BAB 55

Romance Completed 175736

Haidan menarik shofie.. Dalam keadaan gelap dimana bunyi musik mula memenuhi ruang dewan tersebut.. Menarik tubuh wanita itu.. Walaupun dia meronta untuk dilepaskan.. Mereka berjalan keluar dari dewan..

Haidan menolak satu pintu.. Walaupun diluar pintu itu tertulis dilarang masuk. Menghempas kan shofie. Sehingga belakang wanita itu bertemu dengan dinding bilik tersebut.

Shofie memandang bilik yang mereka masuki.. Ternyata penuh dengan barang pencucian.. Kemudia memandang haidan.. Wajah yang nampak kelam dengan pancaran mata yang membuak-buak marah seperti berapi-api.

"what are you doing here riya" tanya dengan suara yang begetar. Shofie diam..

"SHOFIE FITRIYANI!!!”

" fii.. Fiya cuma temankan saif.. "

Haidan merasa sakit bila bibir merah itu menyebut nama saif.. Nama lelaki lain didepannya.

" apa hubungan fiya dengan saif"

"hubungan kami.. Kami hanya kawan.."

"ingat syarat kita fiya.. Jaga diri.. Jaga nama naik haidan..."

"fiya.. Tak buat apa-apa haidan.."

Satu tumbukan dilepaskan oleh haidan.

BUKK...

Shofie mengalihkan mukanya.. Memejamkan mata.. Dia tak meras sakit dimana - mana bahagian wajahnya.. Perlahan lahan dia membuka mata.. Berpaling semula kearah haidan. Penumbuk haidan berada betul-betul di pipi kirinya.. Tangan haidan sudah mendarat di dinding..

"sekarang balik dengan haidan" haidan menarik tangan shofie. Namun shofie merentapnya semula.

"tak.. Fiya kena balik dengan saif.."

Telinga haidan kembali panas mendengar penolakan dari shofie. Tambah-tambah nama lelaki lain disebutkan shofie.

Rahang shofie di cekak oleh tangan haidan..lalu haidan melumatkan bibirnya ke bibir shofie.. Shofie yang tak menyangka akan menerima ciuman kasar dari haidan itu kaku.. Tidak membalas.. Haidan meleraikan ciumannya.

'kau.. Kau.. Berani kau tak membalasnya fiya.. Adakah sebab lelaki yang bernama saif tu'

"balik dengan haidan" ulangnya untuk kali kedua..

"maaf.. Fiya kena balik dengan dia. Sebab fiya kena balik rumah papa.."

Haidan memeluk shofie dengan erat.. Lalu menggigit bahu shofie..

"haidan.. Jangan.. Sakit.." shofie memukul haidan.. Haidan bagaikan dirasuk.. Tersedar lalu melepaskan pelukannya.. Shofie menyentuh bahunya.. Terasa perit disitu..

"jauhkan diri dari saif" haidan memberi amaran.

"kenapa.."

"because I'm your husband.. Apa fiya.. Lupa.. Perlukah haidan ingatkan fiya.. Hah" katanya kasar.

"nampaknya haidan terlalu berlembut dengan fiya.. Sampai fiya berani melawan haidan sekarang kan.." semburnya lagi..

"remember your first rule fiya.." dia menekan setiap bait katanya.. Dengan tegas.

"or... Fiya nak haidan tarik semula.. Dari MegahRaya.. SEMUANYA!!!" tempik haidan..

Dia terpaksa mengunakan ayat yang bakal mengguriskan hati shofie.. Agar shofie mengingati dan kembali ke situasi asal.. Agar dia menghindari saif.

'shofie.. Lelaki didepan kau ni.. Zayn haidan.. Kau tak mampu shofie.. Kau sudah mengikat janji gila dengannya.. Jangan tunjukkan kau, lemah dimata dia shofie. Jaga hati kau shofie.. Sebelum dia permainkan kau.. Walaupun tiada apa yang tinggal..lagi akhirnya.. Ingat pengorbanan kau shofie.. Hanya untuk keluarga kau.. Biarlah dikira hipokrit.. Atau apa saja.. Kau harus kuat.. "

Haidan melihat shofie yang memandang tepat kearahnya.. Dua tangan shofie sedang mencekam erat sisi bajunya.. Perlahan lahan.. Bibir merah itu mula tersenyum.

" ya.. Fiya ingat dengan perjanjian kita.. Mana mungkin fiya lupa.. Baiklah tuan muda.. Tapi maaf.. Malam ni fiya terpaksa tolak untuk balik dengan tuan muda.. Esok.. Pasti fiya balik.. Papa sedang tunggu fiya.. Memandangkan fiya masih bermalam disana.. Harap tuan muda faham.. " kata shofie penuh dengan lemah lembut.. Mempamerkan senyuman.. Seraya menyentuh dada haidan.. Mengosok-gosok lembut disitu.

Haidan berundur selangkah.. meraup wajahnya..sakit hatinya bila shofie bicaya sopan begitu.. Terasa, seperti shofie menyindirnya. Haidan merenung wajah yang sedang tersenyum itu.. Sebelum dia, berjalan keluar dari bilik tersebut.

'kalau itu yang kau mahukan.. Fiya akan berikan haidan.. Fiya berikan.. Semuanya mengikut perjanjian kita..' shofie membetulkan pakaiannya.. Rambutnya dan wajahnya.. Sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut..

Didalam dewan masih lagi kelam.. Bunyi seruling masih mendayu dayu.. Memenuhi ruangan diselang seli bunyi gabus..sesedap telinga mendengar.. Shofie mengambil segelas air..

"shofie.."

"ya saif.."

"shofie kemana.. Saif cari shofie.. Shofie bagi saif panic la.. Saif ingat shofie hilang tadi.." shofie ketawa kecil..

"shofie ke bilik air.." bohong shofie.

"marilah saif hantarkan shofie balik.."

"dah nak balik.. Persembahan belum selesai.."

"saif takut shofie nak rehat.. Lagipun shofie kata nak balik awal kan.."

"tak mengapa... Shofie boleh tunggu sampai majlis selesai.. Fie nak tengok tu" shofie menunjuk ke arah pentas.

Saif mengiringi shofie berjalan kehadapan.. Mencari ruang untuk melihat persembahan tersebut..

Pada esok harinya.. Shofie balik ke kondo.. Belum sempat sampai ke kondo.. Sebuah kereta sudah berhenti memintas dihadapan mereka .. Membuatkan langkah ruhaina dan shofie terhenti.. Ruhaina segera menarik shofie agar menjauh..

Keluar marwan dari pintu pemandu. Lalu dia membuka pintu belakang untuk shofie.. Shofie menjenguk kedalam.. Kosong tiada haidan didalam.

"mana haidan.."

"tuan di masih di pejabat.. Dia arahkan saya untuk mengambil puan balik kerumah.." jawap marwan..

Shofie masuk kedalam kereta.. Marwan memandu menghantar shofie kerumah keluarga haidan..

Sampai saja dirumah.. Shofie terus naik ke bilik memandangkan tiada siapa.. Kemungkinan semuanya masih di dalam bilik..

Haidan pulang malam itu.. Tapi masing-masing tak membahaskan hal yang lepas.. Masing-masing beriak seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelumnya.

Keesokannya paginya.. Shofie bangun.. Membersihkan diri dan solat.. Sekali bersiap untuk ke pejabat..

Pintu bilik diketuk.. Haidan yang sudah siap berpakaian sesuai untuk ke pejabat membuka pintu.

"mak nani..." kata haidan.

Lalu masuklah wanita sebaya mahira masuk kedalam bilik..

"riya.." panggil haidan..

Shofie keluar dari dalam bilik pakaian..

"mak nani.. Kenalkan ni isteri idan.." wanita tua itu tersenyum kearah shofie.

"saya mak nani.. Ketua pelayan di sini.. Senang dapat bertemu puan muda" kata nani..

"saya shofie..." shofie mendekat lalu bersalaman dengan wanita itu.. Membuatkan nani tersentak.. Sedangkan dua anak kembar yang dijaganya dari lahir pun tak pernah bersalaman dengannya...

"ini saya bawakan untuk puan.." nani mengangkat kembali dulang yang diletakkan di atas meja tadi..

Shofie memandang haidan..

"minumlah" kata haidan.

Shofie mengangkat gelas tersebut.. Meminum air itu sehingga habis...lalu meletakkan semula gelas itu di atas dulang.. Mak nani pun meminta diri untuk keluar.

"boleh fie tanya.."

"hemm.."

"dah beberapa kali dah.. Fiya minum air tu.. Boleh fiya tahu.. Tu air apa.."

"minum saja fiya.. Tak perlu tanya.."

"tapi.."

"air tu.. Untuk mencegah dari terjadinya orang ketiga antara kita.." kata haidan.. Kemudian dia masuk kedalam bilik pakaian..

'apa.. Maksud dia.. Orang ketiga antara kami.. Siapa..' shofie mengatakan ayat tersebut berulang ulang kali didalam kepalanya.. Tapi dia masih tidak dapat menangkap teka teki dari haidan.

Sementara dibawah..

"NANI!!!"

Langkah nani terhenti bila mendengar suara lantang mahira.

"apa yang ada didalam dulang tu.. Nani" tekan mahira.

"tuan muda..." nani menunjuk ke atas.. Dan ketika itu.. Haidan sedang turun kebawah bersama shofie dibelakangnya.

"masuk dulu nani.. Tapi saya belum selesai lagi dengan kamu.." bisik mahira ditelinga nani..

Nani segera melangkah kedapur.. Meninggalkan mahira.. Yang menyambut dua insan yang mahu bersarapan itu..

Mereka kemudiaannya bersarapan.. Selesai sarapan haidan dan shofie meminta diri untuk ke pejabat.. Mereka berdua bersalaman dengan mahira.. Marwan sudah sedia menunggu di ruang hadapan..

Mahira menunggu sehingga kereta yang dipandu marwan keluar dari pagar utama.. Dia mengintai kereta itu pergi.. Dan pagar utama ditutup semula.

"panggilkan mak nani" arah mahira kepada pelayan muda yang sedang berdiri dekat dengan meja makan.

Nani datang ke ruang makan dari arah dapur..

"nani.. Tolong jujur dengan saya.. Air apa yang kamu hantarkan tadi.." kata mahira.

"air untuk puan muda.."

"saya tanya.. Air apa nani" tegas mahira.

"air.. Herba.. Pe..rancang.."kata nani gagap. Dia menunduk..

" nani.. Kamu dah lama berkhidmat dengan kami.. Kenapa kamu buat sesuatu macam tu.. "tanya mahira..

" tak Puan Sri.. Saya tak berani.. Tuan muda.. " esak tangisnya mula kedengaran.

" dah berapa lama puan muda minum air tu" Nani berpaling memandang kearah pelayan yang lebih muda.. Kerana sebelum ini dia sedang bercuti. Pelayan muda itu yang menyediakan herba tersebut.

"berapa lama" mahira mengulangi pertanyaannya.

"sejak.. puan muda.. Bermalam.. disini.." kata pelayan muda itu gagap..dan terus menundukkan kepalanya kebawah.

'ahh.. Anak itu...' mahira merasa kesal.

" kita sebagai orang tua.. Harus menasihati kalau mereka buat salah, nani.. Bukan hanya menurut saja.. Saya tahu, kamu sayang dia macam anak kamu.. Tapi bila dia salah.. Kita kena tegur dia.. " nani mengangguk.. Mendegar kata yang keluar dari mahira.

" saya tak akan biarkan perkara ni terjadi.. Puan muda harus lahirkan keturunan keluarga Zayn.. Anak dari haidan.. "marah mahira..

" tunjukkan saya.. Mana kamu sembunyikan herba itu.. "mahira melangkah kedapur..

Nani segera mengeluarkan herba yang masih terbungkus elok dengan kertas pembalutnya.. Mahira mengambil bungkusan itu lalu membaling semuanya ke tong sampah..

" kamu.. Buangkan sekarang.. Bungkus plastik tu.. Buangkan sekarang diluar.." mahira menunjuk kearah salah satu pelayan..

"jangan siapa-siapa berani-berani nak berikan puan muda makan atau minum benda - benda macam ni.. Saya tak teragak-agak untuk buang sesiapapun.. Tak kira lah dia telah banyak berjasa kepada keluarga saya.." kata mahira lantang. Pelayan semua menunduk sahaja..

" mak nani.. Kami siap untuk keluar dengan saya.. Saya akan ke kedai herba.. Gantikan herba tadi.. Esok saya nak kamu berikan kepada puan muda seperti biasa.. Dan jagan sampai tuan muda syak apa-apa.. Dengar.." mahira memberi amaran..

"DENGAR!!"

"ya puan sri.." jawap mereka serentak.

'anak itu.. Berani ya beri menantu bonda benda macam tu.. Jadi bonda.. Tukarkan dengan herba yang akan menguatkan rahim menantu bonda.. Anggap saja hadiah dari bonda.. Moga bonda secepat nya menimang cucu..' mahira berlalu pergi.. Mengambil beg tangannya lalu keluar dari rumah.. Nani turut sama keluar menemani mahira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience