BAB 98

Romance Completed 175817

"shofie menantu bonda.." mahira menagis melihat keadaan shofie yang berbalut di leher dan kepala..

"salah bonda hari tu sayang.. Bonda cuai.." kata mahira sambil memeluk lembut shofie.

"bonda.. Bukan salah bonda.. Fie yang cuai.." kata shofie.

"ok both.. Kalau asyik salahkan diri masing-masing.. Sampai esok pun tak habis.." kata haidan.. Kerana dia dari tadi tercegat didepan pintu rumahnya tak dapat masuk kerana, melayan drama air mata mereka berdua.

"kamu ni, idan..!" marah mahira. Mahira memberi laluan untuk haidan melangkah masuk.

"hubby.. Boleh tak nanti nak pergi rumah mummy..." tanya shofie.. Sebelum sempat haidan sempat melangkah.

"la.. Nak kemana pula.. Masuk kedalam pun belum ni.." keluh mahira.. Lalu menarik masuk shofie ke dalam rumah.

"mumny nak datang.. Bonda.." kata shofie.

Mahira hairan.. Macam mana besannya, sampai nak datang kesini.. Katanya minggu hadapan.

"haidan terlepas cakap bonda.. Apa yang jadi.." haidan menjawap persoalan tanpa sempat, mahira bertanya.

"tak apalah.. Ajak mereka bermalam disini.. Lebih ramai lebih meriah.. Lagipun mereka tu bukan orang lain.. Ahli keluarga kita juga.." cadang mahira.

"yea bonda. Haidan pun pikir macam tu, nenda pun akan datang juga.." tambah haidan.

"nenda pun datang? Kamu pasti ni idan. Nenda tu tak pernah keluar dari rumah tu.. Kalau tak ada hal penting.." kata mahira tak percaya.

"bonda salah.. Shofie ni salah satu cucu kesayangan nenda.. Dia dah kalahkan is" kata haidan senang.. Lalu ketawa senang.

"hah!!"

Ada dua perkata yang bermain di pikiran mahira.. Yang pertama.. Shofie berjaya menawan hati eanita tua yang garang dan tegas itu..dan yang kedua.. Mahira melihat haidan ketawa.. Ketawa yang semula jadi.. Bukannya ketawa yang seperti sebelum ini.. Ketawa yang dibuat-buat.

"bonda akan suruh pelayan, siapkan bilik tamu lah.. Kalau macam tu.." kata mahira.

"sayang marilah ke atas.. Rehat di atas.. Sementara nak tunggu mummy sampai." kata haidan.

Shofie akur lalu naik keatas.. Menghabiskan masa di dalam bilik.. Haidan mengoleskan ubat diluka shofie.. Selepas shofie selesai mandi..

"auuh.." adu shofie.

"hubby sengaja kan.." marah shofie. Bila haidan terkasar menyapu ubat di belakang badan shofie.

"takkk.. Apa pula kata macam tu.. Hubby dah usaha, sapu dengan hati-hati.. Tapi sayang sakit juga.." keluh haidan.

"dah sakit.. Takkan nak cakap. Tak sakit pula.." rungut shofie.

"ok baby.. Hubby buat dengan lebih lembut ya.. Sayang" kata haidan. Shofie tersenyum mendengar ayat haidan itu.. Tambah pula dia melihat tangan haidan terketar ketar.. Bila menyentuh lukanya.

"comel.." kata shofie.

"siapa yang comel? " tanya haidan. Dia masih fokus menyapu ubat di tempat lain pula.

"my husband.." kata shofie. Haidan mengerutkan dahinya..

"lelaki mana ada comel.. Kacak, hensem.. Tu betullah.." bantah haidan.. Kenapa pula dia dikatakan comel..

"cuba senyum.." pinta shofie.. Haidan menarik senyumnya sebaris..

"tak nak yang macam tu.."

"dah tu...?"

"nak yang ada ni.. " shofie menekan pipi haidan dengan jarinya.. Haidan paham dengan maksud shofie tu...

"please.. Bukan fiya.. Honey bump yang nak tengok.. Papa dia punya dimple.." shofie menayangkan wajah comelnya dengan menyegetkan kepalanya..mengembungkan pipi, berkelip kelip mata berulang kali.. Kepada haidan.

'apa hal lah, comel sangat.. Tapi dia kata aku yang comel..' haidan menunduk menyembunyikan senyumannya.

" ya macam ni.. Manis dan comel.."shofie mengangkat wajah haidan yang sedang tersenyum dengan dihiasi oleh dua lesung pipit di pipinya.

'ya.. Senyuman ini yang dia mahukan.. Senyuman yang membuat dirinya terpikat.. Sejak pertama kali dia menjadi seorang isteri sebenar kepada haidan..'

" senyuman ni.. Hanya untuk sayang seorang... " kata haidan yang masih tersenyum.

Shofie memeluk haidan..

"ssnyum selalu hubby.. Moga honey bump dapat senyuman manis seperti papanya.." kata shofie perlahan..

"InshaAllah sayang.." haidan Menarik tangan shofie, meleraikan pelukan... Dia takut di luka dileher shofie terbuka.. Kerana shofie memeluknya dengan sangat erat.

"kenapa?!".. Marah shofie. Bila haidan, meleraikan pelukan mereka.

"tak ada apa.." haidan menunjukkan kearah leher shofie..

Shofie membalik matanya keatas.. Tiba-tiba dia merasa marah..

"fiya nak turun..bawah." lalu bangun dan berjalan pergi.

"hey.. tunggu kejap.." halang haidan.

Shofie berhenti melangkah.

"pakai baju betul-betul dulu.." haidan berlari dan mengancingkan baju shofie yang hanya dikancing separuh sahaja.

"hah.. Bukan ada orang tengok pun.. Semuanya perempuan dalam rumah ni.." balas shofie.

"mana ada semua.. Haikal.. Driver.. Tu depan tu pengawal.. Kalau mereka tengok, macam mana.." tangan haidan masih ligat mengancingkan baju shofie.

Haidan mengikut shofie turun kebawah.. Haidan tahu shofie sedang marahkannya.. Jadi dia memilih untuk berjalan di belakang shofie saja..

Mendengar kecoh kecoh dibawah shofie melajukan langkahnya memijak anak tangga turun kebawah.

"sayang.. Hati-hati" tegur haidan.. Risau melihat shofie seolah olah berlari turun.
Shofie berpaling dan mecebikkan bibir bawahnya kepada haidan..

'sekarang aku keliru.. Kenapa dia kata aku yang comel.. Padahal.. Aku nampak dia yang paling comel sekali..'

"mummmmyyyy!!" jerit shofie.. Bila melihat shofyna bediri. Di ruang tamu. Dia berlari memeluk shofyna..

Haidan cemas. Tanpa dia sedar kakinya, turut berlari bersama dibelakang shofie. Bila sampai dibawah dia melihat ada tetamu di ruang tamu rumahnya.. Langkahnya terhenti. Rahimi dan sabri turut ada bersama.. Begitu juga farhan, farid dan wadhiah..

"sayang.. Anak mummy.. Ya allah.. Kenapa boleh jadi macam ni..?" tanya shofyna cemas. Dia meneliti tubuh shofie..

"shofie baik baik saja mummy.. Mummy jangan lah risau.." kata shofie.

"papa pun ada.." kata shofie riang.. Rahimi, sekadar senyum dari jauh kerana shofie masih berada didalam pelukan shofyna.

Dan malam itu rumah tersebut riuh dengan suara mereka yang ramai itu.. Rahimi melihat shofie selesa dengan keluarga tersebut.. Wajah shofie tak lekang dengan senyuman..

'nampaknya.. Shofie memang layak menjadi menantu keluarga ini.. Mereka melayan shofie seperti shofie itu anak mereka..' rahimi senang melihat situasi itu..

"saya minta diri dahulu.. Lah puan seri.. Dan ahli keluarga yang lain.." rahimi meminta diri untuk pulang.

"datuk.. Bermalam saja disini.." pelawa mahira.

"terima kasih.. Puan sri.. Bukan saya nak menolak pelawaan puan sri.. Tetapi.. Mungkin lain kali.." kata rahimi sopan.. Mahira mengangguk.

"papa.." panggil shofie.

"mari teman kan papa sekejap sayang.." panggil rahimi. Shofie mengangguk lalu bangun dari duduknya yang diapit oleh shofyna dan wadhiah.

"kejap ya nenda, mummy... Shofie jumpa papa sekejap.." dua wanita itu mengangguk.

"kamu namoak tak kak.. Dia berani cakap dengan nenda. Nenda nampak mesra dengan kak ipar lah" bisik annaila ke terlinga annisa.

"bukan nenda sukakan kak yumna ke.." annisa membisikkan kembali.

Dalam mereka tak sedar.. Wadhiah sedang memang kearah dua cucu perempuan kembar itu.

"kamu perlu hormat, kakak ipar kamu.. Tak perlu pikirkan orang lain, sekarang ni dia dah jadi ahli keluarga kita." tegur wadhiah.

"nenek setuju! dengan perkhawinan abang ni.. Nenek tak pikir ke..yang mungkin.."

"tutup mulut, kamu annisa!!" mahira memotong ayat annisa.

Annisa diam tak menyambung kata-katanya lagi..

Manakala yang lelaki sudah naik keatas , bersama bersembang di ruang rehat atas.

"papa balik dulu ya sayang" kata rahimi

"ya pa.. Terima kasih.. Datang lawat shofie" shofie memeluk rahimi..

"tentu saja sayang..." balas rahimi.

"papa harap shofie bahagia dengan pilihan shofie.." ucap rahimi memeluk erat bahu anaknya..

"terima kasih pa.. Kerana restui penikahan ni papa.. Shofie sayang papa.." shofie membalas pelukan papanya..


Persiapan majlis mereka hampir selesai.. Shofie bersyukur mempunyai ibu dan ibu mertua yang turut membantu, persiapan majlis tersebut.. Dia hanya perlu menyiapkan dirinya sahaja..

********

Waney tamatkan pemaksa cinta disini dahulu..akan bersambung pemaksa cinta 2...ya.. Nantikan.. Mohon sokongan dari para reader yang baik hati... Dan sporting.. Love you all...

Share this novel

Siti Khadijah Ahmad
2022-05-18 17:14:17 

jln cerita yg menarik terus berkarya

Wan Hamilah E'lah
2021-07-12 12:35:30 

jln cerita yg x membosankan... teruskan berkarya

KARMILA PATTA
2021-07-11 17:47:48 

best sangat baca hasil karya nie.. dak sabar tunggu yg ke2


NovelPlus Premium

The best ads free experience