BAB 22

Romance Completed 175736

Tangannya memegang erat telefon bimbit.. Berkali kali dia mendail nombor telefon rania.. Dari mula panggilannya hanya ditolak, dan kini panggilan itu sudah tak dapat disambungkan lagi.. Ainun mula mundar mandir di dalam biliknya..

' mana nia ni... Dia tak pernah matikan telefon.. Jangan-jangan jadi apa-apa dekat dia.. Nampaknya rancangan aku gagal lagi.. Tapi mana pergi anak tu sembunyi..' ainun mengaru kepalanya..

"kamu kenapa.. Jangan serabut kan kepala saya" tegur rahimi tak selesa dengan tingkah isterinya.

"saya call nia.. Tadi dia tak jawap.. Sekarang dah tak dapat.. Saya risau.." balas ainun dengan wajah risaunya.

"cuba call kawan-kawan dia.. Mana tahu dia jumpa dengan mereka" rahimi berkata seraya bangun.. Mengambil telefon bimbitnya.. Lalu mendail nombor seseorang.

Ainun terdiam.. Seperti memikirkan sesuatu.. Otaknya sedang ligat berfikir nama kawan-kawan anaknya..

" andi..." kata rahimi.. Sebaik talian disambung.

"cari tahu kedudukan anak saya rania.."

"dalam masa.. Kurang sejam.. Saya nakkan jawapan.. Jangan hampakan saya" tegas rahimi.. Sebelum memutuskan talian..

Rahimi memandang ainun yang masih dengan wajah gelisah.. Lalu duduk disebelah isterinya itu.

"saya dah kerahkan andi untuk mencari nia.. Kamu jangan risau.. InshaAllah dia tak apa-apa" rahimi berkata seraya mengusap lembut belakang bahu ainun.

"terima kasih" kata ainun sambil terangung-anguk..

Sebaik mendengar ucapan terima kasih dari ainun.. Rahimi bangun lalu berjalan keluar dari bilik tidurnya.. Dia menuju ke bilik bacaannya.. Bilik yang paling banyak dia habiskan masanya.. Selain dari bilik tidurnya.

Sabri yang melihat rahimi mula masuk ke bilik bacaan.. Pelahan-lahan dia menghampiri bilik tersebut.. Lalu mengetuk pintu bilik itu..

"datuk.."panggilnya perlahan selepas mengetuk pintu.

" masuk sabri" terdengar suara rahimi memanggil dirinya.. Lalu sabri membuka pintu dan masuk kedalam bilik tersebut.

"datuk.. Perlu apa-apa.." tanya sabri sopan.

"hmmm... Sediakan kopi.. Untuk dua orang.." rahimi memandang sabri yang sedang menunduk mendengar arahan.

"andi akan datang nanti.. Segera bawakan dia kesini" arah rahimi lagi.

Sabri segera mengundur diri dan turun kebawah menuju kedapur.. Setengah jam berlalu.. Penjaga diluar memberitahu sabri tentang kedatangan andi.. Lalu dia segera ke pintu utama menjemput tetamu rahimi.

"sila tuan.. Datuk sudah menunggu kedatangan tuan" pelawanya kepada lelaki berbadan tegap dan tinggi, berkulit hitam manis yang mengenakan jaket dan kacamata hitam.

Andi tidak menjawap.. Cukup hanya sekadar dia mengangguk sahaja.. Sambil menayangkan wajah yang datar.

Sabri mengetuk pintu bilik bacaan dan membenarkan andi masuk kedalam selepas mendapat izin dari rahimi. Sabri mengundurkan diri.. Lalu berdiri diluar bilik tersebut.

"duduk andi.." kata rahimi.. Lalu jejaka itu duduk..

" dapat apa yang saya minta.." tanya rahimi. Andi mengeluarkan sampu coklat dari dalam jaketnya.. Lalu diletakkan di meja kopi didepannya.

"minum kopi tu andi.." pelawa rahimi.. Sementara dia melihat isi yang berada di dalam sampul tersebut.

Gambar-gambar rania.. Yang sedang berada di kawasan utara.. Di sebuah hotel.. Kemudian gambar rania di lapangan terbang..

"tau dia kemana.." tanya rahimi.

"dia ke china datuk" jawap andi.

Rahimi mengeluh berat.. meraup wajah dengan sebelah tangannya...

"dengan lelaki tu" tanya rahimi lagi.

"ya" jawap andi menunduk..

"jadi andi.. Tugas baru kamu.. Berangkatlah ke china.. Pastikan anak saya selamat dan baik-baik saja disana.." putus rahimi..

"baik datuk.. Saya akan buat yang terbaik.." katanya dan meminta diri untuk pergi.

'nia.. Kamu libatkan kami semua dalam masalah.. nia.. Adakah kamu lupa.. Kamu sudah terikat dengan keluarga zayn haidan.. Kamu tak boleh lari dari mereka' rahimi merasa kesal..

Dadanya mula terasa sakit.. Segera dia menghampiri laci meja kerjanya.. Mengeluarkan sebotol kecil bekas ubat. Dengan pantas membuka penutup botol kecil berwarna putih tersebut, lalu menelan satu pil dengan tegesa-gesa.. Tangannya merayap mencari gelas dan air..

Prangg... Jatuh gelas kaca berkecai di lantai..

Mendengar bunyi bising dari bilik tu.. Segera sabri menyerbu masuk.. Keadaan menjadi cemas.. Bila dia melihat rahimi sedang mencengkam dada kirinya.

"air" kata rahimi sepatah.

Sabri segera menuang air ke cawan yang bersisa kopi tadi.. Lalu menyuakan dimulut rahimi. Rahimi meminum air tersebut dengan rakusnya .. Sampai selamat semua masuk ke kerongkongnya.

"datuk..." panggil sabri dengan nada yang payah.. Sambil mengurut belakang tubuh tuannya.

Rahimi mengoyang-goyang sebelah tangannya di awangan.. Memberi isyarat.. Kepada sabri bahawa dia sudah tidak apa-apa..

"kita ke hospital datuk.." pujuk sabri..

Kali ini rahimi mengeleng pula.. Gelengan yang perlahan..

"baiklah datuk.. Mari saya bawakan datuk ke sofa.. Lebih selesa.. Kalau datuk berbaring disana.." cadang rahimi..

Rahimi mengangguk pula kali ini.. Sungguh dia masih berusaha mengatur nafasnya agar lebih stabil semula..

Selesai membaringkan rahimi.. Sabri berdiri sambil merenung dengan tatapan mata yang berat..

Dia sudah berkali-kali menasihatkan tuannya agar segera pergi untuk berubat.. Namun rahimi sering menolak kerana tak mahu dilihat lemah dimata anak-anaknya.. Dan juga dimata para pesaingnya.. Sampaikan dia sanggup merahsiakan sakit yanh ditanggungnya dari semua orang.

Oleh alasan itu juga sabri sering berhati-hati berbicara dengan rahimi kebelakangan ini.. Kerana takut terjadi sesuatu yang buruk kepadanya.. Setiap berita yang sampai kepadanya akan menggugatkan kesihata tuannya ..

"rehatlah datuk.. Saya keluar dahulu" pinta sabri.

"sabri.. Apa yang kamu lihat.. Tadi.."

"tak pernah berlaku" sambung rahimi yang sudah memejamkan matanya.

"baik datuk.." katanya..

"saya akan suruh pelayan ke sini untuk bersihkan kaca tadi.. Datuk rehatlah" katanya sebelum keluar bilik bacaan tersebut.

Ainun yang berada di dalam bilik tidak senang duduk.. Sudah satu jam lebih masa berlalu.. Dia melangkah keluar dari biliknya.. Langkahnya terhenti bila melihat pelayan wanita yang keluar dari bilik bacaan suaminya sambil memegang alatan mengemas.

"tunggu.." arahnya.. Menghalang jalan pelayannya itu.

"datuk ada didalam.." tanyanya sambil melihat longgokkan kaca yang sudah dikumpulkan oleh pelayan itu.

"ya.. ada datin.. Sedang berehat" jawap si pelayan.

"hmm.. Kamu boleh pergi.." katanya.. Memerhati pelayan itu pergi.. Turun ke lantai bawah.

Ainun menolak pintu bilik bacaan suaminya.. Matanya memandang kearah satu susuk tubuh yang sedang terbaring di sofa.. Ainun merebahkan punggungnya bertentang dengan sofa tempat rahimi berbaring.

'perlukah aku kejutkan dia .. Ni gambar apa' ainun mencapai gambar.. Yang ada diatas meja kopi tersebut..

'gambar nia.. Cis.. Anak tu..berani dia' jerit hati ainun..

Tahulah ainun bahawa rania sudah pergi meninggalkan malaysia.. Ainun menghentak hentak kakinya.. Melepaskan geram.. Tanggannya meramas kasar gambar-gambar rania.. Mukanya sudah merah.. Menahan marah..

"anak tak guna.. TAK GUNA.." jeritnya.

Rahimi yang sudah terlena.. Kembali terjaga.. Mendengar suara jeritan ainun.. Terasa begitu dekat dengannya .. Sampaikan dia sendiri menutup telinganya..

"nia dah lari kan.." tanya ainun kasar kepada rahimi..

"ya" balas rahimi..

"argggghhh" terdegar lagi jeritan ainun.. Kalini dia menarik narik rambutnya dengan kasar..

"awak boleh sabar tak.." kata rahimi cuba untuk menenangkan isterinya.

"sabar.. Sabar awak kata.. Matilah kita kalau batalkan pertunangan ni.. Apa yang nak kita cakapkan ke puan sri.."

"takkan kita nak cakap anak kita dah lari.."

"malu saya.."

"puan sri akan saman kita.. Apa nasib kita nanti"

Ainun meluahkan kata-kata seumpama seperti seorang yang sudah hilang kewarasannya...

"Saya akan cari anak itu.. Dan heret dia balik kesini..tak pedulilah apa yang akan terjadi.. Dia perlu balik.. Dan jadi menantu puan sri.." kata ainun seperti orang yang kerasukan..

Lalu ainun bangun. Keluar dari bilik bacaan meninggalkan rahimi.. Bunyi dentuman pintu yang kuat kedengaran selepas itu.. Rahimi memegang dadanya erat..mengharap agar dirinya dapat bertahan lebih lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience