BAB 88

Romance Completed 175817

"bro... Aku bawa shofie ke central park dulu ya.. Kau kesana.. Bagi setel dulu.. Apa-apa kita jumpa di sana ya.." kata farid. Farid menunjukkan kearah shofyna yang duduk anggun di ruangtamu sambil melihat telefon bimbitnya.

"mummy.. Marilah kita ke central park mummy.." shofie merengek manja di bahu shofyna.. Bergayut manja di lengan shofyna..

'kenapa kau begitu manja sekali.. Ah.. Dimana salah kau haidan.. Kau tersalah merancang dimana..' Haidan melihat saja perangai isterinya..

" nanti jalan-jalan ke central park tu hati-hati.. Dekat sana banyak aktiviti.. Just enjoy the view.. Tak perlu join aktiviti yang mereka buat.. Dengar ni sayang.. Better mummy bawa kamu pergi spa.. Mummy lagi senang.. Dari kamu akan berjalan sampai kamu akan sakit kaki nantinya.. "shofyna membebel.

" kalau letih.. Rehat.. Dengar ? " shofie mengangguk faham..

" baik mummy.. Fie akan jaga diri and my honey bump.. "shofie mencium pipi shofyna.. Begitu juga shofyna membalas dengan mencium kedua belah pipi shofie..

"nak.. Nak jugak kiss..." farid menyuakan pipinya.. Diantara shofie dan shofyna..

"ceh.. Tak malu.. Dah besar panjang... Minta kiss lagi..pergi sana..!! Shofyna menampar manja pipi farid..

" alah mummy.. Sejak ada shofie.. Kasih sayang mummy berbelah bagi.. Fie cepat kiss sini... " farid menunjukkan kearah pipinya..

Asalnya haidan yang sedang tersenyum tadi menarik mukanya masam..

"boleh.." shofie mencium tapak tangannya.. Kemudian meletakkan tapak tangannya ke pipi farid..

"hey..no cheating!!!" jerit farid. Dia mengusutkan rambut shofie..

"mummy.." shofie meminta pertolongan..

"farid sudah..! Kenapa kamu suka usik shofie.." shofyna menampar tangan farid..

"minta kiss pun.. Susah.. Dah jom cepat.. Kita pergi central park.. Berjalan sampai penat.." ajak farid. Dia mengangkat tangan kearah haidan.. Haidan hanya membalas dengan anggukan kecil.

"puan.." haidan mula menegur. Shofyna mengangkat wajahnya memandang haidan..

"Zayn haidan.. Ini pertama kali kita bertemu..secara bersemuka.. Adakah betul..?" tanya shofyna.

"ya.. Maaf sebelum ni.. Saya.."

"selama saya bersama dengan keluarga ini.. Kamu tak pernah memgambil tahu siapa saya.. Dan sekarang kamu menegur saya.. Wahai anak muda" kata shofyna..

'dia ingat lagi bagaimana dulu dia datang kesini.. Haidan tidak menyukai dirinya.. Malah tidak pernah melihat wajahnya dengan terus.. Kerana anak itu selalunya akan mengelak dari terus bertembung secara langsung dengannya..dan sekarang anak itu, ditakdirkan menjadi menantunya.. Untung anak itu tidak pernah berbuat perkara burik kepadanya sebelum ini.. Kalau tidak, pasti aku akan membantah ikatan perkahwinan ini.. 'fikir shofyna.

Haidan menelan air liurnya.. Ini pertamana kali dia merasa gugup sebegini.. Bertemu dengan rahimi pun tak segugup ini rasanya..

"kalau kamu betul sayangkan anak saya.. Kamu tak akan buat dia sakit hati sebelum ni.. Saya pernah kecewa kerana cinta.. Saya tak mahu anak saya turut menjadi mangsa dalam percintaan .. Tambah pula bersama dengan lelaki yang hanya pandai menabur kata kata manis..tapi akhirnya.. Meninggalkan saya menanggung semuanya sendiri.. " shofyna menarik nafas dalam.. Kemudian melepaskannya semula.

'lelaki itu.. Malah tak membela nasib seorang isterinya yang sedang mengandungkan anaknya..' hampir saja shofyna mahu menghamburkan semuanya.. Kepada haidan..

Shofyna melihat haidan yang sedang erat memegang tangannya sendiri sambil menunduk ke bawah.

"saya.. Akan menyayangi dia.. Dan akan menjaga dia lebih dari nyawa saya sendiri.. Moga puan restui pernikahan kami... Saya akui.. Saya tak pandai dalam kata-kata.."

"apa yang perlu saya buat agar puan yakin dengan saya.. Saya akan melakukannya dengan bersungguh sungguh.." kata haidan..

"puan.."

"apa yang perlu saya lakukan agar puan yakin dengan saya?" haidan merayu..

"yang pertama sekali.. Kamu perlu tahu.. Saya tak pernah melarang dengan siapa anak saya memilih untuk berkahwin.. Itu haknya.. Restu saya sentiasa ada disitu, walaupun saya terlambat mengenali anak saya... Asalkan dia bahagia,saya pun akan turut ikut bahagia bersama.." kata shofyna.. Haidan mendongak.. Terpancar sinar harapan dimatanya.

"yang kedua.. Perkara yang kamu perlu lakukan..adalah, untuk menyakinkan saya.. Kalau kamu benar-benar mahukan shofie.. Biar shofie memilih untuk pergi bersama kamu.. Bukan kamu memaksa dia untuk pergi bersama kamu..kamu faham apa yang saya cuba katakan? " tanya shofyna.

"baik puan...saya faham..." kata haidan..

"hemmm" shofyna tersenyum..

"dan yang ketiga.. Call me mummy.. Bukannya puan.." kata shofyna sambil gelak kecil..

"mummy.. Terima kasih mummy.. Haidan tak akan sia-siakan lagi setiap peluang yang diberikan.. Haidan janji.." kini haidan melutut di hadapan shofyna dan memegang tangan shofyna.

"tak perlu berkata manis haidan.. Baru tadi saya cakapkan.. Saya tak suka lelaki yang suka menabur janji.. Buktikan haidan.." kata shofyna.. Kembali memegang tangan haidan memberi semangat..

"terima kasih mummy... Haidan akan buktikan.." balas haidan.. Lalu dia bangun.. Dari situ..

"kamu nak kemana..?" tanya shofyna.. Hairan melihat haidan tiba-tiba bangun dan berjalan pergi.

"haidan nak ke Central park.. Cari shofie.." haidan mengenakan jaketnya..dan berlari pergi..

"budak ni.. Baru saya kata restu.. Sudah berlari pergi.." kata shofyna sedih kerana ditinggalkan..bertahun-tahun selama ini shofyna hanya melihat anak itu membesar dari jauh..dan sekarang anak itu sedang berlari pergi lagi..

"kenapa muram saja..? " tanya wadhiah.. Dia dari tadi diam dan memerhatikan saja dari jauh.. Segala perbualan mereka..

"bonda... Tengok anak-anak muda sekarang.. Mereka tinggal kita begitu saja.. Selepas dapat apa yang mereka mahu.." rungut shofyna.

"biarlah.. Apa kamu fikir tentang pasangan itu.. Adakah serasi? Sesuai? Atau sebaliknya.." tanya wadhiah..

"hmm.. Saya tak kisah semua tu bonda.. Asal shofie bahagia.. Jangan jadi macam saya.. Sia-siakan masa muda saya.. Begitu saja.. Cinta membutakan saya.." kata shofyna kesal..

"sudah.. Lupakan semua itu.. Bonda sukakan shofie.. Dia lembut.. Sopan santun"

"tapi.."

"tapi apa bonda?"

"ada beberapa hal yang belum beres dalam hubungan mereka.." kata wadhiah.. Shofyna turut mengangguk.

Central park new york.. Merupakan taman yang terdapat berbagi jenis landskap didalamnya dan kemudahan seperti tasik, kolam-kolam buatan, trek pejalan kaki, tempat ice skating, kolam renang, zoo haiwan. Selain itu, terdapat tujuh petak padang rumput luas yang diperuntukkan untuk melakukan aktiviti olah raga dan tempat bermain buat kanak-kanak..

"abang jom naik tu.."shofie menunjuk ke arah kereta kuda..

" ya.. Pandai pun.. Kita naik tu dulu.. Kita pusing satu taman.. Kalau nak berjalan ni mahu lima jam baru sempat habis satu taman.. "kata farid sambil ketawa..

Mereka berdua menaiki kereta kuda dan mengelilingi taman.. Dan memilih untuk berhenti dekat dengan tasik..

" Cantiknya.. Patutlah semua orang datang sini.. Ditegah-tengah kota yang sibuk ada taman yang mendamaikan... "kata shofie..

" betul tu... "kata farid..

" nak apa-apa.. Air..? "tanya farid..

" boleh.. Juga.. " balas shofie.

" tu nampak kerusi.. Duduk disitu diam-diam.. Kejap abang datang balik.. Kalau ada orang tegur jangan layan.. Buat sombong saja.. " pesan farid.

" ish.. Fie bukannya budak-budak lagi lah.. Ya fie tunggu disini" jawap shofie akur.. Lalu berjalan ke arah kerusi yang terdapat ditaman itu..

Shofie mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar permandangan disitu..

Shofie melihat ada budak perempuan yng datang ke arahnya sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah kearahnya.. Tanpa ragu shofie mengambil.. Tapi belum sempat dia bertanya budak itu sudah berlari pergi..

Seorang lagi budak perempuan datang memberikan shofie sekeping kad.

'cinta yang romantis adalah obsesi, ia datang dan hanya dimiliki oleh kamu..
Aku kehilangan rasa diri kendalian diri sendiri.. Sampai tidak boleh berhenti memikirkan kamu.. Lebih dari semua orang ..'

Datang lagi seorang budak lelaki membawakan seberkas coklat di tangannya .... Dan kali ini shofie dapat menangkap budak tersebut.

"for me..?" tanya shofie.. Budak lelaki itu mengangguk..

"I'll give you this chocolate .. But can you tell me, who gave it to you..?" budak itu mengeleng.. Namun masih tersenyum..

"Thank you.. Are you sure.. You don't want this chocolate" shofie masih berusaha memancing.

'siapa yang rasuah kau budak kecil.. Ini coklat.. Mana ada budak akan tolak' keluh shofie..

"miss.." panggil satu wanita pula kali ini.. Shofie melihat ada sekeping kad berwarna merah ditangan wanita itu..

Baru saja menyambut kad tersebut.. Wanita itu sudah berlalu pergi..

'muka aku menakutkan sangat ke.. Sampai semua lari ni..!!'

'kita mulakan semuanya dari mula.. Semuanya sayang.. Maafkan saya..Hubby terlalu bodoh memaksa sayang untuk jatuh cinta dengan cara yang salah..'

Shofie memandang sekeliling.. Kiri dan kanan.. Tak ada orang yang dicarinya disitu.. Shofie kembali berdiri si kerusi yang ada barangan yang diberikan oleh haidan tadi..

' tapi.. Dimana dia..!!!' mata bundar shofie masih meliar mencari haidan.

"looking for me!?" tanya satu suara..

Shofie melihat kaki yang berdiri si samping kerusinya.. Badannya tak kelihatan kerana ditutup dengan belon belon helium...

"haidan...?" shofie tak berani mendekat.

Diam....

"hubby...."

"ya.. Sayang" jawap haidan tersenyum manis sebaik dia mengalihkan belon-belon dan memberikan shofie tali belon tersebut.. Shofie mengambilnya.. Rupanya dari tadi lagi haidan sudah ada disitu.. Cuma shofie tak menyedarinya .. Ingatkan penjual belon.

Haidan kemudiannya melutut disitu.. Dia mengeluarkan kotak baldu kecik dari koceknya.. Dan membuka kotak itu dihadapan shofie.. Terdapat satu bentuk cincin didalam kotak tersebut.

"sudikah kamu.. Shofie fitriyani.. Menerima saya haidan.. Sebagai suami kamu sampai kita sama-sama menua.." kata haidan..dengan jelas dan teratur.

Shofie berdiri kaku disitu dengan belon-belon ditangannya.. Terasa dia seperti sedang bermimpi..

"kamu.. Haidan.. Atau orang lain..?!"

"saya haidan.. Suami kepada shofie fitriyani.. Sedang merayu isterinya.." tambah haidan..

Orang yang lalu lalang mula berbisik bisik.. Ada juga beberapa orang berhenti menyaksikan mereka..muka shofie kemerahan bila mendengar sorakkan dari mereka.. Menyuruh shofie menerima haidan..

" tapi.. " shofie menunduk.. Melihat kearah perutnya..

" tapi apa sayang.. Hubby akan terima semuanya .. Tak kira lah apa pun.." kata haidan bersungguh..

"Tapi fiya nak tinggal disini buat sementara waktu.." kata shofie perlahan..

Mulanya haidan agak keberatan.. Tapi memandangkan shofie baru bertemu dengan keluarga ibunya.. Dan shofie nampak sangat selesa dan gembira tinggal disini.. Haidan kembali melebarkan senyumannya.

" yes sure.. " kata haidan.

"betul ni.. Tak ada helah lainnya?" tanya shofie. Haidan mengangguk..dengan senyuman..

Dengan perlahan lahan shofie mengangguk dan menghulurkan tangannya.. Maka besorak lah penonton mereka yang dari tadi menunggu jawapan dari shofie.

Haidan menyarungkan cincin tersebut, lalu bangun memeluk shofie dengan erat.. Sekali mencium pipi shofie..

"terima kasih sayang.."bisik haidan ditelinga shofie..

" hubby tak akan sia-siakan peluang yang sayang berikan.."tambah haidan lagi.

Sementara farid.. Mengabadikan kenangan tersebut.. Mengambil beberapa gambar dan merakam saat manis tersebut.. Lalu mengirimkan beberapa gambar pasangan itu kepada mummynya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience