BAB 86

Romance Completed 175736

Ting... Tong.... Ting... Tong.....

Haidan merengus kasar.. Di cukup tak suka bila diganggu sebegitu.. Dia yang sedang melihat video wawancara shofyna di acara semalam, dimana ada shofie yang duduk disamping shofyna.. Merasa geram.. Bunyi loceng itu semakin lama semakin membingitkan gegendang telinganya. Dengan langkah yang berat di berjalan ke arah pintu.

'apa yang dia buat disini?' haidan mengintai melalui kanta lubang dipintunya.

"nak apa??" tanya haidan dingin.. Dia hanya membuka pintu biliknya sedikit sahaja.

"kami datang untuk menjemput tuan muda berjumpa dengan puan besar.." kata firdaus.. Dia menolak pintu agar membolehkannya untuk masuk kedalam.

"kenapa pula aku perlu kesana.. Aku kesini ada hal peribadi.." haidan berusaha mengekalkan kedudukan pintu.

"lebih baik tuan muda ikut kehendak kami.. Sebelum kami memaksa secara kasar.." firdaus menunjukkan dua orang lelaki di belakang firdaus.

"daus, kau.. Ugut aku!!"

"terpulang.. Kalau itu yang kau fikirkan.." kata firdaus..

"tungu saja disini.. Aku tukar pakaian.." kata haidan..

" saya akan kemaskan pakaian tuan muda.. Kerana tuan muda akan check out sekarang" kata firdaus.

"kenapa kau pandai pandai buat keputusan .. Kau ingat kau siapa..!!" marah haidan..

"bukan saya.. Tapi puan besar.." kata firdaus santai..

Haidan mengeluh.. Apa yang boleh dia katakan lagi.. Arahan dari nendanya..dan bondanya, memang dia tak berani untuk melawan.. Dia terpaksa akur..dan mengikut sahaja.

Wadhiah dan shofie sedang makan malam bersama.. Mereka bersembang sambil diselang seli gelak ketawa.. Rumah yang sunyi dan sepi itu terasa panas kembali dengan gelak tawa shofie. Wadhiah yang dingin itu pun berubah menjadi ramah dan kembali tersenyum.

"Ma'am .. We have a guest" kata satu pelayan datang menegur mereka.

"Bring the guest here.." balas wadhiah.. Dengan senyuman yang lebar.. Tapi senyuman kembali kecut bila melihat tetamunya..

"kenapa kamu yang disini??" tanya wadhiah.

"ahh.. Granny... Sampainya hati... Kecewa is dengar granny kata begitu.." farid berjalan memeluk wadhiah yang sedang duduk itu dari belakang.. Lalu mencium pipi wanita itu..

"kamu tu.. Jarang sekali datang kesini.. Selalunya mummy kamu saja yang datang kesini.." perli wadhiah. Wajahnya kembali seperti asalnya..

"alah..sebab ada sekuntum bunga disini.. Jadi is datang kesini.. Takut my sis bosan tinggal sendirian dengan granny.. That why.." terang farid sambil melurut rambut panjang shofie yang masih khusyuk dengan makanannya. Shofie hanya membiarkan sahaja farid bermain dengan rambutnya.

" behave your self tengku farid iskandar.. She's your sister.. " wadhiah mengingati anak muda yang berdiri disampingnya..

"ya..ya..I know.. Granny.. I have a very beautiful sister in the world.. And I proud about it" kata farid sambil ketawa. Dia memengang tangan shofie yang sedang memegang sudu yang terdapat makanan disitu.. Dibawa kedalam mulutnya..

Wadhiah memukul kepala farid.. Walaupun pukulan itu tak lah sekuat mana.. Tapi cukup untuk membuatkan farid tersedak... Sampai terbatuk-batuk.

"granny dah bagitahu tadi.. Behave.. Ini kamu sedang menganggu pula seorang ibu mengandung makan.. Malah mencuri makanan dia..!!" marah wadhiah.

Farid tidak menjawap.. Dia masih terbatuk batuk.. Sambil tangannya memukul mukul dadanya sendiri ...

"abang.. Ambil air ni.." shofie segera menyuakan gelas yang berisi air jernih kepada farid..

Farid minum air tersebut dengan rakus..

"granny..." kata farid.. Sambil dia mengurut dadanya sendiri..

"degil..!!" balas wadhiah..

Selesai makan malam.. Wadhiah duduk santai di ruang tamunya bersama shofie.. Tapi dia tak senang dengan anak nakal yang asyik menganggu mereka dari tadi.

"sis.." farid menarik tangan shofie..

"apa lagi tu.. Nampak tongkat ni.. Kalau granny ketuk ni..mau bengkak kepala kamu.." wadhiah memberi amaran..

Shofie tegelak kecil melihat wadhiah memarahi farid.. Tapi farid masih kekal mengusik seperti setiap amaran yang diberikan tak bererti buatnya.. Malah dia semakin galak mengusik..

Farid menarik tangan shofie lebih kuat.. Bila shofie masih duduk ditempatnya..

"granny.. Pinjam shofie kejap.." farid membawa shofie pergi bersamanya..

"tak perlu tarik tarik macam tu.. Jalan elok elok..!!!" laung wadhiah..

'anak ini.. Buat aku terjerit-jerit dari tadi..' wadhiah merungut.. Tapi dia tetap senang dengan kehadiran farid.. Yang dari dulu memang banyak akalnya..

"entah apa yang dibuatnya dua orang tu.. Sunyi saja.." kata wadhiah.. Dia bangun dari duduknya.. Baru hendak dia melangkah.. Dia mendegar suara menegurnya.

"puan..." panggil daus.. Wadhiah berpaling.. Dia terpandang seseorang yang ditunggunya dari tadi..

"hemm.. Kamu boleh pergi daus.. Tugas kamu sudah selesai.." kata wadhiah.

"baik.." balas firdaus.

"kenapa nenda panggil idan kesini..?" kata haidan memasang wajah dinginnya.

"begini ya cara kamu idan.. Dah la, datang kesini.. Tak datang jenguk nenda.. Kamu berani pula tinggal di hotel ya.." wadhiah kembali duduk di sofanya tadi..

"idan kesini ada hal peribadi nenda.. Maaf tak singgah untuk melawat nenda dari awal lagi.." haidan melembutkan nada bicaranya.. Kerana dia sudah tahu kesalahannya.. Dia tak mahu menguris hati orang tua itu.

"hemm... Kamu.."

Tapi wadhiah terdiam,bila hawa telinganya menangkap bunyi piano.. Diselangi dengan bunyi gesekan biola..

"ada siapa lagi disini nenda..?" tanya haidan.. Dia cukup tahu nendanya tak suka untuk menerima tetamu yang bermalam di rumahnya.. Selain ahli keluarganya sendiri.

"apakata kamu naik, sendiri lihat..kemudian beritahu nenda.. Siapa tetamu nenda tu.." wadhiah memandang haidan..

Haidan duduk di sofa, berhadapan dengan wadhiah..

"idan tak berminat nak tahu siapa tetamu nenda.." kata haidan

"kamu pasti.." tanya wadhiah.. Haidan tidak memberi sebarang respon.

"Merdukan melodi yang mereka mainkan.." kata wadhiah.

"idan naik rehat dahulu lah, nenda"

"bawa nenda naik bersama.. Nenda mahu melihat mereka.." arah wadhiah.

Tanpa membantah.. Haidan memimpin nendanya naik keatas.. Mereka sampai di ruang atas di ruang yang luas, dimana terletaknya piano di tengah-tengah ruang tersebut..

Haidan melihat wanita berambut panjang yang duduk membelakangkan mereka.. Disebelahnya berdiri satu - satunya sepupu yang menjengkelkan dimata haidan.

"haidan masuk bilik dulu ya nenda.." haidan tak mahu bertemu dengan sepupunya itu..

"baik.." kata wadhiah.. Melihat haidan berjalan dan masuk kedalam biliknya..

Wadhiah menepuk tangan sebaik saja mereka selesai menamatkan satu melodi yang indah untuk didengari.

"nenda.." tegur shofie sopan..

"tak sangka shofie pandai bermain piano.." puji wadhiah.

"taklah pandai sangat nenda.. Biasa-biasa saja.." kata shofie menunduk malu..

"nenda masuk dalam rehat dulu ya.."

"mari shofie hantarkan nenda.." kata shofie.. Dia bangun lalu memimpin tangan wadhiah..

'sopan.. Lembut sekali peribadi shofie..' wadhiah tersenyum sendiri..

Terasa seperti dipinggirkan.. Farid bersuara.

"abang tunggu shofie disini" katanya...

"aban tunggu sekejap ya.." balas shofie.

Selepas shofie memastikan wadhiah selesa ditempat tidurnya.. Dia berjalan keluar kearah ruang tengah yang luas itu..

"kita sambung..?" tanya shofie..

"yes.. Sure... Why not" balas farid pantas.

Mereka bermain alat musik tersebut.. Tanpa mereka sedari.. Telah menganggu ketenteraman satu penghuni bilik yang mereka tak tahu, tentang kehadirannya.

Haidan merasa tidak selesa.. Walaupun melodi itu kedengaran indah.. Dia tak boleh melelapkan matanya..

'budak is ni.. Memang cari pasal lah..' haidan mengelupur diatas katil besarnya.. Menahan marah. Akhirnya dia bangun juga dan keluar dari bilik tersebut..

Ketika dia keluar kedengaran suara farid tergelak bila wanita itu salah menekan kekunci nada yang lain..dan mereka kedengaran ketawa bersama.

"hey.. Tak reti tengok jam ke apa... Hah.. Memekak saja..!!!" jerit haidan..

Farid dan shofie sama-sama tergejut dan berpaling memandang kearah suara yang memarahi mereka..

Terkebel kebel mata haidan melihat shofie ada disitu.. Dia mengosok-gosok matanya.. Takut dirinya sedang berhalusinasi..

Shofie bangun dan berdiri disebelah farid.. Farid berdiri melindungi shofie.. Membiarkan shofie berada di belakangnya.

"biarlah.. Ada ganggu kau ke..?" balas farid.

"sayang.. Buat apa disini?" tanya haidan cemas.. Dia berjalan maju kehadapan ingin menarik shofie.

"hei.. Jaga perangai kau ya.. Senangnya nak main tarik-tarik macam ni.." farid mendepa.. Menghalang haidan menghampiri shofie..

"dia isteri aku.. Aku ada hak keatas dia.." haidan menolak dada farid.

Farid tak mahu kalah.. Dia menolak balik dada haidan...

"kau jangan cabar aku.." kata haidan.

"aku.. Aku cabar kau.. Aku tak hairan lah..."

Bukkk... Tumbukan haidan mengenai pipi farid..

"eh.. Stopp.. Stopp!" jerit shofie..

Malah jeritan shofie tak diendahka. Oleh mereka.. Malah lebih parah.. Farid menumbuk kembali.. Tubuh dua orang lelaki itu beruling guling di lantai.. Shofie cemas.. Dia tak berani untuk mendekat..

"sudah.. Abang..!!!"

Kedua lelaki itu saling berpandangn.. Sambil tangan masing masing sudah mengepal penumbuk.. Siap untuk meninju lawan mereka.

"perangai macam budak-budak!!" marah shofie..

"sila lah bergaduh sampai pagi!!"

Shofie berjalan pergi.. haidan segera melepaskan pengangan di tubuh farid.. Lalu mengejar langkah shofie.

"sayang.."

"sis.."

Farid dan haidan saling berpandangan.. Kemudian mengejar kembali shofie. Shofie masuk kedalam biliknya dan menutup pintu..

Kedengaran suara dua lelaki itu merayu rayu untuk shofie segera membuka pintu bilik tersebut..

Plak.. Pintu dibuka.. Shofie melangkah keluar.. Turun kebawah dan mencari sesuatu.. Dan kembali naik keatas..

"dua-dua duduk disitu.." kata shofie sambil menunjuk kearah sofa.. Lalu dia meletakkan pad ais yang diambilnya tadi..

Farid dan haidan akur.. Mengikut sahaja, tanpa berbunyi sedikit pun..

"ambil ni sorang satu.. Dan letak dimuka masing-masing.." kata shofie..

"tapi.." kata haidan..

"shofie dah mengantuk.." balas shofie.. Dia malas mahu melayan dua lelaki yang berperangai seperti budak kecil.

"sayang.. Ini terluka.." haidan menunjukkan kearah bibirnya..

"abang pun.." sampuk farid

Kemudian dua lelaki itu kembali saling berpandangan...

Shofie tak tahu dimana harus dia mencari peti kecemasan malam malam begini.. Kemudian dua lelaki itu menunjuk ke satu arah yang sama.. Dimana ada peti keselamatan disitu.

Shofie berjalan mengambil peti tersebut. Lalu meletakkan dihadapan dua lelaki itu.

"letak ubat sendiri.. Dah pandai bergaduh sendiri kan.." perli shofie.

"takkanlah.. Sampai hati.." kata farid dengan sayunya..

"kalau taknak tak apa.. Fie nak masuk tidur.. Good nite.." shofie berjalan masuk ke biliknya..

"apa hubungan kau dengan isteri aku." tanya haidan kepada farid..

"she's my sister.." jawap farid acuh tak acuh.

"Since when??"

"sejak lahir.." jawab farid santai..

"kau nak kena lagi.." haidan menyuakan penumbuknya lagi..

"kau yang tak tahu.. Dan tak pernah ambik tahu.. Aku tak sebodoh kau.. Aku sudah tahu kau tu suami dia.. Segaja aku rahsiakan.. Kau ingat aku ke Malaysia untuk apa.. Untuk ganggu Zayn Holding.. Aku kesana mencari anak perempuan shofyna fakhirya.. My mummy "

" anak kepada mummy aku" tekan farid lagi..

"jadi.. Dia.."

"yes... She my sister.. Cousin.." kata farid sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience