BAB 18

Romance Completed 175736

Hujung minggu... Hari ini rumah besar milik rahimi sekeluarga penuh dengan sahabat handai terdekat.. Tambah lagi dengan jemputan anak tahfiz dan anak yatim datang memeriahkan majlis..

Rahimi bediri gagah di hadapan menanti tetamunya.. Menyalam setiap tetamu yang hadir dengan wajah yang manis dengan senyuman.

Haidan yang datang sendiri ke masjid tersebut tanpa ditemani oleh bondanya ataupun pembantu peribadinya.. Segak berpakaian baju melayu warna biru navy.

"assalamualaikum datuk.."tegurnya.

" ah.. Tuan muda haidan.. Sorang saja.. Kenapa puan sri tak datang bersama.. "tanya rahimi tak melihat bakal besannya datang bersama.

" bonda ke luar negara.. Maaf lah tak dapat hadir.. " balasnya sopan.

" masuk lah.. Kejap saya panggilkan rania" kata rahimi.. Mencari rania. Dan dia meminta agar haidan duduk dahulu di meja yang telah disediakan.

Haidan lalu duduk sambil minum air yang pelayan sediakan.. Matanya liar memandang permandangan kawasan rumah tersebut. Lalu terhenti di satu wajah yang mampu menarik minatnya.

Shofie cantik mengenakan baju kurung kain kapas.. Dengan bunga-bunga kecil. Tampak seperti gadis polos dari desa.. Tersenyum manis.. Sedang menolong pelayan menghidangkan makanan di meja buffet.

"cik shofie.. Ni kuihnya.." kata pelayan yang sedang menatang dua piring besar kuih ditangannya.

"eh.. Kak.. Kenapa tak ajak fie.. Untuk ambilkan kuih.." kata shofie lalu menyambut salah satu piring besar yang terisi kuih..

"rasa ni kak.. Sedap tak.." kata shofie.. Seraya menyuapkan kuih di mulut pelayan tadi.. Terangguk angguk dibuatnya dengan mulut sedang mengunyah menikmati makanan didalam mulutnya.

Haidan tersenyun sendiri melihat cara shofie bergaul mesra dengan para pelayannya..

tuan muda haidan.. Maaf.. Kami terlambat.." kata ainun yang baru muncul dengan rania dibelakangnya.

Haidan bangun tersenyum sedikit kearah ainun. Ainun menyuruh rania agar duduk dekat dengan haidan.. Lalu dia mengarahkan, pelayan menghidangkan makanan kepada haidan dan rania.

" tuan muda haidan makan lah dengan rania yea.."kata ainun lembut sambil tersenyum manis kearah haidan.

Haidan kemudiannya makan.. Tanpa berbicara sepatah pun dengan rania.. Baginya rania seumpama tidak wujud didepannya.

Rania makan perlahan, makanan yang dihidangkan oleh pelayan.. Sekali dia memerhati didepannya memandang haidan yang tampak segak dengan mengenakan baju melayu siap bersongkok.

'kau kacak.. Tapi sayang kau sombong..' kata rania.

Haidan yang tahu dirinya diperhatikan langsung tak mengendahkan perkara tersebut. Dia makan makanannya sehingga selesai.. Kemudian menghabiskan airnya yang terisi didalam gelas.. Sebaik habis.. Pelayan datang lagi mengisi.. Sampailah gelas yang ketiga.. Sehingga dia selesai meminumnya.

"maaf saya nak ke toilet" kata haidan. Rania yang tadi tercengang.. Matanya terkebil-kebil..tak percaya.

"ha.. Apa.." tanya rania perlahan. Rania memerhati Haidan sudah berdiri..

"saya nak ke toilet" ulangnya lagi.. Dengan nada yang dingin . Sebelum berlalu pergi begitu saja. Tanpa memdapat balasan daripada rania. Haidan meninggalkan rania sendirian.

Rania yang merasa bengang.. Melempar sudunya ke pinggan.. Lalu mengambil gelas yang terisi air.. Meminumnya dengan rakus...

"kenapa.. Mana haidan.. Kamu borak apa dengan dia tadi.." tanya ainun kepada rania.. Bila melihat rania tinggal sendirian.

"dia nak ke bilik air" balas rania acuh tak acuh.

"itu saja.. Kau tak bincang dengan dia tentang pertunangan kamu.." tanya ainun.

'bukan kata nak bincang hal berkaitan pertunangan dan arah tuju hubungan ni.. Dia pandang aku pun tak.. Last-last.. Cakap nk ke toilet'.. Rungut rania sendiri.

Rania mengeleng perlahan.. Ainun merasa hampa dengan anaknya yang menyia-nyiakan peluang yang ada.. Bukan senang nak berjumpa dengan anak muda tersebut kalau tak ada acara begini. Ainun menepuk keras bahu rania.. Sampaikan anak itu mengaduh sakit.

Haidan berjalan ke ruang belakang rumah tersebut.. Sampai dia sendiri tak menyedari dia sudah masuk ke ruang pelayan.. Dimana semua makanan berada di bahagian didapur tersebut.

"maaf.. Dimana bilik air.." tanyanya.. Kepada gadis berbaju kurung berbunga-bunga kecil.

Shofie yang sedang menyusun kuih kedalam piring mengangkat wajah.. Tergejut bila melihat haidan berada didepannya. Bersandar di pintu masuk kedapur belakang.

"buat apa dekat sini" tanya shofie dingin.

"cari toilet.. Tersesat sampai kesini.." alasan haidan. Dia lalu masuk kedalam ruang dapur.. Lalu duduk di kerusi dihadapan shofie. Membuatkan shofie mengeluh.

"encik keluar dari pintu tu.. Terus kedepan dan belok kiri.. Ada bilik air disitu" jawap shofie.

"hmm.. Boleh saya makan disini" tanyanya.. Namun tangan haidan sudah mengambil kuih yang masih berada didalam bekas.

"tetamu lebih elok makan dihadapan.. Dibelakang ni bersepah sikit" balas shofie.. Tak mahu dianggap kurang sopan.

"saya selesa disini.. Di depan ramai sangat orang.." katanya lagi.

"ikutlah.. Tapi maaf.. Saya tak layan tuan.. Saya banyak kerja.." kata shofie sebelum berjalan ke singki dan mula membasuh.

"panggil saya haidan.." katanya..

"hmmm..." shofie berpaling.. Seperti teringatkan sesuatu..

"tunang rania.." sambung shofie lagi..

Haidan diam tidak membalas soalan shofie.. Dia mengunyah kuih di hadapannya..

"boleh merokok disini" tanya haidan setelah lama mereka berdiam diri..

"tak boleh" tegas shofie.. Mula malas melayan lelaki itu.

"Honey.. Honey.. Please.." terdengar suara seseorang lelaki merayu.. Di ruang belakang.

Shofie menghentikan kerjanya.. Mengelap tangannya yang basah.. Dan membuka apronnya. Lalu berjalan kepintu.. Mengintai dari mana datangnya suara tadi..

"cari apa" tanya haidan yang turut sama mengikut shofie..

Shofie yang hampir menjerit kerana tergejut menutup mulutnya sendiri.. Tergejut dengan haidan yang berada dekat dengan dirinya.. Lalu menolak haidan agar menjauh darinya. Haidan tersenyum.. Tak mengendahkan dirinya yang sudah tersandar di dinding rumah tersebut.

"kenapa datang sini"

Terdengar pula suara seorang wanita yang dalam keadaan marah.. Shofie mengintai umpama seorang pencuri di rumahnya sendiri. Manakala haidan masih tersandar di dinding.. Tekun melihat shofie..dari mengintai orang yang berada di laman belakang tersebut.

"I dah tak ada cara lain.. You asyik lari dari I kenapa.. Kenapa you mengelak dari I.." tanya gibran.. Yang mencekam lembut Kedua-dua pipi rania.

"gila lah.. You ni gib.. Kalau family I tahu macam mana.." marah rania.. Menempis tangan gibran dari terus menyentuhnya.

"kenapa.. They need to know honey.."

"it for our baby" kata gibran sambil menyentuh perut rania yang masih rata. Rania terus menampar pipi gibran.. Lalu menolak gibran jatuh ketanah.

"don't you dare.. Just go.. GO!!" tengking rania sebelum dia berjalan pergi meninggalkan gibran sendirian. Perlahan gibran bangun melihat rania sudah hilang entah kemana.

Sementara di hujung sana shofie menekup mulutnya sendiri.. Tak percaya apa yang didengarinya.. Dia pula bertambah kecut bila, dia berada dengan lelaki yang tak sepatutnya dengar dan melihat situasi yang berlaku tadi..

Perlahan lahan shofie menoleh kearah lelaki yang sedang bersandar di dinding..

"awak.. Tak dengar kan tadi.." tanya shofie berhati-hati.

Haidan hanya mengangkat bahunya sambil tersenyum.

'mana mungkin tak dengar.. Malah aku dah tahu itu semua lebih awal lagi.. Tapi.. kenapa dia yang rasa bersalah.. Atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.. Siap tayang muka yang aku sendiri tak tahu nak taksirkan bagaimana.. sangat comel..' kata haidan sendiri dan masih tersenyum.

"ha ha.. Baguslah kalau awak tak dengar... Lebih baik awak kedepan..." nada shofie berubah lembut.. Dia cuba menghilangkan rasa kekok dengan situasi sekarang.

"saya pergi sebab awak dah merayu saya untuk kesana.." kata haidan.. Dia berpaling dan pergi meninggalkan shofie.

'apa dia cakap.. Aku merayu dia..' marah shofie..dengan jari telunjuk menunjuk ke arah dirinya sendiri.. Tak percaya dengan kata yang keluar dari lelaki yang bernama haidan itu.. Shofie memandang belakang tubuh lelaki itu sampai hilang disebalik dinding..

"nia.. Apa kau dah buat nia.." rungut shofie.. Berpaling pula kearah dimana rania pergi tadi.

Selesai majlis banyak yang sudah pulang ke rumah masing-masing.. Namun di jalan belakang rumah tersebut di jalan kosong yang legang..

Sekumpulan lelaki sedang membelasah seorang lelaki yang sudah berdarah di seluruh wajahnya..

" stop.. " terdengar suara memberi arahan.

Ainun datang mendekat.. Lalu duduk bertinggung.. Mengadap wajah anak muda kacukan cindian yang sudah tidak menampakkan wajah kacaknya.

"kamu tak layak untuk anak aku.. Berani kau goda dia.. Ni amaran buat kau.. Kalau kau berani lagi tunjuk muka kau depan aku lagi.."

"nyawa kau akan melayang seperti angin lalu" kata ainun tegas.

Gibran segera menangkap kaki ainun sedaya upayanya.. Dengan kekuatannya yang masih bersisa..

"datin.. I love her.." kata gibran gagap sambil megatur nafasnya.

"please datin..." rayunya..

Ainun bertambah marah lalu menarik kakinya.. Dia terasa jijik bila gibran memegang kakinya..

"nampaknya dia tak serik lagi.. Bagi dia lagi.. Lepas tu kamu semua lempar lah dia diamana-mana" kata ainun kemudian pergi meninggalkan urusan itu diselesaikan oleh orang upahannya.

"tak ada seorang pun yang akan menghalang rancangan aku.. Aku akan hapuskan siapa saja yang menghalang aku.. Untuk masa depan aku yang cerah.." kata ainun nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience