BAB 42

Romance Completed 175736

"papa.."

"lepas kerja nanti.. Fie terus ke rumah hanis ya papa.."

"hanis..??" tanya rahimi. Shofie mengangguk..

"hanis anak tan sri tajuddin.. Dia nikah esok.. Fie bermalam disana sampai selesai kenduri.. Minggu lagi satu kenduri sebelah lelaki.. Fie akan pergi juga.. Sebab lelaki tu kawan fie.." terang shofie...

"jaga diri.. Nanti kirim salam kepada tan sri.. Dia ada jemput papa.. Tapi papa belum sedia nak keluar lagi buat masa ni.. Sampaikan ini bagi pihak papa.." shofie mengambil sampul tersebut.

"baik pa.. Nanti fie sampaikan.. Fie pergi dulu ya.. Kesian kak aina tunggu dibawah sorang-sorang.." shofie bersalaman dengan papanya..

Rahimi melihat shofie keluar dari bilik bacaannya.. Dia mengambil sarapannya.. Lalu menyuapkan kemulutnya..

Shofie turun kebawah menyapa ruhaina.. Seperti biasa mereka akan bersarapan bersama sebelum pergi ke pejabat..

" kakak dah bawa baju kan.." tanya shofie memperingatkan.. Ruhaina mengangguk..

Mereka ke pejabat..hampir seharian menghabiskan masa di pejabat.. Akhirnya tamat juga waktu kerjanya..

Hanis dah beberapa kali mengingati dirinya agar datang kerumahnya sebaik selesai kerja.

Mereka bertolak ke rumah hanis.. Ruhaina yang memandu seperti biasa.. Mendengar arahan yang diberikan melalui gps yang dipasangnya.

Dalam tiga puluh minit.. Mereka sampai di kawasan rumah hanis.. Kawasan rumah itu nampak sesak kerana ada beberapa kenderaan sudah memenuhi kedua-dua bahagian bahu jalan, menyusur ke rumah tersebut.

"kak.. Tak perlu lah masuk dalam.. Takutnya nanti kita sangkut. Tengok dalam tu macam ramai.. Kita parking saja sini.." shofie menunjukkan kearah bahu jalan yang masih bersisa kosong.

"baik.." kata ruhaina..

Sebaik selesai memakir kereta.. Shofie turun.. Ruhaina datang mendekatinya.

"nak bawaa turun beg baju.." tanya ruhaina..

"Tak perlu kak.. Kita tak tahu lagi nak bermalam disini ke tak..takutnya ahli keluarga dia ramai.. Kalau ramai.. Kita balik kondo saja nanti.." kata shofie..

"jadi kita datang...untuk apa shofie.. Bukan esok ke majlisnya.." tanya ruhaina.

"ya.. Esok baru kenduri.. Tapi tak tahulah kita datang untuk apa.. Sebab dia beria sangat mahu fie datang hari ini." shofie ketawa..

Mereka berjalan sambil berborak.. Sampai sudah sampai di gerbang pintu utama..

"assalamualaikum.." shofie memberi salam..

"waalaikummusalam.." jawap seorang wanita.

"hanis ada"

"oh.. Kawan cik muda ya...sila lah masuk..mari saya bawakan cik naik jumpa cik muda.." kata wanita itu..

Shofie berjalan masuk bersama ruhaina mengikut wanita itu sampai naik ke tingkat dua rumah tersebut..

"cik muda.. Kawan cik muda sudah sampai.." kata wanita itu.. Perlahan-lahan menolak pintu bilik tersebut.

"FIEE!!!!" jerit hanis nyaring.

Beberapa orang yang berada didalam bilik hanis turut sama berpaling.. Shofie dan hanis saling berpelukan..

"kenalkan.. Ni kawan hanis.. Dia nanti akan jadi pengapit hanis.." hanis terus memperkenalkan shofie kepada orang yang ada didalam bilik tersebut.. Shofie menayangkan senyum sambil bersalaman dengan mereka, seorang demi seorang..

"nis.. Maaf tak bagitahu.. Fie bawakan kakak angkat fie.... "shofie berbisik di telinga hanis.

" mana.. "tanya hanis.

" ni.. Kak aina.. "shofie memperkenalkan..

" hanis.. " mereka bersalaman..

" kakak angkat ka.. Bodyguard.. "hanis perlahankan suaranya mengusik shofie. Tahu yang shofie tak suka memperkenalkan status cik mudanya.

" faham-faham sajalah nis.. "balas shofie..

" ok.. Dah selesai kenal-kenal.. Sekarang sila.. Duduk sini... Ambil baju masing-masing ya.. Baju untuk kak aina pun ada.. "hanis senyum..

" baju?? " kata shofie hairan.

" malam ni malam berinai.. Jadi tema kita pakai baju ni.. "hanis menunjukkan salah satu baju.. Baju kurung kedah dan kain batik..

Ada sekotak baju kurung kedah yang masih terlipat elok.. Begitu juga sekotak kain sarung..

"Pilih lah nak pakai yang mana.. Lepas tu siap-siap ya..makeup semua.. Kain batik ambil dua ya.. Satu untuk tutup kepala.." kedengaran seorang wanita memberi arahan..

"pilih la fie.. Nak warna dan saiz apa.. Kakak pun sama ya.. Kalau nak mandi dulu.. Tu bilik air.. Buat macam bilik sendiri.." kata hanis ramah.

"nanti kalau nak pakai kain tu.. Kalau tak pandai kakak nanti ajarkan.." sampuk wanita yang memberi arahan itu lagi.

"nis.. Aku mandi dulu ya.." kata shofie.

Ruhaina masih dengan telefon bimbitnya.. Apalagi.. Selain menghantar lokasi dimana mereka berada sekarang.

Selesai mandi.. Shofie mengenakan baju kedah dan kain batik.. Berwarna hijau tua.. Manakala ruhaina berwarna biru tua..

" wah.. Tengok orang yang lambat sampai dah siap ni.. Cepat anak-anak dara.. Majlis dah nak mula nanti.. Jangan sampai pihak lelaki sampai dulu.. Kita tak habis siap lagi.." wanita itu berbunyi lagi.

"nak.. Jangan lupa pinkan kain tu ya .. Takutnya terjatuh, masa orang ramai nanti.." dia kemudiannya meninggalkan beberapa pin ditangan shofie.

"jangan lupa.. Satu lagi kain sarung untuk kepala ya.." pesannya lagi..

Bila semua sudah siap mereka mula berkumpul beramai ramai..

Hanis nampak cantik dengan mengenakan kebaya merah terang.. Dimekapkan dengan gaya klasik.. Sungguh terserlah wajahnya yang putih gebu itu..

" ok.. Kita boleh turun.. Hanis mana pengapit kau.. Suruh dia iring kau kebawah.. Dayang-dayang semua iring dibelakang.."

Mereka mula begerak mengikut arahan yang diberikan oleh wanita itu. Kemudian dia memeriksa mereka semua..

"pandai pun. Anak-anak..macam ni lah bagus.."

"dengar ya.. Makcik nak bagitahu sikit... Kejap lagi kita turun untuk majlis berinai.. Berinai besar hanis.."

"di bawah sudah ada pihak lelaki.. Tapi mereka tak masuk lagi.. Nanti bila ready mereka masuk.. Abang camera man.. Dah tunggu di bawah.. Nanti semua maniskan muka ya.. Senyum selalu ya.." kata wanita itu lagi.

"ok pengapit.. Dan pengantin sila turun dulu. Lepas tu baru dayang-dayang masuk duduk keliling pengantin" arahnya lagi.

Mereka turun anak tangga perlahan-lahan.. Shofie memang berada dekat dengan hanis.. Ruhaina juga tak terkecuali.. Masing-masing nampak cantik-cantik belaka.

Majlis berinai dimulakan.. Beberapa orang pelukis inai sudah menunggu di ruang yang dihiasi cantik tersebut.. Bersedia untuk melakukan kerja mereka.

Seorang demi seorang tangan mereka dilukiskan inai.. Shofie dan hanis diinaikan serentak.. Tapi shofie memelih untuk lukisan yang ringkas.. Setelah siap.. Mereka duduk selesa ditempat duduk yang dihias bagai pelamin itu.. Shofie menolong pelukis inai memegang kain di kaki hanis.. Sehingga selesai..

Kemudian kedengaran riuh di bahagian luar rumah tersebut.. Para ibu-ibu sepakat bangun, ingin melihat kekocohan apa yang berlaku diluar.. Cuma anak-anak dara saja yang masih duduk diam kerana inai di tangan masih basah.

Rupanya.. Pihak lelaki datang untuk masuk kedalam masjid tersebut. Kedengaran gelak ketawa mereka.. Sebelum para ibu membuka ruang untuk membenarkan pihak lelaki melangkah masuk kedalam.

Hizer tampak segak dengan baju melayunya siap bersampin songket. Manakala pengiringnya berpakaian serba putih dengan sampin kain pelikat...

Shofie tak memandang langsung rombongan pihak lelaki.. Dia sibuk memegang kain baju hanis dari terkena inai.. Disamping menjaga inainya sendiri daripada comot..

"fie.. Tengok.." usik hanis.

"tengok apa.." tanya shofie.

"angkat la kepala tu.. Tengok sana.. Pengapit hizer.. Hensem tu.. Tengok la" bisik hanis ditelinga shofie.

"hanis.. Esok kau nikah tau.. Gatal lagi tengok laki lain.." marah shofie.. Lalu menyiku hanis.

"rugi tau tak tengok.." usik hanis..

"tengok cik abang kau sudah.. Jangan tegok lelaki lain.." shofie mengingatkan..

"ok.. Sudah.." kata pelukis inai tersebut.

"adik nak tambah.. Bagi banyak sikit bunganya" tanya pelukis inai itu kepada shofie..

"tambah kak.. Dia Pengapit saya.. Saya nak dia cantik juga esok" jawap hanis tanpa menunggu jawapan dari shofie..

"oh pengapit.. Mari kak tambah.." shofie menghulurkan tangannya..

Disebabkan kakak tu melukis cantik.. Shofie pasrah. Kali ini shofie mula mengangkat wajahnya.. Dia terpaksa berpaling bila siku hanis menolak pipinya supaya memandang kearah sekelompok jejaka yang duduk tak jauh dari mereka..

Mata shofie membulat penuh.. Tak percaya apa yang dipandangnya.. Bukan kerana hizer tampak kacak dalam baju melayu merahnya.. Yang sedondon dengan hanis.. Tapi.. Lelaki di sebelahnya.. Lelaki yang memakai baju melayu putih.. Bersampin kain pelikat itu.. Jantungnya berdegup hebat..

'HAIDAN' shofie menjerit nama itu didalam hati.

Haidan memandang shofie.. Pandangan mereka bertaut seketika.. Masing-masing seperti menyampaikan sesuatu didalam pandangan mata yang sedang bertaut itu.

"kan aku cakap tadi.. Pengapit hizer tu hensem.. Tadi taknak tengok.. Sekali terpandang.. Terpaut lah pulak.." usik hanis.. Menyiku lembut shofie. Shofie segera mengalihkan pandangannya.

"mama.. Ni.. Kenalkan.. pengapit hanis.." kata hanis kepada mamanya.. Yang kebetulan lalu didepan mereka untuk melihat inai ditangan hanis.

"oh ni lah shofie ya.." kata mama hanis ramah.

"saya shofie.. Puan sri.." shofie memperkenalkan diri.. Tangannya masih dilukis.. Dia menundukkan kepalanya membalas.

"cantik anak datuk rahimi ya.. Nasib abang kamu semua dah nikah.. Kalau tak.. Dah lama, sudah mama ambil jadi menantu" kata mama hanis... lantang disambung dengan gelak ketawa yang lain.. Membuatkan shofie tertunduk saja memandang inai yang sedang dilukis ditangannya.

Shofie hanya tersenyum sahaja.. Sekilas memandang kearah haidan.. Lelaki itu beriak biasa.. Sedang asyik bersembang dengan hizer yang berada disebelahnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience