BAB 7

Romance Completed 175736

Masa berlalu pantas.. Rahimi meneliti wajahnya di cermin besar sambil tangannya sedang memasang tali lehernya..

"sabri.." panggilnya.. Sabri yang berada di belakangnya datang menghampiri.

"kamu nampak uban dikepala saya makin banyak" kata rahimi sambil menyelak rambutnya lembut.

"ya datuk.. Tapi datuk masih kacak seperti dulu" kata sabri... Bukan hanya memuji.. Sememangnya itulah kenyataan.. Tuannya semakin meningkat usia.. Namun masih kelihatan segak..

"pandailah kamu.. Memuji. Kita semakin tua... Anak-anak pun sudah dewasa.. Raffa pun sudah berkahwin.." rahimi tersenyum sendiri.. Bangga dengan penyampaian keluarganya.

"saya tak pandai memuji datuk.. Datuk memang masih segak.." kata sabri menunduk hormat.

"kamu jangan lupa.. Ulangtahun syarikat.. Sudah kamu ingatkan anak-anak saya.. Supaya kosongkan jadual mereka... Saya nak mereka semua hadir.. Tanpa sebarang alasan.." tegas rahimi

"sudah datuk.. Cuma cik shofie saya belum dapat jawapan darinya.." balas sabri. Rahimi berpaling memandang sabri..

"kemana lagi anak itu menghilang.. Jangan cakap dia ikut group dia lagi pergi apa tu.. Backpackers... " rahimi melepaskan keluhan berat.

"dia tak maklumkan saya.. Tapi.." sabri meyuakan satu tab yang berada ditanggannya.

Rahimi menyambut huluran itu.. Dan tab ditangan sabri sudah bertukar tangan.

Rahimi memerhati paparan screen tersebut. Akaun sosial peribadi milik anaknya, shofie.. Terdapat banyak gambar disitu. Satu persatu gambar tersebut dilihatnya..

Ada video shofie dimuat naik disitu.. Lalu jari rahimi menekan butang play.. Terlayarlah video tersebut.. Video itu membuatkan jantung si ayah seumpama berhenti berdengup.

Lantas rahimi terebah diatas sofa.. Sampil mengurut dadanya.. Screen tersebut diseret lagi kebawah.. Lagi dan lagi.. Dan dia kemudiannya beristighfar panjang.. Memengang kembali dadanya.

Shofie kelihatan sangat ceria di setiap video yang dimuat naiknya.. Dengan wajahnya manis sebelum melakukan terjunan..

"semua ni video apa ni.. Apa yang shofie buat di luar sana.." begetar suara rahimi.

"datuk.. Itu namanya bungee jumping.. Nampaknya cik shofie.. Menjelajah sambil melakukan aktiviti itu, datuk.." terang sabri.

"apa.. Apa..yang kamu katakan.. Itu apa.. Bungee jumping.." tegas kedengaran suara rahimi.

Sabri mengambil semula tab tersebut.. Lalu menceritakan secara terperinci mengenai sukan ekstrim bungee jumping..

"arahkan dia pulang.. Dimana dia sekarang.."

"cik shofie sekarang berada di Switzerland.. Saya akan memberitahu supaya cik shofie agar segera pulang.."

"beritahu dia.. Kalau dia tak segera balik.. Saya Tak akan izinkan lagi, dia lakukam aktiviti luar.. Dan dia akan segera berkerja di syarikat.. Tanpa sebarang penolakkan.. " tegas kata rahimi.. Sebelum berjalan keluar dari bilik pakaian. Sabri turut melangkah mengikut dibelakang rahimi.


Manakala di empangan kotra, Switzerland .. Kelihatan team dan para petugas sedang giat menyiapkan peralatan untuk peserta melakukan terjunan lelabah di empangan itu. Shofie adalah satu persertanya dan sudah selesai melakukan terjunan.. Bersama team dari malaysia yang lain..

"lepas ni.. Kita kemana.." tanya hanis.. Seorang gadis seorang gadis comel yang berbadan kecil molek..

" kita kan disini dua hari.. Apa kata kita jalan-jalan sini.. Zurich, Bern & Luzern.. Diorang cakap tempat tu cantik.." kata hizer sambil mencari imej-imej.. tempat yang disebutkannya tadi didalam handfone lalu ditayangkan kedepan muka hanis..

"cantik.. Cantik..." hanis setuju dengan hizer.. Lalu dia memandang ke arah shofie.. Meminta jawapan shofie..

"fie ok ja.. Lagipun boleh belikan ole-ole dekat zurich nanti.." balasnya dengan senyuman.

'ya allah. Dia senyum.. Gugur iman aku..' nguman hizer lalu berpaling kearah lain.. Dengan muka yang kemerahan.

Selesai aktivi mereka.. Mereka hanya berehat di hotel sahaja.. Kerana keesokkan pagi mereka akan terus bertolak ke Zurich..

"fie.. Fie.." panggil hanis.. Mengetuk pintu bilik air.

"ya.." jawap shofie didalam bilik air.

"your phone.."

"ya.. Ya.."

Plakk...

Pintu air dibuka.. Belum sempat dia menyambut panggilan sudah diputuskan.

"alah. Dah putus.. Tak apa lah.. Nanti fie call balik.." shofie yang hanya bertuala, menutup semula pintu bilik air.

Hanis mengangkat bahu.. Lalu membawa handphone shofie kekatil semula. Kali ini handphone itu berbunyi lagi.

"dah empat kali kau bunyi.. Tapi tuan kau dalam bilik air lagi.. Sabar yea.. Tunggu tuan kau keluar" hanis bercakap - cakap dengan handphone milik shofie.

"kau cakap dengan siapa nis.." tanya shofie.. Keluar memakai jubah mandi sambil mengelap rambutnya dengan tuala.. Selesai mengelap dia membalut rambutnya dengan tuala.

"takla.. Cik purple kau tu.. Empat kali dah berbunyi.. So.. Aku tenangkan dia.." kata hanis sambil tergelak. Mendengar jawapan itu.. Shofie turut terikut gelak.

Handfone yang berada di atas katil singlenya diambil.. Lalu melihat di screen tersebut.. Terdapat 15 panggilan tak dijawap.. Wajahnya berubah cuak.. Melihat nama si pemanggil 10 dari pakcik sabri.. Dan yang lagi lima adalah dari papa..tangannya segera mendail nombor papanya.

"hello.."

"hello.. Papa"

"assalamualaikum"

"papa.. Sihat ke.. Kenapa pa.." nada nya berubah risau.

"lagi dua hari.." katanya perlahan..

"hmmm... Yea... Waalaikummusalam"

Panggilan dimatikan.. Shofie mengeluh berat.. Sebelum menyampakkan handphone nya di atas katil..

"kau kenapa ni.." tanya hanis.. Hairan.. Melihat mood kawannya berubah menjadi down.

"aku kena balik esok.. Esok kau dengan hizer sajalah pergi Zurich.." katanya lemah, lalu membaringkan badannya ke katil.

"eh kenapa pulak.. Kan dah janji.. Kita pergi sama-sama" hanis yang tadi baring terus terduduk.

"papa aku panggil balik lah.. Kalau tak balik.. Dia tak akan benarkan aku sertai aktiviti apa-apa lagi lepas ni.." shofie mengambil bantal lalu membenamkan wajahnya keatas bantal.

Keesokannya mereka berpisah dilapangan terbang..

Selepas menempuh perjalanan yang panjang. Akhirnya shofie tiba dengan selamat di malaysia..

'ah.. Malaysia.. Tanah airku..' shofie mendepakan tangannya.. Bernafas dalam, menghirup udara bumi malaysia..

Sedang shofie asyik melayan perasaannya.. Seseorang melanggarnya dari arah belakang. Sehingga shofie jatuh tersembam kelantai.

Shofie melihat tapak tangannya yang terluka.. Dia mencari gerangan yang menolaknya.. Seorang lelaki..Lelaki itu berjalan melintasinya seperti tiada apa yang berlaku..

'eh.. Dah la tolak orang.. Boleh pula dia pergi macam tu saja.. Buta ke laki tu..' marah shofie.. Mencepatkan langkahnya mengejar lelaki itu.

"hei you.. Why did you push me and just leave like that?.." lelaki itu malah tidak mengendahkan pertanyaan shofie..

"dah la buta.. Pekak pula.." rungut shofie sebelum berjalan pergi..

"excuses me.. Awak kata apa tadi.. Buta.. Pekak..???" kata lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya..

Shofie tak mengendahkan pertanyaan itu.. Dia berlalu pergi.

"maaf tuan..terlambat" datang seseorang lelaki menyapa.

"kamu kemana.. Saja.. Kamu nampak tak tadi.. Perempuan tu" dia mencari perempuan yang mengutuk dirinya tadi.

"maaf tuan.. Salah saya.. Terlewat." kata marwan.. Selaku pembantu peribadinya. Dia turut mencari apa yang ditunjukkan oleh tuannya.

Padahal marwan sendiri sudah melihat aksi tuannya tadi.. Sengaja dia berpura-pura tak mengerti.. Dia sendiri lihat bagaimana tuannya berjalan laju mengekori gadis itu sampaikan berlaku pelanggaran antara mereka berdua..

"sudahlah.. Saya nak balik" arahnya sedikit kesal.. Kerana tidak melihat kelibat gadis tadi..

'gadis bermata bundar itu.. Ternyata dia semakin cantik' bibirnya tersenyum sendiri tanpa dia sedar..

Shofie dijemput oleh pemandu papanya...

"pakcik.. Papa marah shofie ke.." tanya shofie. Lalu mendekatkan dirinya ke kerusi hadapan..

"kenapa cik shofie tanya macam tu.. Datuk tak mungkin marahkan cik shofie" balasnya.

"betul ke.. Tapi papa macam marah saja.. Dan suruh shofie balik tergesa-gesa macam ni...siap ugut shofie lagi.. Kenapa" shofie meletakkan wajahnya diatas kerusi sebelah pemandu hadapan..

"tak ada apa-apa cik shofie.. Cik jaganlah risau.." sekali tersenyum agar cik mudanya kembali ceria seperti selalu.

"ala.." shofie manyandarkan badannya.. Hampa dengan jawapan yang diberikan oleh pemandu papanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience