BAB 82

Romance Completed 175817

Pembangunan hotel di sebelah utara tertunggak lagi.. Kali ini lebih teruk sampai menjadi rusuhan antara penduduk kampung dan pekerja kontraktor disana.. Haidan dan marwan berada disana.. Untuk menguruskan hal tersebut..mencari jalan penyelesaian untuk masalah itu. Selepas selesai dengan dalang utama yang menghasut penduduk kampung itu untuk melakukan rusuhan yang memakan asa beberapa hari. Sehingga segala pembangunan hotel tersebut terhenti serta merta. Kini haidan kena berdepan pula dengan penduduk kampung setempat.

"tuan.. Rasanya tak sesuai kita kesini sekarang.. Nampaknya mereka semakin agresif.." marwan memberhentikan kereta.. Bila ada sekatan yang dibuat oleh penduduk kampung.. Untuk menghalang siapa saja yang ingin ke kawasan tapak pembinaan hotel tersebut.

"kita pergi saja wan.. Saya kena selesaikan.. Sampai bila lagi kita nak tangguh pembinaan hotel tu.." kata haidan..

"baik tuan.. Tapi saya sarankan tuan tunggu saja didalam kereta..." kata marwan. Dia memandu perlahan lahan mendekat ke sekatan yang dibuat oleh penduduk kampung tersebut.

"maaf encik.. Sila benarkan kami masuk.."kata marwan.

" encik ni siapa.. "tanya lelaki itu.. Sambil menyenguk kedalam kereta.. Matanya liar memandang sampai terpandangkan haidan..

" saya membawa tuan pemilik hotel.. Untuk melihat tapak pembinaan.. "kata marwan.

"oh inilah orangnya.." kata lelaki muda tersebut.. Lalu memanggil beberapa lagi kawannya menghampiri mereka.

Haidan membuka pintu untuk keluar..

"tuan jangan keluar.." kata marwan cemas bila melihat beberapa orang datang menghampiri dan ada juga yang membawa kayu di tangan mereka.

Belum sempat haidan bercakap apa apa dia terus diserang oleh mereka.. Secara beramai-ramai. Marwan segera menjauhkan haidan dari mereka..

Haidan menyentuh kepalanya yang rasa berdenyut.. Ada cairan panas yang mengalir di dahinya.. Dia melihat tapak tangannya yang terdapat cairan merah itu.

"apa agaknya, akan terjadi.. kalau saya laporkan kepada pihak berkuasa.. Tentang ini.." haidan menjulurkan tangannya yang berdarah kearah mereka..

Mereka yang berada disitu terpaku dan membisu..

"tuan.."haidan menghulurkan sapu tangannya..

" maaf tuan.."kata seorang lelaki tua yang baru datang diantara celah celah lelaki muda yang menyerang haidan tadi..

" saya penghulu di kampung ini.. Maaf kelancangan penduduk kampung "kata lelaki tua itu..

Mereka akhirnya memilih untuk berbincang bagi mencapai kesepakatan yang akan menguntungkan bagi kedua-dua belah pihak.

Bila selesai urusan.. Marwan membawa Haidan ke klinik untuk menerima rawatan.. Mujurlah lukanya tidak parah, hanya perlu beberapa jahitan dikepala.

Mereka pulang ke hotel yang mereka tempah untuk beberapa hari..Sepanjang mereka di sana.. Untuk berehat.

Marwan melihat telefonnya.. Dimana terdapat nama ruhaina yang telah menelefonnya sebelum ini..dan ada beberapa mesej dari ruhaina.. Sebaik saja marwan membaca mesej yang disampaikan oleh ruhaina.. Dia segera menelefon wanita itu meminta kepastian info yang diterimanya.. Marwan berlari keluar dari bilik menuju ke bilik haidan yang berada disebelahnya..

Ting.. Tong.. Ting.. Tong.. Ting.. Tong..

Haidan yang sedang mandi merengus geram bila mendengar bunyi loceng yang ditekan tanpa henti..

'siapa.. Yang berani tekan loceng macam orang gila ni..'katanya kesal

Haidan mematikan air pancurannya.. Mengenakan jubah mandi dan berjalan keluar dari bilik air.. Kemudian berjalan terus arah pintu keluar biliknya.. Dia mengintai melalui lubang kecil di pintu..

' marwan rupanya.. Tetapi kenapa muka dia cemas.. Ada apa lagi ni.. Bukan masalah tadi dah selesai..' fikir haidan. Haidan mengetatkan ikatan jubah mandinya sebelum membuka pintu.

"tuan..!!" kata marwan cemas.

"kau kenapa.. Teruk sangat ni..? " kata haidan.. Melihat marwan seperti dikejar oleh sesuatu.

"bukan saya tuan.. Tapi ini.. Puan.!!!." kata marwan.

"kenapa dengan puan..!!!"

“ruhaina bagitahu puan dah pergi.!"

" Tadi di rumah pua ada pergaduhan antara datuk dan datin.."terang marwan.

" dia pergi dengan siapa..?? "

“siapa yang bawa dia pergi..??" tanya haidan.

"puan pergi dengan ibu kandung puan.. Pergi kemana saya tak pasti.." jawap marwan.

"bersiap.. Kita akan balik sekarang..!!" arah haidan..

"saya tempahkan tiket untuk malam ni.." marwan segera mencari telefonnya.. Dan membuat tempahan..

"hanya ada pernerbangan lewat malam tuan.." kata marwan..

"saya tak perduli.. Kamu cari saja apa yang ada.. Private jet.. Heli.. Atau apa saja.. Saya nak balik segera.." kata haidan sekaligus menutup pintu biliknya..

'fiya.. Tunggu.. Haidan balik sekarang..'

Haidan berjalan masuk kedalam biliknya. Membuka bagasinya.. Lalu melemparkan semua barangan peribadinya.. Dia ke bilik marwan dan mengetuk pintu bilik itu..dia mahu pulang pada ketika itu juga..

Mujur marwan ada kenalan yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan udara. Dapatlah mereka balik dengan cepat waktu itu.

Sebaik mendarat.. Haidan segera mengarahkan marwan untuk ke rumah mertuanya.. Iaitu rumah utama rahimi.

Walaupun sudah agak lewat..dan tak sesuai dengan masanya untuk menerima sebarang tetamu.. Haidan tetap mahu ke rumah itu.

Dia menunggu di ruang tamu keluarga mertuanya dengan sabar.. Menanti kedatangan rahimi..

Sebaik melihat ruhaimi menuruni anak tangga.. Haidan bangun dari duduknya.. Berjalan cepat kearah rahimi..

"assalamualaikum datuk.. Maaf kedatangan saya agak tak sesuai dengan waktu.." kata haidan.

Rahimi melihat keadaan haidan.. Lelaki itu datang di tengah malam.. Dengan kepala yang berbalut.. Yang masih ada kesan darah di kain berbalut itu.

'adakah dia datang untuk memohon simpati..'

"waalaikummusalam"

"kenapa dengan kepala kamu..? " tanya rahimi.

Haidan menyentuh kepalanya yang berbalut..

"tak ada apa-apa datuk.. Ada kecelakaan semasa di utara.. Tapi semuanya sudah selesai.."

"datuk.. Saya datang untuk jumpa shofie.." kata haidan.. Dia sudah tak sabar lagi untuk mengetahui keadaan shofie. Rahimi memandang haidan sambil tergelak kecil.

"kamu terlambat haidan.. Sepatutnya kamu cari dia sebelum ini.. Kenapa kamu datang hari ini.. Dimana disaat dia telah pergi. Nampak sangat kamu tak kisah kan tentang shofie.. Lebih baik.. Kamu lepaskan dia...." kata rahimi, sengaja mengusik emosi anak muda itu.

"saya tak akan sesekali lepaskan dia.. Dia milik saya..!!" ada penekanan didalam ucapan haidan.

"dia isteri saya" kata haidan tegas.

"maaf menganggu masa datuk.." haidan berjalan keluar dari rumah itu...dia tak mahu menunggu lagi disitu, membuang masanya.. Dia perlu mencari shofie.. Sebelum semuanya terlambat..

Haidan dan marwan berjalan ke luar dari rumah ruhaimi..

"dimana ruhaina.." tanya haidan.

"dia di kondo.. Tuan.. Dia keluar petang tadi dari rumah ini.." jawap marwan.

Mereka ke kondominium ruhaina.. Pada ketika itu juga..

Dalam kegelapan malam kelihatan ruhaina sedang berjalan dengan mengenakan hoodie sweater hitam.. Dengan seluar panjang hitam..

" tuan" ruhaina..

"kamu tahu dimana shofie.." tanya haidan.

"dia di rumah mummy.. Maksud saya ibu kandung shofie.." jawap ruhaina.

"dimana?" marwan mencelah.

"tuan ingat tak sebelum ni.. Tuan pernah ambil shofie yang bermalam di satu rumah di taman perdana utama.." ruhaina memberitahu..

“saya tak pasti.. Yang mana satu..” kata haidan.

“saya share kan lokasi dia..” kata ruhaina.. Lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

" tak perlu.. Kita kesana sekarang.!!"arah haidan.

Mereka bertiga bertolak ke rumah yang dikatakan oleh ruhaina.. Perjalanan mereka kesana agak lancar. Memandangkan waktu sekarang sudahpun masuk ke hari yang baru..

" ini rumahnya.. "ruhaina menunjukkan kearah rumah yang agak suram cahayanya.

Marwan berhentikan keretanya di hadapan rumah tersebut.. Mereka bertiga keluar dari kereta..

Marwan menekan loceng rumah tersebut.. Berulang ulang kali.. Namun masih tidak menunjukkan sebarang respon positif dari pemilik rumah.

"cuba lagi marwan.." arah haidan..

Marwan mencuba lagi.. Lagi dan lagi.. Sehingga mereka melihat ada cahaya lampu dari dalam..

Marwan mengundur dan berjalan kearah pintu kecil.. Bila mendengar derapan tapak kaki sedang menghampiri pagar tersebut.

"maaf.. cari siapa ya.." tanya suara lelaki.. Dia hanya sekadar membuka kotak kecil di pagar yang menampakkan matanya sahaja.

"saya.. Cari cik shofie fitriyani .. Anak perempuan pemilik rumah ini.." tanya marwan.

"mereka sekeluarga sudah pergi.. Balik ke tempat asal tengku.." balas lelaki itu..

"boleh saya tahu.. Mereka pergi kemana.." tanya marwan lagi.

"mereka ke Amerika.. Ya kesana.." kata lelaki itu.

Mereka bertiga sama-sama mengeluh.. Mendengar jawapan lelaki itu..

'amerika.. Amerika itu luas. Dimana harus kami mula mencari..' keluh haidan

"boleh saya tahu nama tengku.. Nama penuh dia.." kali ini haidan pula bertanya.. Namun lelaki itu mengeleng.

"saya baru bertugas sebagai penjaga, dirumah ini seminggu yang lalu.. Saya hanya panggil tuan rumah ni tengku.." kata lelaki itu.

"tuan.. Saya tahu.. Shofie pernah kesini atas urusan kerja.. Mungkin kawan shofie tahu siapa ibu kandung shofie.." cadang ruhaina..

"akhirnya...!!!" haidan bernafas lega..

"esok kita bertiga ke MegahRaya" kata haidan..

"baik tuan.." jawap marwan dan ruhaina.

"terima kasih encik... Maaf ganggu encik" kata marwan kepada lelaki yang sedang berdiri di pintu..

Mereka sepakat untuk pulang ke rumah.. Kembali menghantar ruhaina ke kondominium..

"wan.. Kamu bermalam saja dirumah saya malam ni.." arah haidan kepada marwan..

"baik tuan.." kata marwan.. Dia memang sudah mengantuk dan perlukan rehat.. Memandangkan mereka langsung tak berehat sejak dari utara lagi.. Terus kesini dan sampai sekarang.. Masih berada di atas jalanraya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience