BAB 8

Romance Completed 175736

Kereta dipandu menyusuri jalan masuk rumah tiga tingkat itu.. Dan berhenti di hadapan pintu utama..

Shofie segera turun.. Membuatkan si pemandu cemas.. Tak sempat dia bukakan pintu untuk cik mudanya.

"maaf.. Cik.. Tak sempat saya..."

"tak perlu terlampau formal dengan fie.." shofie tersenyum lalu melangkah masuk lalu mengheret salah satu bagasinya.

"cik muda.." tegur sabri didepan pintu.. Menunduk hormat. Sabri segera menarik bagasi ditangan shofie.. Dan memandang tajam kearah pemandu dan pelayan yang lain.

"pakcik sabri.." tegur shofie ramah.

"jemput cik muda segera berehat.." kata sabri. Shofie mengangguk..

Semasa melintas.. Shofie bertembung dengan ibu tirinya..dan adik perempuannya.

"mama.. Rania.." shofie menegur.. Namun tegurannya.. Tak dibalas.. Hanya dibiarkan seperti angin lalu.. Mereka pergi begitu sahaja.. Rania malah, sempat menjelingnya..dengan tatapan tidak senang dengan kehadirannya.

Namun shofie langsung tidak mengambil hati atas perlaku mereka.. Walaupun sudah bertahun tinggal sebumbung.. Tapi dua insan itu masih tidak dapat menerima dirinya..

"cik muda.. Harap jangan simpan didalam hati.." kata sabri..

"jangan risau pakcik.. Fie ok saja.." balasnya dengan senyuman.. Lalu mereka naik keatas menuju ke bilik tidur shofie.

Sementara di syarikat Megahraya Sdn. Bhd... Rahimi sudah tidak senang duduk bila mendapat tahu puterinya sudah berada dirumahnya..

"ada apa lagi.." tanyanya kepada melissa.. Setiausahanya.. Melalui interkom.

"setengah jam lagi kita ada metting datuk.. dengan arkitek dari cabang baru..."

"yealah.. Yealah.. Kamu dah ingatkan saya tadi.. Kalau mereka sudah sampai.. Saya nak mulakan metting.. Lebih awal. Tak perlu tunggu cukup setengah jam lagi.." arah rahimi kepada setiausahanya. Lalu mematikan perbualannya.

Lima minit kemudiannya.. Telefonnya berbunyi..

" datuk..semua sudah sedia.. "kata melissa.

" baik.. Terima kasih melissa. " lalu rahimi bangun keluar dari biliknya.. Melissa sudah berdiri dengan fail ditangan.. Lalu mereka melangkah ke ruangan bilik mesyuarat.

Hampir satu jam juga rahimi tekun mendengar idea-idea anak muda tersebut.. Niat asalnya ingin menamatkan mesyuarat selepas satu jam..tapi akhirnya di membatalkan niatnya.. Mesyuaratnya berlanjutan sehingga dua jam.. Oleh pembentangan lima arkitek yang mampu menarik perhatiannya supaya menunggu sehingga selesai semuanya perbentangan.

"baiklah saya amat berpuas hati.. Terima kasih memberi idea yang mampu menarik perhatian saya.." katanya sambil ketawa kecil.. Melihat kearah lima arkitek muda tersebut.

"saya harap.. Kalian akan berkerja dengan bersungguh-sungguh.. Dan saya tak akan sia-siakan usaha kalian.. Saya rasa setakat ini sahaja mesyuarat kita.." putus rahimi..lalu bangun.. Tersenyum kearah mereka sambil tangannya mengancingkan baju kotnya.

Para arkitek yang lain turut bangun bersama.. Dan mereka berjabat tangan dengan rahimi..

Rahimi melajukan langkahnya.. Sambil itu memberitahu kepada pemandunya agar bersedia.. Untuk megambilnya pulang.

"melissa.. Sudah tiada apa-apa kan.." tegur rahimi kepada melissa yang sedang asyik menaip sesuatu.. Tersentak itu melissa bangun tegak berdiri.

"ah.. Yea.. Datuk.. Uuntuk harini sudah selesai.." jawap melissa gagap.

"baiklah.. Saya akan balik dahulu.." kata rahimi dan masuk kedalam biliknya..

Belum sempat melissa melabuhkan punggungnya.. Dia kembali tersentak melihat rahimi keluar semula.. Sudah memegang beg bimbitnya. Melissa menunduk sedikit kearah rahimi. Dan rahimi membalas dengan anggukan kecil sambil tersenyum.

'wah.. Datuk ni.. Excited nya.. Ada apa dekat rumah tu.. Mesti nak balik dating dengan datin ni' nguman melissa sendiri.. Memandang rahimi sehingga hilang dari pandangan matanya.

Firas sudah sedia menunggu dibawah.. Kereta dipangkir dekat dengan pintu masuk bangunan itu.. Sebaik saja dia melihat kelibat tuannya datang.. Segera dia keluar dari kereta dan membuka pintu.

"datuk.." tegur firas.. Menunduk hormat.

"jom firas..hantar saya kerumah.." balas rahimi.

Firas segera menutup pintu kereta sebaik saja rahimi duduk dikerusinya.. Bila nampak rahimi yang bersemangat begitu.. Membuatkan firas tersenyum sendiri..

'dasyat penangan cik shofie.. Sampaikan datuj tak senang duduk di pejabatnya..' dengan lafaz bismillah firas memulakan pemanduannya agar selamat sampai dirumah tuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience