BAB 56

Romance Completed 175817

Suasana didalam kereta sangat sunyi.. Marwan yang sedang memandu pun tak berani bertanya lebih-lebih..

"marwan.. Hartarkan shofie.. Di triangle square.." kata shofie.

"buat apa disana.." tanya haidan..

"fiya kena ambil sample.. Tadi terlupa.. Sekarang baru teringat..

" nanti balik.. "

" fiya minta kak aina jemput disana nanti.."

" lunch dengan idan nanti.. "

Shofie berpaling memandang haidan.. Mata mereka bertemu.. Shofie segera mengalihkan pandangannya..Haidan mengengam jari jemari shofie..

'maafkan idan.. Sayang..' jari shofie dibawa ke bibirnya. Dicium lembut belakang jari jemari shofie..

'kuatkan diri kau shofie.. Senyum.. Senyum shofie.. Kenapa kau banyak fikiran.. Sedangkan dia.. Bersenang lenang..'

Shofie kemudiannya senyum.. Senyum menutupi semua rasa yang berada didalam hatinya..Haidan mengelus pipi shofie.. Bila melihat wajah shofie tersenyum..

Shofie turun ditempat yang dimintanya.. Naik masuk kedalam.. Haidan yang di dalam kereta, melihat shofie sedang bertegur sapa dengan dua orang yang sudah menunggu shofie disitu..

'kau tahu fiya.. Bertapa hati aku resah.. Bila kau menghidari aku.. Kau langsung beriak biasa.. Seolah olah tiada apa yang berlaku.. Hati kau masih tak berubah.. Masih enggan dipunya.. Walaupun kau sudah jadi milik aku sepenuhnya fiya.. 'haidan mengepalkan tangannya..

"jalan wan..."

Bila tiba waktu rehat.. Shofie segera berjalan ke restoran yang telah diberitahu oleh haidan melalui what app tadi..

"saya...."belum habis ayat shofie..

"cik shofie ya.." tanya lelaki tersebut.. Dia segera membuka pintu restoran tersebut, untuk shofie sebaik saja shofie mengangguk.

Lelaki itu turut mengiringi shofie masuk kedalam.. Menunjukkan meja yang ditempah.. Lelaki itu malah meminta shofie untuk duduk membelakangi tingkap kaca.. Shofie menurut dan duduk.. Walaupun terasa pelik.. Bila dia memandang ke arah kaunter.. Bukannya memandang ke arah luar restoran tersebut.

Kedengaran pintu dibuka.. Shofie menjenguk.. Ternyata haidan yang datang.. Berseorangan.. di tangannya terdapat satu topi besar bereben, berwarna hitam..

Haidan meletakkan topi besar itu dikepala shofie.. Lalu dia duduk disebelah shofie..

"buat apa topi ni.."tanya shofie.. Dia terasa pelik makan didalam kedai memakai topi pantai.. Haidan malah ketawa..

" haidan.. Tak kelakar lah.. "shofie mahu membuka topi tersebut.. Tapi dihalang haidan.. Haidan meletakkan tanggannya diatas topi.. Menyebabkan kepala shofie memberat..

" haidan.. Berat.. "rungut shofie..

Haidan mengambil dagu shofie.. Lalu menyatukan bibir mereka.. Haidan kemudiaannya melepaskan pautan bibir mereka.. Muka shofie merah.. Shofie mengelap bibirnya yang basah..

" malu lah kalau orang nampak.. " rungut shofie..

" tak akan ada orang nampak.. Idan dah arahkan kan tutup kedai ni.. Hanya untuk kita berdua.." kata haidan dengan bangga.

"membazir.." nguman shofie... Perlahan.

"apa.. Tak dengar" haidan mendekatkan wajahnya.. Menempek pipinya di pipi shofie dengan telinganya menyentuh bibir shofie.. Shofie menolak pipi haidan.. Haidan malah mengigit lembut telinga shofie..

"idan..kita dekat public..." shofie menolak haidan sampai tubuh haidan duduk dengan tegak ditempatnya.

"hemmm... Ok" kemudian dia menepuk tangannya.. Beberapa kali.. Keluarlah beberapa orang membawa makanan..

'sekali lagi.. Dia pesan makanan.. Tanpa bertanya..' keluh shofie. Namun wajah shofie hanya senyum..

"makan.." kata haidan..

Shofie membaca doa.. shofie mengambil sudu.. Lalu menyuap kan beberapa sudu ke mulutnya.. Rasa terhadap makanan itu tak terasa di lidahnya.. Tambah dengan kerongkongnya yang terasa perit. Sudu diletakkan semula ke pinggan..

Shofie menarik segelas air orange jus kearahnya.. Lalu menyedutnya perlahan..

"kenapa tak habiskan.. Tak sedap.. Idan pecat tukang masak tu sekarang.."kata haidan..

" tak.. Bukan macam tu.. Bukan salah chef tu.". Kata shofie cemas.

" Fiya... nampak, semakin.. kurus.." haidan menyentuh tulang selangka shofie yang makin menonjol.

"baguskan kurus.." kata shofie menayangkan senyumannya.

"makan.. Tak perlu kurus.. Atau diet.. Nanti tinggal tulang saja semua.." sindir haidan.

"mungkin sebab fiya demam ari tu.. Sebab tu nampak susut.." kata shofie.. Lalu menghirup lagi jus orennya.

"bila.. Kenapa idan tak tahu.." meja makan itu berombak bila tangan haidan mehentak meja itu dengan kuat.. Hampir tersedak shofie dibuatnya.. Tekaknya bertambah perit.

"idan.." pegelangan tangan shofie sudah digengam haidan..

"fiya dah baik sekarang.. Idan.. Lepaskan tangan fiya.." haidan melepaskan pegangannya.

"pengawal fiya yang akan dipertanggungjawabkan.." haidan masih dalam marahnya.

"no.. Bukan.. Bukan salah kak aina.. Haidan.. Dengar apa yang fiya nak cakap ni.." shofie menarik lengan haidan..

"kak aina tak salah.. Abang rafie yang jaga shofie waktu tu.. Waktu tu.. Idan di utara.. Ingat tak.. Yang haidan call.. Malam tu.. Fiya tak jawap.." haidan masih memandang shofie tajam.

"fiya.. Fiya yang, tak benarkan kak aina bagi tahu haidan.. Sebab ada abang rafie.." shofie menyentuh lengan haidan.. Mengengam lengan itu erat.. Mengharapkan haidan dapat meredakan marahnya.

"tuan.." marwan masuk dan menegur haidan. Kemudiannya menunduk sedikit kepada shofie..

"kenapa marwan.." marwan kembali mendekat.. Lalu menunjukkan telefon bimbitnya kepada haidan.. Membuatkan haidan segera berpaling ke belakang memandang kearah cermin dan melihat keluar...

Haidan kembali melihat telefon bimbit yang berada di tangannya.. Tertera belakang badannya sedang memeluk erat seorang wanita yang memakai topi besar menutup seluruh kepala nya.. Ternyata itu gambar mereka.. Di situasi ketika ini..

"marwan.. Bawa kereta ke pintu belakang.. Kami akan keluar dari sana saja.." arah haidan..

"kenapa.. Ni.."

"nothing sayang.. Makan lah.. Idan hantar fiya balik ke office ya.." haidan memaut dagu shofie.. Lalu mencium pipi shofie sepuasnya.

"haidan.." tergur shofie.. Muka shofie.. Merah mengalahkan udang bakar.

Sesekali dia berpaling ke arah belakang.. Melihat sambil tersenyum kearah sana.. Sehingga dia melihat satu cahaya memancar disuatu sudut..

"sudah.. Mari.." kata haidan.. Sudah berdiri.. Membetulkan bajunya.. Lalu menghulurkan tangannya.. Shofie segera menyambut huluran tangan haidan.. Yang membantunya untuk bangun.

"malam nanti kita sambung ya..." haidan merangkul pinggang shofie.. Membawa shofie keluar melalui jalan belakang.

Selesai menghantar shofie ke pejabatnya.. Haidan kembali ke pejabatnya.. masih melihat-lihat telefon bimbitnya.. Ternyata ada beberapa gambar mereka, baru tadi sudah di muat naik lagi.. Gambar dirinya berpaling.. Sedang tersenyum.. Pun ada.

"masih orang yang sama ke..."

"tak tuan.. Selepas gambar tuan, yang dulu tu tersebar.. Banyak pihak terus mengintai aktiviti tuan..mereka cuba mengorek rahsia siapa yang selalu berdamping dengan tuan.."

"hubungi hayfa.. Buat dinner date dengan dia malam ni.."

"tuan.."

"hemm.. Ada apa lagi.."

"sebelum benda ni menjadi isu, yang lebih besar.. Saya sarankan tuan beritahu hal sebenar kepada puan.. Agar tak ada salah faham di kemudian hari.." nasihat marwan..

"tak perlu ikut campur hal peribadi saya.. Kamu buat saja hal yang saya suruh.." haidan menegaskan bait katanya.

"shofie tak perlu tahu..." sambungnya lagi.. Haidan meletakkannya semula telefon bimbitnya di meja..

"siap kan semua untuk malam ni.. Minta shofie balik bersama ke rumah dengan pegawal dia.." sambung haidan lagi.

Marwan keluar dari bilik sebaik saja menerima arahan akhir dari haidan. Dia membuat janji dengan hayfa.. Tempahan tempat makan.. Dan memaklumkan kepada ruhaina supaya menjemput shofie untuk pulang ke rumah keluarga Zayn.. Sempat dia mengirimkan lokasi rumah besar itu.. Agak memudahkan kerja ruhaina..

Malam itu.. Haidan dan hayfa makan malam di hotel.. Hayfa yang tahu membawa wataknya.. Tersenyum bahagia sepanjang makan malam tersebut..

Manakala.. Shofie sudah sampai dirumah.. Sebaik dihantar oleh ruhaina.. Mahira sempat bertemu dengan ruhaina buat pertama kalinya.. Ruhaina sempat duduk minum petang dirumah itu.. Malah dia turut di perlawa untuk menginap dirumah tersebut oleh mahira..

"puan sri.. Saya rasa saya patut balik dahulu..hari makin lewat.." katanya memohon diri..

Mahira akhirnya membenarkan ruhaina untuk pulang..

"bonda.. Fie naik atas dulu ya..bonda.."

"ya.. Pergilah.. Nanti turun ya kita makan sama.." mahira mengingatkan..

"baik bonda.."

Shofie naik keatas.. Dia menyelesaikan urusannya, apabila selesai.. Dia turun semula kebawah.. Mahira sudah ada di ruang makan.. Shofie memandang ke pintu..

'belum balik.. Sepatutnya haidan dah balik kan masa-masa macam ni' pikir shofie.

" shofie.. Mari sini.. Duduk dengan bonda.." panggil mahira.

"ya bonda.." shofie menghayunkan langkahnya kearah mahira. Lalu duduk dekat dengan mahira.

"bonda.. Nak tanya ni.. Shofie suka budak kecil tak.."

"suka bonda.."

"hujung minggu ni.. Boleh temankan bonda.. Pergi rumah anak-anak yatim.. Bonda nak hantarkan sumbangan kesana.. Jangan risau.. Tak ada siapa akan kenal shofie disana.. Nanti bonda beritahu idan.." kata mahira.

"ramai ke anak-anak disana bonda.."

"boleh lah.. Nanti shofie tengok sendiri.. Bonda sunyi.. Rumah ni tak ada anak kecil.. Anak-anak semua dah besar.. Masing-masing dengan hal masing-masing.. Tengok lah sekarang..dah masuk waktu makan malam.. Siapa pun belum balik lagi.." keluh mahira.

"bonda..kan shofie ada.. Shofie boleh teman bonda.." kata shofie.. Menyentuh tangan mahira..

"sebab tu bonda sayang menantu bonda sorang ni.." mahira menepuk tangan shofie..

Kemudian mereka berdua makan malam bersama.. Kemudian berborak-borak lagi.. Annisa dan annaila kemudiannya pulang.. Bersalaman dengan mahira. Sebelum mereka berdua naik keatas..

" bonda masuk lah rehat..dulu.."kata shofie. Bila melihat mahira sudah tersengguk menahan kantuknya.. Shofie faham.. Orang yang seumur dengan mahira.. Perlukan rehat yang cukup.

" bonda tunggu sampai idan balik.. Nanti shofie sendirian pula.. "

" marilah bonda.. Tak mengapa.. Shofie boleh tunggu dia sendiri..bonda tak boleh skip waktu rehat bonda.. Nanti bonda tak cukup tidur.. Kepala bonda sakit .. " shofie bangun dari duduknya.. Menarik perlahan lengan mahira agar bangun. Mahira akur.. Dia memang sudah mengantuk.. Mahira lalu bangun.. Memegang tangan menantunya.. Shofie, lalu menghantar mahira kebiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience