BAB 41

Romance Completed 175736

Ada risiko yang perlu ditanggung dalam pekerjaannya.. Ruhaina menandu keluar bila mendapat pangilan dari marwan.. Dia perlu menjawap atas kecuaiannya yang berlaku hari ini. Mujurlah shofie baik-baik sahaja..

Dia sampai ditempat yang telah mereka janjikan untuk berjumpa... Ruhaina turun dari kereta.. Mendekat kearah marwan yang sedang menunggunya . Marwan berdiri memandang kearahnya..

"tuan" panggil ruhaina.

PLAK..

Terteleng kepala ruhaina memandang ke sisi...ruhaina kemudiannya berpaling ke arah asal .. Menunduk.

"kau tahu apa kesalahan kau" tanya marwan. Ruhaina mengangguk.

"bagus kalau kau faham.. Tak perlu aku nak terangkan lagi.. Tolong jangan ulangi lagi ya cik ruhaina.." tekan marwan.

"saya faham tuan marwan.. Saya akan pastikan tak berulang lagi.. Dan segera melaporkan kepada tuan.." kata ruhaina perlahan..

"dah.. Harap lepas ni.. Kita tak perlu jumpa begini lagi.. Aku pun tak suka pukul perempuan.. Harap kau faham.."

"saya faham tuan..ini memang salah saya.."

"macam mana dengan puan" tanya marwan..

"dia baik-baik saja tuan.." jelas ruhaina.

"dah.. Kau boleh balik" kata marwan.. Ruhaina menunduk sedikit memberi hormat. Sebelum berjalan pergi.

Marwan memandang saja, kereta yang dipandu ruhaina mula menjauh.. Kakinya perlahan masuk kedalam kereta,dia kemudiannya memandu pergi. Tanpa mereka sedari ada mata yang mengintai mereka sejak dari tadi lagi..

"wah menarik.. Adakah sebab aku.. Bodyguard shofie kena marah teruk macam tu.. Tak pasal-pasal kena lempang kot.." keluh lelaki itu..

Keesokannya..

Shofie berjalan ke bawah.. Mengajak ruhaina untuk bersarapan bersama.. Alangkah tergejutnya melihat wajah ruhaina ketika itu..

" kenapa.. Kenapa dengan muka akak.. " tanya shofie.. Meraup pipi ruhaina dengan kedua-dua belah tangannya.. melihat bibir kiri ruhaina pecah dan membiru dihujungnya..

"jangan kakak cakap terjatuh.. Alasan macam tu dalam drama saja yang gunakan.. Fie bukannya budak kecik.." tegas shofie.

"kena stereng kereta kemarin.. Kak tak perasan.." ruhaina sekadar memberi alasan itu.. Dan harap shofie berhenti bertanya.

"sebab fie kan.. Kesian akak..Mari fie letakkan ubat..atau kita ke klinik.." kata shofie jelas terpancar wajah cemasnya..

"fie.. Kakak ok.. Dah biasa fie.. Sikit saja ni.." Jangan risau.. Kata ruhaina..

Mereka kemudiaannya bersarapan bersama..kemudian bertolak ke pejabat. Ruhaina memilih untuk lebih berhati hati kali ini.. Perjalanan mereka lancar pagi itu tanpa diekori seperti semalam.

Ruhaina menghantar shofie sampai ke lobby.. Sebaik pasti shofie sudah masuk ke lif dia memakir kan kereta.

Shofie seperti pekerja yang lain.. Mula melakukan kerja yang telah diberikan kepada mereka.

- kak.. Nanti lunch.. Teman fie ke satu tempat...

Shofie mengirim pesanan ringkas kepada ruhaina..

- baik shofie.

Balas ruhaina..

Bila tiba waktu rehat.. Shofie turun kebawah.. Ruhaina sudah sedia menunggunya disana..

"kita pergi sekarang.." tanya ruhaina.

"hmm..kita jalan kaki saja kak" kata shofie.. Walaupun ruhaina mengangguk. Wajahnya masih bersisa menunjukkan rasa kurang selesa.

"kenapa kak.. Kakak ok ka.." tanya shofie.. Mereka sudah mula melangkah keluar dari lobby.

"ah.. Kak ok.." balas ruhaina.. Masih dengan rasa cemasnya memerhati sekeliling.. Agar tiada apa-apa yang mencurigakan.

Mereka berjalan melintasi bagunan.. Masuk ke lorong dimana ada deretan restoran dan beberapa kedai disitu. Melintasi bangunan lagi. Akhirnya shofie berhenti di bangunan didepannya selepas melintasi dua bangunan..

"betul lah kata papa.. Dekat sangat dengan office.." ruhaina diam tak menyampuk.

Mengikut langkah shofie.. Melintasi penjaga bangunan..

"eh cik... Cik.." panggil satu wanita.. Lengkap berpakaian penjaga.

"ya.."

"cik nak kemana.."

"ke rumah saya.."

"Tingkat berapa"

"tingkat 25"

Pengawal itu memandang shofie lama.. Kemudiannya kepada ruhaina.

"boleh bagi unit rumah tersebut.."

Shofie kemudiannya menunjukkan pas masuk rumah tersebut. Disitu sudah tertulis unit rumahnya.

"maaf cik.. Saya hanya melakukan tugas.. Takutnya orang luar, sebarangan masuk kesini" kata wanita itu.

"ya.. Saya naik dulu ya. Maaf saya kejar masa.." pinta shofie.

Wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum kepada shofie..

Shofie dan ruhaina berjalan menuju ke lif.. Naik terus ke tingkat 25..rupanya itu merupakan tingkat yang teratas di bagunan tersebut.

Sebaik sampai shofie mencari unit rumahnya.. Pintu itu dilengkapi dengan kata kunci. Dia memasukkan tarikh hari lahirnya.. Dan pintu itu terbuka dengan sendirinya..

Shofie dan ruhaina melangkah masuk.. Rumah yang sudah dilengkapi penuh dengan perabut.. Yang serba lengkap.. Mewah. Terdapat tiga bilik tidur di rumah tersebut..

Shofie melangkah naik keatas..satu ruang yang luas.. Sebuah bilik tidur berkonsep terbuka.. Dia kemudiannya turun semula..

"macam mana kak... Ok tak.." tanya shofie..

"ya.. Sangat cantik.. Tapi ni rumah siapa.."

"rumah kita.." kata shofie sambil ketawa.

"kita.."

"maksud shofie.. Kita tinggal disini... Tuan muda tahu tak ni.." tanya ruhaina..

"saya takut lah nak bagitahu dia.. Saya takut nak call dia.. Nanti kalau menganggu dia macam mana.." balas shofie.

'ya Allah.. Kesitu pulak budak ni.. Tau tak yang tuan muda tu.. Hampir setiap masa bertanyakan itu ini tentang shofie.. Shofie boleh pula bagi alasan macam ni.. Ahhh...kenapa' ruhaina menggaru tudung yang menutup kepalanya..

" nanti kak bagitahu pembantu dia.. Marwan.. Ya.." kata ruhaina.

"ya.. Tapi nanti lah kak..bila kita sudah pindah sini baru kita bagi tahu.."

"bila kita nak pindah.."

"bila-bila saja.. Tapi hujung minggu ni tak boleh.. Fie ada acara.. Nanti kakak temankan ya.. Kawan fie nikah.. Fie kena jadi pengapit.."

"dah bagitahu tuan muda.." pertanyaan ruhaina dibalas dengan senyuman dari shofie..

'aku dah agak..' kata ruhaina sendiri.

"kak jom.. Dah lapar.. Tadi sepatutnya kita makan dulu.." kata shofie memegang perutnya..

'akal panjang sungguh la.. Cik muda aku yang seorang ni..'

"yelah.. Jom kita turun makan" kata ruhaina..

Ruhaina sempat mengirimkan lokasi kepada telefon marwan.. Begitulah setiap kali kalau mereka keluar kemana-mana.. Menurutnya itu adalah lebih baik.. Dari diam seperti sebelum ini. Yang hairannya.. Antara tuan muda dan shofie sendiri.. Adakah mereka mempunyai masalah komunikasi.. Shofie akan mengelak bila berbicara tentang tuan muda.. Dan apa yang sebenarnya mereka rahsiakan..

"akak cepat lif dah sampai" panggil shofie sedikit keras.

"ya.." ruhaina berjalan laju kearah shofie yang mula melangkah masuk kedalam lif.

Farid melihat shofyna sedang sibuk di meja kerjanya.. Dengan berapa lampiran kertas putih berlonggok diatas meja.. Dia menghampiri shofyna.. Dicium tangan wanita yang sudah menampakkan kedutan di situ.

"mummy"

"yea sayang.. Awal.. Harini cari mummy.. Kalau tak tengah hari baru nak nampak muka.."

"mummy.. Farid ada good news.. Nak degar.."

"oh ya.. Anak mummy nak nikah ya.." shofyna mengusik anak lelakinya itu..

"ish mummy.. Tolonglah.. Farid tak puas bujang lagi.." sungut farid.

"so.. Mummy ingatkan.. That are the good news for me.."

"cuba mummy tengok ni" farid mengeluarkan sekeping gambar.. Diberikan ditangan shofyna..

"siapa ni" shofyna merenung gambar itu.. Hatinya berdebar-debar.. Satu getaran yang hebat didalam dadanya..

"itu.. Shofie fitriyani.."

Bekerut wajah shofyna..

"menantu mummy" tanyanya. Farid segera menepuk dahinya..

"alah mummy.. Benda sama je yang mummy pikirkan dari tadi.." keluh farid, shofyna ketawa kecil.. Suka melihat anak itu teperuk masam.

"teka lagi mummy.." kata farid. Lalu melabuhkan punggungnya di kerusi depan shofyna..

"hmm.. Buat hati baru farid.."

"mummy..!!!"

"tak payah lah teka-teka.. Mummy tak pandai lah sayang.."

"apa ni.. Main teka-teka" datang satu lelaki menegur..

"papa.. Mummy ni.. Tak habis-habis menantu.." rungut farid.

"betul lah tu.. Farid dah patut kahwin.. Papa nakkan cucu.. Dah bosan.. Anak pun dah besar."

"tuan farhan.. Maaf lah. Belum sampai masanya.." kata farid dengan gelak ketawa.

"hmm.. Alasan tu lah.. Selalunya.." ucap farhan..

"pa.. Tengok ni.." farid mengambil gambar shofie. Lalu diberikan kepada papanya..

"cantik.. Like mummy.. Masa muda.." farhan terus berkata..

"kan pa.. Farid sokong papa.."

"siapa ni.." tanya farhan.

"teka lah" kata farid.

"come on.. Janganlah main teka-teka.. Menantu papa yea.."

"papa dan mummy sama sajalah.." keluh farid lagi.

"sebab tu mummy kata.. Jangan main teka- teka sayang.." shofyna pula bersuara.. Farhan mengangguk setuju.

Farid duduk di sofa.. Lalu memeluk tubuhnya dengan dua tangannya.. Dia diam membisu disitu. Membuatkan shofyna dan farhan tertungu-tunggukan farid.

"FARID!!!"

Farid kemudiannya ketawa.. Bila namanya diseru oleh dua insan kesayangannya..

"tengok.. Kamu terlalu manja kan budak tu.. Sampai dia main-mainkan kita fyna.." rungut farhan.

"eh saya.." shofyna menunjuk kearah dirinya sendiri..

"farid.. Bagitahulah.. Siapa.. Jangan main-main lagi.." suara farhan sedikit keras..

" ya.. Ya.."

"shofie.. Nama dia shofie fitriyani.."

"my sister.. Mummy daughter.."

Melopong mulut ketua orang tuanya.. Shofyna berlari merampas gambar ditangan farhan..

"my daughter..???" tanyanya sambil menatap wajah farid..

"yes mummy.. Your daughter.."

"farid minta Alexander tolong siasat.."

Farhan melukut kepala anaknya..

"paa.."

"kenapa.. Mummy belum sedia lagi.. Kenapa farid suka paksa mummy.." marah farhan.

"it's ok han.." terdengar suara shofyna.. Sebak.. Dia sudah duduk menangis menatap gambar puterinya.. Menagis tersedu-sedu disitu.. Dua lelaki itu hanya memandang antara satu sama lain.. Farhan menunjuk nunjuk kearah farid.. Memberitahu bahawa semua ini adalah salahnya. Membuatkan shofyna menangis lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience