira. Shofie mengangguk setuju.

"bonda tahu tak shofie tak sihat.. Kenapa bonda suruh dia buat kerja.." haidan mengosok lembut kepala shofie.

"la.. Bonda tengok menantu bonda baik-baik saja.." mahira membalikkan shofie memandang kearahnya.

" kalau shofie tak sihat. Kenapa tak bawa shofie ke klinik.. Kalau melarat macam mana.. " tanya mahira.

"shofie sihat saja bonda.. Haidan tu saja lebih-lebih" shofie memuncungkan bibirnya kearah haidan. Haidan geram lalu mencubit pipi shofie..

"aaargh.. sakit."shofie menarik tangan haidan menjauh dari pipinya..

Malam itu mereka makan masakan dari air tangan mahira dan shofie... Makanan berat untuk makan malam.. Nasi briyani ayam.. Haidan sudah melanggar pantangnya.. Seleranya sudah berubah seratus peratus.

Shofie naik ke bilik selepas selesai makan.. Duduk di sofa merenung televisyen yang kelam dan memantulkan imejnya..

"mana remote ni.." dia mencari di ruang sofa.. Tapi tak ketemu.

"cis.. Ni mesti kerja haidan.." shofie duduk di birai katil di bahagian tempat tidur haidan.. Membuka laci disebelah katil tersebut..

Terdapat beberapa alat kawalan jauh disitu.. Termaksuklah alat kawalan jauh televisyen. Shofie mengambil semua alat kawalan jauh yang ada didalam laci lalu diletakkan di atas katil..

Dia bermain dengan satu alat kawalan jauh..rupanya ia untuk lampu di di setiap ruang bilik tersebut.. Ada yang untuk penghawa dingin.. Dan itu biasa.. Satu alat kawalan jauh ditekan tekan shofie.. Tapi dia tak mendapat tindak balas apa-apa.. Ditekannya berkali kali.. Dia terpandangkan ke arah kaca dinding bilik air..

Kaca itu bertukar menjadi telus..dan tidak setiap kali shofie menekan dia alat kawalan jauh itu..

'oh no..... Selama ni.. Cermin kaca ni ada alat kawalan jauh.. Patut la dia tahu kalau aku nangis ari tu.... Ahhh malu..jangan-jangan selama ni dia intai aku mandi....' shofie melemparkan alat kawalan jauh itu diatas katil, lalu menekup mukanya sambil mengeleng-geleng kepalanya..

Dia kembali menyimpan kembali semua alat kawalan jauh tersebut kedalam laci dengan terburu-buru.. Semasa menyimpan kembali alat kawalan jauh itu dia, terpandangkan sesuatu yang ada didasar laci tersebut..

' sketch book siapa ni.. '

Shofie menarik buku lukisan berwarna coklat itu keluar.. Terdapat beberapa batang pensil juga didalam laci tersebut.

Tangan shofie sudah sangat gatal untuk membuka buku tersebut.. Dibukanya halaman pertama..

'kosong' shofie mengeluh.

Halaman kedua...

Lukisan seorang kanak-kanak perempuan.. Memakai gaun sedang mendongak memandang ke langit, di tangannya memegang tali layang-layang... Wajah kanak-kanak itu tak kelihatan.. Kerana dilukis, melalui dari belakang tubuh kanak-kanak itu.

Shofie menyelak lagi halaman seterusnya..

Masih juga imej seorang kanak-kanak perempuan, kali ini dia sedang duduk di buaian yang tergantung di sebuah pokok.. Sambil tersenyum dan mendepakan tangannya..

Dada shofie berdebar-debar ketika ini.. Dia menyelak lagi..

Wajah kanak-kanak itu jelas kelihatan.. Dengan rambut yang terjuntai kebawah.. Shofie meraba lukisan yang dilukiskan dengan pensil tersebut..

'ini.. Gambar aku..la. Masa aku jatuh dari buaian.. Disambut oleh........'

Klekkk.. Pintu bilik terbuka.. Haidan melangkah masuk melihat shofie sedang memegang buku sketch miliknya..

"fiya.. Kenapa usik barang haidan.." shofie menutup semula buku tersebut.. Lalu berlari ke sofa.

"siapa yang lukis ni.." tanya shofie.

"bagi balik.." pinta haidan..

"haidan yang lukis..???" tanya shofie.. Dia menyembunyikan buku tersebut di belakang badannya.

"bagi.."

"jawap dulu.."

"ya.."haidan memeluk shofie..dan merampas buku tersebut dengan kasar..

" jangan usik barangan haidan.. "katanya lembut tapi masih tegas.

" kenapa.. " tanya shofie.

" fiya nak tengok.. Boleh fiya tengok semua lukisan tu sampai habis.. " tanya shofie lagi.. haidan mengeleng.. Dia memandang kearah lain.. Menyembunyikan wajahnya yang merah.

" kedekut.. Padahal model asalnya ada disini.." usik shofie.. Sambil menunjukkan dirinya sendiri.

"oh, fiya dah curi tengok lah ya.." tanya haidan. shofie mengangguk polos. Muka haidan bertambah merah..

"boleh fiya tengok.." shofie mencuba lagi.. Haidan melepaskan keluhan berat sebelum memberikan buku tersebut kepada shofie..

Shofie menyambut buku tersebut dengan hati girang.. Berjalan duduk di sofa.. Semuanya.. Adalah lukisan gambarnya didalam buku tersebut.. Dilukis dengan teliti oleh haidan.. Haidan duduk disamping shofie.. Yang sedang khusyuk melihat lukisannya..

"tak sangka.. Sangat berbakat.. Kenapa tak terus melukis.." tanya shofie.

"ada yang perlu haidan kejarkan waktu itu.. Dan melukis.. Hanya sampingan.." balas haidan..

Haidan mengabadikan semua kenangannya bersama shofie dari mula kedalam bentuk lukisan.. Untuk bekalan dia tinggal di negara orang.. Dan dia masih melukis sehingga gambar yang terakhir.. Iaitu.. Gambar nikah mereka.

"tapi kenapa semua gambar fiya.. Jangan cakap.. Haidan sukakan fiya sejak dulu.." tanya shofie.. Dia sendiri menelan air liurnya.. Tak terduga, mulutnya melantunkan soalan serupa itu kepada haidan.

"ya.. Kerinduan.. Keinginan.. Keghairahan dan cinta.. Semuanya hanya untuk wanita bernama shofie fitriyani..." kata haidan jujur..

"bohong.. Tak mungkin ini.. cinta.. haidan" kata shofie.. Masih menunduk memandang lukisan haidan.

"tidak sayang, perasaan haidan tulus ikhlas.. Haidan tak akan bohong.. Adalakah, selama ni.. Fiya tak rasakan cinta dari haidan.."

Shofie terdiam.. Jantungnya berdegup kencang..

'adakah ini cinta.. Tapi.. Cinta adalah soal hati.. Fiya belum bersedia.. Cinta itu belum sampai.. fiya keliru..'

" selama ni.. Sepanjang penikahan kita.. Walaupun kita dah berkali-kali bersama.."

"Fiya.. Langsung tak merasakan itu.. Cinta.. Tak terdetik langsungkah dalam hati fiya.. Walaupun sekecil-kecil zarah.. Perasaan untuk haidan.." haidan bernada lirih.. Persoalan darinya, seperti sedang membelah dada shofie..dan shofie tak ada jawapan untuk soalan haidan.

"tapi kita nikah atas sebab perjanjian kan..apa.. Haidan lupa.." kata shofie.

Haidan ketawa.. Lalu dia bangun..dan datang semula dengan memegang helaian kertas di tangannya..

"ni perjanjiannya fiya.." haidan melemparkan herlaian kertas itu di atas meja kopi.. Penuh ruang tersebut dengan kertas..

"apa maksud haidan. Ni.. Apa yang salah.. fiya katakan tadi.." shofie bangun dari duduknya.

"kita batalkan perjanjian ni..dan hidup seperti pasangan lain.. A normal husband and wife.. Tanpa perjanjian.." Haidan memegang kedua dua bahu shofie dengan tangannya.

Shofie diam tak menjawap.. Dia menggigit bibir bawahnya.. Ada kegusaran didalam hatinya..

" boleh bagi fiya masa.. "katanya perlahan..

Haidan melepaskan pegangannya.. Dia jatuh terduduk disofa.. Tak sangka, itu yang dia dengarkan dari shofie selepas dia meluahkan semua isi hatinya..

" ini terlalu mendadak.. Haidan.. " shofie perlahan lahan duduk di sofa.

Mereka masing-masing diam..melayan perasaan sendiri.. Haidan menatap shofie tanpa lepas.. Membuatkan shofie tidak selesa.. Dia beransur naik ke katil..kemudian baring disana.. Lama-lama dia terlena.. Membiarkan haidan sendiri di sofa.

Keesokannya shofie keluar melawat tapak di luar.. Dia merasakan dirinya diekori oleh seseorang.. Namun dia masih meneruskan kerjanya sehingga selesai..

Pancaran bahang matahari yang terik di waktu tengah hari.. Membuatkan shofie mahu cepat-cepat habiskan kerjanya.. Kepalanya terasa pusing dalam keadaan panas begitu.. Shofie memegang kepalanya yang makin memberat..

"fie.." dia sudah dapat meneka siapa yang memanggilnya.. Suara itu.. Sangat tak asing baginya.. Dia mendongak.. Merenung wajah lelaki itu..

"tau..fiqqq".... Belum sempat dia menyambung ayatnya.. Pandangannya menjadi kelam.. Dunianya kelam.

Shofie membuka matanya.. Bila melihat syiling yang berwarna putih.. Dia memandang ruangan tersebut.. Dia ditutup dengan tirai berwarna biru dikelilingnya.. Shofie cemas lalu bangun terduduk.. Dia mahu turun.. Kedua kakinya sudah mencecah lantai yang sejuk.. Dia mencari kasutnya.. Lalu dia menarik tirai.

"shofie..kenapa bangun.." ruhaina datang mendekat.. Bila mendengar tirai kain dibuka dari dalam..

"kita dimana ni kak..kenapa bawa fie kesini.. Fie nak balik.." kata shofie bertalu talu.

"fie pengsan tadi.."

"tadi siapa dengan fie.. Ada seorang lelaki kan dengan fie..mana lelaki tu.."

"dia dah pergi.."

"pergi mana kak.. Kenapa dia tak tunggu fie sedar.."

"cik shofie..dah sedar ya.. mari ikut saya, kita ke bilik doktor" kata jururawat.

"kita dimana ni kak.."

"kita di klinik.. Dekat dengan area sini juga.."

"kakak tak beritahu haidan kan.."

"kakak sudah beritahu.." shofie melepaskan keluhan berat mendengar jawapan ruhaina.

Shofie melangkah masuk kedalam bilik doktor.. Untung saja doktor wanita yang bertugas pada ketika itu.

Doktor yang bernama linda itu menerangkan.. Shofie pitam kerana tekanan darah shofie rendah..dan juga faktor cuaca yang sedang terik pada waktu itu.

" boleh saya tanya.. Cik.. Atau puan.." katanya sopan.. Shofie diam saja.

"jangan salah faham ya.. Kalau cik dah berkahwin.. Saya cadangkan kita buat urine pregnancy test.."

"tak doktor saya masih bujang.." jawap shofie.. Dia nak segera keluar dari situ.. Dia mula rasa tak selesa..

Doktor wanita itu mengangguk faham.. Dan membenarkan shofie keluar selepas memberi nasihat kesihatan buat shofie.

Keluar saja dari klinik tersebut.. Shofie melihat kereta haidan baru tiba.. Shofie berpaling memandang ruhaina yang sedang senyum kearahnya.

"sayang.." panggil haidan sebaik keluar dari kereta..

Shofie memandang ke kiri dan kanan.. Dia pula merasa takut kalau ada orang yang melihat mereka.. Bila haidan bersifat terbuka begitu.. Selalunya haidan akan menunggu didalam kereta sahaja..

"kenapa sampai boleh pengsan.. Doktor cakap apa.." haidan menarik tangan shofie mahu masuk kedalam klinik semula. Dia mahu berjumpa dengan doktor yang baru selesai merawat shofie..

"eh.. Nak kemana.." shofie menarik tangannya semula.

"kedalam.. Jumpa doktor.." jawap haidan.

"tak da apa-apa.. Tekanan darah fiya rendah sahaja.. Fiya nak balik.." shofie berjalan.. Kemudian dia berhenti..

"nak fiya balik ikut siapa ni.." tanyanya bingung.

"ikut sini.." Haidan membuka pintu penumpang sebelah pemandu..keretanya.

"wan.. Kau balik dengan ruhaina.." arah haidan..

Marwan mengangguk saja.. Dia berjalan pergi kepada ruhaina..

"kita ke office haidan dulu ya.." shofie mengangguk saja.

Sampai di bilik pejabat haidan. Shofie hairan.. Melihat ada penambahan pintu di bilik tersebut..

"tu.. Pintu apa.." tanya shofie. Menunjuk kearah pintu tersebut.

"masuk lah.. Tu bilik rehat.." kata haidan..

Shofie membuka pintu bilik tersebut.. Sebuah bilik yang lengkap dengan katil..tanpa tunggu lama shofie membaringkan badannya disitu. Entah kenapa kebelakangan ni.. Dia merasakan sangat keletihan.. Matanya terpejam.. Sekejap saja, dia sudah terbuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience