BAB 48

Romance Completed 175817

Haidan bermain main dengan wajah shofie.. Mengambil hujung rambut shofie lalu menghidunya dengan nafas yang dalam..

'hairan.. Sepanjang dua malam shofie disini.. Mereka mengunakan jenama shampoo yang sama.. Tapi rambut shofie berbau sangat harum..oh..ya..benda yang disapu dikepalanya.. Tu.. Aku akan cuba nanti..' kat hati haidan..

Haidan kemudiannya membawa rambut shofie kebelakang.. Jelas kelihatan tanda-tanda hasil karyanya dileher shofie.. Haidan tersenyum bangga.. Dahi shofie dicium sekilas..sebelum dia turun dari katil.. Menuju ke bilik air.. Siap berpakaian.. Di keluar dari bilik.. Meninggalkan shofie yang masih terlena..

Shofie terjaga.. Dari lenanya.. Mengeliat merenggangkan lenguh ditubuhnya.. Dia bagun dan duduk di birai katil..

"dah bagun.." tegur haidan yang kebetulan masuk kedalam bilik.. Membawa segelas air.. Ditangannya.

"minum ni.." haidan menyuakan gelas itu kepada shofie.. Dia kemudiannya duduk disebelah shofie.. Shofie melihat air yang berwarna seperti kopi.. Tapi tak berbau kopi bila dihidunya..

"minum.." ulang haidan..

Shofie minum sedeguk.. Kemudian dia memandang haidan..

"habiskan.." arah haidan.

Dengan payah shofie menelan air tersebut.. Sampai semuanya masuk melalui kerongkong shofie.

'Sungguh dapat membayangkan.. Air apa yang diminumnya tadi.. Adakah itu racun..'duga shofie

Haidan mengambil semula gelas tersebut.. Lalu diletakkan di meja kecil yang berada di sisi katil.. Shofie membalut tubuhnya dengan selimut.. bangun untuk ke bilik air.. Terasa senak di bahagian bawah tubuhnya..

"boleh.." tanya haidan..

Shofie tak mengendahkan pertanyaan haidan.. Dia beriak seperti biasa.. Berjalan dengan payah menuju ke bilik air..

Haidan memerhati cadar mereka.. Yang terdapat beberapa tompokan darah disitu.. Lalu dia segera menarik cadar tersebut.. Mencari cadar yang lain lalu mengantikannya.. Ini pertama kali dalam hidupnya mengantikan cadar.. Namun dia merasa sangat puas hati.. Malah hatinya terasa senang sekali.

Shofie keluar dari bilik air..hanya membalut tubuhnya dengan kain tuala.. Dan rambutnya yang basah dibiar jatuh tanpa membalutnya seperti selalu..

"fiya sedang goda idan.." usik haidan di sofa..

Shofie segera berjalan ke bilik pakaian..memilih pakaian.. Bila sudah siap berpakaian lengkap di mengelap rambutnya.. Sambil memandang cermin besar yang ada dibilik tersebut ..

"aaahh" jerit shofie.

Haidan segera bangun.. Berjalan dengan cemas menuju ke bilik pakaian.. Melihat shofie sedang duduk menagis disitu..

"fiya.. Kenapa" tanya haidan cemas. Lalu memegang tangan shofie. Shofie malah menggeleng, melepaskan pengangan tangan haidan darinya..

"fiya.."

"kenapa.."

Shofie menyelak rambutnya.. Menunjukkan bekas-bekas gigitan di lehernya.. Seraya itu haidan langsung gelak..

"tak kelakar haidan.." marah shofie..

"benda tu normal kan.." balas haidan santai.. Langsung tak terlintas rasa bersalah di hatinya..

"kalau orang nampak macam mana..apa nanti mereka fikirkan nanti.." terang shofie. Kemudian barulah haidan dapat menangkap kata yang cuba disampaikan oleh shofie..

Haidan kembali ke almari bahagian shofie.. Mencari-cari baju yang sesuai..namun tak jumpa satu pun..

" siaplah kita pergi mall, carikan baju turtle neck.. Beberapa helai.. Sementara tu.. Pakai ni" haidan memberikan bandana scarf kepada shofie.. Shofie tak menyambutnya. Malah mengalihkan pandangan kearah lain.. Haidan melipat bandana tersebut lalu diikat di leher shofie..

"ok dah tak nampak.. Kan.." haidan membawa shofie ke depan, cermin besar.. Shofie turut melihat kearah cermin.. Memang sudah ditutup oleh kain tersebut..

"mall tak buka lagi.. pagi-pagi macam ni.." shofie bersuara.

"so.. Nak tgok sunrise.."

"fiya.. belum solat.." seraya menolak haidan ke tepi..

Shofie bergegas menunaikan solat subuh.. Yang menghampiri ke akhir batas waktunya..

"mari kita tengok surise.." ajak haidan.

"breakfast.."

"biar pelayan saja yang buat.." potong haidan.

Mereka melangkah turun.. Suasana agak sunyi ketika ini.. Mungkin disebabkan kerana hari ini hujung minggu. Masing-masing lewat untuk keluar bersarapan..

Haidan membawa shofie melintasi taman.. Mengelilingi rumah besar tersebut... Sehingga shofie merasa sesuatu benda lembut berbulu bergesel di kakinya.. Kerana seluarnya hanya separas bawah lutut.. Menampakkan betisnya.. Shofie segera mencekam lengan haidan..

"aa..daa..binatanggg..tu" gagap shofie menunjukkan ke semua arah dengan matanya yang tertutup rapat..

"mana..tak ada pun.." kata haidan..

Shofie membuka matanya.. Menunduk mencari binatang yang dikatakan mengesel di kakinya tadi.. Namun tiada..

"tadi a...aaarggh.." tegejut shofie bila haidan sedang memangku binatang itu..

"tu.. Apa.." tanya shofie.. Dia sudah memeluk tubuh menggosok bahunya sendiri..

"oh ni.. Kenalkan Tommy.." haidan membawa kaki depan binatang yang dinamakan tommy itu kepada shofie. Binatang itu malah berbunyi garang kepada shofie.. Membuatkan shofie segera mengeleng.. Tak mahu menyambut huluran haidan.

"jangan takut.. Ni hanyalah kucing.. Jenis clouded leopard.. Dia jinak.. Tak gigit orang.." terang haidan..

Shofie merenung muka tommy.. Mukanya tak seperti kucing yang kebanyakan ada di luar-luar sana.. Lupanya seperti jaguar. Tetapi lebih kecil dari jaguar.. badan nya dua kali ganda besar dari kucing biasa.. Dengan bulu berwarna coklat cair.. Bertompok - tompok sama seperti harimau bintang.. Cuma bintiknya lebih besar.. Berekor panjang dan tebal dari kucing biasa..

"muka dia tak macam kucing..fiya tak nak" kata shofie..

Haidan meletakkan tommy kebawah semula.. Sebelum tommy berlari pergi.. Meninggalkan mereka.

Mereka berjalan keluar ke pintu belakang.. Memanjat perbatasan setinggi paras pingang.. Berjalan ke hujung tanjung.. Ada sebuah kerusi batu disitu.. Betul betul mengadap ke arah laut.. Mereka berdua duduk disitu.. Memandang ke arah matahari yang baru separuh memunculkan diri,dihari yang baru untuk penduduk bumi..

Shofie berdiri.. Menarik nafasnya dalam.. Dia mahu melangkah lebih kehadapan.. Namum haidan menarik tangannya.

"cukup jalan sampai disini" haidan terus merentap tangan shofie.. Sehingga shofie terduduk di pangkuan haidan.. Lalu haidan meletakkan dagunya di bahu shofie.. Tangannya memeluk erat pinggan ramping shofie.

"riya nak kesana.." shofie menunjukkan ke hujung tanjung..

"bahaya.."

"nak tengok ada apa dibawah" sambung shofie..

"kita akan turun kesana.." haidan menunjukkan kearah kanannya.. Dimana ada batu-batu besar.. Yang membolehkan mereka turun kebawah..

"jom lah" ajak shofie.

Haidan melepaskan pelukannya.. Berjalan dengan berhati-hati turun ke bawah.. Kerana batu tersebut ada yang lincin.. Ada juga yang kasar tajam yang bakal melukakan mereka..

Selepas selamat melepasi halangan berbatu.. Mereka sampai di pantai.. Shofie terus membuka kasutnya.. Dipengang ditangan..

"kenapa buka kasut..kalau ada kaca.. Duri.. Macam mana.." tegur haidan.

"fiya.. Nak jalan di air tu.." jawap shofie.. Hairan mengeluh kecil.. Lalu mengambil kasut shofie..

Shofie berjalan di pantai yang basah.. Sekali sekala kakinya terkena air laut yang naik ke pantai.. Manakala haidan berjalan disebelahnya.. Namun masih berjaga tak mahu kasutnya basah.

"haidan tahu.. Dulu fiya selalu travel dengan hanis dan hizer.. Kita orang backpackers.." haidan mengangguk mendengar cerita shofie.

Manakan dia tidak tahu.. Segala aktiviti shofie dia tahu.. Hizer adalah sahabatnya, yang selalu berinteraksi dengannya.. Pernah juga hizer mempelawanya.. Tapi dengan tanggungjawab yang digalasnya.. Dia menghentikan semua aktiviti masa mudanya.. Segalanya dipenuhi dengan membina kerjayanya.. Memajukan Zayn Holding..

"kami banyak ikut buat aktiviti bungee jumping.. Last sekali.. Fiya di Switzerland.. Tapi tak sempat nak tour tempat tu.. Papa dah panggil balik malaysia" katanya sayu.

"lepas tu masa dekat Airport.. Boleh pulak langgar orang tuuuuuu" shofie menyucuk lengan haidan dengan telunjuknya..

"ingat.. Tak" tanya shofie..

"hmm.. Ingat.. Malah ingat lagi apa yang fiya kata pada idan waktu tu.." jelas haidan.. Shofie malah gelak bila teringatkan apa yang dia katakan kepada haidan.

"nak lepas ni.. Kita travel around the world.. Bersama.." tanya haidan..

"boleh ke.. Seorang ceo.. Menemani seorang arkitek biasa.. Mengelilingi dunia bersama.." duga shofie..

"kenapa tidak.." haidan mencium jari jemari shofie.. Shofie memandang dan membalas dengan senyuman.. Begitu juga haidan.. Dapat shofie lihat senyuman haidan berbeza kali ini.. Sangat manis.. Dengan sepasang lesung pipit di pipinya..

'andaikata.. Hubungan kita berterusan.. Fie pasti akan merindukan senyuman manis haidan yang sekarang ini.. Namun fie sendiri tak pasti dengan hati fie.. Fie takut haidan.. Takut nak memberi hati fie.. Kalau semua ini hanya sementara..' shofie terus memeluk erat tubuh haidan.. Meletakkan kepalanya di dada bidang haidan.. Haidan turut membalas pelukan shofie.. Ini adalah pelukan pertama shofie kepadanya..

' adakah.. Kau sudah menerima aku fiya.. Masa yang aku tunggu selama ini.. Fiya.. Menunggu kau menjadi milik aku.. Menjadi pasangan hidup aku.. Dan menemani aku sampai menua..' haidan mencium lembut dahi shofie...

'walaupun halangan yang bakal kita tempuhi banyak.. Idan mohon.. Setialah disamping idan.. Kita akan mengharungi halangan tersebut bersama sama..' haidan mengeratkan pelukannya.

Namun semuanya itu tak terlafaz diantara mereka.. Hanya memohon didalam hati sanubari masing-masing...baik haidan mahupun shofie..

Pasangan itu sedang diintai dari jauh.. Beberapa tangkapan imej telah diambilnya secara curi-curi.. Tambah pula dia yang memasuki kawasan persendirian tersebut secara salah dan boleh didakwa sebagai penceroboh.. Mengintip pasangan yang bakal memberikan hasil yang lumayan kepadanya, tanpa memikirkan risiko yang bakal ditanggungnya.. bibirnya tersuing satu senyuman.. Melihat imej yang diambilnya.. Dia merasa puas dengan hasilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience