BAB 6

Romance Completed 175736

"Dimana haidan" tanya mahira.. Hairan tidak melihat anak lelaki sulungnya, sejak pulang dari rumah bakal besannya.

"tuan muda didalam biliknya puan sri.." jawap nani..

"kenapa dia tak turun makan.., dia tak sihat kah.."

"saya tak pasti puan.. Saya akan segera memanggil tuan muda turun.."

"tak perlu.. Tak perlu.. Saya akan naik keatas.. Kamu tengokkan annisa dan annaila.." arah mahira sambil menunjukkan kearah bayinya yang sedang duduk di kerusi makan mereka Masing-masing.

Mahira naik keatas.. Dia bertembung dengan haikal.. Lalu dia memberhentikan langkah anak itu.

" kemana abang kamu.. Kenapa dia tak turun untuk makan malam.." tanya mahira.

"abang di dalam bilik, bonda.."jawap haikal.

" dah turun makan.. Ayahda sudah menunggu disana.. "arah mahira kepada anak keduanya.

Kakinya melangkah menuju kebilik anak lelaki sulungnya.. Mengetuk pintu bilik tersebut.

" haidan.. Bonda ni.. Boleh bukakan pintu.. "lembut marina berbicara memujuk agar pintu bilik itu segera dibuka.

Kreekkk...

Pintu sudah dibuka sedikit. Mahira menolak pintu bilik itu perlahan-lahan.. Lalu mengintai mencari anaknya..

Haidan berdiri dekat dengan jendela biliknya..Sambil menongkat dagu disitu. Memandang jauh keluar..

"bonda dengar.. Ibu nani bagitahu..haidan belum makan.. Kenapa.. Haidan tak sihat.. Atau tak sedap badan dimana-mana.." mahira menyentuh dahi anaknya.. Tidak panas.. Suhunya baik-baik sahaja..

"haidan sihat bonda.." haidan mengambil tangan ibunya lalu membawa tangan itu turun dari dahinya.

"kalau sihat..kenapa tak makan.. Sekarangkan waktu makan.. Marilah turun.. Semua sudah ada dibawah.." mahira memujuk.. Menarik-narik perlahan tangan haidan agar mngikutnya kebawah. Haidan mengeraskan badannya..

"bonda.. Bolehkah.. Batalkan pertunangan ni.." pinta haidar.. Entah untuk kali yang entah keberapa.

"kenapa.. Kalau alasan haidan kukuh.. Bonda boleh pertimbangkan.. Tapi haidan sendiri tahukan.. Hasrat ayahda.." pujuk mahira.

"lagipun.. Hanya tunang kan.. Anak bonda masih dalam sesi pengenalan.. Selepas ini kan haidan akan ke luar negara.. Belajar disana.. Tinggal bersama nenda.." kata mahira..

Di mata haidan masih terbayang-bayang wajah gadis comel bermata bundar, cantik begenakan gaun labuh kembang merah jambu... Dengan rambutnya yang beralun cantik keperangan.

Mahira memujuk haidan sehingga anak itu akhirnya mengalah dan turun mengikutnya kebawah.

Sebulan selepas itu haidan datang lagi kerumah milik keluarga bakal mertuanya.. Tapi kali ini dia datang dengan ucapan selamat tinggal.. Kerana dia akan tinggal bersama nendanya,jauh dinegara orang..

Tapi kedatangan haidan kerumah besar itu sedikit hampa.. Dia langsung tidak melihat insan yang dicarinya..gadis comel yang bernama 'shofie'. Hatinya ingin bertanya.. Tapi kepada siapa..dia harus bertanya.

Rania gembira berada di sampingnya, menceritakan perihal yang berlaku sepanjang sebulan mereka tidak bertemu. Begitulah selalunya. Membuatkan haidan kebosanan.

"nia.. Saya nak ke bilik air.." rania mengangguk sambil mempamerkan senyuman manis.

"baik.. Jangan lama sangat.. Nia tunggu disini.. " katanya.

Haidan sebenarnya bukannya mahu ke bilik air.. Dia terus berjalan.. Dan berjalan menyusuri koridor rumah itu.. Sehinggalah dia terdengar bunyi ketawa. Ketawa yang dia dengar sebelum ini.. Kakinya melangkah laju kearah suara itu.

Sampaikan haidan tak tersedar dia sudah terkeluar dari rumah besar.. Kini dia berada didepan pohon yang tumbuh merendang..

Shofie ketawa suka bila pelayannya, menolak laju buaian yang dinaikinya buaian yang baru disiapkan oleh pelayannya..

"laju lagi.." katanya sambil ketawa.

"tinggi sudah ni sayang.." pelayan itu masih menolak lembut belakang tubuh shofie..

Shofie memejamkan matanya.. Lalu membayangkan dirinya berada dikampung.. Di rumah ibu dan abinya.. Dia tersenyum dengan senyuman yang paling manis.. Membayangkan ibu dan abinya seolah-olah berada di depannya.. Tanpa dia sedari tangannya terdepa sendiri.. Seperti selalu abi akan menyambutnya..

Bukkk....

"ya allah... Anak" jerit pelayannya..

Shofie terjatuh keatas haidan.. Terduduk diatas tubuh itu.. Shofie yang baru membuka mata tergejut memandang wajah putih lelaki di hadapannya..Masing-masing terkaku dengan posisi yang agak kekok kini.

'matanya yang terbentuk cantik.. Besar dan bulat. Dihiasi dengan bulu mata hitam yang lebat..hidung mancung terletak... Bibir yang merah semulajadi' sungguh sempurna wajahnya, kata haidan sendiri.

"kenapa.. Kenapa kamu.. " bergegas shofie bangun.. Dengan lututnya yang terluka.. Manakala pelayan shofie mengangkat haidan.. Mengibas ngibas agar segala kotoran yang melekat dibelakang baju haidan jatuh ketanah.

"kenapa kamu disini.." tanya shofie..

"kenapa kamu lompat" haidan pula bertanya.

"kenapa.. Kenapa kamu tanya.. Sebab saya memang selalu lompat untuk turun dari buaian.." balas shofie.. Sambil memeluk tubuhnya sendiri.

"kalau terluka, macam mana.. Tau tak bahaya.." tegas haidan. Lalu haidan menyelak kain shofie.. Sehingga menampakan luka di lutut shofie.

"aaaarrhhh" jerit shofie lalu menarik turun kainnya semula. Shofie sudah berlari masuk kedalam rumahnya.. Dengan perasaan yang sebal.. Pelayan menunduk hormat sebelum pergi meninggalkannya haidan.

'bodoh.. Kenapa kau selak kain dia.. Kan dia dah salah faham..' bentak haidan sendiri memarahi dirinya sendiri. Memukul sendiri tangan yang menyelak kain shofie tadi.

Tanpa mereka sedari.. Ada yang memandang dari atas.. Tak tahu ingin dia marahi haidan atau berterima kasih kepada anak itu.

Rahimi mengetuk pintu bilik shofie.. Sebaik mendengar suara balasan shofie dari dalam bilik.. Dia melangkah masuk kedalam.

"seronok main buaian.." tanya rahimi. Membuatkan shofie tersentak.

"papa".. Shofie melihat peti kecemasan sudah berada ditangan papanya.

"duduk lah.." shofie duduk di birai katilnya.

Rahimi melutut di depan anaknya.. Membersihkan luka dan melekatkan pembalut di luka, kaki itu.

"lepas ni.. Janji dengan papa.. Jangan melompat macam tu.."

"tapi pa.. Shofie selalu..."

"kalau shofie buat lagi macam tu.. Papa akan buang buain tu.. Dan tak akan izinkan shofie naik apa-apa jenis buaian lagi selepas ni" tegas terdengar suara rahimi.

Didalam hati.. Rahimi risau berlipat lipat kali ganda.. Tak sanggup dia bayangkan.. Kalau shofie terjatuh.. Dan terluka dimana-mana.

"ya baik.. Shofie akan naik buaian dengan hati-hati.." lalu shofie mencium pipi papanya.. Membuatkan rahimi kembali tersenyum.

"satu.. Lagi sayang.. Jangan rapat dengan anak lelaki tadi.. Boleh kan.." kata rahimi.. Dia tak nak shofie bersaing dengan rania.. Kedua-dua mereka, adalah anaknya.

"oh.. Tu.. Shofie.. Tak suka dia.." terus terang shofie menyatakan.. Membuatkan rahimi tergelak kecil melihat wajah putrinya bertukar masam.

Harap begitulah anak.. Masih banyak lagi lelaki yang baik untuk kamu diluar sana.. Agar kamu dilindungi dan akan berjumpa dengan pasangan yang akan menyayangi kamu, hidup bahagia disamping nya .. Rahimi mencium dahi putrinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience