BAB 93

Romance Completed 175817

Haidan cemas.. Begitu juga dengan mahira... Orang ramai yang sedang memandang kearah mereka juga dengan hairan. Kerana jeritan mahira tadi boleh dikatakan agak kuat..

"saya nak lihat cctv .." kata haidan kepada pekerja yang ada disitu.

"mari ikut saya encik.." kata pekerja itu.. Lalu membawa mahira dan haidan ke ruang kecil yang dijadikan pejabat. Dimana ada monitor kawalan litar tertutup disitu. ..

Mereka berkenalan secara singkat dengan pemilik restoran tersebut.. Sebelum dibenarkan masuk untuk melihat cctv.

Mereka sama-sama melihat cctv dimana.. Semasa mahira sedang bercakap dengan seorang wanita lain di depan pintu yang ada dinding pelindung itu... Seseorang yang berpakaian serba hitam, masuk kedalam bilik air dan dalam masa yang sama juga membawa shofie yang tidak sedar kan diri keluar secara tergesa-gesa kearah pintu belakang...

"haidan ni salah bonda.. Bonda terleka.. Bonda tak betul-betul masuk kedalam.. Bonda hanya menunggu di luar toilet...." kata mahira menyesal.

"bukan salah bonda..bonda bercakap dengan siapa di luar toilet tu..?" tanya haidan. Sambil menunjukk ke arah monitor.. Dia sangsi dengan wanita itu.. Sepatutnya dia melihat shofie dibawa pergi kerana posisinya sedang berdiri bertentangan dengan pintu keluar dari bilik air.. Dan mahira membelakangi.

" itu perempuan yang nama hayfa tu.. " kata mahira.

Haidan berlari keluar mencari hayfa.. Tapi wanita itu telah tiada di situ.. Hanya ada kru pengambaran saja yang masih makan..

" mana hayfa..!!" kata haidan kepada kumpulan tersebut.

" dia dah balik.. Lima minit yang lalu.. " kata salah seorang daripada mereka..

" ya.. Dia pergi dalam keadaan tergesa gesa... Sampai tinggalkan makanan yang masih belum disentuh.." sampuk lagi satu kru..

Haidan belalu pergi kembali semula ke bilik pejabat itu..

" dibelakang ada cctv tak.. Encik ? " tanya haidan..

"maaf tak ada.. Tapi kalau betul dia ikut jalan belakang.. Di perlu melintasi di lorong tepi kedai ni untuk keluar.. Cctv hadapan kedai ada nampak bahagian tepi kedai ni.." kata pemilik restoran.

"boleh saya tengok..? " lelaki itu mengangguk.

Sekali lagi mereka bertiga menumpukan perhatian kearah monitor.. Pemilik restoran mengundurkan rakaman beberapa minit kebelakang..

"itu encik.." celah haidan sebaik melihat kelibat hayfa..

"kita berundur sedikit kebelakang .. Ke minit ini..." kata lelaki itu menunjuk ke paparan monitor.

Dimana ada sebiji kereta berwana hitam yang baru keluar dari lorong itu..kemudiannya berhenti untuk menunggu hayfa naik.. Melalu pintu penumpang.. Dan kereta itu memandu pergi..

" berhenti di sini encik.. "haidan mengambik gambar nombor pendaftar kereta tersebut.. Lalu menghantar kepada marwan.... Dia kemudiannya merakam semuanya ke telefon bimbitnya..

" terima kasih encik.. Saya amat hargai jasa baik encik.. "kata haidan.. Lalu mengeluarkan beberapa keping duit dari dompetnya.

" tak perlu tuan.. Harap tuan segera jumpa isteri tuan.. Maaf perkara ini berlaku didalam restoran saya.. Kalau tuan perlukan apa-apa bantuan.. Saya akan sedia membantu.. "kata pemilik kedai.

" baik encik, terima kasih.. "balas haidan.

" mari bonda.. Haidan hantarkan bonda pulang dahulu.." haidan melihat bondanya yang berdiri kaku dengan air mata yang membasahi wajahnya.

" tapi shofie..!!"

"jangan risau.. Haidan dah kerahkan orang cari shofie.. Sekarang mereka sedang lihat cctv di jalan raya.. Mencari kereta itu.." kata haidan..

"kau gila fiq..!!!" kau buat aku sakit jantung lah.. Kena kau culik dia..? " tanya hayfa.. Cemas melihat shofie yang terbaring di kerusi belakang tak sedarkan diri..

" kau tinggal dia dimana-mana fiq.. Kalau tau kau culik dia.. Tak pasal-pasal.. kedalam kita ni nanti.." tambah hayfa lagi.

" diam lah.. Kau serabut kan kepala aku.. Aku buat kerja, tadi clear.. Tak ada orang yang nampak pun.. Yang penting.. Sembunyikan dia dulu..." kata taufiq nekad.

"lepas tu kau nak buat apa..?" tanya hayfa.. Taufiq tersenyum sendiri..

"kau jangan takutkan aku.. Taufiq!!" kata hayfa.. Dia seram melihat senyuman taufiq yang penuh bermakna itu..

"kau nak kaya kan.. Dengan ada dia.. Kita boleh gunakan dia.. Kau boleh pujuk haidan untuk kahwin dengan kau.." kata taufiq..

"lepas tu.. Dia akan jadi milik aku.." kata taufiq.

"kau dah gila.!!!"kau buat plan gila.." hayfa meronta sendirian marahkan taufiq.

"hey.. Dia perlu rasa apa yang aku rasakan, sebelum ni.. Mentang-mentang aku tak kaya macam dia.. Dia sogok aku dengan duit.. Memang aku hamba duit, sebab aku miskin.. Sampai aku gadaikan cinta aku..maruah aku" marah taufiq, tangannya menghentakkan stering kereta..

"kalau haidan, lapor polis macam mana.. Karier aku macam mana.. Sial kau fiq.. Kau heret aku sekali sekarang ni.." marah hayfa...

"kau.. Suka marah aku kenapa kebelakangan ni.. Siapa yang gila ni, kau ke aku.." taufiq juga naik marah.

Dan dua orang tu asyik bertengkar dari tadi.. Manakala shofie masih tak sedarkan diri lagi di kerusi belakang

"kita nak kemana?" tanya hayfa.

"entah... Kau ada cadangan.. Kalau tak. Aku bawa balik.. Biar dia tinggal dengan umi.. Lagipun umi masih anggap shofie masih tunang aku.."kata taufiq.

" bukan rumah tu...orang haidan yang bagi kau tinggal sana.. "

" oh itu.. Rumah lama.. Aku dah bawa umi pindah dari rumah tu.. Sebab aku rasa ada orang asyik awasi kami sekeluarga.. Tarnisha tak selesa.. Dia ingat lintah darat.. "kata taufiq.

" ikut suka kau lah.. "kata hayfa lelah.. Dia hanya memikirkan kariernya.. Yang dibina kini hancur lebur.. Akibat rancangan mendadak taufiq yang melulu ni..

Mereka sampai di kawasan kampung yang agak terpencil.. Dimana jarak antara rumah-rumah disitu agak jauh sama sekali.. Kerana diselang seli dengan pokok getah dan kelapa sawit..

"kau bawa umi tinggal dalam ni.." tanya hayfa gerun.. Kerana tidak melihat apa-apa kecuali pokok dan jalan....

"hmm.. Ni rumah arwah nenek aku.. Mereka dulu penoreh.. Sekarang umi aku pun ambik upah menoreh.. Sebab dia kata sunyi duduk rumah tak buat apa - apa.." terang haidan.

"tak ada harimau dalam ni.. Aku takut lah.." kata hayfa.

"entah.. Mana aku tahu.. Orang lain hidup ok saja.. Dalam ni.. Aku jamin shofie tak akan lari kemana mana.." kata taufiq.

"kau pun stay sini.." kata taufiq lagi.

"kenapa pula aku kena stay.. Aku ada banyak kerja lah.."

"kalau kau keluar sekarang.. Bocor lah semua ni bodoh.."

"aku yang bodoh.. Kau yang bodoh.. Baru nampak shofie bermanja sikit dengan haidan.. Kau sampai culik dia.. Kalau kau tahu haidan tidur dengan shofie.. Kau nak buat apa..?" tanya hayfa.

"aku bunuh dia!" balas taufiq.

Shofie yang sudah terjaga.. Tapi dia tergejut mendengar apa yang taufiq kata baru tadi..

'kenapa dia nak bunuh haidan.. Kenapa taufiq berubah sampai jadi begitu sekali.. Apa dendam dia dengan haidan..' fikir shofie..

Shofie kembali memejamkan matanya bila berasakan kereta yang dipandu taufiq berhenti.. Dia pura-pura tidur.

Shofie mendengar bunyi pintu dibuka.. Dan tubuhnya diangkat oleh taufiq..dimana masuk kedalam rumah.. Dan diletakkan diatas sesuatu yang empuk.. Bunyi serapan kaki taufiq kedengaran berjalan pergi..dan diikuti dengan bunyi pintu yang ditutup dan dikunci dari luar.

Shofie membuka matanya.. Memandang keadaan bilik yang dia duduki kini..dia yang dibaringkan atas katil bujang.. Didalam bilik berdinding dan berlantaikan kayu..

'aku dimana.. Kenapa taufiq bawa ku kesini..'

Shofie menjulur kan kakinya kebawah.. Dan memijak untuk berdiri.. Tapi, bila bunyi kayu yang dipijak berbunyi.. Dia menarik kakinya semula..

'hubby... Fiya takut..'

Shofie naik keatas katil dekat dengan dinding.. Dimana ada tingkap disitu. Membuka tingkap kayu tersebut... Shofie melihat ke bawah.. Dan menelan air liurnya..

'tinggi macam mana nak turun' keluhnya.

Pada ketika itu pintu bilik itu dibuka..dan taufiq masuk dengan memegang pinggan yang berisi makanan dan segelas air.

"dah sedar ya.. Fie.."

"taufiq.. Shofie dimana ni.. Kenapa bawa shofie ketempat ni..?? "

"lebih selamat fie disini.. Dengan fiq"

"selamat..??! Apa maksud fiq selamat?"

"dah makan ni.. Tak perlu tanya banyak.." kata taufiq rimas dengan shofie yang asyik bertanya dari tadi.

"tak mahu. Fie nak balik.. Hantarkan fie balik sekarang!!!"

Taufiq gelak.. Pada mulanya perlahan dan lama-lama semakin kuat..

"sayang.. Kamu bukannya cik muda lagi.. Fiq tak akan terima arahan lagi dari fie.."

"Tapi.. Kalau dipikirkan balik.. I miss that moment... Sayang.." kata taufiq tersengih.

"semua benda tu dah lepas taufiq.. Dan kita sudah tak ada apa-apa hubungan lagi.." kata shofie..

"really sayang.. Are you sure" taufiq memegang dagu shofie..

"lepas taufiq.. Fii..."

Taufiq mahu mencium bibir merah milik shofie.. Shofie meronta berpaling ke kiri dan kanan.. Minta dilepaskan..

Pang.. Shofie menampar pipi taufiq..

Shofie melihat taufiq bernafas kasar.. Dengan wajah yang terteleng ke tepi akibat tamparan shofie tadi..

" jangan paksa fiq berkasar dengan fie.. Padah jawapnya nanti.." taufiq memberi amaran. Sambil memegang pipinya yang kemerahan.

"kenapa.. Kenapa buat shofie macam ni..!!!" jerit shofie..

"rehatlah.. Sayang.." taufiq menyuakan tangannya ingin menyentuh kepala syofie. Tapi shofie segera beranjak kebelakang.. Dan berpaling.

'tunggi saja sayang.. Cepat atau lambat kau akan tetap jadi milik aku.. Sayang' nekad taufiq. Bibirnya tersuing sebaris senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience