BAB75

Romance Completed 175817

Shofie kembali bekerja seperti biasa.. Seperti selalunya, dia menyibukkan dirinya di meja kerjanya..sekurang kurangnya dia dapat meluoakan seketika masalah nya bila dia sibuk dengan kerja yang bertompok di meja kerjanya.

"shofie.. Ada barang untuk shofie didepan" kamil datang memberitahu..

"barang..??" tanya shofie hairan.

"Ya.. Ada delivery boy dekat depan tu" kata kamil sambil tersenyum.

Shofie bangun dari kerusinya.. Berjalan keluar dari ruang kerja dan mencari orang yang dikatakan oleh kamil di ruang koridor..

"cari siapa.."

"arr.. Cari.. Shofie fitriyani.." kata lelaki tersebut sambil membaca nama penerima di ruang daftarnya..

"ya itu saya".. Jawap shofie. Lelaki itu membuka beg galas besarnya.. Lalu mengeluarkan beg kertas yang berisi makanan...dan diberikan kepada shofie..

"dan ini.." dia menyuakan sejambak bunga.. mawar merah yang digubah cantik..

'what.... Bunga..!!!' shofie mula cemas nak menerima jambangan bunga tersebut..

"cik.." panggil lelaki itu.

"ah.. Ya.. Saya.." dalam tak sudi.. Shofie menyambut juga jambangan bunga tersebut..

"sila tandatangan disini ya.." kata lelaki tersebut, menyuakan kertasnya dan pen. Shofie mengikut saja..lelaki itu kemudiannya berlalu pergi,setelah kerjanya selesai.

Shofie mencari-cari kalau adanya kad terselit diatara bunga tersebut.. Ternyata tiada.. Dia kemudiannya masuk kedalam ruang kerjanya,dengan muka yang merah dan menunduk saja jalannya.

"wow.. Bunga...!!!!" Jerit waheeda.. Dia orang yang pertama datang dan menyambut jambangan bunga mawar merah yang digubah indah tersebut..

"kan aku dah kata.. Mula-mula coklat sekarang bunga.." usik waheeda.

Shofie duduk di meja kerjanya dan meletakkan beg kertas yang berisi makanan.

"tu makanan.. Dapat sekali ke.." waheeda memuncungkan bibirnya menunjuk kearah makanan yang ada di meja shofie..

"tak.. Ni yang fie pesankan.."bohong shofie.

Shofie kembali melihat waheeda yang sedang memeluk jambangan bunga mawar tersebut..

" kalau nak bunga tu ambillah.. "kata shofie.

"eh..jangan main-main.. Memang eda jeles tak dapat bunga.. Tapi tak lah sampai nak rampas bunga sahabat sendiri.." waheeda meletakkan jambangan bunga tersebut di meja shofie..

"tak.. Bukan fie perli eda.. Fie serius.. Ambillah.. Kalau eda nak.." kata shofie.. Sambil tersenyum.

"apalah fie ni.. Kesian kepada tuan yang beri ni bunga ni.. Fie tak hargai.." waheeda menyentuh bunga mawar merah tersebut. Terasa sayang sekali.. Bunga yang indah itu tak dihargai oleh shofie.

Ketika itu.. Telefon bimbit shofie berbunyi.. Shofie melihat nama si pemanggil..

'haidan...'

" kejap eda.. Fie angkat call kejap.. " shofie meluru berjalan keluar dari ruang kerjanya..

"assalamualaikum.. Sayang" suara haidan di sebelah sana kedengaran.

"waalaikummusalam" jawap shofie.

"dah dapat makanan dan bunga tu sayang.." tanya haidan dengan nada yang lembut..

"hemm.."

"makan ya.." katanya lagi.

"hemm.. Baik"

"ok.. Jaga diri sayang.." kata haidan lagi.

Shofie mematikan panggilan tanpa membalas kata dari haidan... Dia kembali, berjalan masuk kedalam ruang kerjanya semula..

Sementara haidan di bilik pejabatnya.. Tak menyangka yang shofie telah mematikan panggilan.. Tanpa memberi balasan kepadanya...

'ah.. Haidan.. Nampaknya anak kau tu ikut kau yang beku agaknya..sekarang dah terkena dekat ibu dia.. ' keluh haidan..

"marwan.... Masuk" panggilnya melalui intercom.

"saya tuan.." kata marwan sebaik masuk kedalam bilik kerja haidan.

"pergi carikan saya buku panduan tentang wanita hamil kepada saya.." arah haidan..

"maaf tuan.." marwan kaku.. Dia takut dia tersalah dengar..

"carikan buku.. Kehamilan.." kata haidan menekan ayatnya satu persatu.

"baik tuan.. Dan.. Tahniah.." kata marwan tersenyum..

Haidan mendongak memandang marwan.. Yang sedang tersenyum kepadanya..

'tahniah..' haidan memegang dadanya..

"tahniah untuk apa.." tanya haidan hairan.

"tahniah kerana tuan akan jadi ayah tak lama lagi.." kata marwan lagi.

'menjadi ayah tak lama lagi.. Kenapa aku berdebar.. Mungkin ini perasaannya bila seseorang itu akan menjadi seorang ayah..' fikir haidan.

"terima kasih marwan.. Kamu boleh pergi.." arah haidan..

"baik tuan.. Saya akan pergi cari buku itu sekarang.." marwan keluar dari ruangan tersebut.

' ayah.. Papa.. Ayahda.. Abi.. Babah.. Apa lagi.. Aku... Aku akan jadi seorang ayah...' haidan senyum sendiri... Hatinya berbunga riang..

Begitulah hari hari berlalu.. Haidan mencari ilmu untuk shofie dan juga bakal anak yang akan dilahirkan.. Dia tak segan-segan membawa buku kehamilan itu kemana-mana.. Setiap hari dia mengirim makanan buat shofie.

- bila kita akan buat appointment dengan doktor.. Sayang. - haidan.

Haidan menghantar pesanan kepada shofie.. Namun shofie langsung tak melihat pesanannya..

'ini, betul-betul menguji kesabaran... Fiya.. Kau buat aku hampir gila.. Tapi.. Buku ni beritahu.. Emosi ibu hamil ni.. Agak tak stabil.. Mungkin sebab itu shofie berubah..' fikir haidan..

Bila telefon bimbitnya berbunyi cepat-cepat haidan mengambil telefon itu untuk melihat pesanan dari shofie.

- masih terlalu awal - shofie.

' apa.. Terlalu awal.. Bukankah awal itu lebih bagus.. 'fikir haidan.

- sayang.. Haidan buat appointment dengan doktor ya.. Esok.. Atau hujung minggu ni.. - haidan.

- hujung minggu balik rumah papa.. Esok saya sibuk.. - shofie.

Haidan melepaskan keluhannya..

- haidan buat appointment esok malam.. Sementara tu boleh stay at my office.. Sebelum pergi.. - haidan.

-ikutlah-shofie.

"yes.!!!. Akhirnya berjaya juga.." kata haidan. Gembiranya seumpama menang usahasama bernilai juta ribu ringgit..

"marwan.." jeritnya.

"ya tuan.." marwan datang tergesa-gesa.. Bila mendengar haidan melaungkan namanya kuat.

"masuk.. Tutup pintu tu" arah haidan.

Marwan pun masuk kedalam..dan menutup pintu seperti yang diarahkan oleh haidan.

"carikan klinik.." haidan seperti memikirkan sesuatu.. Manakala marwan diam menunggu arahan.

"klinik.. Pakar.. Hmmmm" haidan mengaru kepalanya..

"klinik kehamilan ya tuan.." tanya marwan meminta kepastian..

"ya.. Betul.."

"pastikan doktornya.. Doktor wanita"

"private"

"yang terbaik dikawasan ini.."

Marwan mengangguk seperti burung belatuk.. Menerima arahan dari haidan satu persatu..

"booking appointment dengan doktor itu esok malam.. Saya akan bawa shofie kesana sendiri.." kata haidan.

"tak perlu saya hantarkan tuan.." tanya marwan.

"buat apa kamu disana.. Saya akan drive sendiri.." balas haidan..

"itu yang terbaik sekali tuan.." kata marwan sambil tersenyum..

"jangan lupa booking doktor tu malam esok.. Pastikan dia wanita.." tegas haidan mengulangi lagi arahannya.

"baik tuan.. Saya akan uruskan. Mengikut permintaan tuan.." kata marwan memberi jaminan.

Haidan tersandar lega.. Di kerusi kerjanya..

Sementara di satu tempat..

"puan besar.." datang seorang lelaki menegur seorang wanita yang sedang duduk sambil memegang buku di tangannya. Wanita itu membetulkan kacamata bacanya yang tersangkut di batang hidung.

"hemm.. Masuklah.." pangil wanita itu..

"ada apa kamu kemari.." tanya wanita itu. Masih membaca bukunya seperti biasa.

"ada yang ingin saya sampaikan.. Mengenai keluarga Zayn.." kata lelaki itu.

"adakah itu gosip.. Kalau gosip-gosip yang anak muda itu, sengaja timbulkan untuk mengaburi mata saya.. Saya tak mahu dengar.. Daus" wanita itu mengoyang-goyangkan tangannya.. Dia sudah bosan mendengar gosip penerus keluarganya itu..

"ada yang terbaru puan besar.. Saya yakin yang ini bukannya gosip.. Yang ini benar.." kata lelaki itu.

Dia menyerahkan tab kepada wanita yang bernama wardhiah itu.. Wanita yang sangat berpengaruh.. Hampir setiap pelusuk dunia perniagaan mengenali siapa balu kepada Zayn haider..

Wardhiah menyambut alat tersebut.. melihat imej yang ditayangkan di papan alat elektronik tersebut.. Gambar wanita yang dilindungi para pelayan dan ada haidan di belakangnya.. Jarinya megores paparan skrin tersebut. Ada imej haidan seperti memujuk wanita tadi yang duduk di pantai.. Semuanya gambar dihari yang sama.. Waktu yang sama..

"kenapa gambar wanita didalam itu tidak jelas.. Saya tak dapat lihat wajahnya dengan baik.." tanya wardhiah.

"itu salah saya puan besar" kata firdaus menunduk..

"pergi cari lagi maklumat tentang mereka.. Apa hubungannya mereka.. Baru datang cari saya.." kata wardhiah kembali mengoyangkan tangannya kepada firdaus.

"baik puan besar.. Maaf saya ganggu masa puan membaca, saya minta diri dulu puan.. "kata firdaus sopan..

" hemmm.... Jangan hampakan saya" wardhiah mengangkat cermin bacanya lalu memandang firdaus.. Firdaus mengangguk faham. Sebelum berjalan pergi.

"jadi.. Betullah apa yang yumna beritahu.. Yang haidan sudah bernikah senyap-senyap.."

"anak itu.." hujung bibir wardhiah tersuing keatas.. Tersenyum. Dia menutup buku yang dibacanya.. Lalu meletakkan buku tersebut di atas meja kecil dihadapannya.. Satu bingkai, gambar yang berada dimeja itu diambil.. Dia menyentuh wajah yang terdapat didalam gambar tersebut..

"cucu kamu.. Memang degil .. Memang mereka keturunan Zayn.." wanita itu ketawa kecil.. Dan meletakkan kembali bingkai gambar tersebut diatas meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience