Bab 83

Romance Completed 175736

Haidan keluar dari biliknya.. Turun kebawah.. Melihat ada barang yang tersusun elok dan dihias cantik di atas meja besar yang ada di ruang rehat keluarganya..

"idan.. Macam mana.. Cantik tak.." tanya mahira meminta pandangan anaknya mengenai dulang hantaran yang telah dihias cantik dengan bunga-bunga..

"hemm.. Cantik memang cantik bonda.. Tapi.. Menantu bonda dah pergi.." haidan menekan pelipisnya.

"hah..pergi mana!!!!??" tanya mahira cemas.

"entah la bonda.." haidan duduk so disofa lemah.

"bonda dah cakap.. Kejar dia.. Kamu degil.. Sekarang ni, macam mana?"

"bonda.. Nak kembali menantu bonda..dan bakal cucu bonda.. Kamu kena cari dia..!!!" kata mahira tegas. Sambil menunding jari telunjuknya kepada haidan. Haidan mengeluh.

"kenapa mengeluh..?"

"dah putus asa?"

Mahira sengaja memanaskan haidan dengan persoalannya.. Dia mahu haidan berusaha dengan lebih keras lagi untuk mendapatkan menantunya kembali.

"haidan...." haidan terdiam.

"jangan pikir nak hantar orang untuk pergi cari menantu bonda.."

"bonda mahu kamu yang pergi cari dia sendiri, bukannya orang lain!!"

"kamu!!"

Tegas mahira kepada haidan yang duduk di sofa dengan wajah yang mencuka.

"tapi bonda..."

“bonda akan uruskan Zayn Holding... Kalau itu yang kamu rungsingkan.. Janji kamu pujuk kembali menantu bonda kembali ke rumah kita.. Kata bonda muktamat!!"

" tiada bantahan" kata mahira sambil melipat tangannya memeluk tubuhnya.

"terima kasih bonda.. Haidan sayang bonda.." haidan bangun dan memeluk mahira.

"lah.. Kenapa perlu jadi macam budak kecil ni.." kata mahira..

"idan akan bagitahu haikal untuk tolong bonda.. Idan janji akan bawa shofie balik semula.." haidan masih memeluk mahira.

"yea.. Yea.. Sekarang lepaskan bonda. Tak segan ke dengan marwan.." kata mahira.. Sambil menunjuk kearah marwan yang sedang berdiri tak jauh dari mereka.

Haidan segera melepaskan tangannya dari memeluk tubuh bondanya.. Membetulkan bajunya sebelum berpaling memandang marwan.

"kamu dah siap..?" tanya haidan bernada dingin seperti biasa.

"ya tuan.." jawap marwan.

"ayuh kita pergi.." tapi belum sempat haidan menghayun langkah.. Lengannya,sudah ditarik kembali oleh mahira.

"bonda?"

"sarapan dahulu.. Baru boleh pergi!" mahira menarik lengan haidan berjalan kearah meja makan..

"marwan.. Kenapa tengok saja.. Mari sarapan sekali.." panggil mahira.

"baik.. Puan sri.. Terima kasih.." kata marwan sopan..

Mereka ke MegahRaya.. Ruhaina sudah menunggu di lobi MegahRaya..

"tuan.. Saya keluar tanyakan kepada ruhaina dahulu.." kata marwan.. Haidan hanya mengangguk saja.

Marwan berjalan menghampiri ruhaina dan mereka bercakap-cakap seketika.. Kemudian ruhaina menunjuk kearah ke arah jalan.. Dimana waheeda sedang berjalan di sana..

" assalamualaikum eda.. "tegur ruhaina.

" waalaikummusalam kak aina.. Buat apa disini.. Mana fie.. "tanya waheeda kerana tak melihat shofie.. Dia hanya nampak seorang lelaki kacak disamping ruhaina.. Tetapi wajah lelaki itu agak tegang.. Membuatkan waheeda kembali memandang kearah ruhaina..

" shofie.. Dia ada hal.. Mari ikut kakak kejap boleh.. Kita minum-minum dulu ke.. Kakak belanja.." kata ruhaina. Waheeda melihat jam tangannya..

"ada setengah jam lagi sebelum masuk.. Boleh lah.." kata waheeda.

Ruhaina memberi isyrat kepada marwan.. Marwan mengangguk membenarkan mereka pergi..

Mereka memilih untuk minum berdekatan kawasan itu sahaja.. Memandangkan masa mereka tak banyak.

"kakak nak tanya ni.. Eda tahu tak klien fie.. Yang tinggal dekat perdana utama..." tanya ruhaina.

"oh yang tu.. Tau kak.."

"Sebab eda yang handle projek tu sekarang.. Sbb fie dah settel semua.. Cuma pantau sampai siap.." kata waheeda. Ruhaina senang mendengar jawapan dari waheeda tadi.

"tau tak siapa nama owner tu..?" tanya ruhaina.

"kenapa kakak tanya..tentang owner tu.. Akak minat dia yea.." kata waheeda tanpa mencurigai apa-apa.

"haa..ah..betul lah tu.." jawap ruhaina agak janggal..

"kita orang mesti minat dia lah.. Tambah koleksi yang dia design tu sangat tertarik.. Menarik..." kata waheeda kemudian dengan gelakan kecil.

'minat? Koleksi? Design? Tertarik? Menarik?....' ruhaina bingung seketika. Dia takut waheeda salah sangka kepadanya nanti..

" akak dah tengok keluaran terbaru dia.. Cantik kak..tapi eda ni mampu tengok saja lah.. " waheeda ketawa lagi.. Sambil menutup mulutnya..

"kak belum tengok.. Boleh eda tolong tunjukkan.." kata ruhaina.

"boleh" balas waheeda.. Sekaligus mengeluarkan telefon bimbitnya..kemudian mencari maklumat di dunia maya..

"ni. Kak..."kata waheeda..

Waheeda melihat imej wanita sedang berdiri di samping model yang mengayakan aksesori barang kemas.

'tak salah lagi.. Ini adalah mummy shofie.. Nama.. Cari Nama dia.. Dapat!!'

" shofyna fakhirya.. "kata ruhaina.

" ya kak.. Shofyna fakhirya.. Pereka barang kemas yang terkenal.. Dia ada satu kedai emas di New York.... Shofyna fakhiya jewellery... "kata waheeda.. Jelas dan bersemangat.

Ruhaina tersenyum lebar.. Tanpa perlu, dia bertanya banyak.. Segala informasi yang diperlukan sudah dia dapat semuanya.

" terima kasih eda.. "kata ruhaina.. Dengan senyuman yang melebar diwajahnya..

Mereka berjalan kembali ke bangunan MegahRaya..ruhaina dan waheeda berpisah di lobi.. Kerana wanita itu perlu naik untuk berkerja.. Manakala ruhaina.. Berjalan ke arah kereta yang di pakir tak jauh dari situ.

Marwan membuka pintu bahagian penumpang bahagian hadapan dari dalam supaya ruhaina dapat masuk kedalam.

"dapat..?" Tanya haidan.

"ya tuan dapat.." kata ruhaina.. Dia membuka maklumat shofyna di telefon bimbitnya... Dan memberikan kepada haidan..

Haidan menyambut huluran telefon bimbit dari ruhaina.. Dia melihat wanita yang seiras dengan shofie.. Tapi lebih berusia.

"ini ibu kandung shofie?" tanya haidan.

"ya tuan.." ruhaina memberi jaminan.

Haidan melihat maklumat yang ada.. Sungguh ibu shofie bukannya calang-calang orang.. Dia tersenarai sebagai pereka barang kemas sepuluh teratas dunia. Membuatkan haidan menelan air liurnya sendiri.

Sungguh benarlah kata orang.. Kalau kita sudah sampai ditempat yang tinggi dan selesa.. Masih ada orang yang di kedudukan yang lebih tinggi dari kita.. Umpama diatas kepala masih ada langit.. Dan langit itu masih berlapis lapis diatasnya..

Sementara di 11 christopher Street, berdekatan dengan southampton's pristine ocean.. Terdapat sebuah rumah rumah besar yang berwarna putih bersih berdiri indah.. Didada rumah itu penuh dihiasi tingkap tingkap yang banyak.. Memudahkan pemilik rumah melihat pemandangan diluar dengan jelas.. Terdapat taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang baru mekar.

Shofie duduk di halaman rumah.. Dimana ada kerusi berjemur yang terletak dekat dengan kolam renang..

Shofie memilih untuk duduk di kerusi di hujung sekali.. Jauh dari kawasan kolam..

"sis..!."

"hmm..."

"mandi kolam jom.."

Shofie mengeleng.. Dia langsung tak melihat kearah farid yang menegurnya. Shofie hanya fokus ke telefon bimbit yang baru dihadiahkan oleh shofyna kepadanya..

"buat apa tu..? "

"baca novel.."

"baca novel dalam handphone..? "

"ya.. Adik lelakiku yang comel.." dan kalini shofie mengangkat wajahnya memandang farid.. Kerana lelaki itu menganggu tumpuannya.

"hey.. Berapa kali dah farid cakap.. Bukan adik lelaki.. Abang.. Abang.." tegasnya..

"farid lagi muda kan..tentulah adik lelaki"

"kita tak beza banyak pun, beza beberapa hari saja.... Lagipun, Mummy cakap sepatutnya fie tak lahir lagi.. Fie yang lahir terawal.."

"so.."

"farid ni abang" farid menunjukkan ibu jari kearah dadanya..

"hmmm.... Baik abang.." kata shofie.. Bertolak ansur.

"bagus.. Jadilah adik yang baik" kata farid sampil mengosok kepala shofie sampai rambut shofie berserabut.

"farid..!!" laungan suara dari dalam rumah. Farid segera mengangkat tangannya dari menyerabutkan rambut shofie.. Berlari dan terjun kedalam kolam..

"anak betuah!!" shofyna berjalan keluar dengan kekakan di pingangnya.

"tak habis-habis kamu mengusik shofie ya.." marah shofyna. Dia berjalan kearah shofie.

"habis rambut anak mummy .." shofyna membetulkan rambut shofie yang serabut tadi..

"tak mengapa mummy.." kata shofie tersenyum.

Farid timbul dipermukaan air..dekat dengan dua wanita yang sedang duduk disitu.. Dia tersengih nakal.. Bila dia mendapat akal. Lalu dia mengocakkan air sampaikan air kolam itu terpercik kepada dua wanita yang sedang duduk di tepi kolam tersebut.

"farid..farid..basah mummy dan shofie ni.." rungut shofyna..

"nak kena tau anak ni.. Tunggu lah papa kamu datang nanti.." shofyna memberi amaran..

"mari masuk sayang kita salin baju.. Mummy nak ajak sayang pergi manjakan diri.. Sambil shopping.." kata shofyna dengan gembiranya..

"manjakan diri..?" tanya shofie.

"yea.. Mummy nak sayang still fresh.. Tenang.. Jangan berfikiran banyak.."kata shofyna.

" baiklah mummy.. "dua wanita itu berjalan pergi.. Masuk kedalam rumah.. Meninggalkan Farid sendirian didalam kolam..

" mummy.. Where are you going..?"tanya farid..

" mummy nak keluar dengan shofie.. "balas shofyna.. Tanpa berpaling..

" farid nak ikut.. "

" boleh juga.. Kita perlukan driver and sekaligus bodyguard... Sanggup ke.??"

" yes sure.. "farid berjalan keluar dari kolam renang..

" kalau nak ikut.. Siap cepat.. Kalau lambat, kami tinggal.. "kata shofie pula.. Sama naik seperti shofyna mengusik farid.

" baik-baik".. Farid berlari-lari mengambil tuala yang dilemparkan ke kerusi tadi.. Lalu berjalan masuk kedalam rumah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience