BAB 87

Romance Completed 175736

Haidan masih berusaha mengetuk pintu bilik shofie.. Namun shofie masih bekeras tak mahu membuka pintu biliknya..

"cousin... Masih belum berhasil???" tanya farid yang bersandar di pintu biliknya.. Sambil memeluk tubuh memandang kearah haidan..

"jangam sibuk urusan rumah tangga orang.. Jaga hal sendiri saja..!!" balas haidan.. Farid menayangkan wajah kesal.

'kita nak tolong.. Alih-alih kita yang kena balik.. Ada sepupu seorang pun susah.. Haisshhh'

"dia tengah marah tu.. Esok-esok saja sambung pujuk dia.. Nanti aku tolong kau.. Sekaligus aku kenalkan dengan my mummy.." kata farid.

"aku hanya nakkan shofie.. Buat apa, dengan mummy kau.." balas haidan.

"ckckck.... Tulah cara kau salah bro.. Kau ada semuanya.. Tapi satu.. Kau tak pandai ambil hati orang.." sindir farid.

"apa maksud kau.. Apa kaitan wife aku dengan semua ni..?" tanya haidan memandang farid dengan mengecilkan matanya..

"itulah kau tak tahu.. Kalau kau nak tackle anak dia.. Kau kena ambil hati ibu dia.. Sekaligus kau dapat tawan hati si anak.." kata farid sambil mengangkat sebelah keningnya berkali-kali..

"aku...... "

"don't worry.. Aku akan tolong kau.. Tapi.. Jangan ingat aku dah berbaik dengan kau.. Aku buat semua ni.. Hanya untuk my lovely sister.. Bukan sebab kau.."

"apa aku perlu buat...??"

"nice.. Macam tu lah..!"

"pertama sekali kau kena buang ego kau......." farid menarik bahu haidan.. Lalu mereka berjalan pergi dari situ...

Shofie mendengar tiada lagi ketukan di pintunya... Dia membuka bantal yang menutup kepalanya..

"akhirnya dia mengalah.. Bolehlah mama tidur dengan aman..." shofie mengelus perutnya..

"selamat malam honey bump.." shofie mengucapkan selamat malam kepada bayi yang di dalam kandungannya..

Keesokannya shofie bangun..dia tergejut melihat muka haidan betul-betul ada di depan matanya..

"argggghhh..!!!!." jerit shofie kuat..

"what's happened... Kenapa sayamg menjerit..??" haidan tergejut lalu terjaga mendengar jeritan shofie.

"ada apa yang tak kena.. Ada sakit dimana-mana..?" haidan cemas.. Membelek tubuh shofie.. Kemudian menyentuh perut shofie..dan meyelak kain yang menutup perut shofie.

Pap! Tangan haidan ditampar oleh shofie..

"kenapa.. Boleh ada didalam bilik ini.. Fiya dah kunci pintu bilik tu semalam..!" haidan tidak menjawap.. Dia malah menyerabutkan rambutnya..

"kasarnya..." rungut haidan.

"keluar..!" shofie mengarahkan tangannya kearah pintu..

"hubby cuma.." haidan menyentuh perut shofie..

"don't touch my honey bump..!!" dan kalini shofie marah.

"what's.. Apa yang fiya panggil anak kita..??" tanya haidan.

"my baby.." shofie turun dari katil.

"sekarang keluar.. Kalau tak tahu fiya tunjukkan dimana pintu... Jangan cakap haidan masuk tingkap pula.. Dan ini pintunya.. Sila keluar.." shofie menunggu di depan pintu biliknya.

"memang masuk ikut tingkap pun sayang.. Hubby panjat dari balkoni sebelah.." haidan menunjuk ke arah jendela yang masih terbuka.

'jadi dia memang masuk ikut tingkap.. Kenapa dia jadi macam budak belasan tahun.. Ingat apa.. Main curi-curi masuk kesini.. Kalau siapa siapa tengok tak ke malu.. Dibuatnya' keluh shofie.. Lalu memicit pelipisnya..

"bangun.. Pakai baju dan sila keluar.." arah shofie lembut.. Lalu membuka pintu.. Tanpa dia sedari ada wadhiah berdiri di hadapan pintu bilik itu..

"nenda!!" kata haidan cemas.. Dia segera menyarung baju di badannya.. Shofie berpaling melihat nenda ada disitu..

".. Nenda.. Hurmm.. Ni bukan..." shofie gagap.. Dia tak mahu wanita itu salah sangka.

"apa salahnya kalau suami isteri tidur bersama.." kata wadhiah sambil ketawa dan berjalan berlalu pergi..

Shofie melihat wadhiah berjalan pergi dari biliknya.. Shofie kembali menutup pintu biliknya..

"ini semuanya salah haidan..!!" shofie membaling bantalnya kepada haidan.

"nenda cakap suami isteri kan tadi.. Apa yang salahnya.." haidan berkata santai..

Shofie merasa malas untuk sambung berbalah dengan lelaki itu.. Dia mengambil tuala dan masuk kedalam bilik air..

"argggghhh haiiiidaaann!!!!" jerit shofie didalam bilik air.. Bila melihat lehernya ada dua tiga tanda merah disitu..

Haidan mengambil bantal dan kembali merebahkan badannya ke katil dan menutup telinganya dengan bantal.. Dia sendiri tahu apa salahnya.. Mesti shofie sudah melihat hasil karyanya yang dilakarnya malam tadi.. Sewaktu shofie sedang tertidur lena.

Sepanjang sarapan shofie langsung tak memandang haidan.. Dia masih marah kerana perbuatan haidan sendiri..dan shofie terpaksa melepaskan rambutnya dari terus mengikat seperti selalunya... Sedangkan haidan masih santai.. Seperti tiada apa-apa yang berlaku..

"sis.. Apa kata kita keluar berjalan kita boleh ke Times Square, Central Park..."

"Brooklyn Bridge, Fifth Avenue, Statue Of Liberty, Rockefeller Square, Empire State Building dan juga WTC Memorial... Pilih saja nak kemana.. Abang akan jadi tour guide..."

"shofie nak ke times Square .." kata shofie ceria.

"kenapa nak ke tempat orang yang ramai macam tu.." bantah haidan..

"kita ke central park saja.." kata haidan..

"esok esok saja kita ke central park.. Harini fiya nak ke times square ...." balas shofie.

Farid menampar dahinya sendiri.. Kenapa dengan pasangan suami isteri ni..

"kita ke tempat shopping saja.. Fifth avenue.." cadang farid.. Memancing shofie.

Akhirnya mereka bertiga pergi.. Ke fifth avenue.. setelah mendapat persetujuan shofie..

Shofie berjalan dengan farid beriringan... Manakala haidan berjalan di belakang mereka.. Masih dengan wajah ketatnya.. Kerana shofie seperti tak mengendahkannya..

Haidan hanya mampu melihat shofie masuk dan keluar beberapa butik pakaian disitu.. Tambah pula farid yang melayan saja apa yang dimahukan oleh shofie.. Setiap kedai yang mereka masuk.. Pasti ada yang dibeli oleh dua orang itu..

Seperti pasangan yang serasi.. Shofie kelihatan sangat ceria.. Senyumnya langsung tak pernah lekang dari wajahnya.. Senyumnya turut berbeza.. Tak sama seperti senyuman ketika bersama dengannya.. Haidan berdiri diluar dan melihat saja farid dan shofie dari luar..

'dia baru kenal farid.. Tapi kenapa dia boleh mesra sebegitu..dan tersenyum bebas seperti itu..' keluh haidan.. Dia merasa risau.. Dapatkah dia memujuk shofie kembali ke pangkuannya..

Shofie dan farid keluar dari butik pakaian.. Mereka mencari kelibat haidan.. Bila tidak melihat lelaki itu diluar kedai..

"mana dia pergi..?" tanya farid.

"hmm..entah.." shofie turut memandang ke kiri dan kanan.. Banyak orang yang sedang lalu lalang disitu.. Tapi dia tak melihat kelibat haidan..

'mana dia pergi.. Adakah dia pergi sebab aku tak hiraukan dia..'

Farid melihat air muka shofie berubah..bibirnya tersuing satu senyuman..

'tau pun risau.. Laki sendiri hilang.. Haidan ni pun kemana..kalau ya pun.. Bagitahulah dulu.. Aduuuhh..'rungut farid.. Dia bertambah cemas bila melihan shofie mula berlari anak ke jalan, masuk di celah celah orang ramai yang sedang berjalan..

' ni lagi sorang... ' keluh farid.. Kaki nya turut sama berlari mengejar langkah shofie..

"shofie.. Wait!!!" panggil farid.

"is.." haidan menarik belakang baju farid.

"woii.. Kejap aku kejar shofie.." kata farid.. Dia kembali menarik bajunya.

"mana shofie..??" haidan turut sama berlari.. Mengejar farid.

Shofie yang tadi berlari mula berjalan.. Dia buntu.. Dimana dia berada.. Tadi dia melihat seseorang yang seiras haidan.. Tapi ternyata itu bukannya haidan.. Bila dia berpaling.. Baru dia tersedar.. Dia bersendirian.. Sekarang dia dimana?.

" mana abang...??" shofie berjalan ke tepi.. Berdiri disana.. Dari berdiri di tengah-tengah jalan dimana orang ramai sedang berjalan.

Shofie mencari telefon bimbitnya.. Untung beg tangannya masih bersamanya... Dia membuat pangilan kepada farid.

"hello abang...." di corong sebelah sana kedengaran suara cemas farid..

"shofie tak tahu shofie dimana.."

"jangan panic sayang.. Beritahu apa ada depan shofie....?" tanya farid.

"shofie hmm.. Ada di.."shofie memandang keliling..

" bill... Bill's Bar & burger.. "kata shofie.. Sambil membaca nama yang terpamer di atas kedai itu.

" ok.. Tunggu disitu jangan kemana mana.." kata farid tegas..

"just talk sis.. Tak perlu matikan panggilan.." kata farid sambil memberi isyarat tangan kepada haidan. Supaya mengikutnya.

Shofie akur.. Dia bercakap dengan tenang dengan farid.. Sambil memerhatikan orang yang lalu lalang. Hampir sepuluh minit.. Shofie sudah melihat kelibat farid dan haidan..

" akhirnya..!!! " kata farid.

"lain kali.. Jangan lari, macam tadi tu lagi.. Kalau hilang macam mana..?? " kata farid sambil memegang kedua dua bahu shofie..dan memandang tepat ke wajahnya shofie. Seperti seorang bapa sedang marahkan anaknya..

Manakala haidan melihat sahaja dari belakang.. Memang patutnya shofie dimarahi.. Jadi dia membiarkan saja farid melakukannya tanpa membantah.

"yea.. Sorry.." kata shofie menunduk.. Shofie menyentuh perutnya..

'maaf.. Honey bump.... Apakah kamu baik-baik saja di dalam sana..' perutnya dielus elus lembut..

"buka kasut tu.." tiba-tiba haidan bersuara..

"apa..? Kasut?" shofie terpinga-pinga.. Lalu memandang kasutnya.. Apa yang salah dengan kasutnya..

"ganti dengan ini.." haidan mengeluarkan kotak kasut dari beg kertas yang dipegangnya..lalu haidan duduk bertinggung di hadapan sofie..

Orang yang lalu lalang tersenyum senyum memandang mereka.. Muka shofie bertukar menjadi merah.. Dia menutup muka dengan tangannya..

" haidan bangun.." kata shofie perlahan.. Tangannya menarik bahu baju haidan supaya berdiri.

"siapa haidan..?" tanyanya yang masih bertinggung di hadapan shofie.

'dia dah mula dah..' keluh shofie..

"hubby sayang... Tolong bangun.. Orang tengok.. Malulah!" seraya itu shofie menampar bahu haidan. Tapi tangannya yang terasa sakit.. Farid yang berdiri disebelah haidan tersenyum saja.. Sambil mengeleng.

"tukar kasut ni.. Kasut tu tak sesuai sayang.." kata haidan lembut.

"ck.." shofie berdecit.. Tetapi dia tetap memberikan kakinya kepada haidan.. Haidan melepaskan kasut yang dipakai shofie dan digantikan kasut yang baru dibelinya..

"selesa??" tanya haidan..mendongak memandang Shofie.. Shofie menapak kebelakang dan kehadapan kembali dimana haidan masih bertinggung disitu... Kemudian shofie mengangguk..

"ya.. Selesa.. Terima kasih.." ucap shofie.. Haidan tersenyum lebar.. Menampakkan kedua-duanya lesung pipitnya.

'kenapa setiap kali melihat senyuman itu.. Aku berdebar.. Ah.. Hati.. Adakah kau mengkhianati tuanmu..'

'adakah aku perlahan lahan boleh menerima dia..'

" ehemmm.. "bunyi suara seseorang yang sedang membetulkan tekaknya..

" tiba-tiba sakit tekak pula... Tambah pula lihat ada pasangan itu sedang bertentangan mata.. Terasa teringin nak nikah pula rasanya.. "farid menepuk dadanya sendiri..

" hehehe... sakit tekak..yea.. Mari, aku belanja minum.. "haidan yang turut terasa malu memaut leher farid..

" cis.. Belanja!! ..kalau bab makan kena tanya mummy to be.. "kata farid sambil memandang kearah shofie..

" ok.. Aku setuju.. "balas haidan..

Shofie tersenyum sahaja melihat dua orang lelaki itu..

" sayang.. Jom.. "panggil haidan.. Sambil menyuakan tangannya..

Sedetik tadi.. Aku rasa gelisah kalau dia betul betul hilang.. Perlukah aku kembali membuka hati aku kembali kepadanya.. Benar benar memberikan cinta kepadanya.. Adakah ini benar cinta.. Walaupun pada awalnya aku benar-benar menolaknya.

Farid mengambil tangan shofie.. Lalu diletakkan diatas tangan haidan.. Haidan mengengam erat tangan shofie..

"sampai bila nak lawan tenung.. Aku dengan honey bump dah laparrrrr....." rungut farid..

Mereka bertiga gelak dan berjalan pergi mencari tempat makan... Farid mengenyitkan sebelah matanya kepada haidan.. Kemudian haidan membalas dengan menjatuhkan kepalanya dan tersenyum lebar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience