BAB 60

Romance Completed 175736

Haidan dan haikal sedang duduk santai di gazebo rumah mereka.. Sambil melihat tommy dan lucky bermain-main ditaman.

"kal.. Selagi ada dia.. Kau stay sini" kata haidan sambil menunjuk ke arah yumna yang sedang jalan kearah mereka menatang sedulang air minun petang mereka.

"jadi. Abang panggil kal balik sebab ni.." gelak haikal..

"abang taknak kakak ipar kamu terasa.. Kamu tahukan perangai yumna bagaimana.." kata haidan lagi.

"nampaknya memang ada kak fie didalam hati abang.. I'm impressed.. Baru beberapa bulan.. Kak fie dah berjaya tawan hati abang yang beku untuk semua wanita.." kata haikal. Haidan mengecilkan matanya merenung haikal tajam.

"dia sentiasa ada dalam hati abang sejak dulu lagi.." kata haidan.. Membuatkan haikal melopong..

"sejak apa.. Dulu!! .." tanya haikal.

"jangan-jangan dia.. Bidadari bermata cantik.. Yang abang....." haikal membiarkan ayatnya tergantung.. Haidan menaikkan hujung bibirnya keatas.. Satu senyuman yang penuh bermakna.. Memandang kearah haikal.

"tak sangka.. Wah.. Wah.. Akhirnya dia milik abang..."

"sembang apa ni.. Ni Yumna bawakan minum petang.." kata yumna.. Sambil meletakkan dulang keatas meja kecil ditengah gazebo..

"don't worried bro.. I will help you.. You can count on me.." kata haikal..mengenyitkan sebelah matanya kepada haidan. Yumna mula dipenuhi dengan perasaan tanda tanya.. Dia mahu tahu apa dua lelaki itu sedang bincangkan.

"sembang apa ni.." tanya yumna lagi.

"na..benda tak penting pun.. Hal lelaki" kata haikal menjawap untuk pertanyaan yumna.

"kenapa tak ikut bonda ke yayasan.." tanya haidan.

"yumna.. Nak teman abang.. Lagipun kakak dah pergi kan teman bonda.. Kenapa nak pergi ramai-ramai.." alasan yumna. Dia menghidangkan teh kepada dua lelaki itu dengan gaya yang anggun dan sopan.

Dari jauh kelihatan sebuah kereta sudah masuk kejalan utama rumah mereka.. Kemudian nya berhenti di gerbang pagar utama.. Menanti pagar itu dibuka sepenuhnya.

"abang nak kesana" haidan bangun dari duduknya.. Laju yumna menarik lengan haidan..

"yumna.. I want to ask you something.." haikal bersuara.. Membuatkan yumna melepaskan pegangan tangannnya di lengan haidan.. Berpaling memandang haikal.. Manakala haidan segera berjalan meninggalkan mereka.

Kepulangan shofie dan mahira disambut oleh haidan.. Haidan malah membuka pintu buat shofie.. Menyuakan tangannya membantu supaya shofie keluar dengan mudah.. Kemudian dia menyambut bondanya.. Sama seperti menyambut shofie tadi..

"amboi.. Tak pernah-pernah bonda lihat haidan menyambut sesiapa sebelum ni.." perli mahira..

Haidan merangkul pinggang shofie.. Lalu mengucup dahi shofie.. Shofie memandang tepat ke wajah haidan yang sedang tersenyum kepadanya.

"kemana saja sang ratu dan permaisuri ni pergi seharian.. Lama idan tunggu.. Kata sekejap saja..kemana bonda bawa isteri idan.. bonda" kata haidan. Mengelus lembut pipi shofie.. Shofie malah memegang tangan haidan.. Menahan disitu... Dia malu.. Mukanya menjadi merah serta merta.

"kamu salah makan ubat idan.." mahira hairan melihat haidan menjadi manja sebegitu malah dari tadi asyik membelai pipi shofie..

"idan tak sakit.. Kenapa perlu makan ubat..bonda.. Ni ubat idan dah balik.." kata haidan tanpa ragu - ragu..

"haidan.." shofie memanggil perlahan..

'kenapa dengan haidan.. Tak segan segan didepan bonda..' shofie menangkap tangan haidan..

"ya sayang.."

"fiya nak naik mandi.. Sekejap lagi, nak balik rumah papa.." bisik shofie perlahan.. Di telinga haidan. Memandangkan mereka berada sangat dekat waktu ini.

"bonda masuk dahulu lah ya.." mahira berlalu pergi.. Taknak menganggu pasangan itu.. Dia tahu shofie merasa malu.. Kerana mukanya sudah merah bak tomato..

"dah lewat.. Esok pagi-pagi saja fiya balik ya.." haidan menarik wajah shofie dekat dengannya.. Hampir sehingga dapat merasakan hembusan nafas masing-masing.

"haidan.. Kita diluar ni.. Malu la..." kata shofie...tangannya yang berada didada haidan.. Menolak lembut.

"ok.. Kita sambung didalam ya sayang.." haidan terus menarik tangan shofie masuk kedalam rumah..

Manakala dua insan yan masih duduk di gazebo sibuk memerhatikan shofie dan haidan.. Malah jelas-jelas yumna menayangkan wajah tak puas hati kepada haikal didepannya.. Malah haikal tersenyum kembali kearahnya..

'apa yang sebenarnya dah terjadi ni..' shofie keliru.. Dia hanya mengikut saja langkah kaki haidan menuju keatas.

Malam itu shofie terpaksa membatalkan niatnya untuk pulang ke rumah papanya.. Gara-gara haidan. Hampir saja dia dikurung sampai tak dibenarkan untuk keluar daripada bilik tidur mereka.. Malah haidan memesan makanan mereka berdua dihantar oleh pelayan masuk ke bilik.

Keesokkan paginya.. Ruhaina awal-awal lagi sudah sampai di hadapan rumah besar itu.. Malah dia turut bersarapan bersama dengan mereka.. Walaupun tak semua ahli keluarga yang ada..

Mereka tiba dirumah utama keluarga shofie.. Masuk saja rumah besar itu.. Suara gelak ketawa kaum lelaki jelas kedengaran ditelinga shofie..

Shofie ke ruang keluarga.. Dimana disitu ada papa.. dua abangnya.. Luthfiya.. Dan... Mama..

"assalamualaikum.." shofie memberi salam.

"waalaikummusalam.." sahut mereka..

Shofie bersalaman dengan mereka semua..

"kamu kemana saja.. Sejak mama balik.. Mama, Tak nampak kamu.." tanya ainun.. Yang duduk disebelah rahimi..

"shofie sekarang tinggal di kondo... Mama.." jawap shofie.

"apa.. Kenapa kamu tinggal di kondo.. Tak cukup besarkah rumah ni.. Sampai kena tinggal asing disana.." nada ainun masih santai namun wajahnya sebaliknya.. Jelas menunjukkan tidak suka.

"saya yang benarkan.. Kondo tu lebih dekat dengan pejabat.. Mudah untuk dia ulang alik nanti.." kata rahimi.

"hemm.. Saya bukan apa.. Takutnya dia tak mampu jaga diri.. Nanti bergaul bebas.. Tak menjaga nama keluarga kita.." sindir ainun..

Rahimi melihat ainun dengan hujung matanya.. Sehingga wanita itu diam tak bersuara lagi.. Shofie mengambil anak buahnya.. Dikendong bayi tersebut sambil berdiri.

" rindunya.. Dah besar ya kamu... "seraya shofie mengomol perut raffiq.

" mama.. Bercuti kemana.. Lama sangat mama bercuti kalini.. "tanya raffa.

" mama cari rania.. " kata ainun santai.

" rania kemana ma.. "

Namun ainun diam tak menjawap.. Dia mengambil secawan teh lalu minum begitu saja.. Raffa menayangkan wajah hairan.. Memandang wajah yang ada disitu satu persatu.. Dua adiknya saling mengangkat bahu..

"rania dah lari.. Jadi mama kamu pergi carikan dia.." kata rahimi menjawap tanda tanya bagi anak-anaknya. Malah mereka semua menayangkan wajah tak percaya..

Malam itu shofie bermalam di rumah keluarganya.. Selesai makan.. Ainun naik keatas.. Kaum lelaki beranjak ke ruang tamu, Raffa menceritakan masalah yang dihadapi di cawangan utara.. Shofie yang sedang bermain dengan raffiq turut mencuri dengar.. Walaupun samar-samar.. Kedengaran nama haidan disebutkan.. Malah nama saif juga disebutkan oleh mereka..

"fie.. Nampaknya nanti ada berita gembira ya.." kata Luthfiya tersenyum senyum.

"berita apa kak.. Raffiq nak dapat adik ke.." tanya shofie..

"eh.. Kesitu pulak.." luthfiya menepuk bahu shofie..

"dah tu.. Berita gembira apa...kak"

"papa tak lama lagi nak dapat menantu baru.." kata luthfiya.

"betul.. Abang rafie nak kahwin ya.." kata shofie sedikit kuat membuatkan tiga lelaki yang sedang berbincang di ruang tamu memadang ke arah mereka yang berada di sudut rehat keluarga.. Shofie senyum kepada mereka bertiga.

"fie.. Kamu ni.. Bukan itu lah.. Papa nak dapat menantu lelaki.. Itu.. Namanya. Apa.. Hmm... Saif.. Ya saif.." kata luthfiya, seraya memetik jarinya..bila dapat menyebut nama saif dengan betul.

BAMMMM

Shofie terasa lemah seluruh badannya.. Terasa bagaikan rohnya sudah terbang keluar dari jasadnya.. Mendengar apa yang dikatakan oleh kakak iparnya.

" ish budak ni...tergejut sampai terdiam ya.. "luthfiya menyiku shofie..

" shofie.. "panggil luthfiya..

" ahh.. Ya kak.. "kata shofie gagap..

" kemarin saif datang.. Seharian dia disini.. Papa nampak senang sangat dengan saif.. Dia sesuai kalau dijodohkan dengan shofie.. "kata luthfiya. Shofie malah mengeleng..

" tak kak.. Fie taknak.. "tolak shofie.. Lalu dia memberikan semula raffiq ke pangkuan luthfiya.. Kemudian berlari naik keatas.

"kenapa dengan shofie tu.. Kenapa dia lari keatas macam tu.." tanya rahimi kepada menantunya.

"entah la pa.. Fiya ceritakan tentang saif.. Kan papa suruh fiya bincangkan tentang saif.. Untuk shofie.. Tapi dia menolak pa.. Lepas tu dia terus, lari naik keatas.." terang luthfiya.

"jadi dia tolak ya.. Dia masih belum lupakan taufiq agaknya.." kata rahimi runsing.

"sabar pa.. Nanti kita pujuk dia lagi.." kata raffa.

Rafie malah melihat sahaja situasi itu.. Dia langsung tak menyampuk perbualan mereka...

Sementara di dalam bilik.. Shofie mula berjalan kehulu ke hilir.. Kemudian merebahkan tubuhnya ke katil.

'ah.. Shofie.. Apa nak jadi dengan kau ni... Apa kesalahan yang kau dah buat sampai dapat takdir hidup yang begini.. Selepas satu.. Satu... Ahhh...'shofie menekup bukanya dengan bantal..

Manakala dipintunya kedengaran ketukan kuat dari luar.. Beberapa orang diluar sedang memanggil manggil namanya.. Supaya pintu dibuka dengan segera.. Namun dia tak mengendahkan.. Dia masih berbaring di atas katil.

' haidan.. Haidan... Apa yang perlu fie lakukan sekarang..'

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-06-13 15:06:48 

fie bagitahu la aidan akn hal itu...tdak la tnggung sorg2...mne thu kot aidan akn perjelaskan hal korang berdua...x sabar nk baca next cap...huhuhuh...=#

Sara Amylia Kamarozaman
2020-06-13 15:06:41 

fie bagitahu la aidan akn hal itu...tdak la tnggung sorg2...mne thu kot aidan akn perjelaskan hal korang berdua...x sabar nk baca next cap...huhuhuh...=#

Sara Amylia Kamarozaman
2020-06-13 15:06:35 

fie bagitahu la aidan akn hal itu...tdak la tnggung sorg2...mne thu kot aidan akn perjelaskan hal korang berdua...x sabar nk baca next cap...huhuhuh...=#


NovelPlus Premium

The best ads free experience