BAB 21

Romance Completed 175736

Kaki berjalan menuju ke ruangan kerjanya.. Sebaik saja memastikan penampilannya seperti sedia kala di cermin tadi.

"kau kemana fie.." tanya waheeda dengan wajah hairan melihat sahabatnya baru munculkan diri.

"fie ke toilet..." sengeh shofie menghilangkan rasa gugup yang masih bersisa didada. Sambik berjalan kemeja kerjanya.

"kau tengok tak tadi fie.. Tetamu tadi" tanya Dalisha.

"ya allah hensem weii" sambung si dalisha lagi.

"kan... Hai.. Sampai tepaku kaki ni tak begerak tengok dia.." tambah waheeda.

Shofie menunduk tak memberi respon terhadap sahabatnya yang sedang asyik memuji pemilik Zayn Holding itu.

"weiii..." panggil dalisha.. Lalu membaling triangle ruler miliknya ke meja shofie..

" ha yea.. Fie.. Fie.. dengar.." jawap shofie gagap.. Sungguh dia hilang fokus hariini.

"ck.. Buat apa tanya fie.. Dia kan tak pandang siapa dah.. Melainkan cik abang dia.." usik waheeda..

"ha betul.. Lupa pulak orang tu dah ada cik abang.. Mana nak pandang dah orang lain.." tambah dalisha.. Menepuk bahu waheeda... Menyokong kenyataan itu. Mereka berdua saling ketawa bersama..

"pandai lah.. Ngusik fie.. Suka yea.."

"kalau macam tu.."

"cepat-cepatlah cari calon..."

Kata shofie.. Menekan kan setiap kata yang cuba disampaikannya.

"macam kami ni.. Siapalah yang nak.. Lain lah macam fie.. Muka macam barbie doll..." kata dahlia dan waheeda mengangguk setuju.

"iman ada aja tu.. Hari-hari datang mengorat.. Tapi dua-dua tak nak.. Kesian dia.." kata shofie..

"wei.. Iman tu.. Nak dekat waheeda.. Bukan aku.. Aku tak nak.." dalisha menggeleng geleng.

"taknak jadi orang ketiga.. Rumit.. Rumit" sambungnya lagi.

Waheeda mendengar namanya disebut, terus mengambil bantal kecil di kerusinya lalu memukul belakang dalisha..

"pandailah kau, dahla.. Buat kerja.. Nanti datang pula bapak tua tu.. tengok kita begelak-gelak macam ni .. Mau kena marah free ja nanti" kata waheeda tegas.

Dalisha mengemam bibirnya.. Menahan diri dari terus menghamburkan gelak. Shofie sudah menunduk memerhati meja kerjanya yang berselerak dengan alatan kerjanya.

Habis waktu kerja, para pekerja mula turun dan keluar dari bangunan pejabat tersebut. Mereka seperti biasa pulang bersama..

"fie.." panggil suara seseorang yang amat dikenalinya..

"fiq.." shofie memanggil nama yang mula bertakhta di dalam hatinya.

"kami balik dulu yea fie.." kata dalisha mengenyitkan sebelah matanya.. Dia dan waheeda tersenyum senyum sebelum berlalu pergi.

"fie jom.. Kita makan dulu yea.." kata taufiq mula menarik tangan shofie meminta gadis itu berjalan bersama ke arah keretanya.

"ya.. Hmm.. Fie teringin nak makan dekat steamboat and grill tu.. Boleh.." pinta shofie sambil menggoyang goyangkan pegangan tangan mereka..

"boleh saja .. Apa saja untuk fie.." balas taufik mencuit puncak hidung mancung milik shofie..

"yeay.." shofie bersorak suka..

Di kejauhan sana ada sepasang mata merenung tajam kearah pasangan yang sedang berbahagia itu. .. Berjalan berpimpin tangan.. Penuh dengan perasaan gembira dengan gelak ketawa..

'sial.. Kau akan tetap menjadi gadisku.. Tak kira apa pun.. Akan aku pastikan itu..' bentaknya sekali meninju kerusi kosong di hadapannya.

Dengan hati yang marah.. Dia tetap mengikut kenderaan yang dinaiki oleh pasangan itu. Kereta mereka berhenti di kedai makanan berkonsep steamboat and grill.. Matanya liar memerhati keadaan didalam restoran terbuka itu. Penuh dengan pelanggan..

"ckckck.. Makan disini.. Dengan bersesak sesak.." rungutnya tambah pula melihat asap berterbangan merata.. Membuatkannya mengeleng tak mengerti.

Marwan yang duduk dikerusi pemandu diam sahaja.. Dalam hatinya hanya terpikirkan satu..

'dia sudah terpikat oleh pesona cik muda shofie.. Mungkin sudah jatuh cinta juga.. Namun masih menafikannya..' pikir Marwan.

"jalan wan.. Kita balik.. Kamu kenapa.." kata haidan.. Memanggil untuk kedua kalinya..

"ah...tuan.. Baik.." gagap tutur marwan yang sedang mengelamun tadi.

Malam itu haidan tidak senang duduk didalam bilik hotelnya.. Segala tingkahnya menjadi salah.. Walaupun bilik hotelnya serba mewah.. Namun ada saja yang dirungutnya..

Dia menghempaskan badannya ke atas katil.. Bergolek sampai terlentang.. Cuba untuk memejamkan mata.. Namun bayangan shofie yang tersenyum bersama lelaki itu terbayang bayang dimata...

"ahhhh...." jeritnya. Kesal. Lalu mengambil jam tangannya..

"pukul dua..." katanya.

'tidurlah haidan.. Pejam mata.. Kenapa asyik terbayang dia..' rungutnya tak puas hati. Seketika.. Matanya mula terlelap..

Ting.. Tong... Ting.. Tong..

Bunyi loceng biliknya mula bergema. Di seluruh ruangan. Haidan membuka matanya yang sudah kemerahan.. Tangannya mengambil bantal lalu membaling kearah pintu.

"sial lah.. Siapa yang memekak time macam ni.." kutuknya kepada si pengganggu..

Dia tidak mengendahkan.. Lalu mengambil satu lagi bantal, lalu menekup wajahnya.. Menarik rapat selimut menutup badannya.

Ting.. Tong.. Ting.. Tong..

Bunyinya loceng kali ini lebih nyaring dan lama.. Membuatkan haidan bangun dengan perasaan yang penuh dengan amarah.. Mendekatkan diri kearah pintu.. Mengintai melalui kanta kaca.

Dia berjalan semula kearah almari dan memakai pakaiannya.. Lengkap sebelum berjalan semula ke pintu.. Lalu membuka pintu dan menayangkan wajah dinginnya.

"kenapa kau disini.." tanyanya dengan suara yang tegas. Memandang kearah tetamu tak diundangnya.

"bagilah nia masuk dulu.." kata rania manja sambil jarinya bermain-main didada haidan.

'kau nak perangkap aku..aku nak tengok sejauh mana kau mampu pergi..' bibir haidan mula tersenyum. Lalu dia berundur, memberi laluan kepada rania untuk melangkah masuk.

Rania melangkah masuk dengan senang hati.. Mengatur langkahnya lengang lenggok.. Berusaha memancing haidan. Haidan berjalan masuk dan duduk di sofa.

Rania duduk di birai katil.. Memerhati bilik tidur yang serba mewah itu.. Tanpa segan silu dia bangun dan duduk di atas pangkuan lelaki itu.. Merangkul leher lelaki itu.. Haidan memandang tajam kearah rania.. Lalu menarik tangan rania hingga terlepas dari lehernya dan jatuh terduduk di sebelahnya.

"kasarnya.." kata rania mengoda.

"nak apa datang sini.. Kalau tak ada apa sila keluar.. Saya nak rehat" kata haidan lalu berjalan ke pintu. Membuka pintu itu lebar - lebar..

Rania mendecit marah.. Lalu berjalan kearah haidan dan menutup semula pintu.. Menarik tangan lelaki itu.. Lalu membawa ke katil.. Lalu menolak haidan jatuh ke katil..

"nia mahu haidan.. Sekarang.." katanya..

Haidan ketawa keras.. Mendengar kata yang keluar dari mulut perempuan itu..

"lebih baik baik kau keluar...."

Belum sempat haidan menghabiskan ayatnya.. Rania sudah mendekatkan bibirnya kepada bibir haidan.. Cuba melumatkan bibir lelaki itu..

"aahhh" pautan itu terlerai.. Rania menyentuh bibirnya yang terluka.

"kenapa.." tanyanya dengan mata yang membulat.

"aku dah cakap keluar.. Sebelum aku berkasar dengan kau.." kata haidan.

"dan.. Aku tak nak berkasar dengan perempuan.."

"tambah pula perempua hamil.. Macam kau" sambung haidan menunjal dahi rania..

Mendengar kata haidan yang terakhir itu membuatkan rania bangun dari berada diatas badan haidan.. Terduduk kaku di hujung katil.

"kenapa.. Kau takut.." tanya haidan bila melihat rania berubah kaku. Haidan bangun lalu berdiri didepan rania.

"macam mana kau tahu.." tanya rania..

"macam mana aku tahu tu tak penting.."

"tapi.. Aku nak kau hilangkan diri.. Pergi jauh dari sini.." kata haidan..

Rania mengangkat wajahnya.. Mengeleng tak setuju.. Dia perlukan haidan untuk menjamin masa depannya yang cerah.

"aku bagi kau dua pilihan.." haidan sedang menulis sesuatu di meja..

"pertama.. Pergi dari sini.. Lahirkan anak itu.. Dengan wang ini.. Kau mampu sara anak itu sampai kau melahirkan.." haidan melayangkan satu cek si depan wajah rania..

"Dan kalau kau mahu, aku cari lelaki yang bernama gibran.. Untuk ada disamping kau sepanjang tempoh tu..aku akan usaha kan.. Bawa dia kepada kau.. " tambah haidan lagi. Rania mendengar penawaran dari haidan sambil menelan liurnya yang terasa kesat.

"yang kedua.." pelahan nada suara rania bertanya.

"yang kedua.. Aku akan hancurkan keluarga kau.. Dan sekaligus membuatkan MegahRaya gulung tikar.. Seluruh keluarga kau akan bergelandangan di jalanan.." kata haidan tegas lalu duduk di sofa...

'pilihan..itu yang dinamakan pilihan wahai zayn haidan.. Kau memang kejam haidan..' rungut rania..

Rania meramas wajahnya.. Sebelum dia bangun.. Menghampiri haidan lalu berdiri didepan lelaki itu..

" aku terima.. "

" terima tawaran yang pertama.."putus rania..

Haidan tersenyum lebar mendengar jawapan yang dinantikannya..

" pilihan yang bijak.. "lalu menyerahkan cek kepada rania..

" aku harap kau berpegang kepada janji kau.. Kalau tak, kau tahu apa akibatnya.. Dengan wang yang telah kau ambil.. Kau patut tahu risikonya.. " kata haidan..

Rania memandang cek tersebut.. Beberapa angka kosong dibelakang angka tersebut.. Telah membutakan matanya seketika.. Pikirannya juga bertukar 360°..

" jangan risau.. Aku akan pergi.. Aku tak akan ganggu kehidupan kau lagi lepasni.. Dan jangan sakiti keluarga aku.. Kau juga harus menepati janji.."balas rania.. Cepat-cepat memakai jaketnya semula.. Dalam pikirannya hanya satu.. Dia perlu keluar dari negara ini.. Dengan kadar segera..

Haidan memerhati rania yang cepat-cepat pergi meninggalkan biliknya..

" asal duit.. Semuanya akan berjalan lancar.." katanya.. Kembali merebahkan dirinya dikatil sebaik mengunci pintu bilik tersebut..

"satu masalah selesai..." katanya.. Matanya pelahan-lahan mula terpejam.. Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, mentari akan muncul menyinari dunia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience