BAB 32

Romance Completed 175736

Penggera telefon bimbit shofie sudah berbunyi.. Dengan mata yang masih tertutup.. Shofie mengapai telefon tersebut. Mematikan penggera itu, dari terus membingitkan telinganya. Dia bangun dari baring ke posisi duduk.. Mengaru kepalanya.. Kemudiannya megeliat sepuas-puasnya. Dengan langkah yang perlahan di menuju ke bilik air.. Membersihkan diri.. Bersiap untuk solat. Hari ini dia perlu ke hospital awal.. Oleh sebab kemarin dia langsung tak meluangkan masa bersama papanya.

Selesai solat.. Shofie bersiap untuk keluar. Dia sudah menempah grab untuk ke hospital. Shofie lebih selesa begitu. Bukannya tak ada pemandu di rumah mereka.. Tapi dia tak mahu pemandu akan menunggunya sentiasa, jika dia berada di luar nanti.

Sampai dihospital, shofie turus ke bilik rawatan yang menempatkan papanya.. Kelihatan rahimi masih tidur lena.. Manakala sabri sedang tidur di atas katil tambahan untuk waris yang menemani pesakit.

Shofie duduk dikerusi disamping papanya.. Lalu meletakkan kepalanya di atas katil.. Menutup matanya perlahan lahan.. Memandangkan waktu itu masih dikira awal.. Sedangkan matahari juga masih memunculkan diri..

Sabri yang tersedar dari lenanya.. Alangkah tergejutnya melihat satu susuk asing menempel di katil tuannya. Lalu dia segera menghampiri..

"ya Allah.. Shofie rupanya..." katanya perlahan.. Lalu dia melangkah, ke bilik air...membersihkan diri dan bersiap untuk solat subuh.

Selesai solat. Dia memerhati ke arah katil. Shofie yang masih terlena dengan berbantalkan lengannya sendiri.

Sabri menyentuh bahu anak itu dengan berhati-hati.. Agar shofie tak segera tergejut dari lenanya. Shofie merengek kecil bila lenanya terganggu. Menepis tangan sabri. Sabri mencuba lagi. Kali ini shofie sudah terjaga sepenuhnya.

"pakcik" kata shofie.

"pakcik nak keluar sekejap.. Beli makanan.. Fie tunggu papa ya.." pinta sabri.

"tak apa.. Pakcik"

"biar fie yang belikan breakfast untuk kita.. Pakcik tunggu papa" shofie sudah bangun dari duduknya .. Namun masih menayangkan wajah ngantuknya.. Siap menguap.. sampaikan mengeluarkan air mata di hujung-hujung tubir matanya.

"fie tunggu lah.. Pakcik takut..bila datuk bangun nanti fie,tak ada.." sabri tersenyum sambil tangannya menyentuh bahu gadis itu.

"hmm.. Rasanya baik fie pesan makanan melalui delivery saja.. Pakcik. Senang.. Kita bedua tak payah pergi.." cadang shofie. Dia tak sanggup pula nak benarkan pakcik sabri pergi sendirian..

Sabri mengangguk setuju.. Begitu lebih baik pikirnya.. Kemudian shofie mengeluarkan telefon bimbitnya.. Lalu membuat pesanan.

"pakcik..tengah hari nanti.. Fie nak keluar sekejap ya.. Nanti pakcik jagakan papa ya.."ucap shofie.

" baik.. "balas sabri.

Rahimi membuka matanya bila dia mendengar suara yang sedang bercakap cakap dekat dengannya.

" shofie.. "sapanya ceria.

" ya.. Pa.. Ni fie.. "jawap shofie. Menyengetkan kepalanya ke kiri sambil tersenyum manis. Shofie mengambil tangan rahimi.. Lalu menciumnya.

Mereka kemudiannya, berborak ceria.. Sabri membantu tuannya membersihkan diri.. Selesai urusan itu. Shofie memakaikan pakaian kepada rahimi.. Menyikat rambut rahimi yang sudah bertukar warna putih keseluruhannya. Akhir sekali membedakkan wajah rahimi dengan bedak bayi..

"wah.. Hensem dah.. Papa shofie.." puji shofie.

"tengok.. Sabri.. Dia buat saya, macam bayi dia.. Bebedak bagai" rungut rahimi. Sabri tegelak kecil mendegar rungutan rahimi..

"papa ni.. Kan wangi macam ni" lalu shofie mencium pipi papanya.

Mereka masih bersenda gurau.. Sampai seorang jururawat datang untuk memeriksa rahimi.. Datang pula seorang lagi menghantarkan makanan untuk rahimi..lalu mereka makan bersama keran makanan yang shofie hantarkan sudah sampai awal tadi.

Shofie menemani rahimi diruang rawatannya.. Bila hampir masuk waktu tengah hari.. Shofie meminta diri.. Sempat dia memesan makanan buat sabri. Sebelum dia berlalu pergi.

Grab yang ditempah shofie sudah sedia menunggunya, dibawah. Shofie segera turun selepas bersalaman dengan rahimi.

Lima belas minit perjalanan yang senyap sunyi.. Mujur keadaan jalan raya agak lengang kerana belum masuk waktu makan tengah hari. Grab berhenti betul-betul di bawah bangunan milik Zayn Holding..

Shofie turun dari grab, sebaik membayar tambangnya.. Dia mendongak memandang bagunan yang gagah berdiri didepannya.. Bagunan pencakar langit.. Dia menutup matanya dengan tangan akibat silau sinaran matahari.. Bila memandang puncak bangunan tersebut.

Shofie melangkah masuk kedalam lobi bangunan tersebut.. Menghampiri kaunter yang ada dua orang penyambut tamu disitu.

"maaf.."

"boleh saya nak berjumpa dengan tuan muda zayn haidan"

Penyambut tetamu itu memandang shofie dari atas kebawah.. Kemudian bawah keatas..

"cik ada buat temu janji.." tanyanya.

"tak.. Saya.."

"kalau tak buat temu janji.. Cik tak boleh naik.." potong gadis cantik berambut panjang tersebut. Nadanya yang lembut tadi sudah meninggi .. Kemudian dia menghampiri sahabatnya.. Lalu berbisik-bisik sesuatu..Shofie kemudiannya berbalik tubuhnya..

'salah aku juga, memang patut pun dia marah.. Aku pun nak datang.. Main terjah saja.. So macam mana aku nak jumpa haidan..' lalu shofie membawa dirinya duduk di ruang menunggu yang sudah disediakan satu set sofa disitu.

'apa boleh buat.. Tunggu lah sekejap.. Mana tahu.. Jumpa sesiapa yang aku kenal.. Boleh minta tolong..' shofie memujuk dirinya sendiri. Menunduk saja sedang bermain telefonnya.

Sejam dia menunggu disitu.. Sudah banyak pekerja yang keluar dari bagunan tersebut.. Lalu dia memandang jam tangan yang terikat kemas ditangannya.

'Sudah masuk waktu makan tegah hari rupanya. Patutlah ramai yang dah keluar.. Tapi kenapa orang yang aku tunggu.. Tak muncul-muncul..' keluh shofie.

Sementara di dalam.. Haidan sedang sibuk menghadiri mesyuarat penting.. Marwan juga turut berada didalam bilik mesyuarat tersebut.

Berkali-kali sudah telefon milik marwan begegar.. Namun dia langsung tak mengendahkannya kerana sibuk mendengar butiran mesyuarat yang berjalan.

'siapa yang dari tadi call ni.. Tak boleh sabar ke.. Orang sedang sibuk ni..'rungutnya.. Tunggang langgang nota yang dicatatnya..akhirnya dia memberi isyarat kepada haidan, meminta izin untuk keluar. Sebaik saja menutup pintu bilik mesyuarat.. Dia terus menjawab panggilan yang dari tadi asyik mengganggunya.

"hah.. Kenapa.."

"baik kau cakap benda yang penting sekarang.. kau dah ganggu aku" marah marwan.. Sampaikan setiausaha haidan, gina yang sedang duduk dimeja kerjanya, tersentak dan terus berpaling memandang kearah marwan.

"apa kau cakap.."

"kau jangan main-main"

"hmmm... Ok" marwan mematikan panggilannya..

Lalu marwan,pergi dengan tergesa-gesa ke arah lif. Menekan butang G. Sebaik saja pintu lif terbuka.. Dia memandang seseorang yang amat dikenali nya sedang duduk di ruangan menunggu.. Tertunduk sedang bermain telefon bimbitnya. Marwan menghampiri kaunter penyambut tetamu.

"selamat tengah hari tuan.." sambut mesra dua gadis cantik tersebut. Mereka berdua berdiri hormat kepada marwan.

"berapa lama sudah kamu biar.. Cik itu menunggu disitu.." tanya marwan tegas. Merenung dua gadis tersebut dengan tatapan mata yang tajam.

Dua gadis penyambut tetamu itu saling berpandangan.. Wajah yang ceria tadi sudah bertukar pucat.

"jawap bila ditanya.." tekan marwan. Masih mengawal nada suaranya agar tak didengari orang lain. Salah satu gadis tadi memandang jam tangannya. Marwan dapat melihat gadis tangan gadis itu terketar - ketar.

"hmm.. Cikkk.. Tu sudah menungguu dalam satu jam, lima belas minit tuan.." jawap gadis tersebut.

PAPP.. marwan menepuk kaunter tersebut kuat..

"cik tu tak ada temujanji tuan.."sampuk satu lagi gadis.

" ya tuan.. Dia nak jumpa tuan muda.. Jadi kami tak izinkan.. " sambungnya lagi.

Marwan terus pergi meninggalkan dua penjambut tamu tersebut. Bila melihat shofie sudah bangun dari tempat duduknya.

" cik muda shofie.. "tegur marwan.

" hmm.. Saya.. "kata shofie.

" cik kenal saya.. Saya personal assistant tuan muda haidan.. Marwan. " marwan memperkenalkan dirinya.. Bila melihat shofie nampak seperti tergejut.

" oh.. Ya.. Encik marwan.. Maaf..saya hampir terlupa.. "kata shofie dengan senyuman.

" boleh saya tahu.. Apa yang cik muda buat di Zayn Holding.. " tanya marwan sopan.

" hmm.. Saya.. Nak jumpa tuan muda.. Tapi tu lah.. Lupa pula saya.. "kata shofie. Wajahnya tersenyum manis.

" saya datang begitu saja.. Salah saya juga.. Boleh encik marwan tolong saya.." pinta shofie.

" panggil saja saya marwan. Disebabkan ini pertama kali cik muda datang ke Zayn Holding.. Saya akan tolong cik muda jumpa dengan tuan muda.." kata marwan senang.

" Betul ni.. Terima kasih marwan.. Saya sungguh telah berhutang budi dengan kamu" kata shofie ceria.

"sila lah.. Saya tunjukkan jalannya.." kata marwan.. Shofie mengangguk saja. Semasa melintas kaunter penyambut tetamu.. Sempat dia memberikan tatapan mata yang tajam kearah dua gadis tadi. Lalu mereka ke lif peribadi khas untuk vvip.

"mati kita.."

"kau dengar tak.. Tadi dia panggil.. Cik muda."
Keluh, dua gadis penyambut tetamu tadi, bila melihat marwan pergi bersama shofie dengan menggunakan lif peribadi.

Lif membawa mereka naik di tingkat yang paling tinggi sekali di bangunan tersebut.

"cik muda silalah tunggu disini sekejap ya.. Tuan muda masih dalam bilik mesyuarat.. Nanti saya maklumkan kepada dia.." pinta marwan.. Kemudian pergi meninggalkan shofie.

"gina.. Itu cik muda shofie.. Tetamu tuan muda.. Take care of her.. Make one cup of coffee for her.." arah marwan tegas.. Lalu dia menghilangkan diri disebalik pintu bilik mesyuarat.

Gina memerhatikan saja shofie.. Gadis bermata bundar, berambut sedikit perang.. Memakai waterfall cardigan dan seluar denim panjang berwarna biru tua. Sebaik mata mereka bertentangan. Mereka saling tersenyum.. Gina kemudiannya berjalan kearah pantry.. Kemudian datang semula dengan secawan kopi ditangannya..

"sila cik muda shofie" pelawa gina. Lalu meletakkan secawan kopi di depan shofie.

"terima kasih.." balas shofie.. Gina kini kembali duduk dimejanya.

Marwan yang baru melangkah masuk kedalam bilik mesyuarat tersebut terus menghampiri haidan. Membisikkan tentang kedatangan shofie..dan sedang menunggunya. Haidan yang mendengar terus melebarkan senyumannya.

'akhirnya kau datang.. Gadis bermata bundar..yang degil..kalini.. Aku akan biar kau..rasa. Macam mana rasanya sakit bila, biar orang menunggu..' senyuman haidan semakin melebar..

Marwan kemudiannya duduk semula ditempatnya.. Haidan masih meneruskan mesyuarat tersebut.

Shofie memandang jam tangannya.. Menggaru kepalanya yang tak gatal.. Melihat sekeliling.. Dia sudah merasa bosan. Lalu dia mengambil majalah yang berada di situ.. Lalu membacanya.

Kemudian kelihatan beberapa orang keluar dari balik pintu yang marwan masuk tadi.. Haidan dan marwan keluar..namun tak mengendahkan keberadaan shofie. Shofie yang ingin bangun tadi membatalkan niatnya. Melihat sahaja haidan dan marwan pergi begitu saja dengan beberapa orang.

'tunggu sajalah shofie' sekilas memandang jam yang berada di dinding.

Satu jam berlalu....

Dua jam berlalu....

Tiga jam berlalu....

"saya balik dulu ya.. Cik muda shofie.." kata gina sudah siap menggalas beg tangannya dibahu.

"cik.. Boleh saya minta tolong cik.. Maklumkan kepada tuan muda.. Yang saya masih menunggu disini.." pinta shofie.

"ya boleh.. Sekejap ya." lalu gina kembali ke mejanya.. Dia melakukan seperti yang diminta oleh shofie tadi.

"dah cik muda, saya dah maklumkan.. Saya balik dahulu ya.." kata gina.. Membalas senyuman dari shofie.

Shofie tersenyum saja melihat gina berjalan pergi.. Wajahnya kembali muram.. Lalu duduk disofa yang sama selama beberapa jam tadi..

'hampir seharian aku disini.. Kalau aku tertidur kat sofa ni macam mana..' keluhnya.. Menongkat dagu dengan kedudua-dua belah tangannya.

Share this novel

WaneyZack
2020-05-28 20:34:10 

Nantikan esok ya.. InshaAllah ada..

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-28 20:29:51 

update lg please...x sbar nk baca=)

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-28 20:29:49 

update lg please...x sbar nk baca=)


NovelPlus Premium

The best ads free experience