BAB 17

Romance Completed 175736

Di apartment yang dihuni oleh tiga dara.. Shofie yang berada didalam biliknya sedang bersiap untuk pulang kerumah keluarganya..

"fie.. Fie.." panggil waheeda. Di ruang tamu.

Shofie keluar dari biliknya lalu ke ruang tamu ..

"kenapa.."

"Encik taufiq dah ada di tunggu diluar.." kata waheeda..

"oh ok.." balas shofie.. Kemudian masuk semula ke biliknya.. Lalu mengambil beg galasnya..

"fie balik dulu.. Kita jumpa nanti.. Bye.." katanya ceria.. Melambai kearah dua kawannya.

"hati-hati tau fie.." kata waheeda.. Shofie hanya membalas dengan anggukan.

Shofie membuka pintu utama rumahnya.. Diluar taufiq sudah berdiri tegak tersenyum memandangnya.

"hensem kan cik abang fie.." kata dalisha berbisik ke telinga waheeda.. Yang sedang memegang pintu utama apartment tersebut.. Waheeda lalu menyiku perut dalisha.

Shofie yang sedang menyarungkan ballerina flat dikakinya..menahan tawa, setelah mendengar kata yang diucap oleh dalisha. Tangannya membuka pintu grill.. Lalu keluar.. Sebaik saja sampai di depan taufiq.. Ketawanya pecah. Membuatkan taufiq kehairanan sendiri.

"apa yang kelakarnya fie.." tanya taufiq.

"nothing.." geleng shofie.. Masih terbayang wajah cemberut dalisha.

Taufiq menarik beg galas dibahu shofie lalu mengalas dibahunya.. Shofie membiarkan sahaja.. Perlakuan taufiq.

"thanks.. Fiq.." kata shofie.

Taufiq membalas dengan senyuman.. Lalu menarik tangan shofie.. Lalu megengamnya erat. Mereka jalan beriringan turun ke lantai bawah.. Bersedia menepuh perjalanan menuju ke rumah keluarga shofie.

Tiga jam perjalanan.. Akhirnya mereka sampai di pintu pagar utama rumah tersebut.. Taufiq menurunkan tingkap kaca bahagiannya.. Menyapa penjaga pintu pagar utama.

Pintu pagar utama dibuka.. Lalu taufiq memandu masuk.. Terdapat beberapa kereta asing berada didalam kawasan perumahan tersebut..

"fie.. Bagun fie.. Kita dah sampai ni.." panggil taufiq.. Sambil memandu masuk.. Lalu mencari tempat untuk memakir kan keretanya... Memandangkan kawasan pakir sudah di halang oleh beberapa kenderaan besar. Sekilas memandang shofie yang masih terlena..

Dari jauh sabri melihat sebiji kereta masuk ke perkarangan rumah tuannya.. Dia sedia maklum akan pemilik kereta tersebut. Dia berjalan menuju ke hadapan.

Taufiq turun dari kereta.. Dan melihat keadaan.. Dia mengaru belakang kepalanya.. Tak berani pula dia nak memakirkan keretanya ikut suka hatinya..

"fiq.." terasa bahunya ditepuk dari belakang. Lalu dia menoleh.

"pakcik.." kata taufiq dan mereka bersalaman.

"parking kereta kamu disana nak.." tunjuk sabri kearah kawasan berhadapan dengan padang rumput. Taufiq memandang kearah tersebut.. Lalu mengangguk faham.

Selesai memakir keretanya.. Taufiq mengejutkan shofie sekali lagi..

"fie.. Bangun.. Kita dah sampai.." panggil taufiq lembut.. Mengelus pipi shofie.. Dengan belakang jari telunjuknya..
Taufiq mengulang panggil shofie..sampai shofie mula mengeliat kecil.

Shofie mengosok-gosok matanya.. Perlahan-lahan membuka mata.. Dia memandang taufiq.. Seperti selalunya.. Taufiq tersenyum manis kepadanya.

"puas tidur sayang.. Kita dah sampai.." kata taufiq.. Dan dihujung ayatnya.. Dia ketawa kecil.

"ck..." shofie berdecit..

"gatal" sambungnya lagi. Memandang kearah lain, taufiq yang sedang memeluk stereng kereta ketawa suka.

"marah pun comel" kata taufiq.. Selepas tawanya mati.

"ahhh... Malas layan.." lalu shofie turun dari kereta.. Berjalan masuk kedalam rumah.

Sabri menyambut kepulangan shofie dimuka pintu utama.. Shofie berjalan masuk.. Selepas bertengur sapa.. Sabri kemudiannya mencari kelibat taufiq. Lalu dia berjalan keluar semula.. Rupanya taufiq sedang berjalan masuk sambil tersenyum senyum sendiri..

'anak muda.. Sedang bercinta.. Jalan sendirian pun senyum-senyum' katanya dalam hati..

Shofie mencari papanya.. Lalu menuju ke bilik bacaan papanya..

"pa.." panggilnya.. Bila melihat rahimi yang sedang duduk di sofa bilik bacaan. Berlari shofie memeluk rahimi.. Sampaikan terjatuh buku yang dibacanya ke lantai.

"allah.. shofie.." adu rahimi.. Lalu membuka kacamata bacanya.

"rindu papa.." balas shofie. Seraya mencium pipi papanya.

"kalau rindu.. Balik lah..naik flight.. Sekejap saja dah sampai.. Ni sampai nak kena papa panggil balik.. Baru nak balik.." rungut rahimi sekali menepuk belakang shofie..

"ha.. Tu pun sama.. Dua-dua nak kena.." sambungnya menunjuk kearah taufiq yang baru menampakkan diri di pintu. Taufiq menunduk hormat kepada bakal mertuanya.

"masuk taufiq.. Duduk sini dengan papa" panggil rahimi.. Shofie melepaskan pelukan.. Lalu mengutip buku yang terjatuh ke lantai tadinya.

"pa.. Fiq kata.. Kenduri.. Kenduri apa pa.. Abang rafiee.. Ke? ” tanya shofie. Rahimi menggeleng.. Menidakkan.

" kenduri kakak fiya dengan abang raffa.. Nak dapat baby.. Apa tu.."rahimi mencari perkataan untuk menyempurnakan ayatnya.

" baby shower " kata shofie.

" ya.. Ya.. Tapi papa taknak kata itu.. Lebih elok panggil kenduri kesyukuran.. Sekali buat tahlil untuk arwah-arwah sebelumnya.. "terang rahimi..

" yea.. Tak lama dah fie nak dukung baby.. "kata shofie teruja..

" boleh ja nak dukung baby.. Dukung baby sendiri lagi seronok" usik rahimi.. Sekali memandang kearah taufiq yang tersenyum dan menunduk. Shofie sudah memerah wajahnya.. Lalu bangun..

"fie nak cari kak fiya.." katanya lalu berjalan keluar dari bilik bacaan itu.

"malu lah tu.. Tu yang lari.." kata rahimi kepada taufiq. Taufiq hanya mampu tersenyum membalas.

"macam mana kamu berdua disana.. Ok semuanya.." tanya rahimi kepada calon menantunya.

"alhamdulillah pa.. Semuanya dalam kawalan.." balas taufiq..

Rahimi tersenyum.. Lalu menepuk bahu taufiq.. Berkali kali.

'sungguh saya mengharapkan kamu menjaga shofie sekali menjaga aset saya disana.. Yang akan menjadi hak kamu berdua juga akhirnya nanti' kata rahimi.. Begitulah mengikut perancangannya. Dia ingin berehat lebih awal dari dunia korporat.. Sudah sampai masanya dia mengundur diri dan memberi peluang kepada pelapis baru generasinya menerajui.. Agar penuh dengan idea - idea baru dan lebih segar..

Shofie berlegar-legar di ruang rumahnya.. Mencari kakak iparnya.. Di bilik tiada.. Jadi dia turun ke lantai bawah.. Menuju ke dapur. Orang perempuan selain bilik.. Dapur adalah tempat utamanya kan...

"assalamualaikum mummy to be" tegur shofie.. Melihat tubuh luthfiya yang dua kali ganda dari tubuh asalnya dahulu.

"fie.. Waalaikummusalam.. Auntie to be.." balas luthfiya. Mereka berdua saling berpelukan erat..

"aiip.." raffa meleraikan pelukan mereka.

"abang.." rungut shofie. Tak puas hati.

"ingat sikit siapa ditengah.." kata raffa menunjukkan kearah perut luthfiya yang sungguh menonjol.

"kesian baby papa nanti ni.. Auntie fie kepit dia" kata raffa bercakap diperut luthfiya.. Kemudian mengosok-gosok lembut perut isterinya.

"ngada.." rungut shofie.. Lalu melipatkan tangannya memeluk tubuh. Tanda tak puas hati..

"ingat senang ke nak dapat satu ni.. Lama abang tunggu tau.. Kena lah jaga.. Juara abang ni.." tambah raffa masih tak mahu mengalah.

"abang.. Jangan gaduh dengan fie.. Macam budak-budak lah.." kata luthfiya menepuk lengan suaminya. Terus masam wajah raffa. Shofie ketawa suka melihat wajah masam raffa..

"yes.. yes.." sorak shofie.. Lalu memaut lengan luthfiya. Suka bila kakak iparnya memihak kepadanya.

"oh..patutlah bising saja.. Rupanya ada budak ni.." tegur rafie.. Dan hidung mancung shofie menjadi sasarannya.

"kak.. Tengok.. Sakit" adu shofie.. Menunjukkan hidungnya yang kemerahan.. Luthfiya mengosok-gosok manja hidung mancung shofie.

"mari ikut kakak.. Kita stay dalam bilik..tinggal saja mereka disini.."ajak luthfiya.. Menarik tangan shofie, agar shofie mengikutnya di belakang..

Raffa dan rafie saling berpandangan dan terdiam.. Memandang tak percaya.. Dua insan tadi telah pergi meninggalkan mereka berdua di dapur. Raffie mengaru kepalanya yang tak gatal. Bila abangnya merenungnya tajam.

"mana fie.." tanya taufiq yang baru muncul.

"tak payah tanya fie.. Mari ikut kami.."kata raffa lalu memaut bahu bakal adik iparnya..

" rafie.. Kau ikut sama.. Jangan nak lari.. Ni semua salah kau"tegas suara raffa.

Rafie yang tak mengerti.. Akhirnya menurut.. Melangkah pergi mengikut abangnya menyelesaikan persiapan untuk majlis esok harinya.

Ainun turun ke bawah mencari rania.. Bila melihat anak lelakinya sedang sibuk memantau pekerja yang sedang menyiapkan khemah dan segala persiapan untuk esok dia melangkah masuk semula kedalam.

Kaki melangkah naik keatas.. Lalu dia bertemu dengan rania yang sudah bersiap untuk keluar.

"nia nak kemana ni" tanya ainun.

"nak keluar ma.." balasnya.

"yea la keluar.. Kemana" tanya ainun lagi. Rania mengeluh berat. Sebelum menjawap.

"shopping.. And spa.." katanya.

"mama nak ikut" katanya.. Dia sendiri mahu membeli perhiasan untuk dirinya untuk esok.

"ahh. Ma...ni. Cepatlah ma.." kata rania.. Yang melangkah turun ke bawah. Dia rimas melihat para pekerja yang sedang melakukan kerja di depan pintu utama rumahnya.

"abangg...." panggilnya.. Raffa yang berada tidak jauh dari situ datang menghampiri.

"kenapa jerit-jerit.. Abang dengar.. Kenapa panggil ni.. Abang banyak lagi kerja ni.." runggut raffa.

"ubah lori tu.. Nia nak keluar.." katanya sambil menghentak kaki..

"nak kemana.. Semua sibuk untuk esok.. Nia pula nak keluar..

" nia ada hal nak keluar dengan mama.."tambahnya. Sambil memeluk tubuh.

" kenapa nii.. "tanya ainun yang datang dengan mengalas beg tangannya. Siap untuk keluar.

" mama pun nak keluar.. Esok kan majlis.. "kata raffa.

" majlis tu esok.. Cepat ubah tu.. Kami nak keluar" arah ainun..

Raffa memanggil seseorang untuk mengalihkan kenderaan yang menghalang kenderaan rania.. Raffa memerhati sahaja kereta rania menuju keluar dari perkarangan rumah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience