BAB 68

Romance Completed 175736

Shofie memberi arahan.. Bila mereka sudah masuk kedalam kawasan kampung. Haidan memandu sambil menikmati suasana kampung.. Bukan seperti, kampung yang ada di bandar.. Ini betul-betul dikampung.. Mereka melewati anak sungai... Berselisih dengan beberapa orang kampung yang ada bermotosikal , berbasikal.. Tak kurang juga ada beberapa wanita yang berjalan kaki..

"situ.. Depan tu ambik kanan.."

"mana.. Sini ke.." tanya haidan.

"stoop... Dah terlepas .. Yang tadi tu.." shofie menunjuk ke belakang haidan. Haidan yang keliru kerana lorong itu agak dekat antara satu sama lain..

"sini tak boleh.." tanya haidan..

"tak boleh.. Undur cepat.." arah shofie.. Haidan memandang shofie.. shofie menayangkan senyumannya ..

'hahahaha.... Aku bagi arahan kan tadi..' dalam hati shofie sudah gelak puas.. Dalam hati saja lah.. Realitinya.. Hanya tersenyum..

"yeaa.."haidan pasrah dan berundur. Dia memandu masuk lorong tersebut yang betul-betul memuatkan sebiji kereta.. Kiri kanannya ada longkang kecil.. Memandu terus sampai ke hujung sana..hingga sampai ke simpang tiga..

" kiri" haidan membelok kan ke kiri..

"depan tu sikit.. Ambil kanan.." kata shofie.. Tangannya menunjuk dihadapan haidan..

"baik puan.."balas haidan tersenyum.

Tapi haidan semakin was was untuk masuk.. Semakin lama.. Jalan itu makin mengecil.. Dia melintasi deretan panjang pokok jejarum yang ditanam mengantikan pagar...

" sini.. " tanya haidan.. Kerana dikawasan itu hanya ada satu lorong..dan didepan sana ada kebun kelapa sawit..

"kita dah sampai ke destinasi.. Sila parking kereta anda disana.." shofie menunjuk ke arah kawasan lapang dimana dia selalu bermain dengan balqis dulu disitu.

"kita dirumah siapa ni fiya.."tanya haidan.. Sambil memandu masuk ke perkarangan rumah tersebut.

"rumah keluarga yang membesarkan fiya.." kata shofie.. Dia membuka pintu.. Lalu berjalan turun.. Memberi salam kepada tuan rumah.

"assalamualaikum.. Abi.. Ibu.. Balqis.." panggilnya..

"waalaikummusalam.." balqis membuka pintu..

"aaaargghh... Kakak" balqis memeluk shofie..

"ibu.. Abi.. Cepat mari tengok siapa yang datang ni.. Cepat.. Cepat!!!" jerit balqis.

"siapa balqis.. Apa yang kamu jerit-jerit macam tu.. Kamu tu anak daa.. Shofie.. Anak ibu...." ruzana keluar memeluk shofie.. Yang tadinya sedang dipegang oleh balqis.

"Allahuakbar.. Anak ibu.. Ibu rindu..."kata ruzana ditelinga shofie..sayu dan berat.

" shofie pun rindukan ibu.. Maaf.. Baru shofie balik jenguk ibu dan yang lain.. "ruzana meleraikan pelukan.. Wajah shofie diraupnya.. Ditatatap wajah itu lama..

" makin berisi kamu nampaknya.. "kata ruzana.. Memegang pipi shofie yang makin tembam..

" ibu kata shofie gemuk"shofie dengan nada rajuknya..memuncungkan bibirnya.

"pandai saja ibu mengusik anak abi.. Mana ada anak abi gemuk..." suara idlan mencelah diantara mereka..

"abi.." shofie bersalaman dengan idlan.. Memeluk lelaki itu..dan meletakkan kepalanya didada idlan....

"kenapa abi makin susut.. Abi sakit ke.." tanya shofie melihat tubuh lelaki itu susut tak seperti sebelum ini.

"abi sihat.. Biasalah.. Dah tua-tua ni.. Macam ni lah.."

"Itu siapa shofie.. Kenapa tak ajak dia masuk.. Kenapa biarkan di sana.." idlan menunjukkan kearah haidan yang berdiri terpacak disebelah keretanya..

Bila melihat semua yang ada disitu memandang kearahnya.. Haidan berjalan menghampiri mereka..

" assalamualaikum.. "

" waalaikummusalam.. "jawap mereka..

"abi..ibu..kenalkan ini haidan" shofie memperkenalkan.

"saya haidan.. Suami shofie.." haidan bersalaman dengan idlan..

"kamu dah nikah anak bertuah..."tanya ruzana, tak percaya. Shofie menayangkan senyumannya..

" masuklah nak.. Kerumah pondok kami.. " jemput idlan. Merendah diri..

" jangan cakap macam tu pakcik.. "

" apanya pakcik.. Panggil abi saja.. Kamu dah nikah dengan anak perempuan abi.. " idlan ketawa sambil menepuk nepuk belakang haidan.

"maksud abi.. Anak perempuan.." tanya haidan..

"ya.. Abi tau.. Kamu keliru.. Shofie merupakan anak perempuan susuan abi.." terang idlan.. Sebaik mereka masuk dan duduk di ruang tamu..

"oh.. Sekarang saya faham.." balas haidan..

"naik la rehat.. Abi nak ke surau.. Kejap lagi dah nak asar.." kata idlan.

"abi.. Boleh haidan ikut sama.."

"boleh.. Pergilah naik mandi dulu..masih sempat lagi ni.." kata idlan..

"shofie.."

"ya abi.." jawap shofie dari dalam. Kemudian muncul di celah tirai..

"bawa suami kamu kedalam.. Dia nak mandi.. Nak ikut abi ke surau.."

"baik abah.." haidan bangun dan mengikut langkah shofie.. Masuk kedalam bilik..

"cepat ikut fiya..nanti abi tunggu lama.." haidan menurut saja.. Mengikut sampai shofie keluar ke pintu belakang..dan berhenti di luar.. Yang terdapat perigi disitu.

"mandi disini.." tanya haidan. Shofie mengangguk..

"serius lah fiya.. Mandi open macam ni.." tanya haidan lagi.. Shofie malah mengangguk..dengan lebih lama.

"shofie..." ruzana memanggil shofie dari dalam.

"ya ibu.."

"jangan main-main.. Suruh suami kamu.. Masuk mandi didalam.." kata ruzana.. Shofie menelan air liurnya..bila rahsianya pecah.

"jadi didalam ada bilik airlah.." tanya haidan..

"tadi masa nak datang kan.. Haidan kata, nak explore macam mana hidup di kampung kan.. Di bandar tak ada perigi.. Sekarang mandilah air perigi.. Best.." shofie menayangkan dua ibu jarinya kepada haidan.

"shofie..." panggil ruzana lagi..

"ya.. Ibu.. Ya.. Shofie masuk.." balas shofie.

"jom masuk.. Nanti lama abi tunggu.." ajak shofie.

"siapa yang bagi lambat.. Fiya yang nak kenakan haidan kan.."

"ni ambil baju ni.. Nanti sudah mandi.. Pakai siap-siap.."

"taknak.. Fiya tunggu depan pintu bilik air.. Sampai haidan siap.."

"yealah.." shofie akur.

Akhirnya haidan siap berbaju melayu dan berkain pelikat.. Kain pelikat yang dipakaikan oleh shofie dan mendapat bantuan dari abi, semestinya..

Bertapa merahnya muka haidan menahan malu, kekok..semuanya.. nampak gayanya, dia harus meninggalkan gelarannya di bandar bila pulang ke kampung.. Dia pasrah.. Lebih-lebih lagi melihat shofie nampak berbeza dikampung..dengan nakalnya mengusik haidan tak henti..

Shofie kembali geli hati melihat haidan membonceng motosikal tua milik abi.. Haidan tahu shofie sedang mengetawakannya.. Shofie menutup mulut dengan tangannya.. Pada mulanya haidan bekeras mahu membawa idlan ke surau menaiki keretanya.. Tapi alasan abi lebih munasabah.. Oleh kerana mereka sudah lewat dan menaiki motosikal lebih mudah.. Haidan terpaksa akur lagi.. Tinggal dikampung membuatkan haidan perlu lebih banyak bersabar, mendengar kata dan menerima pandangan orang lain.. Kalau di bandar.. Tiada siapa pun yang berani membangkang keputusannya..

"suka.. Gelak.. Gelak" kata haidan.

"hmmm.. Suka sangat haidan yang ni.." kata shofie jujur..

"betul..."tanya haidan.. Shofie mengangguk.

" kenapa.. Haidan yang sebelum ni.. Tak suka.. " tanya.. Haidan.

" oh.. Tuan muda Zayn haidan tu ya.. Hmm.. Fiya takut.. Dia garang, suka marah fiya..."shofie mengeluarkan jarinya satu persatu.

" muka dia tak pernah senyum.. "

" lagi.. "tanya haidan.. Tapi wajah haidan masih tersenyum. Tak nampak dia sedang marah walaupun shofie mengata dirinya.

" sombong..., cemburu buta... "

" APA!!! "haidan mengeletek pingang shofie..

"hai..daaaan...su..ddaah..sudah..pleease" rayu shofie.. Shofie gelak sampai air matanya mengalir keluar.. Namun haidan masih mengeletek shofie.. Sampai shofie terdiam.. Baru dia lepaskan shofie..

"jahat la.." marah shofie. Dia bangun dengan rambutnya beserabut. Gara-gara haidan.

"fiya.." haidan menarik shofie supaya menatapnya..

"eh.. Tak nak haidan.. Kita di kampung.." shofie mahu melepaskan pengangan haidan.

" fiya ingat haidan nak buat apa.." tanya haidan.

"dah tu.."

"tak sangka.. Gatal juga bini haidan ni.." usik nya. Merah muka shofie.. Shofie menunduk malu.

"sayang.. Tengok sini.." haidan mendongak wajah shofie.. Supaya menatap wajahnya.. Mata mereka saling bertentangan.. Saling menikam antara satu sama lain.

"kita batalkan perjanjian kita..." kata haidan..

Wajah shofie yang berada didalam pegangan tangan haidan seperti membeku..tidak memberi riaksi langsung.

"sayang.." panggil haidan.

"hey.. are you hear me." shofie mengelipkan matanya berulang kali.. Tapi telinganya masih tak dapat menangkap apa yang didengarinya tadi. Otaknya baru mula memproses.. Dia kembali mengingati bait kata yang dikatakan oleh haidan tadi.

"tapi kenapa.. Maksud haidan.. Kita tamatkan semuanya .. Begitu.." tanya shofie. Haidan mengangguk.

"haidan akan tarik balik semuanya dari MegahRaya.. Tapi kenapa.. Apa salah fiya" tanya shofie lirih..

'jadi.. Dia lakukan semua ni.. Berada disamping aku.. Hanya demi MegahRaya.. Dia tak rasakan cinta dan sayang yang aku berikan selama ini' hati haidan kecewa.

Dia mahu menamatkan perjanjian bodoh mereka..mahu hidup seperti pasangan yang lainnya.. Mahu dia robek-robekkan surat perjanjian itu di depan mata shofie..tapi dia takut.. Kalau shofie pergi meninggalkannya.

"lupakan.. Lupakan apa haidan cakap tadi.." haidan bangun lalu berjalan keluar bilik.

'kalau aku tamatkan.. Tentu dia akan pergi.. Aku taknak dia pergi.. Tak akan sekali kali berikan dia pergi.. Selamanya dia milik aku..'

"haidan.." tegur idlan.

"ya abi.."

"marilah duduk sini.. Temankan abi minum kopi sambil isap rokok daun ni.." pelawa idlan.

"boleh. Tapi haidan teman abi minum kopi sajalah.. Haidan tak merokok.." balas haidan. Lalu duduk bersama dengan idlan di pelantar yang dibuat diluar rumah.

"bagus-bagus.. Abi ni entah bila nak buang tabiat ni.." kata idlan sambil ketawa.

Shofie melihat jam.. Sudah lewat.. Namun tak melihat kelibat haidan.. Dia mencari-cari dimana haidan.. Telinganya menangkap suara abi dan haidan sedang rancak bersembang..

'masih bersemangat bersembang dengan abi .. Biarlah..' shofie kembali masuk kedalam bilik.. Tak tunggu lama.. Dia sudah terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience