BAB 97

Romance Completed 175736

"saya sudah melakukan kan pemeriksaan terhadap puan.. Puan hanya luka luaran.. Puan tidak disentuh oleh penculik semasa tempoh penculikan.. Tapi kalau tuan terlambat.. Mungkin terjadi kejadian buruk itu, kerana ada kesan gigitan di bahu puan..kemungkinannya agak tinggi.. Untung saja puan segera diselamatkan.. " kata pegawai perubatan.. Yang merawat shofie di hospital tersebut.

" alhamdulillah.. " kata haidan..sambil meraup wajahnya dengan tangan. Berita itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya tenang.

" puan sudah dibolehkan untuk pulang... Sepanjang kami memantau..dan mendapati, kandungan puan kini stabil.. Tak ada apa-apa yang mencurigakan.. Bayi itu sangat kuat dan sihat.." kata doktor itu, cuba menghiburkan hati haidan. Yang awalnya wajah itu datang dengan riak tidak senang.

"terima kasih doktor.. Ya.. Ibu yang melindungi bayi itu sama kuat seperti bayi yang di dalam kandung.. Saya bersyukur sangat.." kata haidan.

"ya betul tu.." sokong doktor tersebut.

Haidan bersalaman dan berjalan keluar dari bilik doktor tersebut..

"tuan.." tegur satu suara.

"wan.. Kamu masih disini..?" tanya haidan.

"ya.. Saya masih disini.." balas marwan. sambil tangannya menyuakan dua beg kertas kepada haidan...haidan mengambil dan melihat isi yang ada dalam beg kertas tersebut.

"baju..?"

"ya tuan.. Baju tuan dan puan.." kata marwan.

"baguslah.. Kamu teringatkan ini. Saya sampai terlupa semua tu.." balas haidan.

"tak megapa tuan, memang itu tugas saya.. Saya faham keadaan tuan" kata marwan sambil menunduk hormat.

"saya nak uruskan.. Shofie untuk daftar keluar.."

"biar saya yang lakukan tuan.. Tuan boleh lah.. Temankan puan.."kata marwan.

" baik lah kalau begitu.. Terima kasih"kata haidan.. Lalu menepuk bahu marwan.

"tuan.." marwan menyerahkan telefon bimbitnya.. Menghalang lelaki itu dari terus pergi.

Haidan menyambut dan melihat paparan telefon tersebut.. Dimana ada berita mengenai hayfa memenuhi ruang berita.. Malah menjadi isu sensasi, satu Malaysia sedang bercakap mengenai artis tersebut..

"jangan sampai, shofie tahu.." kata haidan.. Marwan mengangguk sahaja.

'tapi itu mustahil kan.. Sedangkan, perkara ini sedang heboh sekarang'

"biar dia tahu sendiri..kita tak perlu bercakap perkara ini didepannya.." sambung haidan lagi.

"baik tuan saya faham" kata marwan dan mereka berpisah di situ.

Haidan masuk ke ruang wad peribadi dimana shofie dirawat disitu. Dia melihat shofie sedang duduk di katil sambil menyuapkan hirisan buah epal kedalam mulutnya.

"sayang.. dah boleh balik hari ini.."
Haidan meletakkan beg kertas ditangannya di hujung kaki shofie.

"ok..." balas shofie.

"baby papa ok tak harini sayang.." haidan membongkokkan badannya.. Bercakap di perut shofie.. Shofie hanya membiarkan saja haidan bersembang dengan honey bump mereka.

"petang nanti mungkin mummy akan sampai ke Malaysia.." kata haidan.

"mummy..?? Kenapa mummy kesini.." shofie mengaru kepalanya.

"mummy tahu apa yang jadi.. So, mereka mahu kesini.." kata haidan..memegang jari jemari shofie.. Lalu bangun mencium dahi shofie.

"mummy tu busy sekarang ni.. Tak perlulah beritahu mummy.. Lagipun fiya dah ok kan." kata shofie.

Haidan mengelus lembut rambut shofie.. Kemudian menggulung hujung rambut shofie.. Shofie kembali menarik rambutnya.. Dari tangan haidan.

"dah telanjur.. Tapi hubby syukur sangat sayang selamat.. Kedua-dua nya selamat.." kata haidan. Mencubit pipi shofie geram.

"sakit.." adu shofie..

"pipi syang makin buat hubby geram.. Gebu macam pau" haidan mengelus pipi shofie..

"nak kata fiya gemuk kan.. Jahat!" marah shofie.

"I love both of you sayang.." haidan mencuri cium bibir shofie.. Kemudian melepaskan pautan bibir mereka..

" I love you too..my hubby.. Papa honey bump.." Shofie merangkul leher haidan dengan kedua belah tangannya..dan tersenyum manis kepada haidan.

Haidan terkaku.. Memandang shofie dengan matanya yang tak berkelip.. Dadanya berdebar-debar hebat..

'sakit.. Kenapa aku berdebar seperti jantung aku bermasalah sekarang ni.. Apa yang tak kena'

"hubbbyyy...." shofie panggil dengan nada yang manja..

"ulang sayang..!"

Shofie melepaskan pengangan tangannya dileher haidan.. Dan cemberut masam.. Berpaling kearah lain.

"sayang..?"

"I hate you..!" jari telunjuk shofie menekan dada bidang haidan.

'tadi kata ' I love you.. ' sekarang, ' I hate you'.. Cepat betul dia bertukar mood.. '

"jangan marah sayang.."

"malas cakap dengan orang yang tak peduli dengan kita.. Lepas tu suruh ulang.. Ulang.." rungut shofie.

"ok kali ni hubby dengar betul-betul.. Tadi shock sangat.. Boleh hubby dengar kembali kalimat agung yang hubby tunggu-tunggu selama ni.. Sekali saja lagi... Please.." rayu haidan.

'aku.. Aku memang sedang diguna gunakan.. Sampai kemaruk begitu sekali.. Akunnak dengar kembali kalimata agung itu!!!!'

"I..." haidan mendekatkan wajahnya.. Mendengar dengan jelas..

"Hate you!!!" sambung shofie. Membuatkan wajah haidan mencuka..

'tiada lafaz yang lebih agung sayang.. Kalimah cinta yang terlafaz dari bibirmu yang selama ini aku tunggu tunggu.. Dan.. Aku sia-siakannya..' haidan melepaskan nafas berat dan menunduk ke bawah..

Shofie senyum melihat haidan begitu.. Entah kenapa.. Dia suka kenakan haidan.. Shofie lalu, mengangkat wajah haidan yang sedang masam mencuka itu.. Dengan Kedua-dua tangannya.. Menatap anak mata haidan yang hitam pekat itu dalam dalam..

"I hate you.. But I love you.." sebaik saja berkata sebegitu.. Shofie mencium bibir haidan... Haidan yang masih tergejut. Membalas.. Lama kelamaan ciuman mereka semakin dalam dan panas..

Marwan yang baru saja menolak pintu wad terus membatalkan niatnya bila mendengar bunyi ciuman.. Matanya segera berpaling ke arah lain.. Dia kembali menutup pintu tersebut. Berdiri saja diluar..

'aduh.. Dugaan betul..mengugat jiwa seorang yang masih solo ' keluhnya.

Shofie menolak tubuh haidan.. Bila haidan mula mencium telinganya.. Tangannya menutup mulut haidan..

"stop! Kita dihospital kan..!" shofie memberi amaran.

"apa salahnya.. Kalau sayang segan.. Hubby beli satu level ni.. Biar tak ada siapa yang berani ganggu kita" haidan mahu meneruskan aktiviti yang tergendala tadi.

"hubbbyyy"...

"yea sayang.. And thank you sayang.."

"tapi...."

"tapi?"

'masih ada tapi?' pikir haidan.

"you not strong enough..!!"

"APA!!" dan kalini shofie benar mencabarnya.. Muka haidan bertukar kelat sepenuhnya.

'tak cukup kuat!!!.. Apa maksudnya.. Tak cukup kuat dari segi apa..!jangan bergurau sayang..!! '

"masih tak cukup kuat!!.. Kalau dah ada yang ni.. Dimana yang tak cukup kuatnya.." nada haidan sedikit tinggi.. Dengan tangannya menunjuk kearah honey bump mereka.

Shofie gelak kecil, melihat haidan sedaang mengamuk itu.. Kemudiannya dia tersenyum.

"oh ini.. Memang tak dinafikan.." shofie mengelus perutnya.

"dah tu..!" Tanya haidan dengan nada tak puas hati.. Lalu melipat tangan memeluk tubuhnya sendiri.

Shofie menarik lengan haidan.. Menarik tangan haidan dari terus memeluk tubuh.. Mengengam jari jemari haidan yang dua kali ganda besar dari ukuran tangannya.

"seseorang yang kuat itu.."

"Adalah.."

"Bila dia mampu menahan amarahnya.. Iaitu sabar.. My lovely hubby.." kata shofie lembut dan jelas..

" I love you with all my heart.. Cuma satu.. Pelahan lahan.. Kurangkan rasa amarah tu.." shofie menyentuh pipi haidan.. Mengelus lembut disitu.

Haidan mengambil tangan shofie yang menyentuh pipinya lalu menciumnya.

" I admit that sayang.. Hubby janji akan berubah.. "haidan memeluk shofie..

" terima kasih sayang.. "bisik haidan di telinga shofie.

Mereka bertolak balik kerumah keluarga haidan. Menaiki kereta yang dipandu oleh marwan..

"sayang.. Kalau sayang nak tangguhkan majlis kita.. Hubby akan beritahu bonda.."

"tak! kenapa nak tangguhkan.. Bonda sudah beria-ria siapkan majlis tu.. Kita ikut saja rancangan asal.." kata shofie.

"are you sure..?" tanya haidan.. Dan shofie mengangguk yakin.

"sayang masih nak kerja..atau berhenti saja...kalau boleh hubby nak sayang rehat saja " kata haidan..

'yang dia risaukan adalah keselamatan shofie.. Lebih baik shofie duduk dirumah dan lebih selamat.'

"nanti kalau duduk rumah.. Bosan pula nanti.. Buat masa ni nak kerja dulu.." jawap shofie.

"hmm.. Hubby akan bincang dengan papa.. Letakkan sayang ke position yang lebih santai.. Tak perlulah sampai sayang kena keluar ke site semua tu.." cadang haidan..

"tapi.. Fiya suka macam tu.." rungut shofie..

"kenapa?"

"kalau duduk office.. Nanti jemu juga." alasan shofie.

"hubby duduk office ok saja.. Keja bertimbun.. Sampai tak sempat nak bosan.. Kan wan.." kata haidan..

"ya betul tu puan.."sokong marwan yang sedang memandu.

" tu kalau kerja banyak.. Kalau tak ada kerja.. Mau tidur nantinya.. Dah santai sangat..fiya pregnant bukannya sakit.."keluh shofie.

"you know what sayang... Sejak pregnant ni kan.. You look like 'lady boss'.. Hubby pun tak berani lawan.." kata haidan lalu mengangkat dua tangannya keudara.. Menyerah.

" Kenapa tak suka..?" tanya shofie sambil menjeling.

"wah takutnya.. Buat sekali lagi mata tu.." usik haidan..

"honey bump... Kita pulaukan papa" seraya itu haidan menekup perut shofie. Sampaikan shofie sendiri beranjak tergejut..

"jangan hasut my baby benda yang bukan-bukan sayang.." kata haidan.

"masalahnya.. Hubby sentuh tu perut fiya.." keluh shofie.. Haidan ketawa. Lalu kembali mengangkat tangannya..

Shofie menatap haidan yang sedang ketawa.. Shofie juga tersenyum senang.. Lalu memeluk lengan haidan.. Melentokkan kepalanya disitu. Hatinya tenang dan damai.. Shofie suka perasaan hatinya kini.. Sangat nyaman..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience