BAB 52

Romance Completed 175817

Mereka sampai di Bunga Raya golf.. Bukan turun hanya berdua.. Tapi bertiga.. Sebelum waheeda bertanya..

"kak sedang free sekarang.. Jadi kak temankan korang.." ruhaina pantas memberitahu.. Waheeda mengangguk saja..

"ok.. Jom masuk.." kata shofie.

Mereka masuk.. Mencari kelibat saif... Waheeda mendail nombor yang tertera di kad yang diberikan oleh irene..

"hello..cik sarah ya.."

"saya waheeda dari MegahRaya.."

"ya.. Yang call untuk jumpa dengan tuan muda saif.."

"oh.. Saya sudah disini.."

"ok baik.. Terima kasih ya.." waheeda mematikan panggilan..

"kenapa.. Semuanya ok ke.."tanya shofie..

" dia suruh kita tunggu .. Dia cakap tuan muda tu dah keluar.. On the way kesini.. Kita tunggu saja lah.. "kata waheeda.

" hmm ok.. Tapi elok kita tunggu disana.." shofie menunjukkan kearah cafe.. Taklah terlalu menjolok mata kalau menunggu di depan lobby macam ni.

Waheeda setuju.. Lalu mereka duduk di meja.. Memesan sarapan.. Hanya shofie saja yang hanya memesan minuman.. Kebelakangan ini.. Dia tak beselera..dia hanya memilih untuk minum dari makan.. Sampaikan tadi pagi papanya turun menegur.. Kerana shofie bukannya jenis yang suka menolak makanan.. Makanan umpama intan berlian baginya.

"fie.. Kau ok ke.." tanya waheeda.. Melihat kearah shofie yang sibuk dengan tab.. Sedang mengatur beberapa contoh design cadangan.

"kau tak makan.."

"fie dah makan.." bohong shofie.

"fie tengok sana.." tunjuk waheeda.. Kearah pintu.. Masuk cafe. Shofie segera berpaling memandang kearah yang ditunjukkan oleh waheeda..

Seorang lelaki memakai t-shirt polo, bertopi.. Sedang menolak pintu cafe... Berkulit sawa matang.. Tinggi dan tegap sedang berjalan masuk kedalam cafe.

"tu la tuan muda saif.." Bisik waheeda ditelinga shofie..

"habiskan makan cepat.." kata shofie.

"kejap.." waheeda berusaha mencepatkan kunyahannya..

Tanpa tunggu lama.. Shofie sudah bagun dari duduknya bila melihat lelaki itu sudah berpaling untuk pergi dari cafe.

"tuan.."

"maaf.. Tuan muda saif" panggil shofie untuk kali kedua..

Malah lelaki itu masih meneruskan jalannya..

"tuan.."

"saya dari MegahRaya.." kata shofie.

Kali ini lelaki yang sedang berjalan itu berhenti.

"oh.. maaf.. Saya ingat stalker.." katanya.

Saif berpaling sepenuhnya mengadap suara yang insan yang menegurnya.. Pandanga matanya tertumpu kepada shofie..

Shofie membulatkan matanya yang sudah sedia bulat itu.. Seraya menutup mulutnya dengan tangan.. Tak percaya apa yang didengarinya kini..

'stalker.. Hah.. Main kasar ni.. Dah la kita kejar dia.. Boleh pula kata kita stalker..'

" tapi.. Saya rasa macam pernah tengok kamu lah.. Kalau tak silap.. Saya.. Hmmm..." saif meletakkan tangannya didagu.. Sebelah lagi masih di dalam kocek seluarnya..

Kepala saif senget ke kiri.. Kemudian ke kanan.. Merenung wajah shofie dengan lebih dekat.. Sungguh dia ingat wajah cantik itu.

"nahh.. Tak mungkin"

"tak mungkin... Tak mungkin apa tuan muda"

"tak mungkin kamu puteri sulung MegahRaya.. Sebab muka kamu nampak seiras dengan dia..." kata saif. Tersenyum senget.

"hehehehe.. Tak.. Tuan muda salah orang.." bantah shofie.

"by the way.. Saya syed saif.." saif memperkenalkan dirinya.

"saya shofie.. Arkitek.. Dar.."

"shofie fitriyani right.. Memang sah la kamu ni cik muda pertama MegahRaya.." potong saif.. Kemudian tersenyum.

"tuan salah orang.. Hanya kebetulan nama kami serupa.." shofie meyakin kan lelaki yang berada di depannya.

"really.. Are you sure..." saif mengeluarkan telefon bimbitnya.. Bermain main dengan telefon bimbitnya.. Sebelum menayangkan kepada shofie..

"ini kamu kan.." tanya saif..

Shofie mengecilkan matanya.. Merenung imej yang ditunjukkan oleh saif.. Gambar di majlis ulangtahun MegahRaya.. Dimana rahimi memperkenalkan dirinya di majlis tersebut..

'oh tidak.. Macam mana.. Macam mana di boleh ada gambar tu..'

" nak tahu macam mana.. Saya ada gambar ni.."Lalu menyimpan semula telefon bimbitnya didalam poket seluarnya.

Saif tersenyum bila melihat Shofie sudah menunduk.. Wanita itu sudah hilang kata-katanya.. Bila kebenaran sudah mengambil alih.

" sebab saya ada di majlis tu... Tapi malam tu. Kita tak sempat berkenalan.." sambung saif lagi.

"ah.. Tengok.. Sahabat kamu sudah datang.." saif menunjuk ke arah pintu cafe

Shofie berpaling.. Melihat waheeda dan ruhaina sedang berjalan melepasi pintu cafe.

"tuan muda.. Saya..."

"don't worry.. Saya juga tahu situasi kamu.. Kita sama.. Cuma satu..." shofie mendongak memandang saif. Menanti ayat yang bakal keluar dari bibir lelaki itu.

"be my friend.." kali ini saif menyuakan tangannya..

"macam mana.. Anggap saja persahabatan ini.. Jaminan menutup identiti cik muda.." kata haidan.

Tanpa berlenggah.. Shofie menyambut tangan saif.. Berjabat secara profesional..

"ikut saya main golf mahu.. Sekali kita bincangkan konsep design pejabat saya.." kata saif.. Bila dua wanita itu sudah mendekat kepada mereka.

"maaf.. Office.." tanya shofie..

"hemm.." saif mula berjalan.

"bukan.. Rumah.." tanya shofie.. Seraya dia memandang waheeda.. Waheeda mengangkat bahunya.

Shofie mengambil tabnya.. Melihat imej-imej yang ada..

"tuan pasti.." tanya shofie lagi.. Tiga wanita itu sedang mengejar langkah saif yang sudah jauh kehadapan.

Mereka menemani saif dan seorang rakannya main golf sambil berbincang tentang konsep yang dimahukan oleh saif..

"kami minta diri dulu ya.." kata waheeda mewakili, meminta diri untuk berundur...

"why not.. Kita lunch together.. Alang-alang dah nak masuk waktu lunch ni" cadang saif..

"great idea..." sokong kawan saif yang bernama ikhram.

"mungkin lain kali saja.. Kami kena balik dulu.." laju shofie menolak.

"heii.. Tak baik macam tu.. Biar saya yang belanja.." kata ikhram.

"ikut sajalah fie.. Alang-alang orang nak belanja.. "waheeda menyiku lengan shofie..

Shofie memandang kearah ruhaina.. Ruhaina mengangkat bahunya..

" baiklah.. " akhirnya shofie berkata.

" macam tulah.. Kan senang.. "kata saif.. Kemudian dua lelaki itu ketawa..

Selesai makan tengah hari berlima.. Shofie kembali ke pejabat.. Shofie seperti biasa.. Hanya memilih minuman yang agak mengenyangkan perutnya.. Dan selebihnya dia banyak menghabiskan masanya dengan tab.. Mencari beberapa contoh design.. Masih sibuk dengan kerjanya.

" fie.. Kau rasa.. Siapa yang paling kacak antara zayn haidan.. Raffie.. Syed saif.. Wah.. Dah tiga tuan muda aku pernah jumpa.. Untungnya.. "kata waheeda. Mereka berhenti menunggu di depan lif pekerja.

" hmm.. Fie pilihhhh... Rafie.."jawap shofie.. Kemudian dia ketawa..

Sampai diruang kerja.. Irene sudah menunggu mereka berdua.

" sudah lunch sama itu tuan muda.. " tanyanya.

" sudah miss.. "jawap waheeda.. Manakala shofie mengangguk sahaja.

" so.. Any good news.. For me.. " tanyanya lagi.

Waheeda kemudiannya mula bercerita dengan bersungguh-sunguh.. Dari mula.. Sampailah mereka berakhir dengan makan tengah hari sebagai penutup.

" adoi... Kalau wa tau.. Kamu dua boleh kasi settle.. Sudah lama tau wa kasi.. Lu dua peligi.. Senang ma.." kata irene..

Dia kemudiannya mengumpul data maklumat.. Kemudian pergi melaporkan hal tersebut kepada aliff.. Ketika itu kedengaran bunyi telefon di meja waheeda..

" ya miss.. "

" ok baik.. " waheeda meletakkan ganggang telefon..

" fie.. Jom.. Encik aliff panggil kita ke bilik dia..metting.." terang waheeda.

"mesti hal tadi ni.." kata shofie.. Mencapai buku notanya..

"aku rasa pun macam tu" sokong waheeda.

Selesai waktu kerja.. Shofie turun ke lobby seperti biasa.. Dia tak melihat kelibat ruhaina..

"fie.."

"abang.."

"tak balik lagi.. Mana bodyguard fie.."

"kejap lagi sampai.."

"balik mana ni.. Kondo ke rumah.."

"entah.. Yang fie tau.. Fie nak tidur.. Ngantuk.." balas shofie lemah.

"kenapa muka fie pucat.." rafie menyentuh dahi adiknya.. Ternyata panas..

"fie demam ni.."

"tuan..cik muda.." tegur ruhaina yang baru sampai.

"kamu kemana.. Fie demam ni.. Kamu tak tahu ke.." marah rafie.. Tapi masih mengawal intonasi suaranya..

"maaf saya tak tahu tuan.."

"ikut saya bawa di ke klinik.." arah rafie..

"taknak.. Fie nak balik kondo.. Abang.." shofie tak peduli lagi.. Dia hanya mahu tidur sekejap.

Tanpa tunggu lama.. Rafie mengendong shofie.. Masuk kedalam keretanya.. Ruhaina mengikut dari belakang..

"dimana kondo nya" tanya rafie.. Ruhaina menunjukkan jalan..

Rafie kemudiannya mengangkat shofie.. Membawa tubuh shofie naik ke kondo.. Membaringkannya di katil..

"kamu tahu kenapa cik muda kamu boleh jadi macam ni.." rafie bertanya kepada ruhaina.

"saya rasa.. Cik muda tak makan dengan baik.." jawap ruhaina..

Bekerut dahi rafie..

"mustahil.. Fie seorang yang suka makan.. Kenapa pula kamu kata.. Dia tak makan dengan baik.." tanya rafie..

"cik muda... Harini banyak minum sahaja.." balas ruhaina menunduk.

Rafie mengeluarkan telefon bimbitnya..

" doktor yasmin.. Boleh saya.." rafie turun kebawah.. Meninggalkan ruhaina dan shofie yang sudah terbaring..

Ruhaina menyentuh dahi shofie.. Ternyata panas.. Dia kembali diserang rasa serba salah..

"kejap lagi doktor datang.. Sementara tu.. Kamu tolong tukarkan baju fie.. Siap nanti panggil saya.. Saya tunggu dibawah.." arah rafie.

Selesai menukar pakaian shofie.. Seperti yang disuruh rafie.. Ruhaina turun kebawah memanggil rafie..

"ambilkan saya tuala kecil dengan bekas yang berisi air.." arahnya lagi..

Kemudian ruhaina datang dengan bekas yang berisi air dan didalamnya ada tuala kecil yang sudah terendam.

Rafie memerah tuala kecil tersebut.. Lalu detakkan ke dahi shofie..shofie terus merengek.. Tak mahu dahinya diletakkan tuala basah itu.. Dia segera berpaling..

"fie.. Jangan degil.. Abnag letak kain basah ni sebab fie demam.." kata rafie kepada shofie.. yang masih memejamkan matanya rapat.

Rafie memegang pegelangan tangan shofie.. Dapat dia rasakan tulang shofie.. Dia merasakan tubuh shofie agak susut sedikit.

"sebenarnya.. Dia tak makan berapa hari.. Kenapa kamu kata dia hanya asyik minum..." tanya rafie..

Belum sempat ruhaina menjawap.. Kedengaran loceng berbunyi.. Ruhaina segera turun membuka pintu.. Bila wanita itu memperkenalkan dirinya adalah doktor yang diminta datang oleh rafie.. Ruhaina segera mempelawa doktor itu masuk dan terus naik ke atas..

"macam mana doktor.." tanya rafie cemas.

"cik muda hanya demam.. Pastikan dia dapat rehat yang cukup,banyakkan minum air.. Pastikan cik muda makan makanan yang sihat.." kata yasmin sambil menyimpan stethoscope nya didalam beg.. Dia kemudiannya membuka mulut shofie.. Menyuluhkan lampu picit kecilnya di situ..

" hmm... "

" kenapa doktor.. "

" tekaknya bengkak.. Mungkin sebab itu dia tak dapat makan dengan baik.. Saya akan sarankan cik muda ambik antibiotik.. Tapi ubat yang bagi tadi masih kena makan ya.. Ikut waktunya.." pesannya lagi..

"ya.. Terima kasih doktor.." kata rafie..

"saya temankan doktor kebawah.." kata ruhaina..

Selesai menghantar doktor yasmin pulang.. Ruhaina naik semula ke atas..

"kamu boleh buatkan bubur.. Untuk shofie.." tanya rafie.

"boleh.. Saya buatkan sekarang.." balas ruhaina..

"tunggu.."

"sekejap lagi saya akan keluar sekejap.. Kamu jaga kan shofie.. Sementara saya keluar.."

"Saya akan bermalam disini.. Nanti saya datang balik.." kata rafie sebelum berjalan keluar.

Ruhaina turun ke dapur menyediakan bubur untuk shofie.. Selesai masak dia naik keatas.. Shofie masih tidur.. Ruhaina membasahkan kain dikepala shofie yang sudah kering..

Rafie datang semula dengan beg yang berisi makanan ditangannya.. Dan sebuah beg pakaiannya.

"fie dah bangun.." tanya rafie..

"belum tuan muda.."

"saya naik tengokkan dia.. Siapkan bubur cik muda.. Saya nak kejutkan dia makan ubat.." arah rafie.

Malam itu.. Rafie bermalam di kondo.. Menjaga shofie semalaman..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience