BAB 5

Romance Completed 175736

Rahimi yang sedang berdiri di dalam bilik bacaannya menjenguk ke jendela besarnya.. Shofie riang bermain dengan kedua-dua abangnya. Berlari-lari di kawasan lapang di halaman rumah yang luas berumput itu. Kedengaran suara mereka berlari sambil tergelak-gelak suka..

"datuk nak jumpa saya.." sapa sabri yang baru muncul disebalik pintu.. Berdiri mengadap rahimi yang membelakanginya.

"macam mana keadaan shofie.. Semasa saya tiada seminggu yang lalu.. Adakah dia selesa.. Apa datin ada menganggu dia.." tanya rahimi.. Masih memandang puterinya yang sedang bermain.

"seperti yang tuan lihat.. Cik shofie.. Baik-baik sahaja.. Menjawap persoalan datuk, mengenai datin.. Datin tidak sesikit pun menganggu cik shofie.. Datin sibuk dengan aktiviti persatuannya.." balas sabri dengan tertib.

Rahimi mengangguk puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh sabri..

" datuk.. Seperti biasa.. Hari ni tuan muda zany haidar akan datang melawat.. "terang sabri..

" ya.. Hmmm..biarkan dia melawat rania.. " jawap rahimi.

" kalau tiada lagi yang datuk perlukan.. Saya minta untuk keluar dahulu, datuk.. " rahimi mengangguk membenarkan ketua pelayan itu keluar. Lalu sabri keluar dari bilik tersebut. Rahimi masih memandang keaarah shofie,sambil tersenyum.

"abang.. Abang.. Boleh tak kalau shofie nak main layang-layang.." pinta shofie.

"boleh.."kata raffa. Lalu mengarahkan seorang pelayan mengambil layang-layangnya.

" yeeeaayyyyy"

Shofie melompat suka.. Bila raffa mahu melayan kerenahnya.. Manakala rafie mengelus lembut kepala shofie.

'lebih baik main layang-layang. Daripada shofie minta main tea party..kalau rania.. Memang hari-hari mereka terpaksa main mainan itu..' raffa mengaru belakang kepalanya

Sedang asyik mereka bertiga sibuk untuk menaikan layang-layang sambil dibantu oleh pelayan masing-masing. Masuk sebuah kereta kedalam perkarangan rumah mereka dan berhenti di hadapan pintu utama.

"cepat shofie.. Pegang ni.." kata raffa menjerit memanggil shofie.. Sebaik saja layang-layang sudah stabil di awangan..

Shofie yang tadinya sedang memandang kearah kereta yang baru tiba itu terus berlari.. Mengambil tali layang-layang ditangan raffa.

Haidan yang baru turun dari kereta terdengar suara orang sedang begelak ketawa.. Lantas dia berpaling mencari arah kedatangan suara tersebut. Mata haidan terhenti di kawasan lapang didepan rumah tersebut.

Dia merenung kearah tiga orang yang sedang bermain layang-layang sambil diapit oleh dua pelayan. Kakinya melangkah kearah itu.. Niat untuk menegur raffa dan rafie. Tapi langkahnya terhenti bila rania keluar bersama husna menengurnya terlebih dahulu.

"mari kita bermain di dalam.." ajak rania.. Sudah menarik tangan haidan.

"kenapa tak main sahaja dengan mereka.." kata haidan menunjukkan kearah kawasan lapang..

Rania sudah mecebik sambil menghentak-hentak kakinya protes. Tapi bila melihat haidan sudah berjalan kesana.. Rania terpaksa mengikut.

Raffa yang melihat kedatangan haidan menyiku tangan adiknya.. Rafie, tersentak lalu berpaling kearah yang ditunjukkan oleh raffa.

"dia dah datang.." raffie berkata tak puas hati.. Lalu mengambil topi besar yang bereben.. milik shofie..

"haidan.." tegur raffa. Haidan hanya mengangguk kecil sambil memandang ke tengah kawasan luas itu..

Haidan memandang seorang yang baru dia melihat harini.. Mukanya serius memandang kearah shofie.. Yang berjalan tak tentu arah di tengah halaman berumput itu menarik tali layang-layang dengan wajah yang ceria.

Rania melihat haidan sungguh asyik memandang shofie.. Dia merasa tidak puas hati.. Lalu menarik tangan haidan.

"haidan.. Panas.. Jom masuk" renget rania..

"saya belum menengur abang Rafie.." balas haidan.. Lalu berjalan ke tengah halaman luas itu.

"abang.." tegur haidan. Membuatkan gelak tawa rafie dan shofie terhenti. Mereka berpaling.. Memandang kearah gerangan yang menyapa.

"haidan.." balas rafie.

"siapa ni abang.." tanya haidan lalu menunding kearah shofie.

Rafie yang mendengar pertanyaan itu cepat-cepat memakaikan topi besar dikepala shofie.. Sampaikan menutup keseluruhan muka shofie yang sudah kemerahan akibat terkena bahang cahaya matahari.

"hahaha.. Ni.. Shofie..." lalu rafie menarik tali layang-layang menyerahkan kepada pelayan..

"kami minta maaf.. Kami masuk dulu" kata rafie.. Segera menarik shofie mengikutnya..

Shofie tergopoh gapah mengikut langkah kaki abangnya yang besar.. Sehingga menampakkan dirinya seperti sedang berlari..

Haidan terdiam sendiri.. Ditengah halaman.. Memandang situasi kekok itu.. Raffa turut pergi bersama.. Sebaik rafie melintasi mereka.

Haidan berjalan perlahan .. Kearah rania yang menunggu di bawah pohon. Dia kembali terbayang wajah gadis comel tadi..

'shofie.. Siapa shofie..' bibirnya tersenyun sendiri.

"siapa tadi tu.." haidan bertanyakan pula kepada rania.

"bukan siapa-siapa" rania menjawap lalu menarik haidan masuk ke dalam rumah.

Rania mula lemas... Bila semua orang asyik memberi perhatian kepada shofie.. Lagi-lagi shofie.. Kedua abangnya juga telah berpaling kepada shofie.. Dulu dialah yang menjadi tumpuan utama.. Sejak kedatangan shofie.. Dia selalu menjadi yang kedua dalam semua hal..

'aku benci kau shofie.. Kenapa kau perlu muncul... Haidan yang pertama kali bertemu dengan engkau pun sudah tertarik..' rania sudah mengepalkan penumbuk.. Wajahnya masih berusaha dimaniskan dihadapan haidan.

"abang.. Kita.. Kenapa.. Berlari.." tanya shofie masih berlari mengejar langkah rafie..

Rafie menoleh memandang shofie.. Yang sudah termegah-mengah bernafas.. Lalu dia berhenti dan melepaskan pegangan tangan shofie.

Otaknya sedang ligat berfikir mencari jawapan untuk memberi alasan kepada shofie. Dia memandang raffa.. Meminta pertolongan.. Namun raffa membalas dengan mengangkat bahunya.

"sebab panas sayang...sebab.. Hmm.. muka shofie dah merah terbakar.. Ya.. Ya.. Hahahaha" dia ketawa kuat menghilangkan kegugupannya.. Lalu raffa turut tergelak sama.

"oh. Siapa orang tadi tu.." tanya shofie. Kedua-dua abangnya saling berpandangan dan ketawa mereka mati.

"itu haidan...."jawap raffa.

'perlukah aku bagitahu.. Yang itu tunang rania.. Rasanya budak kecil sepuluh tahun.. Boleh faham ke..' raffa berfikir sendiri.

" hmmm.. Tapi kenapa kita lari.. "tanya shofie masih hairan.

" sebab.. Mama pesan.. Haidan tu tak boleh jumpa shofie.. Dan shofie tak boleh kenal dengan lelaki tu.. " raffa menjelaskan. Sambil memegang kedua dua bahu shofie.

Raffa kembali mengingati pesan mamanya. Agar tidak membawa shofie bermain di luar hari ini kerana haidan akan berkunjung ke rumah mereka.. Namun raffa terleka dengan pesan mamanya.

" oh.. Ya.. Ok" jawap shofie ceria.. Tersenyum memandang kedua-dua abangnya.

"jom sekarang kita makan aiskrim...nak tak" ajak rafie mengendurkan suasana yang terasa agak kekok..

"nak. Nak.." laju shofie menjawap. Mereka bertiga jalan bergandingan dengan shofie yang berada ditengah-tengah..

Plakk... Plakk...

Kedua anak lelaki itu ditampar.. Oleh ibu mereka didalam bilik tidur raffa. Dua anak itu menunduk memandang ke lantai .. Di atas sofa rania sedang menangis tersedu-sedu.

"Kenapa biarkan.. Budak tu bertembung dengan haidan.. Mama dah pesan.. Jangan sesekali sampai dia jumpa dengan haidan.. " marah ainun.

Dia risau kalau keluarga haidan akan bertanya kepada mereka mengenai shofie yang tiba-tiba muncul.. Dan membatalkan pertunangan antara anaknya dan haidan.. Hancurlah impiannya untuk berbesankan keluarga itu.

" kamu berdua tahu tak.. Kamu dah menganggu rancangan mama.." sekilas dia memandang rania.

Rania menceritakan kepadanya.. Bagaimana haidan yang hanya asyik bertanyakan hal shofie..sehinggakan haidan berangkat pulang awal kerana rania tak mahu menceritakan perihal shofie kepadanya.

" kenapa ni" tegur rahimi didepan muka pintu.

Rahimi memerhati dua anak lelakinya yang tegak berdiri didepan ainun sambil menekur lantai.

"papa.. Papa.. Haidan pa.. Dia asyik tanyakan shofie.. Bila nia ta nak jawapkan... Di terus balik tinggalkan nia" rania berlari menarik lengan rahimi.. Sambil merengek - renget.

"itu yang kamu runsingkan" gelak rahimi. Memandang ainun.

"sudah tidur.." dia mengarahkan supaya dua anak lelaki itu tidur.

Rahimi keluar dari bilik raffa..

"abng jangan pandang ringan masalah ini..ini masa depan anak kita.. Masa depan yang cerah untuk rania.." kata ainun membebel mengikut belakang rahimi.

"jadi kenapa takut... Kalau itu memang jodoh rania. Kenapa kaitkan dengan shofie, sampaikan kamu pukul raffa dan rafie.." keras nada rahimi.

"saya tak nak shofie merampas kedudukan yang asalnya milik rania.." lantang suara ainun.

"aku sudah kata berkali-kali.. Ingat statusmu.. Aku hormatkan kamu.. Sebagai ibu kepada anak-anak aku. Kamu jangan mencabar kesabaran aku" tegas nada rahimi bercampur dengan ancaman.

"saya sanggup lakukan apa saja.. Asal rania terjamin masa depannya.." balas ainun nekad.. Dia menolak tubuh rahimi sedikit ketepi lalu jalan melintasinya.

"boleh.." langkah ainun terhenti.

"kau lakukan apa saja.. Asal jangan babitkan orang lain.. Mahupun raffa.. Rafie.. Terutamanya shofie.. Kalu tak.. Kamu sendiri pikir apa nasibmu.." kalini rahimi yang berlalu pergi meninggalkan ainun.

"aaaargghhhhh" jerit ainun lantang.

'aku tak berguna.. Aku tak boleh buat apa-apa.. Kau lelaki jahat.. Kita dah lama hidup bersama.. Tapi kau langsung tak pandang aku.. Tak cintakan aku.. Kau jadikan aku sebagai alat melahirkan keturunan kau.. Aku akan balas.. Balas perbuatan kau..' marah ainun. Air matanya sudah melimpah keluar dari kepolak matanya.. membasahi pipinya.. Dia jatuh tejelepok disitu. Menangis sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience