Bab 74

Romance Completed 175736

Nani berlari masuk ke dalam rumah, berlari melintasi haidan..usia tuanya membuatkan wanita itu cepat kelelahan..lariannya seumpama berjalan bagi orang muda..

"puan..."

Nani membetulkan nafasnya yang tercungap cungap... Memegang dadanya.. Agar cepat nafasnya teratur semula.

"kenapa nani.. Mana puan muda.." tanya mahira lantang, turun dari tangga.. Haidan pun menghentikan langkahnya..

"mana shofie mak nani.."tanya haidan ingin tahu..

" dia di hujung pantai.. Dekat dengan pagar sana.."nani membongkok.. Sebelah tangan memegang lutut..sebelah lagi tangannya menunjuk kearah pantai..

Haidan menghayunkan langkah nya berlari keluar..berlari ke pantai.

" tunggu... Tuan muda.... "panggil nani.. Namun panggilannya tak dihiraukan haidan..Haidan sudah jauh dan semakin jauh...

" puan sri.. Kaki puan muda luka.. Dia tak memakai kasut..dan puan muda menolak untuk, kembali pulang ke rumah.. " terang nani.

Mahira memicit pelipisnya.. Kemudian mengeluh berat.. Dia memandang keluar dimana langit sudah bertukar warnanya, menjadi gelap..

Shofie melihat para pelayan wanita sedang berdiri tak jauh dengannya.. Mereka tak henti henti memujuk dirinya supaya kembali ke rumah besar.

Perutnya berbunyi.. Meminta makanan.. Shofie menyentuh perutnya.. Baru dia teringat dia hanya makan tengah hari dan buah strawberi saja tadi..

'lapar ya sayang..' tangannya mengelus perutnya lembut.

"puan.. Tak baik perut lapar begitu.. Nanti masuk angin.. Datang sakit yang lain pula nanti.." pelayan wanita itu masih berusaha memujuk shofie.

"tak perlu tunggu saya.. Saya nak bersendirian disini.." balas shofie. Dia masih berdegil.

"fiya.. Mari kita balik.." haidan datang.. Berjalan dekat kearahnya.. Meyulurkan tangan kearahnya.

Shofie menempis huluran tangan dari haidan.. Entah kenapa.. Melihat haidan disitu dia merasa marah.

"kita balik sayang.." pujuk haidan, dia mendekat dan mahu mengendong shofie.

Shofie menolak tubuh haidan.. Sehingga lelaki itu terenjak ke belakang..

"jangan sentuh saya.." kata shofie tegas. Shofie bangun berjalan pergi.. Diikuti oleh pelayan wanita dibelakangnya..

"puan.. Sila guna kasut saya.." pelawa satu pelayan.

"tak perlu.." shofie terus berjalan tanpa menghiraukan sesiapa..

Para pelayan berpandangan sesama sendiri.. Mereka hairan melihat puan mudanya yang asalnya lemah lembut bertukar menjadi dingin begitu..

"mungkin dia sedang marah" bisik satu pelayan.

"tutup mulut kamu..kamu tiada hak. Membincangkan hal puan muda..." marah satu pelayan yang lain.

Mereka diam. Berjalan mengikut shofie dari belakang.. Begitu juga haidan.. Berjalan di belakang para pelayan itu..

"shofie sayang.. Kemana saja kamu... Kamu buat bonda risau sayang.." mahira memeluk shofie.. Kemudiannya melihat keadaan shofie..

"duduk disini sayang.." mahira mengarahkan shofie duduk di kerusi ruangtamu.

"nani.. Ambilkan peti ubat kesini.." mahira melihat kaki shofie yang calar balar..

Shofie masih diam.. Tidak menyuarakan apa-apa.. Seperti orang tak berperasaan duduk disitu.

"nani.. Arahkan pelayan mencuci bilik haidan.dan disitu juga.." mahira menunjukkan pasu yang pecah dilanggar haidan tadi.

"baik puan.." jawap nani.. Kemudian dia mengarahkan beberapa pelayan yang baru pulang bersama shofie menyelesaikan perkara tersebut.

"shofie.. Jangan marahkan haidan.. Dia cuma tergejut sayang.." pujuk mahira.

Haidan melangkah masuk kedalam rumah melihat shofie dan mahira ada di ruangtamu.. Mahira sedang membuka kotak kecemasan yang diletakkan di atas meja.

"bonda.. Biar haidan yang buat.." haidan mendekat dan melutut di hadapan shofie..

"bonda tinggal kamu berdua.." mahira berjalan pergi.

Haidan diam.. Mengambil kaki shofie dan meletakkan diatas lututnya.. Shofie segera menarik kakinya dan bangun...

"fiya duduk dulu.. Biar haidan rawat dulu kaki tu.." kata haidan.. Lalu menarik lengan shofie..

"jangan sentuh saya.." shofie meringis kesakitan. Haidan melepaskan tangan shofie.. Dia melihat pegelangan tangan shofie yang bertukar kebiruan..

"haidan yang buat?? " haidan menarik tangan shofie.. Melihat tangan shofie dengan lebih dekat.

Tanpa menjawap persoalan haidan, shofie menarik tangannya semula.. Dia berjalan pergi.. Melangkah naik keatas.. Masuk kedalam bilik.

Shofie melihat keadaan bilik sudah kembali seperti sediakala.. Cuma meja kopi yang pecah tadi sudah dialih keluar.. Lantainya yang tadi penuh dengan kaca juga sudah dibersihkan..

"sayang..." bila saja shofie mendengar suara itu memanggilnya.. Dia cepat cepat berjalan masuk kedalam bilik air..dan mandi tanpa membuka bajunya... Dia berdiri lama dibawah pancuran air mencurah curah diatas kepalanya.

Shofie terus ke bilik pakaian.. Dia melihat haidan yang sedang duduk di birai katil menunggunya selesai mandi..

Shofie bertingkah seperti haidan tak wujud didepannya.. Dia menunaikan solat dan kembali turun kebawah.. Mengisi perutnya yang lapar.

Mahira melihat shofie yang turun sendirian.. Tanpa haidan disisi.. Tak mahu, bertanya banyak.. Ini bukan salah shofie sepenuhnya. Dia duduk bersama shofie di meja makan..

Haidan kemudiannya kelihatan menuruni anak tangga..dan duduk di meja makan bersama mereka... Suasana di meja makan agak canggung... Masing-masing diam seperti bisu..

"kita perlu berbincang fiya.." haidan masuk kedalam bilik sebaik selesai makan..

"fiya.."

Shofie diam..dia ke sofa panjang dan merebahkan dirinya disitu.. Mengambil bantal kecil lalu menekup wajahnya.

"haidan minta maaf sayang..."haidan duduk di sofa sebelah sofa panjang yang shofie sedang baringkan tubuhnya disitu.

" sayang..."panggil haidan.

'aku kelihatan seperti orang bodoh yang sedang merayu cinta dari isteriku sendiri..' haidan mengeluh. Kemudian meraup wajahnya.

" sekarang cuba bagitahu.. Apa yang perlu haidan buat untuk minta maaf dari fiya... " rayu haidan..

"fiya.."

"haidan rasa sakit.. Bila fiya buat tak endah macam ni"

"fiya."

Haidan mengambil bantal yang menutup wajah shofie perlahan lahan.. Rupanya, Shofie sudah terlena di sofa..

"kenapa...shofie berubah jadi begini."tanya haidan kesal.

'bukan salah shofie..kau juga salah haidan..' suara hatinya berbisik menyedarkannya..

Haidan bangun.. Berjalan keluar dari biliknya.. Kemudian masuk semula dengan peti kecemasan ditangannya.. Merawat kaki shofie yang terluka.. Selesai meletakkan ubat.. Dia mengangkat shofie dan meletakkannya dengan lembut di katil. Haidan meletakkan tangannya di perut shofie..

"kamu..."

"bukan salah kamu sayang.."

"terima kasih.. Kerana hadir.."

Haidan mencium perut shofie yang beralas kain menutup tubuh shofie.. Kemudian mencium dahi shofie..

Keesokannya haidan bagun shofie sudah tiada di tempat tidur..

"sayang.."

"fiya..."

Haidan bangun mencari shofie..

'jangan cakap dia pergi.. Tolong...fiya jangan pergi' haidan bangun dengan cemas melihat ke dalam bilik air.. Lantai bilik air itu masih basah..

'kemana dia pergi'

Haidan mendengar suara dari bilik pakaian..

"kak aina.. Ambil fie ya pagi ni.."

"tak apa.. Fie tunggu.."

"ok.. Bye.."

Haidan menolak pintu bilik pakaian.. Melihat shofie baru selesai menamatkan panggilan telefon.

"kenapa minta ruhaina kemari.." tanya haidan..

Shofie berpaling melihat haidan mula berjalan masuk kedalam bilik pakaian..

"berhenti disitu.." arah shofie...

Haidan menghentikan langkahnya.. Bila shofie mengangkat tangan menyuruhnya berhenti.

Shofie mengemaskan barangannya.. Melangkah keluar dari bilik pakaian.. Melintasi haidan.

"fiya.." tangan shofie dirangkul haidan.

"lepaskan.." arah shofie.

"haidan tak akan pernah lepaskan.. Fiya.." shofie membalikkan matanya.. Merentap tangannya.. Tapi tak berjaya..

"we need to talk sayang.." rayu haidan.

"tak ada benda yang perlu kita bincangkan.." bantah shofie.

"Melainkan haidan nak bincang bagaimana nak tamatkan semua ini" sekilas shofie merentap tangannya..dan berjalan keluar.

"apa maksud fiya.. Tamatkan semua ni.."

Haidan berjalan.. Mengikut shofie keluar dari bilik pakaian.... Shofie duduk di sofa dengan tenang.. Sambil menyentuh perutnya..

"kalau haidan nak bincang untuk tamatkan semua ni.. Silalah duduk.." kata shofie.. Langsung tak memandang kearah haidan.

"tak akan.."tegas haidan.

'jadi.. Kita akan hidup sendiri sayang.. Macam mana seorang isteri yang tak diakui oleh suaminya sendiri.. Bagaimana nasib anaknya nanti.. '

" kalau macam tu..saya nak turun dulu.." kata shofie. Shofie bangun mengambil beg tangannya..

" tunggu.. " kata haidan. Shofie berhenti dan berpaling.

"kita akan besarkan anak kita bersama-sama.."

"Bagi peluang kepada haidan.. Kita mula semuanya daripada mula.." kata haidan.

Shofie terdiam kaku berdiri ditempatnya..

'adakah ini yang sebenarnya aku mahu dengarkan dari dia... Adakah dia sekadar menabur janji... Atau ada niat lain.. Kenapa aku susah nak terima dia.. Kenapa sulit sekali semua ini.. Aku masih takut.. Takut dia teragak-agak dengan semua ni di kemudian hari..' fikir shofie.

Dia sendiri masih takut nak memberi apa apa harapan buat haidan. Dia takut dia akan dikecewakan oleh haidan di kemudian hari.

"fiya.." shofie malah melangkah dua tapak menjauhi haidan yang sedang menghampirinya.

"tolong bagi ruang untuk saya.. Jangan paksa saya.." kata shofie perlahan.

"tapi..."

"awalnya...haidan minta satu peluangkan.. Jadi jangan sia-siakan.. Kalau tak.. Shofie tak akan teragak-agak untuk pergi.." kata shofie tegas.

"terima kasih sayang.." Haidan memeluk shofie spontan. Hanya untuk seketika. Sebelum dia melepaskannya semula.. Kerana shofie mula menolak dada haidan..

Semalaman haidan berfikir.. Kehadiran anaknya bukanlah sesuatu yang buruk diantara hubungan mereka.. Mungkin akan jadi lebih baik dengan kedatangan si kecil itu nantinya. Dia akan berusaha perjuangkan mereka.. Shofie dan bakal anak mereka..tak ada apa yang boleh memisahkan mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience